Wednesday, April 30, 2008

i'm sick!


aku x shat... demam... dah bebrapa hari mcm nie, kepala pusing2, aduhhhhhhh.... teringat keluarga di kg & si kecil sentiasa di sisi, menggosok & menyapu w/pun dia tak mengerti apa2. Ahhhhh aku rindukn mereka yg sentiasa di sisi ku dlm suka & duka, dlm senyum & tawa.
opooosss lapaq roti canai tmn kemajuan la.....

Monday, April 28, 2008

aku rindukan kedamaian ini

sbenarnya aku x dak mood nak buat en3.. dah 2 3 kali menaip tp semuanya msk "draft" kalau print tentu kertas dah penuh bakul....

2 3 hari lepas balik kg, ha... tiada lg sawah bendang atau dusun buahan, sungai batu semakin lesu..... semuanya akan menjadi dataran premix yg hitam berkilat. Kiri & kanan jalan rumah batu tumbuh mcm cendawan... hasil pampasan pengambilan tanah. Backhoe, buldozer, excavater, mobile crane, lori hantu berkeliaran sepanjang jalan. TRANS EASTERN KEDAH HINTERLAND HIGHWAY sedang giat dilaksanakan.... lebuhraya sepanjang 110km bernilai RM300m yang menghubungkan Durian Burung ke Kupang Baling. Apabila siap kelak jajaran jalan ini akan disambungkan dgn Lebuhraya Timur Barat menuju ke Grik, Perak dan Kulim-Butterworth Expressway. Perhubungan semakin dekat, semakin cepat... hidup kita semakin sarat... dlm kepenatan tu sempat jugak menjenguk satu "load test" yg sedang dijalankan.
tapi aku.................
aku rindukan kedamaian ini..............

psssssttttt ini bukan aku.. aku ciplak drpd desamedia photographer

"Load test" ialah ujian keupayaan galas cerucuk, kalau kat site kita akn nmpk bongkah2 disusun mcm piramid & ditambah berperingkat2, di bwhnya ada prssure guage, bacaan tekanan akn direkodkn setiap 15 minit.

Thursday, April 24, 2008

ReHaT



ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more
nak balik kampung tgk bendang yg terbiar...
beras dah naik harga nie!

Tuesday, April 22, 2008

Cerita Artis

Semlm ms mkn tghari tiba2 our engineer beralih tmpat, aku pun tnya la apasal.... katanya "tak sanggup bertentang mata dgn Perempuan Melayu Terakhir" hahaha.... tahu siapa PMTA tu... ala bekas pengacara TVtigasuku yg kawin Datuk dr Perlis nie.. yg kena kejar dgn lembu ms berkempen PRU12 dulu.... hehehe...

2 3 minggu lepas aku ada gak terbaca kisah bibir artis Mesia yg top makin seksi.... dah artis kan semua org pandang, semua org perati, kata kakak aku jgn fikir negetif... lipstik & alat makeup harga ribu2 lemon mesti la membuahkn hasil... kan Datuk CT kan...
ha apa kata kita tgk tgk rupa artis2 barat tanpa makeup...


Apa komen anda?

pssssssstttt... aku rasa ada yg mcm mayat idup...

Monday, April 21, 2008

Rumah Baru

Welcome to my new house.... eeehhhh masih lama cuma tukar cat aja. Dah lama fikir nak tukar cat rumah akhirnya inilah hasilnya... simple, ringan & kemas, tp masih mengekalkan warna kebangsaan kebanggaan ..... eeemmm Lady In Red kan....

Hari sabtu tgk konsert AF... hahaha... inilah kali pertama aku tgk siaran langsung konsert AF, w/pun dah minggu ke5. Tgk liga super lg power, konsert AF 2 siaran luangan bertalu2 yg tahun lepas pun mash diulangtayang lg. Malas nk komen...

Saturday, April 19, 2008

Love Game (Tag lagi)

hehehe... aku kena tag oleh Combi echah dr Sabah & papa mafia dr Ganu, pening pala aku memikirkan tag nie... memang la senang tp aku pening dok fikir 5 org lucky person yg aku nak tembak pulak tu .... ha tagnya mcm nie.....

This is another of those Linky Love game where you only have to tag 10 person in one post but still there is no actual limit (you can tag more if you want!). Once tagged, you have to copy paste the link in this post, and make them grow!Do not delete any of the links and be honest to yourself!
BennyLiew, RamblingMoo, Mum & Kids In Wonderland, Judelittle, Our mini blogsphere, Rooms in My Heart, http://janiceng.blogspot.com/, ChinNee, Jo-N, LadyJava's Lounge, Apples Of The Eyes, aNgRiAniWoRLd, persismutiara, Along Arman, papa mafia, kuina

so.... dgn segala hormatnya aku nak tag nama2 yg bertuah ini :

so............. yg terpilih... selamat menjalankan tugas....

Tuesday, April 15, 2008

Rumah Budi Badan Kebajikan Anak2 Yatim

Ini en3 aku yg terpanjang serta berwarna-warni walau apa pun... BACALAH DGN MATA HATI KERANA DI SITU HADIRNYA RASA SIMPATI SERTA KEINSAFAN DIRI!

Sabtu lepas aku dikejutkn dr mimpi seawal 5 pagi.Pkul 6 dah berada kat UUM, kononnya nak bergerak seawal 6.30 pagi tp hakikatnya pkul 7.30 baru bergerak. Sabar aja lah.....
Ha inilah DESTINASI kami

Sebenarnya aku join pelajar2 Kelab Seni Lukis UUM utk PROGRAM MELUKIS/WEWARNA SERTA LUKISAN MURAL. Kedatangan kami disambut mesra oleh Penyelia Rumah Budi iaitu ibu Arfah sambil diberi penerangan. Rumah budi ini menempat seramai 53 orang anak2 yatim miskin dr seluruh negeri kedah terdiri drpd 22 putera & 33 org puteri berumur antara 9 - 17 tahun, seramai 6 org anak yatim pula sedang melanjutkn pelajaran di luar spt di IPTA/IPTS, politeknik & pusat latihan kemahiran.

Ini adalah Rumah Budi yg asal merupakan kediaman bekas Pegawai Daerah Yan, sekarang bangunan itu telah dirobohkn & telah diganti dgn 2 blok asrama (putera & puteri), 1 blok dewan termasuk pejabat serta 1 blok pusat kegiatan pelajar & perpustakaan yg dikenali sebagai Anjung Budi.






sebahagian drpd anak2 yatim yg menyertai pertandingan melukis & mewarna

Peserta program sedang membuat persiapan utk lukisan mural


tekun menjalankn tugas

sebahagian drpd lukisan yg dihasilkn

seorg peserta sedang membacakn buku cerita kpd anak2

Selepas makan tghari anak2 yatim ini dibawa berkelah ke Reakrasi Titi Hayun yg terletak di kaki Gunung Jerai. Utk menjaga keselamatan anak2 setiap peserta program diamanahkan seorng @ 2 org anak yatim.


Tangga Kenari juga dikenali sebagai TANGGA SERIBU kerana mempunyai seribu anak tangga. (aku akan dtng lg utk mendakinya) hehehe..

Jejaka Macho & Putera Puteri harapan


Penasihat kelab sedang memerhati anak2 & pelajar2nya !

Program berakhir dgn acara penyampaian hadiah & sumbangan derma serta persembahan drpd anak2 yatim yg menyentuh hati & jiwa, malah ada peserta program menangis teresak2. Suasana sedih & pilu mengakhiri program, sebak & sayu meninggalkn rumah tersebut. Bayangknlah nasib anda bila anda ditmpt mereka...............

RUMAH BUDI INI MEMERLUKAN SUMBANGAN ANDA (04-4655208), ANAK2 DI SINI INGINKAN KASIH SAYANG ANDA, BANTULAH MEREKA!

Monday, April 14, 2008

Anggur Perlis


RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail memetik anggur sambil diperhatikan Menteri Besar Perlis, Datuk Md Isa Sabu (dua dari kanan) dan Pengarah Pertanian Perlis, Abdul Razak Shafie (kanan) dalam Lawatan Kerja Raja Perlis ke ladang anggur di Bukit Bintang dekat Sungai Batu Pahat, semalam. Anggur Perlis bakal menjadi produk pertanian utama negeri dijangka bersaing dengan mempelam Harum Manis apabila keluaran pertamanya mula dipasarkan tahun ini. Ladang anggur itu adalah hasil penyelidikan sejak 1987 dan menjadi projek perintis di Bukit Bintang yang dimulakan pada April 2006 lalu. Empat jenis anggur ditanam, iaitu White Malaga, Black Queen, Black Opal dan Loose Perlitte.
Sumber : Berita Harian

Sunday, April 13, 2008


"Kadang kala TUHAN hilang kan MATAHARI,
lalu datangkan GURUH & KILAT
kita marah & tertanya-tanya
rupa-rupanya TUHAN berikan kita
PELANGI yang INDAH! "
psssstttttt............... Kumeniti awan yang kelabu Kutempuhi lorong yang berliku Mencari sinar yang menerangi Kegelapanku Kupercaya pasti suatu masa Sang suria kan menyinar jua Membawa harapan yang menggunung Bersamanya....

Friday, April 11, 2008

Blog,Bloggers & Politik

hey hey hey..... dulu blogger dianggap monyet, dianggap binatang oleh ahli politik but now..... depa pun jadi blogger gak... agaknya mereka pun nak join sangkar nie yer!Tak lama lg semakin ramai ahli politik jd blogger.... guna blog yg free mcm kita2... hehehe....

PRU12 telah mengubah byk senario...........

yg menariknyanya baru 2 3 hari buat blog dah buat statement dah lama berblogger..... mcm 2 agaknya merek berpolitik yer! Gempak u......

Ali Rustam dgn DARI KACAMATAnya
Khir Toyo dgn CETUSANnya

ada lagi..................... tunggu & lihat.............

psssssst....... blog ini mcm rmh aku, bilik aku, tmpat aku mencurah isi hati, tmpat aku menulis apa difikiran, tmpat aku mengembara di alam siber, alam tanpa batasan, tempat aku skodeng kengkawan & juga tmpat aku berjumpa, terjumpa dgn kawan2 & sahabat.

Thursday, April 10, 2008

Sudah Tukar!

bila submit borang cuti kat BOSS, boss akan tanya "masuk hutan mana" hehehe..... "tak BOSS kali nie aktiviti LAIN " kemana, dimana nanti aku cerita.
Sebenarnya aktiviti jejak rimba aku telah dikurangkn & salah 1 syarat mereka (Ketua Lanun Darat) "nk ikut, DIA kena ikut sama". Ini bukan dilema, ini bukan terpaksa, dgn rela hati dgn penuh keihlasan aku AKUR. Dulu aku boleh kemana saja, tidak terikat & diikat, skarang aku adalah tanggungjawab DIA. Dia tak menghalang aku tp aku rasa TAK SESUAI dah! Aktiviti aku sekarang hanya utk memanaskn badan, keluarkan peluh, itupun sekali sekala.

psssssst........... Rendamkan rasa, kembangkan CINTA!

Wednesday, April 9, 2008

Jejak Rimba

Cabaran Lasak Jejak Rimba 4X4 Kedah telah diadakan pada 19hb- 21hb Mac lepas, bertempat di Hutan Simpan Ulu Muda Kedah. Program ini dianjurkan oleh Perbadanan Pelancungan Kedah dgn kerjasama Kedah 4X4 Club. Rugi aku tak ikut, cedeh............. Menurut member2 yg jadi LANUN DARAT program kali ini agak mencabar sbb masa masa cabaran 2 hujan lebat. Biasa la kan masuk utan dlm hujan lebat trek jadi mcm bubur lambuk. Jeep akan tersangkut dlm lumpur, dlm utan mana ada trak tunda so kena sama2 tarik, tolak & tunda. Masa nie kita akan sama2 kerjasama sbb kalau 1 jeep tersangkut jem la tgh hutan 2! eeehhh dlm utan pun ada jem gak erk???????
Hehehe... ini lah hobi aku selain mendaki, memanjat & menjelajah. Nanti klu aku terima pic dr LANUN2 tu aku upload yer! Hujung bulan nie aku ada program lg...... kali nie tepi pantai lak. Tunggu laporannya nanti.

utk maklumat : JERAI ENDURANCE INTERNATIONAL CHALLENGE akan diadakn pd 31hb May nanti. Sapa2 berminat hubungi Kedah Tourism Action Councial.
- Gunung Jerai terletak Di Gurun, utk sampai di sini melalui PLUS hway exit kat Gurun, di Pekan Gurun belok kanan menuju Alor Setar, jgn lupa jagung manis di sepanjang jln yer, jaraknya cuma 2km. Dr kaki bukit ke puncak lebih kurang 13km, penginapan di puncak ialah Gunung Jerai Resort (04-4234345, 4230599) selain drpd itu kemudahan perkhemahan jgk disediakan dlm kwsan resort. Sebelum smpai puncak trdpt 1 kwsan perkhemahan serta air terjun (maap lupa namanya) serta muzium hutan. Jom meriahkn majlis !

ini pemandangan dr puncak, kalau siang cuaca cerah boleh nampak p. langkawi

Monday, April 7, 2008

Minggu ke 111

Hari nie dah minggu ke 111 aku berada di Kangar, bermakna dah 111 minggu construction di sini berjalan & ada lg 45 minggu, 45 minggu lg aku akan bertapa di Kangar. Physical Progress Report aku terima pagi tak byk berubah, Schedule: 75.36% , Actual : 68.80% & Delay -6.50%. Normal la kan.... jarang kita jumpa construction project yg 'ahead' kan! Hihihi

Minggu lepas sebahagian drpd peralatan mekanikal dah sampai, kebanyakannya di import. Perkara 47 Syarat2 Kontrak JKR203A membolehkan kontraktor menuntut bayaran sebanyak 90% drpd nilai barang2 tersebut. Dlm kontrak kita panggil "Material On Site". Nanti la ada masa aku cerita pasal Kontrak Pembinaan yang ada di Malaysia.

Kontraktor juga telah kemukakan tuntutan VOP (Variation in Price of Materials). Fasal ini selalu diletakkan sebagai "Special Provisional to the Condition Of Contract". 3 benda yg special iaitu Diesoline, Fuel Oil & Bitumen. Lega la sikit kontraktor. Yang nyata kenaikkan harga barang pembinaan begitu ketara sekarang alasannya ................ mcm2. Byk cerita yg aku dengar pasal kenaikan harga brng2 nie malah ada kontraktor dah gulung tikar terutama bangsa kita!

Ehhhhh aku kena buat keja ................ ada 1 lg claim "Claim for Loss & Expenses Subsequent to Suspension of Works By ......... " eeemmmmmm




Friday, April 4, 2008

bz bz bz


Pg td bz sikit... x smpat nk b'fast nasib baik bekalan nie ada... seorng sahabat bw blk dr Pulau Bebas Cukai semalam.. sedap.. Swis Dark Chocolate with Honey & Almond Nougat TOBLERONE of Switzerland. Murah pure chocolate mcm nie br berharga RM3.50! Uhhhh nasib baik bukan dari negara tuuuuuuu .......

Pen Drive Recovery



Aku sedut sedikit ilmu bila berkunjung ke blog sahabat siber "Soleh" pasal nak recover file dlm pen drive (mengembara ikut tingkap nie memang best yer!). Tq Soleh. Dah bebapa kali dah berlaku kat aku apabila aku scan & delete virus.

Program tu ada kat filehippo.com (PC Inspector File Recovery 4.0 : it free u!), nak tau lebih lanjut ziarah la blog dia. Boleh gak guna utk recovery file dlm hard disk. So Selamat mencuba!!

Thursday, April 3, 2008

Tetamu Misteri

Kebelakangan nie blog aku kerap dikunjungi oleh seorg tetamu dr Sungai Petani, datang melalui "Google.com", pabila aku jejak semula punca kedatangannya aku dapati pencarian atas nama seseorang yg ku sayangi. uhhhhh........ Tujuan dan kedatangan dia aku tak pasti namun aku ingin mengucapkan "Assalamualaikum" buat dia. Aku mengalu-alukan kedatangan dia moga kita dapat menjalinkan silatulrahim .



Aku rasa aku dapat meneka siapa dia cuma aku tak mahu "Meneka dalam kesamaran" atau " Serkap Jarang", sbb hanya tuhan yang tahu niat di hati seseorang. Wallahhualam.

Wednesday, April 2, 2008

Angin sampaikan Rindu Ku

Pagi2 aku dah ada tugas2 khas... seawal 6.30 pagi. Kejutkan org di seberang laut yg tido di tempat yang mempunyai bintang bertemankan angin laut di pulau peranginan. ....
dan rindu itu datang.....

Pukul 7 dia menghubungi ku, katanya telah siap ke dewan untuk sarapan dan menyambung semula program kursus.

"Esok abg balik, checkout pkul 2 pastu singgah ronda jap, myb ferry pkul 4"
"Jumaat abg kena ke USM Penang ada .............. bos baru call" haaaaaaaaaa

Uhuk, uhuk.... tergendala lagi program yg diatur
aku sedih tp akur dgn tugas2 dia!

Tuesday, April 1, 2008

Maafkan aku...

Memafkan itu indah...
meminta maaf itu lebih indah
hulurkan tangan
jalinkan ukhwah

Dendam itu satu keadilan
tapi liar & luar batasan
biarlah waktu yang menyembuhkan luka
biarlah masa yang mengubat rasa
kita insan biasa
tidak jauh dari dosa
tidak bersih dari noda

Hidup ini sebuah perjalanan
juga pembelajaran
berterusan & berpanjangan....


p/s - aku rindukn dia di seberang sana .............
aaaahhhh sabarlah hati, sabarlah jiwa !