Wednesday, July 29, 2009

WebBlog Popular 1Malaysia

kakak aku ajar masa tenet ok.. buat dua tiga entri then set autopublish.. tak pun save deraf.. so bila tenet semput ada benda nak publish. So hari nie aku buat 2 entri sbb memang dah ada dalam bakul deraf tu...

Contest Webblog Populur 1Malaysia dianjurkan oleh DenaiHati pemilik blog
Yang Terbuku Di Hati. Dari mana aku tahu.... hehehe tentu sekali dari blog ini. Siap hantar sms kat aku lagi suruh war-warkan. Hadiah yang ditawarkan memang gempak, leh buat duit raya sebab tu aku berminat nie. Mana tau leh kongsi hadiah sama...

Ohhhhh aku tengah berangan-angan nak shoping dan tukar HP baru dah nie (??????)

Terima Kasih Kepada Sponsor yang HEBAT : SAUDACARE dan ANISHA ONLINE MALL

Blog yang paling aku sukai tentu sekali HIDUP BIAR SEDAP, pemiliknya Kujie.... kakak aku ...... oppsss aku dah baca syarat-syarat penyertaan tak ada larangan pencalonan adik beradik. So jalan ....

antara sebab kenapa aku suka blog ini...


1. KRONI .... sebab dia kakak aku. Ini statement jujur, mesra amanah dulu kini dan selamanya. Antara kami ada ikatan kekeluargaan, pertalian darah dan keluarga so dalam alam maya alam tenet nie pun pertalian dan ikatan itu tak akan putus. Klau dia menang aku boleh 'pau' sikit... tp kalau aku menang aku sorok diam-diam..

2. Dari blog ini la aku belajar berblogging, aku jadi blogger. Bermula dengan DARI BALING SERENDAH yang dah kena kipnap dengan Google kemudian bangkit semula dengan HIDUP BIAR SEDAP (iklan aiskrim) kat blogspot kemudian melangkah jauh lagi menggunakan domain sendiri kujie2.com. Aku tetap follow dan ikut walupun aku jarang tinggal komen. 1 lagi statement jujur aku., kenapa aku jarang tinggal komen sbb aku takut tersilap komen nanti kena hentam di alam nyata. Hehehe... Tahu tak kujie tu makna apa... ha itu lah semangat orang bangkit semula 'KU JITU'

3. Dari blog ini jugak aku sedut banyak tutorial dan tempek kat blog aku... ehhh bukan copy paste ya cuma PENJENAMAAN SEMULA.

4. Banyak tazkirah kemanusiaan, kekeluargaan serta persahabatan yang boleh dijadikan pedoman dalam menjalani kehidupan. Kisah politik pun ada gak siap lapuran Pilihanraya yang mengalahkan pemberita juga laporan terkini dan sensasi artis.

5. Terakhir tentu sekali sebab aku dapat tumpang domain dia, kerana blog ini la ujudnya http://kuina.kujie2.com yang akan mengantikan http://jentayutiara.blogspot.com. (Belum pindah lagi sebab pembesaran blog terbantut iaitu pembesaran tulisan.. ) . Aku ingat blog tu aku nak jadi orang blog berilmiah, blog bertatasusila sikit tapi entahlah aku rasa aku selesa jadi diri aku sendiri yang santai, cool, gila-gila, sempoi DLL sbb inilah diri aku sebenarnya.
Best oooo guna WP banyak template yang cantik dan comel (mcm aku) then banyk widget yang canggih dan lain dari yang lain. Mai la ramai-ramai pindah ke sini... (iklan tak berbayar)
itu saja pujian terhadap blog itu... yang kutuk-kutuk nanti aku sms. tak eh tulis kat sini. hehehe...

Contest ini bermula pada 1/7/2009 dan tamat jam 12.00 am pada 30/9/2009. masih ada masa lagi marilah ramai-ramai menyertainya.

1 blog hanya layak mencalonkan 1 Weblog Popular 1Malaysia sahaja, aku ada 2 blog lagi so sapa-sapa yang nak aku calonkan blog dia sila kipas aku kuat-kuat. Ekon tak diterima..... takut shot karen!

Sekian, terima kasih.


Semangat Mau ada...

Ogos bulan Kemerdekaan ; marilah kita kibarkan bendera kebangsaan
sila copypaste code ini dr blog Chekgu BH

tak tahu nak tulis apa so aku nak jawab tag dari Blue dan ImanShah

1. Bekas kekasih saya adalah :
** Kekasih Awal dan Akhir**

2. Saya sedang mendengar :
** bunyi keyboard menjerit**

3. Mungkin saya patut :
** cari CD pirate program nie... ..
4. Saya suka :
** makan & tidur **

5. Sahabat-sahabat baik saya :
** semua kawan-kawan saya

6. Saya tak faham :
** kenapa selepas 1 ada 2, ada 3, ada 4 ..

7. Saya kehilangan :
** diragut di kompleks beli belah ... segalanya hilang... kisah disini **

8. Ramai yang kata :
** errrkkkk kata orang yang merah itu saga yang baik itu budi **

9. Makna nama saya :
** sat nak tanya pakcik google

10. Cinta itu adalah :
** Anugerah tuhan, sesuatu yang berharga, bukan dipungut di tepi jalan ***

11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
** tekan keybord komputer **

12. Saya akan cuba :
** menjadi terbaik di antara yang baik **

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
** Hingga hujung Nyawa **

14. Telefon bimbit saya :
**nama sebuah bandar di Findland

15. Bila saya terjaga dari tidur :
**Syukur Alhamdulillah **

16. Saya paling meluat bila :
** ada ulat **

17. Pesta/Parti adalah :
** parti avon, parti tuppaware ....

18. Haiwan yang paling comel yang pernah saya temui ialah :
** semut **

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
** masa baby, hehehe makan minum semua dijaga ....**

20. Hari ini :
** Keja **

21. Malam ini saya akan :
** Tidur **

22. Esok saya akan :
** Keja **

23. Saya betul-betul inginkan :
** Kebahagiaan, kejayaan dunia dan akhirat

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini :
** tak ada jerawat **

25. Pusat Membeli belah atau arked permainan :
** Kangar cuma ada Kayangan Squree.. Padang Besar Ok gak.. jemu dah... **

26. Makanan barat atau Jepun :
** Barat,,Pizza or spegheti

27. Bilik yang terang atau gelap :
** samar **

28. Makanan Segera adalah :
** no gud ne......... kekadang belasah gak **

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang :
** hujan tak mencuci cuma membasuh ** member tegur pagi2 cuci keta **

30. Siapa yang anda mahu TAG?
** sapa yang lalu lalang sini **

Tuesday, July 28, 2009

Mari Berlumba

Tenet kat sini sengal.. manyak sengal... tensen... mengalah siput di bendang ; eeehhh ada lagi ker siput kat bendang, rasanya kalau bendang terbiar ada kot... sbb pengunaan baja, racun dan jentera telah memusnahkan habitat dan kehidupan mereka... tak caya, cuba g cari .... siput di pasaran sekarang di bela dalam kolam..

alamak terlebih sudah... so mari kita check kelajuan internet kita. Banyak kaedah sebenarnya & ini sebahagian sahaja..

ini keputusan menggunakan Speedtest
Ini menggunakan speedtest.izzi.com
ini pula menggunakan koti.phnet
dukacita dimaklumkan tool ini hanya boleh digunakan pakai ketika ada sambungan internet..

Ini DU meter... aku guna untuk memantau kelajuan internet dan network., juga boleh tenguk incoming dan outgoing data. Yang ini kena install dulu baru leh berfungsi.

itu saja cerita hari nie sbb aku malas nak buat en3... blog belum berpindah sbb blog satu lagi belum membesar sepenuhynya lagi.

Monday, July 27, 2009

Festival Kedah Sejahtera 2009

semalam aku mencemar duli ke Festival Kedah Sejahtera nie. Penat... lenguh kaki.. betul la seperti di war-warkan, festival dalam taman sebab kat tengah-tengah tapak pameran ada R&R, wakaf-wakaf ini pula dinamakan dengan taman perumahan sekitar Sungai Petani seperti Puteri Jaya, Amanjaya, Bandar Perdana DLL. Simboliknya jam besar ada ditengah-tengah taman.

Banyak acara berlangsung... pengunjung pula ramai berpusu-pusu, siapa kata Festival tanpa konsert tak dapat sambutan.. cuma tibi tiga suku tu aja yang tak setuju kan... nak buat konsert huk hak huk hak jugak... opppsss ada siaran langsung program Halaqah untuk TV9 tp tak sempat nak join... lapaq..

tak ada gambar nak ditempek sebab jurukamera malas... cuma ini sebagai bukti... aku hadir mencemar duli... wakaka...errrrkkk duta Perlis beralih arah ker ....
Pkul 12.30 aku memandu sendirian balik Kangar dengan sedih sedu... uhuk2...

Nyawa-Nyawa Ikan

Kasihan ........
ini baru betul nyawa2 ikan

foto: berita Harian

Saturday, July 25, 2009

Hadiah Lagi .....

pagi tadi ada seorang kontraktor bertaraf haji bagi benda nie....

READ MORE .....

Thursday, July 23, 2009

Tips Maintain Badan

Lihatlah diri ku

cantiknya badan ku.....


opppssss tips tu ada kat sini.....

sila jenguk..



Indahnya Hari Ini

posa ganti dah selesai... tp hari nie masih posa... rasa seronok pulak..
bukan sebab nak tukar size yer... lagipun hari nie Khamis.. 1 Syaban

sahur? sebelum tido sapu peanut butter siap2 dan masukkan dalam bekasminuman ...
semua angkut masuk dalam bilik tido... ssshhh jangan kasi tau MrSemut
tijah mau kongsi ker... yang ini +kolegen tau hehehe...

kunci jam pukul 5, pukul 5.30 tersedar.... apasal alarm aku tak berbunyi
cehhhh pukul 5.00 P.M... itu waktu berbuka kat artik dah tu...
huhuhu...

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hadiah hari jadi?
1. sms
"Buat Insan tersayang dalam Hidup ku ........."
cukup hanya ingatan.... buat ku keriangan.. Lerveu..

2. cokelet
ada lagi sapa nak ambek la sorang satu... bukan hari jadi pun selalu dapat, ada staff yang berulang alik ke Langkawi setiap hari.
3. Ucapan
ini dari Biru... terharu sangat dengan en3 khas itu...
dan dari sahabat-sahabat semua.. Terima Kasih.. tanpa anda siapakah aku..


dan alam turut menjadi saksi.... indahnya hari itu...
Gerhana di Alor Setar.

Wednesday, July 22, 2009

Gerhana Hati

sms 1
"esok ada gerhana matahari, bersamaan dengan hari lahir mama"

sms 2
"ada surprise"

sms 3
"chekret, tak leh bg tau"

sabarlah hati...... anak dara aku sudah pandai berahsia!

____________________________________________________________________

....>> pagi-pagi lagi dah hujan, nak keluar rumah kena berpayung apatah lagi nak tengok matahari. ehhhh tak leh tengok dengan mata kasar kan mata teknologi boleh la...


Masih Di sini

uwaaaaaaaaaaaa aku masih tak tahu cara nak angkut semua harta karun di sini ke WP
so keputusannya aku masih di sini
setia menemani mu...


Di paruhmu kemilauan sinar,Menyepuhi sejuta rasa
Kemulian di hatimu, Bening budi terdampar di jagat raya

Di sayap taufan kau jelajahi, Awan gemawan membawa rindu
Kasihmu menentangi kezaliman, Ketidakadilan

Jentayu ; Patah sayap bertongkat paruh
Jentayu ; Patah paruh bertongkat siku
Jentayu ; Patah siku bertongkat dagu
Jentayu ; Patah dagu bertongkat kuku

Pinjamkanlah hatimu Untuk semua .....

(Johan Nawawi & Usman Awang)


eeehhhh jom cari duit raya dengan menyertai web blog populur...
penyertaan masih dibuka...

Di sini Bermula & Di sini berakhir (sticky Mode)

Teman...
Setiap yg bermula akan berakhir,
begitulah hidup ini...

Apabila belon ini meletup dan lilin menyala; maka berakhirlah riwayat Bicara Santai ini ; aku akan membawanya pergi bersama kenangan yg abadi; hampir 4 tahun menyelam di alam maya ini ; terlalu banyak kenangan tercipta ; terlalu banyak kedukaan ku bawa ; rasanya masanya telah tiba untuk aku berubah & mengubah...

ANDA TETAP DI HATI
SILATULRAHIM INI TERLALU INDAH....


MySpace Countdown Clocks

Cerita Terkini kat bwh nie.....

Tuesday, July 21, 2009

Tukar

posa...posa ganti!

2 3 hari lagi mesti tukar kan....tukar saiz....
hehehe....
:laugh:
nak bagi rose nie kepada pengunjung blog... sila beratur & jangan berebut, ambik sorang satu...
:flower:
esok hari itu akan datang,masih belum buat keputusan tapi hari itu tetap akan datang
:pompom:
dan pergi.....

opppsss petang semlam sy menyusur laluan pantai di Segenting Kera hingga ke Sempadan Antarabangsa, pemandangannya cantik dan indah tapi hujan la pulak, kantoi tak leh turun dari keta, nasib baik PGA buat kawalan kat pos sempadan klu tak menceroboh saya ke negara sebelah. Ini pemandangan sebelah kanan... sawah padi terbentang luas, sebelah kirinya pula Selat Melaka.

marilah jenjalan ke Perlis....

Sunday, July 19, 2009

Program Jelajah Cergas Negeri Perlis

Huhu penat... hari ini aku berpoco-poco
apa ingat cikgu BH aje ker yg tahu poco-poco....

oppssss aku cuma penonton saja... hadir untuk meramaikan majlis. Program ini anjuran Kementerian Belia dan Sukan Negeri Perlis, sebahagian daripada program 1 Belia 1 Malaysia, banyak acara dilangsungkan tapi poco-poco nie gak yang mengedikkan hati ku sehingga aku turut bergoyang.. ada pertandingan poco-poco veteran... kelas gitu bila makcik-makcik dan nenek-nenek berpoco-poco.. enjoy betul. Jom layan gambar2 nie...

Sekian, duta perlis melaporkan pada hari minggu... hehehe...

Friday, July 17, 2009

Suatu Perancangan Moga Diberkati

aku semakin malas... kemalasan...semakin hari semakin malas mengemaskini blog... kenapa... mengapa... ahhhh aku tak pasti dengan mood aku, mungkinkah penyakit itu datang lagi.....

kemarin dulu aku balik kampung nak hantar kain kepada mak aku. 7 pasang kain untuk di jadikan 9 atau 10 pasang baju kurung. Ini adalah sebahagian daripada persiapan awal aku.

Sejak kebelakangan nie juga aku kerap balik kampung, banyak perancangan dan banyak perkara nak dilaksanakan dan masa pula semakin menghampiri, semakin singkat, semakin suntuk. Doalah untuk ku moga tuhan memberkati aku.

Satu perancangan untuk mengubah & berubah. InsyaAllah.

Tambang Naik .... Hujan Turun


KUALA LUMPUR: Kadar tambang lapan pengangkutan awam meningkat antara 2 sen hingga RM6.33 di Semenanjung, manakala di Sabah (2 sen hingga RM31.70) dan Sarawak (1.2 sen hingga RM2), berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Kenaikan itu diluluskan Kabinet pada 17 Jun lalu berikutan peningkatan kos operasi perkhidmatan berkenaan. Kali terakhir kadar tambang bas ekspres, bas henti-henti, teksi dan kereta sewa dinaikkan pada Mei 2005, manakala bas sekolah pada April 2006.

bila aku teliti garis panduan dan langkah penambahbaikkan aku teruja untuk mempersoalkan beberapa perkara, yang peliknya perkara nie sebenarnya hanyalah perkara asas yang dah ada sekian lama...
  • Pemandu ke2 ... >> itu bukan dah ada sekian lama dah cuma penguatkuasaannya aja yang tiada.
  • Bus express tanpa hawa dingin ...>> ello bapak menteri keta lembu pun ada econ dah skarang tau!
  • Program latihan & etika ...>> nampak sangat pemandu kita tak beretika sampai kena ada prgram khas.
  • Data pemandu & rekod ... >> bila ada eksiden baru tahu pemandu ada rekod.. apa kelas punya rekod bila terhantuk baru mengadah!
  • Gaji minima pemandu ...>> rasanya tak tak ada pemandu dapat gaji hari kecuali pemandu lori.. betul tak abg din?
  • Pengikat kelajuan ....>>> bukankah sistem kotak hitam dah lama diperkenalkan?
selepas nie apa lagi... naik naik naik.... hujan aja yg turun...
(tgh menghitung tambang dari Jb ke Kangar.... fuhhhhh klu dah puluh2 tu ikan sekilo pun boleh beli dah nie.... )

Wednesday, July 15, 2009

Ada Yang Tertinggal Setelah Terbenam Mentari

Ada yang tertinggal Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal Setelah kering air di kali
Alam telah menyakinkan Kau mesti pergi Kau mesti
Alam telah menyakinkan Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi
Ada yang tertinggal Setelah musnah semua mimpi
Kekal selamanya Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya Tetap dalam ingatanku
Lemas dalam rindu Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi Tapi masih ada...
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal...
Search : Mentari Merah Di Ufuk Timur

MANIK URAI TERBURAI..........

KUALA KRAI: Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah menang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat dengan memperoleh majoriti 65 undi.

Seramai 10,736 atau 87.33 peratus daripada 12,293 pemilih berdaftar keluar mengundi di 27 saluran mengundi. Bilangan keluar mengundi itu adalah lebih tinggi berbanding 10,140 atau 84.2 peratus pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

....>>> kenapa peratus keluar mengundi tinggi untuk pilihanraya kecil selalu TINGGI.. klu pilihanraya umum rendah walhal cuti umum gak....

Monday, July 13, 2009

Terapi Pernafasan

sebenarnya xpdc jejak rimba aku terpaksa dibatalkan kerana hujan rahmat yang mencurah2 tanpa henti... jadinya aku kembali bertugas... coti simpan dulu ya...Ada sms bertanya kemana destinasi... maaf aku tidak ke Kota Berlumpur itu aku mencari o2 yang segar & nyaman.... Jejak rimba adalah aktiviti kegemaran aku selain mendaki & 4x4... (26hb-28hb June baru2 nie berlangsung Baling 4x4 Chalenge 2009 kat Sungai Angkat Ulu Legong.... ada byk pic yg belum upload.. HP aku tengah merajuk)

oppsssss lupakan aktiviti lasak itu, mari kita buat terapi pernafasan. (aku sedut dari mailbox) menarik untuk dicuba!
  • Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan.Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ? (Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).-
  • Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).( Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold") ..-
  • Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslahkiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh ... ( When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).
  • Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin ...(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).-
  • Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).-
  • Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)
  • Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).-
  • Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adlah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat , tetapi tidak sembuh ...( I used to have painful headache. When consulted a doctor, he told me jokingly," You will be all right if you get married!" The doctor did not bullshit me as he had his theory and supported with testimony. During that time, I used to have headache every night and I was not able to study. I took medicine but I was not cured).-
  • Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kananbernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi..(One night as I sat down to medidate, I closed my right nostril and breathed with my left nostril. In less than a week, it seemed that my headache problem had left me! I continued doing it for about a month and since then there was no recurrence of headache in me) ...-
  • Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ? (This is my own experience. I used to tell others who also suffer headache to try this method as it was effective for me. It also works for those who have tried as well. This is a natural therapy, unlike taking medicines for a long time may have side effect. So, why don't you try it out?) .
SHARING IS CARING - KuIna

Sunday, July 12, 2009

Pantun Dulu dan Sekarang

auto publish & kitar semula.... moga kedatangan anda tidak sia-sia..

Dulu dulu ...........

"Tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan"


Sekarang...........
"Tanam pinang rapat-rapat
biar senang puyuh berlari
ku pinang-pinang tak dapat dapat
ku pujuk-pujuk ku bawa lari"


-Indahnya Bahasa Indahnya Budaya
Rosak Budi Rosaklah Bangsa -

Friday, July 10, 2009

Shuffle Budak Nenek Moyang

sila percaya dan jangan gelak...
itulah keyword yang sampai ke blog aku semalam...
tak tahu apa yang di 'SHUFFLE' oleh 3 generasi tu... BUDAK, NENEK, MOYANG
hehehe... "Y u so like that, buy a drink lah!"
jom minum dulu ......

2 3 4 hari nie aku away.... mencari damai dihati.....
so take care yer!

Thursday, July 9, 2009

PPSMI mansuh 2012

sumber : Berita Harian
PUTRAJAYA: Langkah kerajaan menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan strategi memartabatkan bahasa Malaysia dan memantapkan bahasa Inggeris mulai 2012 bukan untuk mendapatkan keuntungan politik.

Sekian, Terima Kasih.





ohhhhhh saya ingin belajar Bahasa Malaysia.... ; Bahasa Jawa, Bahasa Banjar, Bahasa Dusun, Bahasa Kadazan, Bahasa Murud....semuanya bahasa Malaysia. Ada cikgu2 yang sudi mengajar!

Contest Weblog Popular 1Malaysia


HADIAH

1. RM1,000.00 : 1 Weblog yang mendapat pencalonan terbanyak dari teman-teman blogger akan dinobatkan sebagai Weblog Popular 1Malaysia.

2. RM1,500.00 : Weblog yang paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.

3. RM1,000.00 : Weblog kedua paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.

4. RM500.00 : Weblog ketiga paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.

5. 4 x RM250.00 : Hadiah khas – Ranking no 1- 4 di google.com.my dengan keywords “Weblog Popular 1Malaysia” pada jam 12.00 am 30/9/2009.

Terima Kasih Kepada Sponsor yang HEBAT :

SAUDACARE dan ANISHA ONLINE MALL

(Kepada yang berminat nak jadi sponsor boleh hubungi terus melalui twitter @Denaihati)

Syarat-syarat

1. Hanya terbuka kepada Rakyat Malaysia dan Weblog Malaysia sahaja samada berbahasa Melayu atau English.

2. Buat satu posting di weblog ANDA dengan memilih satu blog yang paling ANDA sukai dan tuliskan apa bestnya weblog tersebut.

3. Dalam posting Anda wajib ada perkataan Weblog Popular 1Malaysia dan saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog contoh saya tahu contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog http://jentayutiara.blogspot.com

4. Dalam posting Anda wajib ada nama-nama sponsor dan tolong update bila ada sponsor baru.

5. Dalam posting wajib ada backlink kepada Denaihati.

6. Tinggalkan komen dan link posting anda di posting contest Weblog Popular 1Malaysia di blog Yang Terbuku Di Hati.

7. Peserta wajib subscribe blog ini melalui email dan diaktifkan.

8. Setiap peserta yang mencalonkan wajib letakkan banner Weblog Popular 1Malaysia dimana-mana yang boleh kelihatan di weblog anda.

9. Contest ini bermula pada 1/7/2009 dan tamat jam 12.00 am pada 30/9/2009.

10. Minimum pencalonan untuk Weblog Popular 1Malaysia adalah 100 pencalonan.

11. Minimum reference atau rujukan untuk hadiah 2,3 dan 4 adalah sekurang-kurangnya 50 peserta lain.

12. 1 blog hanya layak mencalonkan 1 Weblog Popular 1Malaysia sahaja.

13. Untuk hadiah ke 5 hanya weblog sahaja dikira, website forum dan website umum tidak dikira, seandainya bukan weblog maka peserta seterusnya akan dikira sebagai pemenang. Hanya 4 weblog teratas dikira sebagai pemenang.

14. Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.

Keputusan

Pemenang akan diumumkan 2 minggu selepas tarikh tamat contest.

Pertanyaan

Boleh bertanya terus melalui ruang komen atau twitter @Denaihati atau email denaihati@yahoo.com. Jangan lupa untuk lawat blog ini untuk melihat update terbaru.


..... >> marilah meriahkan alam blog di samping buat duit raya... aku jugak tengah pikir web pujaan hati ku untuk di calonkan!

....>> Selamat kembali berblogging buat Kasawari ..Beep, Beep....

Tuesday, July 7, 2009

Kuina itu adalah aku

Aku search kat google nick aku 'Kuina' tp tak sangka ini lah watak aku & aku adalah watak ini... hehehe

Kuina (くいな) was the childhood friend of Roronoa Zoro.

Appearance

The Marine officer Tashigi bears a strong resemblance to Kuina (in appearance, personality, and sword style), to the point where it makes Zoro extremely uncomfortable around her. However, she is not believed to have any greater connection with Kuina than that.

Personality

She was the daughter of Koshiro, the sword master of the dojo where Zoro was trained and the reason why Zoro developed the Santōryū technique and he treasures one of his swords, the Wadō Ichimonji, more than his others. In life she was always living with the knowledge that, being a woman, the older she got, the more difficult would be for her to compete with other men. This would force her to give up the swordsman's life. Eventually, Zoro made her believe that its willpower, not strength, that makes a swordsman.

Abilities and Powers

Kuina was undoubtfully the strongest among her fellow trainees in her father's

dojo, being able to overpower even the adults. Also, she was getting stronger and stronger in order not to let her main rival, Zoro, catch up to her. Since she died, it is not possible to know how strong she would have become, although, as she stated herself, she might not have been able to keep up to male swordsmen while turning into a woman. However, she could have been even stronger than Zoro, since Zoro got that ispiration for his willpower from her.

http://onepiece.wikia.com/wiki/Kuina

Inilah rupa Kuina
Comel kan..... hehehe..
jom main pedang!

Tips Populurkan Blog

.... cuma nak sambung kisah PR semalam.

Jujur aku katakan aku berblogging bukan kerana wang tidak sama sekali tetapi kerana ingin berkongsi ilmu dan maklumat juga mengetahui ilmu dan maklumat. Sehingga kini aku belum pernah dapat cek dari Nuffnang atau advertlets pun dan memang tak cukup lagi nak wat claim.

tapi persahabatan & silatulrahim di alam maya ini sangat mengujakan.

Spt kata YB dulu " nasib baik kita tak kenal dulu, klu tak tentu segan" hahaha.. sebenarnya aku mungkin telah mengenali YB atau pernah berurusan dengan YB semasa dia dalam Kulit Kerang & ketika itu aku mengendalikan projek pembinaan beberapa stesen kulit kerang. Inilah yg dikata alam maya kan...

opssss ini ada 3 tips nak folulur yg aku sedut dr blog kakak aku.... shhhh dia bukan ada kat rumah pun...

Tip pertama :
Banyak membaca. Apa yang kita lakukan mesti ada ilmunya. Baca blog yang banyak membuat tutorial dan mengajar SEQ. Bukan kepakaran saya di bidang ini.

Tip kedua :
Menulis dengan betul. Gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dengan betul. Pernah tak anda menulis keyword untuk carian di Google dengan bahasa sms atau bahasa shorform? Kita tidak akan menulis keyword ‘tnh rnth bkt antbgsa’ sebaliknya kita akan menulis ‘ tanah runtuh bukit antarabangsa’.

Tip ketiga :
Signature – saya mengetahui cara membuat signature cantik dan ayu sejak lama tetapi saya tidak pernah mempraktikan apa yang saya tahu. Kenapa? Kerana saya akan menulis nota kaki dengan nickname saya sendiri bukan dengan image signature. Faham maksud saya? Apa yang mudah diindek oleh Google? Image atau text ? Saya membina penjenamaan nick ‘kujie’ . Kerana itu bila anda taip keyword ‘kujie’ anda akan mendapati Google Authority Listing dengan nick saya – kujie.


Kuina la..................

Monday, July 6, 2009

MOOD 2DAY

Mood hari nie......

Jiwa kacau....


pssstttt ChekguBh ajak check PR td... ohhh dah lama aku tak check...
sapa2 nak check leh check sini

ohhhhhhhh makin syahdu aku nak tinggal Bicara Santai nie....

Friday, July 3, 2009

Katak Memanjat KLCC

just nak share gadget nie yg boleh didapati kat Google Modules ; boleh tengok kat sini
ada byk jenis sila lah pilih yg mn sesuai di hati..


oh katak nie telah menarik perhatian ku
lalu aku sumph dia bertukar warna ikut suka hati ku...
kat edit setting ; korang leh tukar background dgn letakkn link mana gambr yg korang suka.. pastu pilih patten, kala body & kaki... last sekali pilih size S,M & L

jadilah spt ini... katak sedang memanjat menara KLCC...
korang klik la byk2 kali.. nanti dia penat jatuh.. mati katak...

Thursday, July 2, 2009

Belon Belum Meletup Lilin Belum Menyala Jom G Yamen

Hari ini keajaiban tercipta apabila remaja perempuan berusia 14 tuhan terselamat dr bencana Yaman Airbus 310 berhampiran Pulau Comoros dgn terapung selama 13jam. Pesawat Airbus dalam penerbangan dr Paris dan Marseille ke Comoros membawa 153 penumpang & anak kapal terhempas di Lautan Hindi ketika cuba mendarat dalam gelap serta keadaan angin bergelora.

bila melawat CuteMiut aku trfikir nk wat en3 nie yg aku dpt melalui email. Ini adalah satu satu keajaiban alam..

Socotra Island di Negara Yamen adalah salah 1 tmpat yg unik di dunia. Terletak di Lautan Hindi, kira2 350km di Selatan Semenanjung Arab.



Mukabuminya hanya diliputi batu kapur & batuan keras tetapi mempunyai lebih 700 jenis fauna & flora, 1/3 drpdnya adalh endemic & tidk terdpt dimana2 tempat di dunia.


Ini adalah Dragon Blood Tree (Dracaena Cinnabari)


Ini pula Desert Rose (Adenium Obesium)


Ini pula Socotran Fig Tree


SUBBHANALLAH!