Monday, June 30, 2008

Selamat Datang Julai .... aku semakin tua

huhuhu... Euro2008 dah 2tup buku... Tahniah Spain... Tahniah Jerman..... jangan lupa esok tarif baru elektrik... econ tu kurang2 la sikit penggunaanya pakai kipas tangan aja... .. ala exersice tangan kan.... hehehe

semester baru akan bermula.... selamat kembali semula adik2... selamat perah otak semula, adik2 yg baru memasuki alam universiti... selamat menimba ilmu.

Bermulanya semester baru nie bermakna bertambahlah program keBZan my dear, mydarling, myhubby.. ala musim student cuti pun bz tambah2 la student dah masuk semula nie..... Nak majuk.... eissshhhh tak payah.... i2 keja dia, nanti muka aku mcm apek tua lak!


Julai akan datang esok.... aku akan semakin tua.......
ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Saturday, June 28, 2008

ku ingin selalu di samping mu

semalam aku pergi 1 sprmarket kat Kangar nie... hasratnya nk beli dadih segera & susu masakan... aku ambik 4 paket dadih tu.... ala.. jealous tgk combi buat ari tu, lgpun hr nie nak balik kampng nak raikn birthday anak dara aku.... w/pun terlewat. Aku jg nak buat kek coklat bersama dgn dia (tepung kek dibekalkn oleh kakak aku kujie) hehehe.... kebiasaannya mcm tu... aku akan buat kek bersama-sama dgn dia... kecoh tu biasa la, setiap 5 minit akan pergi intai kat oven tu.... "ma..bila nak masak nie? Lambat lg ker?" hehehe...
masa aku dok belek2 susu cair tu aku perasan yg susu tu dah tamat tempoh... bulan 6 2008, hampeh. aku pergi kat kaunter bg tau cik kak tu... apasal barang exprd masih dijual... terpinga2 dia.... giveup dgn keadaan td aku letak balik semua barang & keluar.... abis mood aku.....
__________________________________________

ku ingin selalu disampingmu...
melalui hari-hari yang indah ini.....



epy wekend..........................

Thursday, June 26, 2008

Lata Gading @ Sg. Angkat

cerita berendam tak abis lg..... setelah matahari muncul & memancarkn sinarnya, kolam yg hangat tu menjadi panas... tp xtvt berendam akan diteruskan lg, kali nie kami bergerak sejauh 500m dibelakang pusat reakrasi tersebut.

ha... ini laluan ke lokasi tersebut (anak ku & anak2 buah yg funny& funky)



inilah Lata Gading atau dikenali sebagai Sg Angkat JPS. Airnya jernih, sejuk & menyegarkan, kawasan ini dikelilingi dengan dusun buah2an. Suasananya disini aman, mendamaikan. , Terdapat juga pondok2/bangsal di sepanjang sungai dan selalu menjadi tempat perkhelahan keluarga



psssttttt ............. hr nie hari jadi anak dara aku@ bakal Doktor "Happy Birthday Cayang" moga membesar sebagai anak yg soleh, beriman & berilmu.

"mama... nanti adik besar adik belikn rumah bunglow utk mama ya, belikn keta besar utk mama, mama tak payah la kerja lagi"......

Wednesday, June 25, 2008

Air Panas Ulu Legong

Jom pergi berendam ...... pergi mandi berkhasiat

Kolam Air Panas Ulu Legong terletak 21km dari Pekan Baling, Kedah. Ini pintu gerbang dari Jalan Utama, ... eehhh SABAR, belum sampai lagi... dah sampai..... trdapat 5 buah kolam serta kemudahan lain spt chalet penginapan, tapak perkhemahan, surau, tandas & gerai makan.
ini kolam utama, kolam semulajadi... suhu airnya antara 50 - 52c & PH 8.2. Tak ada manusia yg berani terjun, dr sini air akan disalurkan ke kolam seterusnya. Khabrnya boleh menyembuhkn penyakit kulit & sengal2 otot sendi. (tp kalau org 2 memang gatal x leh sembuh jgk)

kolam ke 3 & 4 : suhu antara 38-41c... anda dinasihatkn agar membasuh kaki@ merendam kaki terlebih dahulu sebelum turun, kalau tidak anda akan pengsan @ pening selepas keluar dr kolam nanti. Kebanyakan pengunjung dtng waktu malam & pulang selepas tgh malam @ pagi kesoknya. (Siang hari org x berendam...panas oooooo... )

huhu... seronoknya berendam, km sampai sesudah subuh, ketika tu ramai pengunjung dah berangkat pulang... hehehe

Tuesday, June 24, 2008

frust..

x dak mood nak buat en3.... huhuhu Italy sudah KALAH.. blk kampung @diam

Ehhhhh.... Jerman masih blum bye, bye kan...

hari nie.... ujan sejak subuh... nak bangun pun mengeliat seribu kali... kepala pula pusing2, pening2... lepas b'fast @minum
makan ini ........ zzzzzzz kat surau jap.
_______________Tengok yg ini lg pening_______________________________

Dewan Rakyat perakui langkah penstrukturan semula subsidi bahan api KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan usul khas berkaitan kenaikan harga petroleum dan barangan selepas kira-kira lima jam dibahaskan oleh 18 Ahli Parlimen, masing-masing sembilan dari Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang, semalam. Usul berkenaan diluluskan menerusi undian belah bahagian dengan 129 yang semuanya wakil rakyat BN menyokong, manakala 78 Ahli Parlimen pembangkang dan Bebas menolak. Turut mengundi, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak. Berita Harian.

so.............. terimalah seadanya.......



Sunday, June 22, 2008

Operasi Tuka Taya Pancit

xpdc semlm terpaksa dibatalkan. Masa keluar rmh aku dapati keta aku kekurangan angin so cdangnya nk ke stesen minyak tambah, nasib baik dekat aje, sampai saja dah kempes... oooo rupanya taya dah pancit. Aku tinggal aje keta kat situ terus balik rmh. MAJUK...
Tghhari br balik utk tukar taya. Dia minta aku membantu ambikkn taya dalam bonet " mcm mana nak buka taya nie?" hehehe....

masa dia tgh tukarkn taya aku cuma mermerhatikn aje, dia dok pokpet pok pet terangkan mcm mana nak 'jet' keta & buka skru. Katanya nanti pancit kat tgh jalan ker susah. Hati kecil ku berkata 'nak bermanja2 sikit apa salahnya'....

eh apa susah, kalau pancit kat tengah jalan bagi aje senyum simpul manis sekilo gula, gedik2 manja sikit, ada la yg nak membantu.... kan,kan,kan....


hu,hu,hu....
"ampun bang"

Saturday, June 21, 2008

Final


Final


anda setuju????

jawab la.........

@tepuktangan
meh tgk pemain muslim kat euro2008 : sini

Friday, June 20, 2008

Mendaki

sejak kehdapan & kebelangan nie aku dah malas g mendaki... tak tahu Y? xtvt mndaki aku terhenti bila musim ujan hr 2... skarng dah cerah, panas & hangat, masih belum dimulakan lagi.... isssshhh aku dah jd baloq liat dah. Dulu w/pun x prgi mendaki sekurang2 aku berjogging...skrang hancusssss.

eeeeehhhh tp skrang aku berjln kaki dtng pejabt... ala 500 m aje tp pergi balik jd 1000m... kalau seminggu dah 6000... sebulan ha... kira la sndiri... dah brapa kilo kalori aku terbkar, itu blum di+ aku panjat tngkat 1 & tngkat 2 pejabat, berjalan kesana sini di pejabat.... kira ok la kan....
apapun xtvt mendaki aku akan dimulakn semula.......... eeyaaaaaaaaaaahhhhh @malu
cdngan pendakian hujung minggu nie... rendah aje... tp agak mencabar...
- group mendaki aku hanya ada 3 orng p'puan dr 3 bangsa,
yg melayu (sure aku la kan), seorng india & seorng cina.

Thursday, June 19, 2008

Operasi Membersih & Mengemas II

Perasan x aku sdng mengemas... mengemas blog, aku sdng cuma mengoptimumkn loading time utk blog aku, kesian gak kn orng dtng umah bg salam ketuk pin2 tp lambat buka, nanti blk lak tetamu ... issshh ntah2 bw buah tngan ker ha.. melepas aku...

Aku jgk telah memansuhkn byk widget tp bunga tulip 2 x leh la... jauh tau aku petik.. sayang u... dah beratus kali aku tanam tak idup gak... tu pasal aku plastikkn. @bunga

Blog aku skrang seberat 234459 bytes, loading time adalah 20.51 s tp itu brgantng kpd kelajuan steamyx @siul. try check u'r blog kat sini.. http://websiteoptimization.com/

ini speed internet kat opis aku... guna speedtest , hampeh, ini bkn stremyx ini snailmyx

ini menggunkn DU meter... @hah lg karut tp DU meter byk kegunaan boleh tgk kelajuan netwok atau unexpect network xtvt. download free..

semua info ini adalh dr "kusus buat blog" yg dianjurkn oleh kakak aku

psssttt..... cerita sebaliknya............. aku dah hapdet semua blog aku tau... tiada lg sawang & sarang lelabah! @senyum

Wednesday, June 18, 2008

The beauty Of Life

td aku melawat blog Sham (S.H.A.M bukan S.Y.A.M) menarik gak isu yg dipaprkan. "How to Manage Peoples's Impression", ringkas & padat kupasan beliau, pertama kalau mengikut agama & adat : mandatori, kedua nilaikn sendiri berguna atau tidak pd diri sendiri. Betul tu, aku setuju tp ........... "How to Manage Ourself & Others". Banji byk menulis tentang isu ini, lawati blog dia, byk ilmu boleh disedut .

apa pun jangan lupa :
the beauty of life dosen't depend how happy u'r but how happy u make others!




Tuesday, June 17, 2008

Operasi Mengemas, Membersih

minggu lepas ujan turun mencurah2... rumput rumpai, tumbuh tumbuhan jd segar bugar menghijau mcm disimbah baja, hebatnya anugerah tuhan ini...

Ujan juga telah menyuburkn semak samun di keliling rmh ku....... adussss... ular sawa pun boleh bertapa.... so apa lg... mari lah bergotong royong !

ini bahagian depan rmh... mcm2 ada... pokok pandan tu aku nk cantas sampai akar umbinya, ada sapa2 nk utk buat bunga rampai meh order cepat...
ini bahagian tepi rmh.... tgk betapa suburnya sayur-sayuran yg tak ditanam nie...



ini diluar kwsan rmh... di hadapan rmh... pemandangan dr balkoni... memang patut subur & menghijau..


psssstttt... makcik cleaner ada tugas2 khas minggu nie, ada sapa2 nak membantu, sila bawa cangkul & sabit.

Friday, June 13, 2008

Pesanan Khidmat Masyarakat

Mulai esok, lusa, tulat & hari berikutnya aku akn berada Di Luar Kawasan Liputan, maaf lah kalau Perkhidmatan Terganggagu Seketika atau Tidak Dapat Dihubungi Buat Sementara Waktu. Jangan bimbang Pesanan Anda Akan Disambungkan Ke Peti Simpanan Suara... so tinggalkn pesanan anda yer!
Aku cuma nk berehat seketika, berbulan madu di Laut Biru... yeahhhhhhhhhhh
Indahnya dunia bila di cintai..
Bahagianya jiwa bila di sayangi..
Hidup ini Indah... nikmati keindahannya dengan kasih sayang seikhlas hati, sejujur budi..
Kebagaian milik setiap insan.. ada dalam hati, ada dalam diri!

Pesanan Khidmat Masyarakat untuk anda semua ...

Janganlah sakit hati melihat orang lain bahagia kerana dia bahagia bukan atas derita kita - itu namanya hati yang berpenyakit lebih bahaya dari jangkitan HIV. Hati itu dapat hidup dan mati, boleh sakit juga sihat. Antara penyakit hati :


  • - Irihati : Sifat yang tidak senang akan rezeki dan nikmat yang didapat oleh orang lain dan berusaha untuk menyainginya. Dalam ajaran agama iri dalam hal berbuat kebajikan dibolehkan.
  • - Dengki : Dengki adalah sikap tidak senang melihat orang lain bahagia dan berusaha untuk menghilangkan nikmat tersebut.
  • - Hasut / Provokasi : Selalu berusaha mempengaruhi orang lain agar kemarahan orang tersebut meluap dengan tujuan agar dapat memecah belah persatuan dan tali persaudaraan agar timbul permusuhan dan kebencian antara sesama.
  • - Fitnah : Fitnah adalah suatu kegiatan yang menimbulkan permusuhan tanpa bukti yang kuat.
  • - Buruk sangka : Sifat yang curiga atau menyangka orang lain berbuat buruk tanpa disertai bukti yang jelas.
  • - Khianat : Sikap tidak bertanggungjawab atau mungkir atas amanah atau kepercayaan yang telah diserahkan kepadanya.

Cemburu, irihati dan dengki adalah musuh hidup manusia dan akan meracuni hati. Irihati akan muncul setiap saat kerana kita cenderung untuk membandingkan diri kita dengan orang lain. Setiap orang sebenarnya memiliki hidupnya sendiri. Setiap orang memiliki proses dan jalannya masing², jadi tidak adil bila saling membandingkan diri. (en3 lama pernh dipaparkn suatu waktu dahulu)


Thursday, June 12, 2008

Hujan Yg Turun .....

uhuk, uhuk.... betul kata To Nabe, yg naik harga, yg turun hujan... yeah hujan turun sepanjang minggu & sepanjang hari... ..

aaa... 2 3 lepas aku tak sihat, jiwa pun ada kacau sikit, sakit pun ada, bengang sikit... tp cool.... syukur pd tuhan aku masih dapat mengawalnya. Aku dah buat en3 pasal penyakit manusia nie... nanti la aku publish mgkin belum masa... biarlah hujan yg turun ini menyejukkn jiwa & mencuci luka... (emo la pulak)
hujan yg turun jugak memberi semangat & baja kat rumput2, tumbuh-tumbuhan, makin segar bugar, ceria, cantik, comel (betui ker?) tp uhuk2, uhuk.... streamyx kat opis aku jd snailmyx la pulak.....hampeh .. nanti dah stabil nanti kita mulakan semula Mesyuarat TINGKAT yer!


Saturday, June 7, 2008

Anda Lupa ?

Hey... hari nie Hari Keputraan Yang Dipertuan Agong... tahukah anda? Nampaknya penangan kenaikkan harga minyak membuatkn peristiwa ini tenggelam, sana sini orngsibuk membicarakn pasal kenaikkan harga minyak, kenaikkan harga barang dan kenaikn suhu badan...!!! Hari nie juga org yg kita pilih utk memimpin kita, yg kita lantik utk menjaga berbendaharaan negara kita, akan menambah koleksi pingat mereka...... mereka berjasa w/pun jasa mereka membuat kita menderita & merana. Kita dapat apa???? hanya boleh bual kosong, kutuk, caci, cerca, tak puas hati, ...... step down Pak Lah, undur.... kita telah diberi peluang utk memilih pada PRU12 dulu, tp itu yg kita pilih so.... terimalah!

Kenaikn harga minyak jg telah menenggelamkan SUKMA2008 yg sedang berlangsung dr 29 Mei hingga 9 Jun di Terangganu. Berapa rekod kebangsaan telah lebur?????? Berapa pungutan pingat negeri anda? Kita sudah tidak ambik peduli... yg pasti tak byk promosi tentang sukan ini, RTM menjadi penyiar rasmi, monopoli semua, TV3 hanya selit sikit2 ceritanya termasuk TV swasta yg lain. ASTRO langsung tak ada????? Apa dah jadi. Tak ada kelas ker sukan kita.

Hey.......... Euro 2008 akan bermula. Nampaknya krisis harga minyak akan tenggelam tak lama lg, semua orng akan ckp pasal bola... siapa ke Final?



Friday, June 6, 2008

Minyak O Minyak


Minyak O minyak... semua orng sdng membicarakn pasal kenaikan harga minyak, DRASTIK, bukan setakad dibincangkn di kedai kopi, di pejabat, kedai makan, dalam kereta, di dalam lif malah di dalam tandas, daripada tua sampai yg muda termasuk yg tak tahu apa2. Apapun ini kenyataan yg perlu kita hadapi.@nangih
Baru sehari harga minyak dinaikkn harga barang2 dah mula naik. Baru td aku terima fax drpd pembekal 'ready mix concrete' hrga konkrit akan dinaikkn sebyk 40% pd 9 Jun ini. Konkrit......... apa kena mengena konkrit dgn minyak??????? Harga besi & keluli pula dah naik berkali ganda sejak 2 3 bulan lepas. Harga 'Bitumen' dah lama naik, dah lama ikut harga minyak mentah.

  • Penguasa bus sekolah akan menaikkn tambang sebanyak 35%
  • Penguasa lori akan menaikkn caj sebanyak 35% jugak
cukup la 2 perkara nie tak perlu senaraikn byk2 ......... kesannya semua barang akan naik HARGA & semua org akan naik hangin....apa kita nk buat... nak bantah, dak demo... ISA sedang menunggu!

MAKANAN .... naik ker turun ker kena beli... utk makan, tak ada makan mcm mana nak hidup!



pssstt ....>> di sebuah pondok di hujung bandar seorng tua menepuk dahi... aku tak punya kereta, aku tak punya motor malah tak punya apa2 jentera berenjin... kenapa aku jadi mangsa.@fikir

Thursday, June 5, 2008

Seven Wonder

aku kena tag oleh seorang perempuan yang berdarah gemuruh dan punyai seketul jantung, setangkai hati, sepotong pakreas, sebutir jerawattt serta sepasang tangan untuk menyetok2 keyboard setiap hari tanpa rasa jemu... hahaha... bernama cik kelat..

ini pasal angka 7, kuasa 7... aku suka sangat nombor 7 nie, nombor ganjil tak genap.


7 FAKTA TENTANG SAYA


  1. anak p'puan kpd ibubapanya , .** syg semua
  2. Dilahirkn pd bulan 7 tahun 70an
  3. sekuntum bunga ditengah kumbang di pejabat nya .... ** the brutal engineer
  4. simple, easy going, suka aktiviti lasak ... ** dah kurang sikit dah
  5. suka warna merah tp takut darah ...** garang ???????
  6. suka pandu keta laju2 ...** saman ikut belakang
  7. sukaberfantasi/ berangan ...** akn ku bina istana di langit ke7 , bulan madu di awan biru..


7 PERKARA MENAKUTKAN SAYA



  1. Allah S.W.T ... ** maha suci tuhan yg menjadikn sekelian alam
  2. Mati mengerikan ... ** moga mati sebagai org beriman
  3. Lupa diri/ takbur .....** moga dijauhi
  4. Eksiden ... ** nanti ada darah... eiiii ngeri
  5. Hujan ribut petir ...** takut eeee guruh berdentum
  6. Kehilangan pancaindera ... ** mata: buta, telinga : pekak, tangan:kudung .............
  7. Tak ada air utk diminum makanan utk dimakan ... ** kering tokak.... haus, lapar


7 LAGU BUAT MASA SEKARANG


  1. Always on my mind : Micheal Buble
  2. Forever in Love : Kenny G
  3. What a Wonderfull World : Kenny G
  4. Anak Tupai : Bahtera
  5. Sebelum Cahaya : Letto
  6. Bila aku sudah tiada : Hujan
  7. You're beautiful : Jame Blunt
7 PERKARA YANG SELALU SAYA SEBUT


  1. Bismillahirahmanirahim
  2. Assalamualaikum
  3. love u/ miss u
  4. Take care
  5. hehehe.....
  6. a'ha..
  7. Tq
7 PERKARA YANG AMAT BERNILAI


  1. Pengorbanan, jasa ayah ibu ....** tak ternilai harganya
  2. Cinta kasih dia ... ** i love u so much... muah...
  3. My kids .... ** ur' my life
  4. Diri ku sendiri ....... ** hehehe..
  5. Wang ringgit.... ada duit semua jadi
  6. Home Sweet Home ..... what a wonderful world
  7. PC/Laptop... tenet... games .. my blog


7 PERTAMA KALI DALAM HIDUP SAYA


  1. Darjah 1 umur 7 tahun ... sama lah kita yer.....
  2. 1st job.. sbagai Production Control sebuah kilang elektronik ... jd pekerja terbaik & dpt tawaran g Jepun tp dipertikaikn sbb service tak ckup 3 tahun lg.... uhuk, uhuk...
  3. 1st en3 kat blog bulan 3, 2007
  4. Eksiden dgn lembu .... x leh claim insuran
  5. Jumpa blogger & geng Teratak Santai : 2007
  6. Bayar saman RM1050 ......... tensen gak
  7. Order design software kat tenet guna kad kredit bos .... tq bos
7 BLOG YANG TERPILIH



  1. Sham disenjakala
  2. sham org minyak
  3. Syam81 orng ganu
  4. Mrozaidi
  5. ezadahmad
  6. cahaya
  7. sunanjati

psssttt ........hr nie aku jln kaki ke pejabt, nanti2 aku nak beli beskal/beca... so sapa2 nk tmpang meh byr tambang kat aku

Wednesday, June 4, 2008

Derma Darah

aku INGINn sekali menderma darah.. tp aku SANGAT takutkan darah walaupun aku AMAT sukakan warna MERAH! @mata



opppsss sorry kelat.. tag 2 nanti akak jawab yer!

Tuesday, June 3, 2008

Hidup ini Singkat

Sesuatu yg menarik utk dikongsi setelah mengembara dr tingkap ke tingkap di alam maya ini.

Hidup ini sangat singkat dan sarat dengan tipu daya dengan segala bentuk dan ragamnya yang sulit untuk diubah. Semuanya baru akan terasa indah dan bermakna jika kita mengikuti apa yang diajarkan oleh Nabi. Setiap aktiviti yang diarahkan kepada Allah tidak akan menjauhkan dari hubungan hidup dengan-Nya, bahkan akan membuat Alah semakin menyukai dan meredhainya. Tidak ada kurnia kenikmatan yang lebih besar daripada seharian yang dilalui dalam ketenteraman dan keserasian. Kita cuba mengawal aktiviti seharian dengan mengingat Allah dan Rasul-Nya pada saat bangun pagi, kemudian menjalani paginya bersama bimbingan Nabi Shalallahu Alaihi Wasalam.

Dalam setiap hendak memulai perkerjaan, Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasalam sentiasa mengawal perbuatan dengan menyebut nama Allah. Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasalam bersabda : "Setiap perbuatan yang tidak diawali dengan menyebut nama Allah (membaca) Bismillahirrahmanirrahim - adalah terputus (dari berkat Ilahi atau Rahmat-Nya)." (Tafsir Ibnu Katsir). Selanjutnya, hendaknya perilaku hidup ini kita diselaraskan dengan ajaran Qur' an, dan mengikuti sunnah Nabi Shalallahu Alaihi Wasalam. Dengan begitu, hidup yang singkat ini akan terasa sangat bermakna, penuh hikmah dan indah. Rasa kasih sayang yang Nabi Shalallahu Alaihi Wasalam miliki, kita adapsi. Kecintaan kepada sesama dan semua makhluk Allah kita pelihara. Pengabdian hidup Nabi Shalallahu Alaihi Wasalam untuk kejayaan Islam, kita amalkan. Pengorbanan Nabi untuk kedamaian umat manusia, kita jaga. Kesederhanaan Nabi dalam hidup sehari-hari, kita ikuti. Keikhlasan Nabi Shalallahu Alaihi Wasalam dalam beramal, kita praktikkan.

Maka, dengan mengikuti Nabi Shalallahu Alaihi Wasalam yang mulia kerana akhlaknya, kita akan menjadi orang mulia, baik di mata Allah atau di mata manusia.