Thursday, April 30, 2009

Dimana aku


Teluk Nipah, Pangkor Island

La.. La... La....

(eeeehhh org bekerja g buat keja)

Wednesday, April 29, 2009

Buai Laju-Laju Sampai Hujung Dunia

Nie nak tayang harta karun dlm dompet aku... Dompet free (gelang getah tu nak lastik cicak)

isi kandungan : Our pic, IC, Kad utang VISA & MASTER CARD, kad ATM Bank Islam, BonusLink & Touch&Go Etiqa. Opsss duit ada la 2 3 keping lagi yg biru & hijau almaklum la dah ujung2 nie. Semuanya isi kandungan baru berusia hampir 2 bulan trmasuk dompet tu....

Ada lg yg belum buat... lesen memandu nanti mati baru p buat sbb dah dikawinkn dgn mykad. GreenCard CIDB & NIOSH card belum buat lg, sekarang aku masuk site tanpa lesen.. harap2 tak diketahui oleh Safety Officer. ssshhhhhh.....

hari tu aku terbang ke Dubai ambek award nie, jauh u sampai patah sayap , sbb tu jentayutiara dah jadi LadyInRed. Adiah nie drpd NekPP...... terima kasih.. merah lagi.. suka-suka..

Monday, April 27, 2009

Hidup Ibarat AisKrim

la... la.. la.. la.....

pic dr google

Sunday, April 26, 2009

Cara Pasang CCTV & RADAR

itu janji ku pada dia ; SeriLyana adek manes bekas pelajar UUM ; dok jumpa kat UUM & terjumpa lagi kat blog.. hehehe..

Sebenarnya byk cara nak trace visitor kat blog kita nie, aku cuma paparkn sebahgian saja, sapa2 yg ada cara lebih baik sila kongsi yer!

1. Feedjeet ; yg nie ramai org guna.. mudah & senang ditempek kat blog.

2. Tracemyip ; ini pun leh trace tetamu2 anda gak, register free 1 thun aje. Iconnya mcm batang kayu. Dulu aku pakai ini tp Earth Day hari tu aku bakar buat kayu api dah.

3. StartCounter ; selain drpd leh trace visitor ianya jugak berfungsi sebagai hit counter.. boleh bilang bilangan pengunjung blog. Aku tak pernah bilang pengunjung blog ku tp aku bilang follwer... ngeh3x

4. Extremetracking ; nie memang extreme tp dah dihentikan utk penguna dari Malaysia, sbb apa aku tak tau, agaknya sbb bloggger Malaysia power sangat kot. Dulu aku pakai nie.. tp lupa password.. xleh masuk dah... ceh...

5. GetClicky ; ini yg aku gunakan, leh trace mcm2 termasuk pegunjung yg datang melalui keyword kat search enjin. Kena regster & dapatkan codenya.

Selamat menjejak....

Saturday, April 25, 2009

Anda Pemenang !

yeha.......... Tahniah
sudah ada pemenang .....
follower ke 100 dimenangi oleh LotsOfLove-Pearls
follower ke 50 dimenangioleh adindaku Ien



apapun terima kasih utk semua
yang menemani & menerangi hidup ku
tanpa anda siapalah aku
cayang semua ... muahhhhh..

hehehe... aku kan selalu buat kezutan kan...

Ini Barang Free

ke'jeles'an semlm x abih lagi tp itukn rezeki dia, bersengkang mata tengok bola tiap hari ;
aku pun nak tayang benda free, aku dpt dr program HP Original Reward.. nak tahu klik sini ; aku pernah tulis pasal benda nie dulu2.. cerita tak cukup lagi

yeahhhh aku dah dapat.....tengok...
dlm byk2 barang yg ini yg aku tebus.... apa kelas..
aku kan makcik brutal yg suka tools...
nanti Andrew Dam Dari Take Home HandyMan datang rmh, aku leh tolong dia... ngeh3x

nak sambung tido lah...

Friday, April 24, 2009

Makan Bola Tido Bola Berbaloi

xdak mood nak wat en3
cuma nak kongsi ke'jeles'an aku pd seseorng hari nie
dia memenangi percutian 8 hari ke Bacelona utk menyaksikan perlawanan bolasepak di sana kat ESPN (katanya setiap minggu ada 10 soalan utk dijwb)
dia akan berada di stadium terkemuka dunia.. fuhhhh
rupa2nya minat dia terhadap sukan bolasepak berbaloi..


sapa2 yg minat bola mesti tau piala apa yg sedang jadi rebutan sekarang
aku tak ambik tau sangat

yg pasti aku jeles, aku jeles...
percutian free tu yg aku jeles....

Thursday, April 23, 2009

Jom Pi Bikini

Seksi, mengoda....
mengarut..

Kat sini la....

apa yg menarik...
Pulau Bikini adalah sebahagian drpd kepulauaan Marshall, terletak di tengah Lautan Pacific, hanya seluas 2km, sayang seribu kali sayang pulau ini telah dimusnahkan oleh teknologi manusia yang gila kuasa.

Pulau ini telah menjadi tempat ujian nuklear yg pertama selepas Perang Dunia Ke2 iaitu pada 1 March 1946. Kesan kemusnahan amat teruk dan sehingga kini tempat ini masih di bawah pemerhatian US Department Of Energy.

Walau sehebat manapun ciptaan manusia alam juga amat berkuasa... ketika pulau ini ditingalkan alam semulajadi memulihkannya. Keindahannya kembali terserlah...
Maklumat lanjut klik sini :
Bikini Intro
Bikini Atoll

Tuesday, April 21, 2009

ZONDA aku tergoda..

cinta ku beralih arah... ohhhh tidak..
aku cuma tergoda.. ZONDA S..
aku memang dah lama tergoda dgn dia nie tp sbb aku bukan golongan itu itu so pendamkn saja... minggu lepas nonton The Duke.. dibawa ke showroom mereka yg canggih xkelusif tu di Singapore... wow...

hanya 10 unit dikeluarkn setahun, harganya RM2.3 juta singapore dollr, pemiliknya mesti kena g sekolah memandu semula, kelas memandu zonda yg xkelusif sbb keta nie terlalu canggih. Kelajuan 360 km/j dgn enjin 71 AMG tuned Mercedes Benz. Aku tak pasti berapa unit yg telah terjual di Singapore tp rasionalnya nak g mana sangat kat pulau kecik tu. Sbb tu la bila msk Malaysia pecut tak terhingga sbb kat sana mana leh nak speedy.
aku tertarik soalan botak kpd manager showroom tu tentang "Siapa pembeli kereta itu"
dia jwb "the person who dont know how to spend his money"

gila ; ada manusia yg tak tahu nak spend money.. ehhh duit byk tu aku leh buat mcm2.. leh angkut satu family g haji, g umrah, g ziarah.... enjoy keliling dunia.

Berapa Nilai Wang Anda!

acik pelawa minum..
dengan cawan gergasinya yg besar gedabak leh buat bath tab

then aku teringat mug nie....
menarik, berkenan....
sorry not for sale...

ini souveniers yg paling aku cayang & berharga
bersalut platinium

souvenier nie aku dpr masa lawatan ke kilang mereka, fuhhhhhhh terbeliak biji mata aku dibuatnya, keperempuanan dan kewanitaan aku pun tercabar. Lunch pula kat meeting room .... menu tak seberapa tp dihidangkan di atas pinggan bersalut emas... (classic gold) berpinau mataku.. sebiji pinggan makan tu berharga RM350- 500. Very xkelusif..... Uols boleh tgk product mereka kat sini Crown Lynn tp jgn salahkn aku klu ada yg tergoda...

Kekadang aku terfikir... nilai WANG bagi kita...



tahu pasal Zonda... nanti aku cerita sbb cinta ku telah berpalih arah kerana dia...

Monday, April 20, 2009

Menuju Puncak

Dah lama tak cerita psal xtvt mendaki kan... sbbnya dah lama tak mendaki almaklum la dah senja2 nie... kudrat pn dah tak seberapa ... ahak2... tp ini xtvt kegemaran ku... seskali layan gak tp dekat2 aje tak p jauh2 dah.. nie blum lg xtvt jejak rimba 4x4 yg lama aku tingglkn tu.... uhhhhh ...

Bermula sesudah subuh... ketika matahari sedang merangkak naik... indahnya alam...
meniti trek2 usang & curam

pemandangan dari puncak...
inilah nikmat pendakian...

Sunday, April 19, 2009

Cara Buat 'Read More ...'

Sebenarnya tutorial psl nie ada kat blogger help, How can i create expandable post summaries? tp susah sikit.. so yg ini senang.. kat mana aku jumpa aku lupa dah... minta maap ya tuan empunya. Dengan cara ini anda boleh KEMBANG & KEMPISKAN en3 anda...
  1. Lepas login kat blogger, p kat LAYOUT, klik kat EDIT HTML, patu klik kat EXPAND WIDGET TEMPLATE
  2. Masukkn kod ini sebelum tag atau selepas kode} ]]>/b;skin> atau sebelum perkataan 'head'
  3. Lepas tu masukkn kod ini pulak selepas kod

(perktaan "Read More... " boleh dimelayukan spt "Baca Selangjutnya..." sesedap rasa

4. Supaya en3 anda dipotong & dicantas gunakn cara & kod nie setiap kali anda buat new post
  • Kat post en3 (karya yg anda nak publishkn tu)
  • Klik Edit HTML bukan compose yer!
  • Pilih lokasi kat mana nak letak 'Read More..." itu.
  • letakkn kod ini
  • letakkan kod ini dipenghujungnya
  • Cthnya :

Saya suka makan, Tiap-tiap hari saya makan, saya tak pernah lupa makan sebab saya suka makan. tiap-tiap hari saya makan, saya tak pernah lupa makan sebab saya suka makan.

SELAMAT MENCUBA...

klu uols rasa malas nak taip coding tu, takut terkurang koma ker titik ker g kat blogger help nie then copy coding2 tu then paste aje kat Blog uols...

.....>> aku telah buat tp telah kehilangannya.. sbb tu en3 aku sekrang tak dicantas & disembunyikn dah.. lg satu aku jgk kehilangan tag, label utk post... sedng mencari2 sebab & punca kehilangan itu... aku kemalasan utk menggodek HTML code ...

Auto publish


Cara buat 'Anchor Link'

Mula2 nak tempek award yg aku terima nie... manyak ooooo kalah artis ..

award nie drpd Ain, NekPP, Atty's , CuteMiut, Dazz & Mar . Tq semua.


pastu kita belajar mcm mana nk wat 'Anchor Link' tu...

1. mula2 range perkataan yg kita nak link cthnya "Ain"
2. klik kat tanduk kerbau ni...

3. Masukkan link/alamat web kat kotak tu...


4. Siap.... Selamat Berhujung minggu...
ada program mendaki... menuju puncak...

Saturday, April 18, 2009

Guru Mu Cikgu Ku

pic dr Google

"kan mama dah beli kertas berlambak tu,
apasal conteng kat dinding lagi"

"ma.... tulis kat kertas jadi murid-murid,
tulis kat sini baru jadi cikgu"

"blup........."





.....>> cikgu-cikgu apa kata anda!

epy birthday utk mysis.. kujie..
moga panjang umur & murah rezeki..amin

Friday, April 17, 2009

Diri Mu Amat Berharga

Ptg semlm aku g jogging ribu-ribu milimeter
fuhhhh penat...
malam kelaparan ...

aku makan 2 biji roti canai + kuah dal...

alamak klu darab dua berapa errrrkkk
maknanya ptg nie kena g jogging juta-juta milimeter lagi la...


Sedikit maklumat pasal EPO
Evening Primerose adalah sejenis bunga liar yg dijumpai di Eropah. Bijinya mengandungi EFA (Essential Fatty Acid) & GLA (Gamma -Linoleinic Acid). Berkhasiat utk kesihatan dan kecantikkan wanita spt :
  • Membantu mengawalatur kitaran haid
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) : iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut
  • Mengurangkan simptom putus haid, panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri : bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kilit kepala yang gatal
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah
sumber dari : Pharmacist & Medical Doctor Online

.....>> sy telah lama mengamalknnya yg pasti....... "Lihat diri ku ....."

Thursday, April 16, 2009

Aku makan BUNGA

" Kesian kat u ... macam2 dugaan datang"
"U kena mandi bunga la...."

" ha, mandi bunga... tak perlu lah"
"Tiap2 hari i makan BUNGA"

"BUNGA apa?"

"EPO....."

Penyakit Senyap Membawa Kecacatan

HASIL penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang.

Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’ sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Osteoporosis tidak boleh disembuhkan tetapi ia dapat dicegah.

Segelas susu berkalsium tinggi mengandungi 500 miligram (mg) kalsium dan dua gelas susu tersebut cukup untuk membekalkan jumlah kalsium yang disarankan setiap hari.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pengambilan kalsium di kalangan kebanyakan masyarakat di negara Asia ialah hanya 30 peratus dan Malaysia mencatatkan jumlah paling rendah,iaitu 303 hingga 450 mg sehari. FAKTA : KKM & KPDN HEP

Semangat u... nak jaga tulang... tengok nie.. perisa Cukelet lagi....
Dah sebulan dah beli... belum dibuka lagi.... hehehe...
Yang ini lagi senang & mudah.. kotak kecik aja...
Dah seminggu dok dlm peti ais.... belum rasa lagi...

mcm mana nak mulakan.... aku tak minum susu, sejak kecik lagi kecuali susu cap junjung gantung tu...BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG kan....

Wednesday, April 15, 2009

Biarkan SiLuncai Terjun Dgn Labu Labi Nya

Aku tak sihat, tp masih tetap berblogging, blogger tegar kata kan... berbloging dr rmh sambil bergolek-golekan memang mengasyikkn, menyenangkn.. fuhhhhhh
tp HP mcm pasaran saham lak... Que Sera Sera...ringtone my HP u... nak OFF nanti compny OFF bayaran kan haru.. time tenat & gawat nie setiap sen adalah income...

yer yer aku tahu aku masih berhutang dgn cik Queen tu, msh berhutang dgn LiLohoney pasal nk pasang CCTV & RADAR kat blog, sabar jer adek manes... ada masalah problem sikit nie!
Aku punya READ MORE @ BACA SELANJUTNYA tu dah hilang, so adegan KEMBANG & KEMPES en3 tak boleh dijalankn, aku nak kena godek2 coding dulu tp tak berkesemptan lg,tutorial tu agak panjang, beribu2 perkataan...apapun sabar yer... aku ada byk nak sharing lagi nie... InsyaAllah

aku tak kisah klu ko orng nak copy paste apa2 en3 kat sini
biasa la... aku pn kekadang buat mcm tu gak... SHARING IS CARING kan..
tp aku SEDIH gak.. ada seorng blogger tu yg selama nie KUTUK & CERCA aku mcm2 tp last2 copy aku punya tutorial & tempek kat blog dia... KEJI KAN... apapn biarlah siluncai terjun dgn labu2nya ....

makan ubat off HP ....Zzzzzzzzz......

Tuesday, April 14, 2009

Quran Noble kat YM

Anda suka berYM tak?

mahu tak kita berYM sambil membaca terjemahan Al-Quran

langkah 1:
kat YM klik ADD CONTACT
masukkan id : QURAN.NOBLE
anda akan mendpt pengesahannya

Langkah 2:
taip HELP
anda akan mendapat panduaanya..

Langkah 3:
taip : QURAN AL-IKHLAS 1-4 Malay
atau surah2 yang lain yg anda inginkn terjemahannya

Jgn lupa taip MALAY selepas surah & ayat yg kita pilih tu...
SELAMT BERCHATTING SAMBIL MENAMBAH ILMU!
Benda nie dah lama dah.. bertahun dah aku gunakan cuma nak berkongsi dgn anda semua.

Hitam Putih Kehidupan

semlm di tempat parking aku terlanggar sebungkus sampah
berbalut plastik berwarna hitam
terdengar bunyi letupan....
tp aku tak pedulikan...... teruskan perjalanan
tp pelik... semua org memerhati kereta ku..
g shopping & belanja sikit2...

balik umah aku tgk ketaku berwarna putih..
tayar yg hitam bertukar putih...
bahagian pintu pulak ada tompok2 putih
sah letupan yg aku dengar tadi adalah tin cat
cat minyak berwarna putih
plastik sampah yg aku langgar td bukan sampah sembarangan....

semlm sehingga pkul 8.30 aku masih di kedai cuci kereta
cat itu perlu dibersihkan sebelum kering
dan kedai yg sepatutnya tutup pukul 8.00 terpaksa melanjutkan operasi sehingga selesai tugasan, aku pelanggan terakhir
dan aku terpksa membayar sebanyak RM100.00 utk menghitamkan kembali tayar dan keta ku..

aduhhhh sedih...
musibah tertalu2, bertimpa2
tuhan tabahkan aku kuatkan aku
utk hadapi segala dugaan ini...
hitam putih kehidupan...


....>> ada org bergembira ketika aku berduka!!!!
sapa......
org yg buang sampah tu la....

Monday, April 13, 2009

Tenggelamnya Kapal Yamato

Kapal seberat 65.200 ton metrik, berukuran 263 x 39 x 11m, mempunyai meriam 16 & 7¾ inci, turret 20-25 inci, 6 pesawat udara mini dan kelajuan 27 knot / 50 km/jam merupakan armada terhebat ketika Perang Dunia Ke 2. Dibina pd tahun 1937 dlm operasi rahsia di pelabuhan Kure. Kapal yang hebat tetapi pendek hayat, hanya dapat beroperasi selama 4 tahun.

Selepas musnahnya Pearl Harbor pd 7 Dec 1941 dan musnahnya Prince Of Wales di Laut China Selatan secara kamikazi Jepun semakin digeruni. Angkatan Dai- Nippon memiliki semangat Banzai iaitu harga diri yang tinggi dan sanggup mati secara terhormat demi raja dan negara mereka. Oleh itu AS menggunakan taktik mengumpan pesawat tempur keluar dari armada Yamato dan mebedilnya. Ketika Yamato kehilangan pesawat tempurnya AS melancarkan operasi Ten-Go pada 6 April 1945 di Okinawa. Serangan dilancarkan secara bertubi-tubi dr kapal USS Hornet dan USS Bennington dengan taktik serangan sudut 90o menggunakan torpedo ke buritan dan dek kapal iaitu kawasan pertahanan yang paling lemah. Serangan satu sisi ini telah menyebabkn Yamato kebocoran dan dibanjiri air. Kapal Yamato miring ke satu arah dan tenggelam pada 7 April 1945. Hanya 280 daripada 2778 anak kapal dapat diselamatkan.

Tenggelamnya kapal Yamato bermakna lumpuhlah armada laut jepun dan seterusnya membawa kepada serangan ke atas Hiroshima pada 6 August 1945 dan Nagasaki pada 9 Ogos 1945.

Sejarah adalah Realiti bukan Fantasi; Taktik adalah teknik!

Kenapa aku cerita semua ini... setelah lebih 60 tahun tenggelam di Lautan Pacific Yamato kini ditemui dan akan diangkat semula ... Bunga Kekwa berwarna emas selebar 1 meter masih gah terpahat diburitannya.

Nanti kita story pasal USS Nimitz lak yer...

Saturday, April 11, 2009

Keywords tu KataKunci

Bicara santai bukannya ada apa pn, tak ada bahan ilmiah pun disini, bahasa kat sini pun haca merba & rojak wlpun aku dpt A1 dlm Bahasa Malaysia SPM.. ampun guru bahasa ku.... tp klu ko org dtng sini bersantai2 lah yer...

Hari nie aku nak story psal keyword pengunjung yg sampi ke blog yg tak seberapa nie. Tak kan aku nak ckp blog aku fufulur kot,blog aku menarik, blog aku cantik......
itu masuk bakul angkat sendiri tu.. eeehhh sesuai lg ker peribahasa nie sbb hari tu masa Pesta Belon Panas kat Putrajaya ramai org masuk bakul then terrangkat dgn sendiri..
hehehe..

keyword AIR TERJUN DI JOHOR tu aku pelik.. aku tak pernah pun g mandi kat mana2 air terjun di Johor. Seblum nie ada keyword 'AYAM BANGKOK', klu ko org nk tau apa itu AYAM BANGKOK silalah tanya pakcik Google... prnh ke aku story psal ayam????

Ini pulak keyword yg membuatkn hati aku kembang mekar setaman. Mungkinkah Putera Mahkota dr negara kaya minyak tu sedang mencari 'Jentayutiara'? Hehehe ko jgn jealous yer Jard, sepatutnya dia cr Jard The Great kan...
Mcm mana aku leh trace semua benda nie.. nanti aku story sbb aku nk g mengintai NekPP masak sat... lapar nie..

Nie benda yg x muat dlm kotak utk dihantr kpd YB semlm so aku nyum2 la... sorry YB len kali sy cari kotak yg besar sikit.

Friday, April 10, 2009

Cara Backup Blog (2)

kujie kata bekap kat Multiply otomatik.. sapa kujie tu? Kakak sulung aku la yg akan sambut hari tua (hari jadi la tu...) tak lama lg ..
so mari kita coba:

1. Mula2 sign in kat Multiply.com
2. Isi maklumat yg dikehendaki..... g kat my site
3. Kelik kat Blog ....>> add to blog ..... klu blogspot pilih Blogger la kan..
4. Pas2 IMPORT BLOGS ...>> masukkn Id & password anda
5. Kelik IMPORT ...>> select blog yg ko org nk import.
6. Kelik FINISH ...>> abis, selesai, tamat!

tp komen takleh diimport & di copy... cuma en3 aje...


....>> Sedih.... aku tak tersenarai dlm BARISAN (siapa la aku kan), so apa2 yg dpt bos baru tu... kipas2 la kuat sikit!

Thursday, April 9, 2009

Pukul 3

aku tunggu pukul 3
mana tau kot2 aku tersenarai dlm barisan...
hehehe..


rasa lambat sangat
so aku g pejabt pos dulu
hantar nie...
sek bek dia minta buat poslaju
klu DHL... Dua Hari la Lambat


he, he, he.....
aku akan sentiasa buat kezutan...
tunggu....