Thursday, July 31, 2008

Jacking Best Practice

hari nie nk cerita pasal keja. En3 bergambar, berwarna warni... hehehe

Salah satu method yg digunakn kat site aku adalah 'Jacking'. Kerja nie mcm kerja TENGGILING, mengorek, mengerudi di dlm tanah. Utk kerja nie 2 lubang (pit) dibina. Pengerudian akan dijalankan diantara 2 pit ini .

ini adalah kerja-kerja jacking paip yg kecik menggunakan 'clay pipe size 225mm'


Ini jacking bagi paip yg besar menggunakan RCJP 'Reinforcement Concrete Jacking Pipe'. Sizenya dr 450mm hingga ke 2100mm.


Ini adalah mata gerudi yg digunakan, mata gerudi ini berbeza mengikut jenis tanah. Tekanan digunakan utk menolak mesin ini ke receiving pit& tanah yg digerudi disalur keluar sebagai 'slurry'. (mcm bubur lambuk). Kadang kala mesin nie rosak dipertengahan jalan, tak smpat smpai ke 'receiving pit', oleh itu 'rescue pit' terpksa dibina bg mengeluarkn mesin utk repair... 'rescue pit' nie leceh... mungkin dok tgh2 jalan. huhuhu!
Teknologi nie lebih kurang mcm pembinaan 'Smart Tunnel' tp ST tu besar...



so... insterestd 2 b civil engineer... byk kusus kejuruteraan ditawarkan oleh universiti tempatan, peluang keja pun byk... berusaha yer adik2...

Tuesday, July 29, 2008

BlogCatalog

minggu lepas aku register Blogcatalog, 1 of blogger network community, unfortunately i received this notice :


uwaaaaa............. aku dah jd blogger lebih awal dr Tun M, lebih dulu dr Ali Rustam, terlebih sudah dr KhirToyo, dah ada 311 posts kat Bicara Santai, 30 posts kat Sentuhan Rohani, 18 post kat Nyanyian Hati.

alamak terlebih sudah!

Tag By Combi

Combi telah dipaksa oleh kakak aku Kujie, then dia paksa aku DLL pula.. Dgn ikhlas & rela hati aku jalankan tugas tersebut. Inilah My Lovely Family...


sapa2 yg rajin buat la tag nie...


(hr nie 2 en3.. pasal blogcatalog tu la...)

Monday, July 28, 2008

Motorsikal Patung (2)

ingat tak en3 Motorsikal Patung terdahulu. Semlm kreativiti itu telah membunuh. 2 nyawa telah melayang kerana terlalu kreatif. Ini kah bangsa kita, masyarakat kita, pemuda harapan bangsa . Sedih, terharu..

Takziah buat keluarga Mohd Borhan Baharuddin & Mohd Rizuan Awang Omar.

Friday, July 25, 2008

rest ...


i need rest
so tired .... !!



.... >> dunia berputar disekeliling ku tetapi tidak untuk ku...


aku dpt adiah
terlalu bernilai terlalu berharga
menyentuh hati mengusik jiwa
tak kan ku lupa sampai bila2...

Thursday, July 24, 2008

Makin Rendah Harga Diri Kita?


"seorng engineer aku memberitahu kawasan perumahannya mengalami gangguan bekalan air kerana pam di tangki utama dicuri "

aaaaa semakin tinggi harga barangan
semakin rendah harga diri.. !!!





kes kecurian harta awam semakin berluasa... dimana salahnya kita!




?
?
?

Wednesday, July 23, 2008

Kenali Diriku... Inilah Aku...

1. Bulan Kelahiran : JULAI

* Sangat suka didamping. * Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. * Agak pendiam kecuali dirangsang. * Ada harga dan maruah diri. * Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. * Mudah dipujuk dan bercakap lurus. * Sangat menjaga hati orang lain. * Sangat peramah. * Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. * Berjiwa sentimental. * Jarang berdendam. * Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. * Tidak suka benda remeh-temeh. * Membimbing cara fizikal dan mental. * Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. * Layanan yang serupa terhadap semua orang. * Tinggi daya simpati. * Pemerhatian yang tajam. * Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. * Mudah dan rajin belajar. * Suka muhasabah diri. * Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. * Suka mendiamkan diri. * Suka duduk di rumah. * Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. * Tidak agresif kecuali terpaksa. * Lemah dari segi kesihatan perut. * Mudah gemuk kalau tak kawal diet. * Minta disayangi. * Mudah terluka hati tapi lambat pulih. * Terlalu mengambil berat. * Rajin dalam membuat kerja.

ada yg betul, ada yang samar2 ada yang gelap sangat2.... hanya jauhari mengenal manikan!


2. Aku, Bantal & Tidur : Tidur tanpa Bantal

* memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego. (simpang malaikat 44)

__________________________________________________________aku nak bg adiah kat semua pengunjung blog nie...
ambek la sorang satu....




Tuesday, July 22, 2008

My Birthday...


terimakasih tuhan kerana masih
memberi aku kesempatan untuk
berdiri dan menyedut nafas ini
lagi....

Monday, July 21, 2008

Dugaan Kehidupan...

(Persiaran Jubli Emas Kangar)


Bila dipersimpangan, kita keliru memilih arah & haluan. Berhentilah seketika atau sementara waktu.

Pilihlah jalan yang dirasakan wajar. Mungkin kita tidak pasti apa di hadapan namun kita harus bersedia dengan segala kemungkinan. Berdoa pada tuhan moga dirahmati dan diberkati. Kita insan biasa, tiada yang sempurna hanya padanya kita berserah dan memohon rahmat dan hidayah.

ingat lah... dalam kehidupan, kita tak akan kemana2 kalau kekal pada suatu tempat, hidup adalah pembelajaran, kita harus melangkah kehadapan, cabaran dan dugaan pasti akan datang, sabarlah, itu ujian tuhan!



(semlm ikut hubby ke Univrsiti, ada majlis deklamsi puisi... begitu brsemangat mereka buat prsembhn tp aku terlena... butaseni betul aku!)

Saturday, July 19, 2008

Mari Merempit


vroommmmmmmmmmm




Life is not what it seems like!
epy wekend!

Thursday, July 17, 2008

Motorsikal Patung

ini adalah 3 buah motorsikal patung yg dirampas oleh polis traffic Kangar dlm 1 operasi. Unik & kreatif kan pengubahsuaian motor nie... sayangnya kretiviti ini hanya layak di pamerkn di balai polis!
i'm back!

maap ya kalau aku msh tak brkesemptn melwat blog kalian... nanti aku terjah yer!

Wednesday, July 16, 2008

Sumbangan RM67Billion


Petronas sumbang RM67 bilion kepada kerajaan

KUALA LUMPUR 15 Julai - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menyumbangkan sebanyak RM67.6 bilion termasuk dividen khas sebanyak RM6 bilion kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun ini.
berita selanjutnya ...

kemana yer sumbangan tu akan disalurkan!

Monday, July 14, 2008

Aku semakin lemah

aku bngun pg nie, kepala perpusing2, mata berpinar2, badan terasa sangat lemah namun aku gagahi jugak mandi & bersiap . Hr nie ada mesyurat penting, semua big2 boss & client akn turun. Aku perlu hadir. Semlman aku tidk menyentuh apa2 hidangan, terasa lapar namun setiap kali aku menjamah makanan semua terasa pahit & payau & santapn ku terhenti begitu saja.

Apapn aku akn cuba dgn kudrat yg ada, andainya blog ini terhenti dihapdet brmakna aku sudah tiada daya! Doakn utk aku ya!

khabarnya kontrak disini akn disambng lg ini bermakna aku akan mash disini utk setahun lg. S

Friday, July 11, 2008

Daily Blogger

huhuhu.. pg2 combi dtng ketuk pin2 ajak p rmh dia... ingat kot nak ajak b'fast ker, buat jamuan ker apa ker, rupa2 nk bagi anugerah nie.... toce, toce....

so award ini aku nak sampaikn kepada yg tersenarai moga terus rajin menghapdet blog...

syam ...>> udah pakai domain sendiri u, kelas gitu...
ezad ...>> sdng mencari damai dihati
AlongArman ...>> kontrak keja disambung lagi... leh la selalu blogging lg
yonna ...>> anak dara nie.. asyik jenjalan aje
GreatTeacherBaniHashim ...>> cikgu blues
Alissara ...>> Amoi Bidayuh yg tgh tnggu pinangan
sultan ...>> hatinya selalu suka
kamezain ...>> tgh semangat brblogging sbb rmh dicat baru
kelat ...>> hilang mana tah 2 3 hari nie
kamato ...>> pakar roti canai Jerman (?)
kailan ...>> spaya dpt tambah koleksi botol
mamaranggie ...>> tgh bz 2
adry ...>> w/pun br kehilangan ibu trsyng pd 8/7/08 tetap tenang..

sebenarnya aku nk bg kat semua blogger tp lenguh dah tangan menaip..

Lawan Orang Ke 3

aku terjmpa artikel nie, menarik untuk di kongsi bersama. Rupa2nya terdapat peruntukan undang2 untuk melawan orng ke 3 yang menghantui, menggangu rumahtangga seseorng iaitu Akta Kesalahan Jenayah Syariah Seksyen 36, 37 & 38.

Org ke 3 yg dimaksudkn ialah lelaki atau perempuan yang menggugat perkahwinan dan rumahtangga anda dan pasangan anda yg tiada pertalian perkahwinan. Berdasarkan Akta ini sesiapa saja yg menjd penhalang hubungan bahagia anda dan pasangan and boleh didakwa dan dibicara.

Caranya dengan mengemukakan aduan ke Unit Penguatkuasa & Pendakwaan Mahkamah Syariah beserta bukti2 spt gambar, bil telepon, sms atau apa saja. Aduan akan diselidiki & jika berkaitan pertududhan & pendakwaan akan dilakukan.

so.... kepada mereka yg berhasrat menggugat kebahagian org lain berhati2lah ya...!!!


terima kasih :
SuzanaGhazali
MW Bil 1284

Thursday, July 10, 2008

Souvenier

semlm dpt beg nie... patut la pun dok tanya bila nak balik HQ, "kau dh merajuk dah ke........"


mari tgk isi kandungun...
huhuhu terharu dgn ingatan uols....
tq kengkawan.... erkkkk ada lg tak?

Wednesday, July 9, 2008

Tengok tu.........


tengok 2 .................
c kakak & c adik sdang merayap di alam siber
huhuhu...

Esok adalah harapan


Berdiri....
pandanglah ke hadapan, lihatlah dunia yang luas terbentang, masa depan yang gemilang dan esok yang penuh harapan.

binalah impian, binalah keyakinan, tetapkan azam... melangkahlah dengan keimanan, ketakwaan.

masa silam adalah kenangan, rentetan warna dan ragam kehidupan, mungkin sukar untuk dilupakan namun perjalanan hidup kita menuju ke hadapan, bukan ke belakang, yang lepas jadikan teladan, jadikan sempadan.

Hidup adalah pembelajaran!




pssstttt.... setiap org ada masa silam, manis, pahit, masam, tawar, hitam, putih, kelabu kita perlu tinggalkan utk menuju ke hadapan.

Thursday, July 3, 2008

sick


i'm not feeling well
semlm pekena "activefast" 2 ketul
pkul 9 dah hanyut...
tak cukup selimut
tarik "toto" ...


zZzZzZzZzZzZ
hanyut...


pagi2 ujan lak
nk bangun mengeliat beratus kali
kat bilik air termenung lg...
eeehhh aku nk cuti aaaa...
alamak.... byk keja la hr nie....



Tuesday, July 1, 2008

Nafas Terakhir Dia Dipangkuan Ku

entah mengapa sjk 2 3 hr nie aku betul2 rindukn dia... aku teringat dia.

adik ku dilahirkn cacat... , itu takdir tuhan, kami menerima dgn tabah. Membesar sbgai OKU memerlukan pengorbanan & ketabahan seluruh isi keluarga. Seluruh hidupnya perlu diurus, perlu dibantu, emak byk berkorban utk dia. Dia tak mengerti apa2, dia tak minta dilahirkn sebegitu rupa.

22 tahun hidup dia, segala makan, minum, pakai dan buang semua perlu dibantu, perlu diurus. Dia tak mampu bercakap atau berkata2, dunianya hanya di atas katil, merengkok dan sesekali dia mengensut2 perlahan2 turun itupun ketika dia hendak kebilik air. Kami meletakkn katil tmpt baring dia bersebelahan bilik air. Hanya itu yg mampu dilakukannya, syukur walaupun dia tdk mampu membersihkn diri sndiri sekurng-kurangnya dia mampu mengensot2 ke bilik air, dia hanya mampu berdiri apabila berpaut pd kolah & dia akan berada dibilik air selagi tdk dibersihkn. Papa membina bilik khas utk dia menggunakn wang bantuan Jabatan Kebajikn Masyrakat yg diterimanya setiap bulan tp, kipas siling telah dipasang cuma air belum disambungkn.

Hari terakhir dia... adalah hari pertunangan adik ke3 aku. Dia cuma demam selsema. Entah mengapa aku tak sampai hati nak ikut serta. Bapa menyewa sebuah kereta, driver tu berkata kat aku "dah ada kereta sendiri nak disewakn lg kenapa" aku cuma ckap aku tak sampai hati nk tingglkn adik aku yg sedang demam, biarlh mak, ayah & jiran2 saja yg pergi uruskn.
Tengahri tu ketika aku sibuk mengemas rumah dia turun dr katilnya & terlentang di atas lantai simen, aku mengangkat dia semula ke atas katil & kembali menyambung semula kerja2. Bila aku nampak dia turun semula aku cuba mengangkat dia lagi, tp waktu tu aku dapati seluruh badannya pucat & kesejukan, tangan & kakinya sudah lembik, nafasnya berada dikerongkong, aku cuma mampu memangku dia & itulah nafas terakhir dia dipangkuan ku.....

Aku tak mampu berkata2, aku memanggil adik p'puan ku & meminta dia memberitahu jiran dan aku menghubungi adik beradik yg lain, siapa yg ada... hanya seorng tua, yg lain ikut serta dlm rombongan meminang adik aku. Aku ke masjid memberitahu iman, syukur mereka br lepas sembahyang zohor. Jiran2 semua berkumpul membantu dimana perlu, aku serahkn semuanya pd iman serta jiran tetangga. Pak iman meminta keputusn ku utk pengkebumian & lokasi.

Emak, ayah & adik beradik sampai setelah kubur siap digali & dia hampir siap dikafankn....
Sesungguhnya Tuhan sayangkn dia......

ViRuS, ViRuS, ViRuS....

PC aku demam.. kena virus.. sudah dihantar berjumpa doktor, skrng ditahan kat ICU... mesti teruk yer.. uhuk,uhuk.... mana tak teruknya tak boleh run 'tingkap' langsung... semua "missing in action" sabar aje lah..

tgh dok godek2 PC tu tiba2 boss aku sampai... " i buy new antivirus.. Kaspersky only RM99.00 for 3 pcs" uhuk,uhuk... ubat tu sampai setelah penyakit tenat. Mcafee aku dah arwah.. 2 3 bulan dah tp belum dikebumikn lg aja!
eehhh aku ada PC 1 lg.... tp tak syiok dok sini, meja kechik.... aku guna bila aku jd "Pelukis Pelan" bila aku nk guna perisian ACAD, PC nie jgk aku guna masa aku jd "Planner" bila aku guna perisian "Microsoft Project", aku kesini utk tugas2 khas.... so this is part of my tugas2 khas lor!