Monday, June 29, 2009

Surat Cinta Dari Sapporo

Ini surat cinta dlm bentuk Tag yg aku terima dari Sapporo dari Iela ibu kepada Puteri Yumiko.. Layan...

1. Nama-nama timangan anda?
Ada dlm MayKad..... KU, INA & MIN

2. Anda seorang yang??
spt tertulis di dlm profile.....
Umur : Dah Senja, Dah Tua, Tak Preti, Tak Chantek, Tak Lawa, Tak Tome (tak reti masuk bakul angkat sndiri).Suka MAKAN & TIDO, BRUTAL tp MANJA, GEDIK tp SOPAN, PEMALU tp NAKAL! errkkk TAK PERNAH LUPA BERNAFAS!

3. Insan yang teristimewa??

Tentula org yg menyayangi ku & ku sayangi ramai ooooo.. nak senaraikn satu persatu.. smpai esok pn x hbis

Describe apa yang membuatkan dia terlalu intimewa dimata anda?
Terlalu istemewa.. tiada tergambar dgn kata2 & tulisan...

4. Lagu kesukaan anda??
lagu yg aku x faham maksudnya.......

5. Makanan kesukaan anda??
tanpa minyak & direbus...

6. Warna kesukaan anda??
RED.. RED.. RED.... Lady InRed

7. Sikap yg membuatkan anda Stress??

jaga tepi kain org... aku punya kain baju murah aja tak perlu dijaga...

8. 3 benda yang mesti ade dalam Beg anda??
sat2 nak jenguk dulu... byk nie...
- dompet la.. yg mengandungi segala mak nenek
- kunci rumah, kunci keta, kunci opis
- pendrive, skru driver
- Lipstik, bedak muka, bedak jerawat
- Pen & buku nota
- kipas nyonya..

(aksi gedik dgn kipas nyonya)

9. Kali terakhir anda menangis dan mengapa??
semalam... biarlah rahsia....


10. TAG 6 Rakan anda...
alamak...sape erkkkkkkkkkk....

sesiapa yg membaca en3 nie....
Sila jalankn tugas anda!
utk makluman blog ini dpasang CCTV ..

MyKad Ku Tak Laku?

Masa balik dr bfast pagi td ada pak polisi tahan aku.. minta tunjuk lesen & IC ;Aku bagi MyKad..

"Lesen memandu?"
"Lesen sy dlm tu"
"La... nie masalah nie" dia bersungut. Aku diminta berhenti ditepi.

Lama jgk aku menanti & menunggu sambil memerhati kat cermin. Aku get ready aja klu diminta sign autograf ....... malas nk story panjng2...

"Cik.. turun kejap..."
"lain kali bwk lesen memandu sama ya!, wlpun sy anggota polis sy tetap ada lesen memandu "
pok pek pok pek sambil mengeluarkn kad polis dia & lesen memandunya & menyerahkn kembali MyKad aku. Mals nk ckp byk aku ucap terim kasih & blah. tp aku ucap terima ksh kerana kembalikn Mykad aku aja. Aku geram , aku x melakukkn apa2 kesalahan tp aku diperlakukn spt org bersalah di tepi jalan & menjadi perhatian org. Aku tahu mereka sebnarnya x bwk mycard reader!

ini pengalaman kedua aku dgn Lesen & MyKad nie... ingat cerita lama dulu... sini.. geram gak...

Lupakn kisah undang2 yg selalu dipermainkn tu... tgk apa aku dpt....autograf yg x perlu sign dr Mae.. ... manyak suka oooo sbb warna merah/jingga, x tahu psl apa dia bg award kesetiaan... mcm org bercinta pulak... hehehe... apapn tq mae.

awr2

Saturday, June 27, 2009

Buah Hati Ku Sayang

Aku sedng keBZan mengkhatam beberapa buah buku setebal 1 - 2in yg aku borong kat PESTA BUKU PERLIS 2009 kemarin..... fuhhh manyaknya buku... namapn pesta buku kan..

walupun poket kempes (lain la org gomen) aku tetap meraikn pesta itu dgn berpesta buku
.... >> ada byk gambar nak tempek tp HP cap ayam ku mengalami masalah teknikal.. nanti aku g cari jurutera pakar

oppsss nak balik kg dah....
mlm nie aku akan meraikn Hari Jadi Anak Dara aku...
Minggu lepas Birthday mak aku
Esok, lusa, tulat... Birthday anak buah aku..Amera..
Happt Birthday Cayang...

wajah2 girang mereka menemani perjalanan hidup ku
Wani, Aiman & Kakak Mira
(inilah Aiman yg KakJie selalu storykn tu)

Friday, June 26, 2009

Superstar Yang Hilang



1. Micheal Jackson meninggal dunia dalam usia 50 tahun kerana serangan jantung. (Moga tuhan merahmati dia.. Al -Fatehah)
2. Farrah Fawcett pelakon drama bersiri Charlie's Angels dan pelakon filem Love Story, Ryan O'Neal meninggal dunia pada usia 62 tahun kerana barah.


....>. akhirnya harta & kekayaan tidak dapat membeli kesihatan & nyawa!



Thursday, June 25, 2009

Ayat-Ayat Cinta

Aku benci notis nie.....
maaf klu aku tak dpt tinggalkn jejak ku.....

PC pulak asyik menerima nota cinta nie menjelang akhir hayat si Rusia tu..... harap2 tak menular ke sana sini....
tp ini pembakar semangat... hehehe..

errrkkk.. jom makan!

Wednesday, June 24, 2009

Teknik & Taktik

sejak kebelakangan nie pc aku kerap mengalami sindrom kurang daya tahanan badan.. mcm2 kareneh ditunjukkn spt tersemput-semput & tergantung2. Adakah H1N1 sdng merebak didlm PC aku nie... ohhhh tidak...

aku syak angkara benda nie....
bertahun2 berkhidmat dgn aku tak dak apa pun, semuanya dilawan dgn berani, diracun dgn bisanya .... tp menjelang tarikh akhir hayat, menjelang tarikh kematian, mcm2 mesej disampaiknnya.. mungkinkah dia tahu aku sdh mengali kubur utknya...


Tuesday, June 23, 2009

Mari Berubah & Mengubah

Hari nie 23hb Jun, esok 24 ya, betul.. tak silap.. ehh kalendar kuda aku masih belum melompat la...

so jom BERUBAH & MENGUBAH
ohhh semlm aku nak berubah & mengubah gak.. aku ingat nak wat koleksi PERUBAHAN tu.. tapi .. RM15.90 sebijik, kecik lak tu... harap banner kat luar aja besar gedabak.. CANCEL ... X JADI, tak kosa aku.. nasi beriani 3 pinggan pun boleh dah nie...
errrrkkk aku sedang bz BERUBAH & MENGUBAH, memulakan langkah & tapak... nanti aku kasi tau ya.. apapun blogspot masih tetap di hati....

Monday, June 22, 2009

My Domain Sendiri

sila percaya... la la la la...

aku sedang berjinak2 dengan wordpress bagi menghidupkan blog ini
yehaaaa..... http://kuina.kujie2.com (toce kpd mysis sbb bagi tumpang domain dia)

tak pyh jenguk2 lagi xdak apa lagi.. br dok pasang itu ini...


tgk.... sedang memulakan pengajian step by step....


ohhhh Tie... mari kita masuk kelas sama2...

Perlukah Aku Mengimpikannya....

kemarin dulu balik sana... adalah hari terakhir salah seorng engineer disini yg akan dihantar bertugas ke Negara Pasir Berdengung. Hari terakhir biasa la.. g makan2. Aku klu pasal makan nie kecik tapak tangan Stadium Kangar aku tadahkan. Tak akan menolak punya... it part of my hobby.. wakaka..

seblum berangkat dia ckp kat aku pergi dgn kereta dia, sebenarnya dia baru saja membeli sebuah keta 1 huruf beberapa bulan lepas

"can i drive"
:
:
:
:
:

"eeehhhh kita nak g makan kat Pizza H aja kan kenapa ikut jalan jauh "
hehehe...

betul la cogankata mereka ..






"Performance Like Never Before"
" Speed. Control. Perfection. That's always been the driving force behind our cars."






dulu aku tergoada pada Zonda kerana KECANGGIHAN
tergoda pada Ferrari kerana KELAJUAN
kini aku tergoda pada KESELESAAN


perlukan aku mengimpikannya......???
sabarlah hati...

Saturday, June 20, 2009

MIKAIL ; TERBONGKAR RAHSIA CINTA KITA

Ingat kisah aku berkhalwat dengan Mikail dulu... errrkkk kat sini
semlm ketika aku membersihkn hutan hujan tropika di belakang rumah Mikail datang lagi, tergedik2 menggoda aku, tanpa malu2 kucing, menemaniku sepanjang operasi tersebut sampai rimas aku dibuatnya...
Rupa2 kwsn Hutan Hujan Tropika di belakang rumh ku itu menghasilkn satu sumber yang menggalakkn hormon kegedikkan dia.. aku baru tahu setelah diberitahu oleh jiran... uols tahu apa... ha pokok nie la..
pokok nie dinamakan POKOK KUCING GALAK (Acalypha Indica), klu jumpa bagi kat tucen uols... tgk perubahannya....

CERITA DULU2.... sumber : Malaysiakini

Kaji pokok Kucing Galak tambah ‘oomph’ lelaki Feb 18, 06

Sejenis pokok herba yang membuat kucing menjadi ghairah selepas menghidu atau memakannya, kini sedang dikajiselidik di Perlis untuk memberi lebih “oomph” kepada orang lelaki.Para penyelidik kini sedang mengkaji sama ada pokok Kucing Galak selamat untuk dimakan. Pokok tersebut, yang tumbuh bebas, mungkin menjadi satu alternatif kepada Tongkat Ali dan ginseng.Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim berkata, penyelidikan itu sedang dijalankan di pusat bio-teknologi mini di Sungai Batu Pahat dekat Kangar yang mendapat geran RM2 juta dari kerajaan pusat.“Penyelidikan awal menunjukkan setiap kali kucing menghidu atau memakan pokok ini, keghairahannya memuncak. Kami mahu menyelidik nilai perubatan pokok tersebut dengan tujuan untuk memperkenalkannya,” katanya dalam akhbar The Star hari ini.“Kita ingin tahu mengapa pokok itu membuat kucing ghairah,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas majlis mengangkat sumpah 15 ahli Majlis Perbandaran Kangar semalam.Shahidan berkata, penyelidikan awal menunjukkan herbal tersebut sesuai untuk mengubat mereka yang menghadap masalah mati pucuk atau kurang daya seks.Oleh itu, beliau berharap pokok tersebut boleh menjadi alternatif yang lebih baik untuk tujuan tersebut.“Pada ini, pokok itu masih diuji ke atas kucing. Kami perlu melihat reaksinya kepada manusia,” katanya, sambil menambah penyelidik dari Universiti Sains Malaysia akan turut membantu.


Friday, June 19, 2009

Apa Nak Di Kata

walaupun tenet sengal, tenet serabut
aku tetap nak hapdet blog nie.. blogger tegar katakan....
lagipun kesian kat uols yg singgah tak dapat nafkah bekalan...

tapi.................. nak tulis apa a??????????????
Bila jari tergedik-gedik nak menaip tapi kepala otak tak nak bagi kerjasama (sarikata dipetik dr filem CeritaBudak Kampung arahan Cinta Cukelet)

issshhhhhh.....
Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul ( di petik dr filem Jardness.com arahan Jard The Great)


sekian terima kasih &
Salam Jumaat.

Thursday, June 18, 2009

Hadiah Hari Jadi

Semlm anak dara ku sms "ma, esok hari jadi Tok nak beli hadiah apa?, adik tak tau nk beli apa!"
begitulah kebiasaannya... kekadang aku sendiri tak tahu nak memberi hadiah apa. Aku minta dia belikn kerongsang, tp dia ckp dia nk belikan kain tudung pulak... biarkn dia memilih.

Minggu depan 28hb Hari Jadi dia dan 30hb pula Hari Jadi anak buahku Si Kakak Amira. Aku tengah memikirkan hadiah untuk mereka, uhhhhh pening gak... hadiah memang bermakna bg mereka & hadiah jgk yg membentuk etika & keperibadian mereka.

aku teringat Sajak Hadiah Hari Lahir Anakku karya Usman Awang yg sangat puitis & bermakna
Anakku dan anak-anak kita semua
Jangan dilukai hati mereka dengan senjata
Biar diwajah dan dihatinya cinta berbunga
Dunia yang damai, hidup yang sejahtera
Hadiah walaupun kecil, murah tp klu dari hati dgn keikhlasan sangat bermakna!

Award pun kira adiah gak kan... award drpd Nabilah2908.... toce, toce dear..

Wednesday, June 17, 2009

Sila O Sila

Eh... anda tidak silap ...
sila o sila...
rumah cuma dicat baru...tetap MERAH... (itu warna rasmi) klu boleh nak wat background warna merah tp kesian gak kat uols.... nanti sakit mata
apapun toce toce to mysis... sapa lg nak bantu adiknya klu bukan kakaknya kan.. kan...
lg pun kami dah ada nickbaru... KU2

opppsss BTW tenet kat sini sangat sengal..
kejap ada kejap x dak..
pastu tepon opis line aku lak x leh guna terus...
hampeh...
larat ker nak pakai HP wlaupun disponsor company...
ohhhhh kura2, marilah kita berlumba sementara talian masih ada...

Tuesday, June 16, 2009

Hujan Panas Di Bumi Gersang

Hari nie bumi Kangar yg gersang ini dibasahi hujan
Alhamdulillah sudah sekian lama hujan pergi tak kembali...pic nie aku snap masa tghari semlm, hujan panas .. tengok langit masih cerah tp mlm sehingga ke pagi hujan lebat pulak.

minggu lepas Jabatan Alam Sekitar (JAS) & Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) telah mengeluarkan amaran terhadap titik panas dan jerebu akibat pembakaran terbuka tp kat Kangar nie suhu panas itu perkara biasa ... suhu anatara 35 - 40 darjah tu perkara biasa disini tak payah tunggu El-Nino, Al- Nino .. memang panas, hangat, membahang...

Satu2 permbakaran terbuka yg dibenarkan adalah di Perlis iaitu pembakaran ladang tebu... yg nie tak leh dihalang, tak leh digazetkn... klu tak tak makan gula la korang...

Satu2 lg perkara yg aku pelajari di sini ialah kepentingan kepanasan itu terhadap proses pendebungan pokok2 mempelam... sbb tu Perlis byk buah mempelam kan. Org dulu2 membuat asap (pembakaran terbuka) spt bakar sampah utk menggalakkn proses pendebungan pokok buah2an.. so sapa2 yg ada pokok yg tak nak berbuah tu cuba2lah bakar sampah berhampiran ketika pokok sedang berbunga... mesti berbuah lebat... eeeerrrrrkkk jgn salahkn aku klu JAS datang ya....

Monday, June 15, 2009

Aku Balik Dari KyEl Bawak Balik Kek Lapis Sarawak

jangan terkezut..... OTW blk Kangar aku dihubungi seorng sahabat memaklumkn ada bobeniar dr Tucen. Apa lg bertemulah di suatu perhentian yg dijanjikn. yeha.. kek lapis dr Sarawak... Tima kasih daun keladi ya... aku dh buka & makan ms dlm keta lg... sedap..
oppssss ari Sabtu sebelum berangkat blk aku, Wani (anak dara aku) & Intan (anak dara kak Kujie) sempt memeriahkn Mini Karnival Desa Melor, byk xtvt dijlnkn malangnya kami kesuntukn masa. Wani & Intan smpat mengambil bahagian dlm acara mewarna & meniup belon. Pkul 10.30 kami terpksa bergegas pulang utk bersiap ke Perhentian Duta.

Atas bus Intan menghubungi Wani & memaklumkn dia mendpt tempt 3, Intan pula memenangi cabutan bertuah. Dapat jugk hadiah walaupun hanya sempt menyertai 1 acara. Masa terlalu cemburukn kami yer!Intan seedang melaram dgn hadiah milik dia & milik Wani. Mungkn esok lusa wani akan menerima hadiah itu yg akan diposkan dr sana.

walupun kesuntukn masa xtvt berendam tidak dilupakan.
ini pula xtvt melaram... TQ Iza pemilik Bintang Comel ... hahaha dpt jgk melaram dgn sobenier dr Dubai nie ...

Perjalanan Singkat Penuh Kenangan

AKU TAK SUKA HOSPITAL tp di hospital inilah aku & kakak aku dipertemukn dgn seorng blogger. 2 tahun mengenali di alam maya akhirnya kami brtemu di alam nyata. Sms yg dihantr x dijwb, kami mencuba melalui email... jgk x berbalas.. akhirnya pkul 4.30 kami nekad ke wad 4B Hospital Sg Buluh spt yg tertulis di dlm blog beliau.

Kami dikejutkn lg.. tiada pesakit bernama Azam. Dlm fikirn sdh berlegar2 "Mungkin dah dipindahkan". Gerakn mencari pn bermula.. kami meminta bantuan nurse utk mengenalpasti pesakit yg berBIN HASHIM, hanya itu maklumt yg kami tahu. Rupa2nya Azam tu nama ke2....

Syukur niat kami dimakbulkan tuhan... ketika kami menunggu ChekguBH smpai kami berbual dgn emaknya. Terkejut emak ChekguBH bila mengetahui kami sebenarnya tak kenal rupa tp tahu semua cerita kehidupannya dr kisah kucing bobot, kisah emaknya kat hospital & kisah keluarga yg lain. Inilah yg dinamakan blogger, kisah kehidupannya digarap dgn tulisan lalu menjadi tatapan blogger lain seterusnya dpt mengenali insan tersebut. Kami jgk dimaklum HP Chekgu BH sebenarnya berada di dlm beg tangan emaknya... patutlah sms & semua panggiln kami x brjwb...Azam semakin pulih & sudah memberi reaksi terhadap persekitaran & orng dikekeliling.. moga dia akan cepat sembuh di samping sokongan org2 tersayang.

Bacalah kisah pertemuan ini kat sini : moga silatulrahim ini terus berpanjangan & berkekalan.
tulusnya-hati-kamu.
rahmat-tuhan-yang-maha-pengasih-lagi
katil-18-wad-4b-hospital-sungai-buloh

Petang tu kami dinner kat Kafeteria Hospital. Byk kenangan yg dikutip di hospital ini, gembira dgn perkembangan Azam yg kian pulih jugk syahdu & sedih melihat seorg tua dgn bantuan alat pernafasan di katil sebelah yg hanya bertemankn sebuah Al-Quran tanpa saudara mara atau anak2. Oh tuhan dinamakah anak2 mu?

Jutaan MAAF & ribuan SORY kpd YB kerana x smpat memenuhi undangan itu, sy sebenarnya kesuntukan masa, InsyaAllah panjang umur dgn izinNYA kita akan bertemu.

ada lg nk story....... sat nak buat senaman poco2..

Wednesday, June 10, 2009

Perjalanan Akan Bermula

errrrrkkkk ada sesiapa nak menjemput & belanja tea tarik...

Tuesday, June 9, 2009

Mari Poco Poco

Hanya amik masa 7 minit untuk buat
senaman ringan ini..ikut la arahan ni betul2...


ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..


tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..


wa..wa.. aaa


gerak kekanan kemudian ke kiri..


gerak ke kiri kemudian ke kanan


ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..


tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..


dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..


kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...


buat secara aggresive pula...
jangan peduli apa orang lain kata..


hilangkan semua stress..


pusingkan kepala...


tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...


akhir sekali
buat joget kucing...

SELAMAT MENCUBA.... =)

(dpt dr email.. lupa dr siapa)

Aku Bermimpi

ketika aku bermimpi
mimpi itu datang...sumpah aku tak tipu...
aku bermimpi di dalam mimpi...
errrrrkkkkkk....

..
..
..
..

...... >> knpa aku semakin malas yer!

Saturday, June 6, 2009

Resah Gelisah Gundah

Hati Resah
Jiwa Gelisah ...
Diri Gundah.....

berdoalah!
bacalah dengan nama tuhan mu... moga hatimu tenang...


=================================================================

NIA AWARD DR PAKCIKDOTCOM... TOCE TOCE...
award nie cala merah tp bila tempk kat sini lg biru.. uiiisshhh magik tak? sila kelabukn mata anda!

Thursday, June 4, 2009

RFC Kangar; mari mencuba

Radix Fried Chicken Kangar telah dibuka...
lokasinya di Tmn Pengkalan Assam, Kangar
Jalan Kangar- Alor Setar.

semlm aku dah g memcuba, bukannya apa sekadar meramaikan majlis disamping lepak2 cuci mata ; pesanan ; 3 ketul ayam bersama kentang goreng serta kopi. .. itupun kongsi berdua.. 1 dibwk balik... (tangki kecik katakan...) ha ada nasi ayam... nampak sedap tp belum cuba.. mgkin esok lusa...

ramai gak yg datang ; cina india siam melayu
tp servis agak lembap & perlu dipertingkatkan...
(boleh dimaafkn sbb baru 2 hari dibuka)
klu tak.. beratur sampai tingkap...

sila sila lah... berikan sokongan kpd perniagaan bumiputra