Thursday, June 28, 2007

TaNpA CeRiTa (2)

Seorang blogger telah melawat blog saya dan tinggalkan komen untuk cacatan Tanpa Cerita berbunyi begini

Rodrigo said...
Oi, achei teu blog pelo google tá bem interessante gostei desse post. Quando der dá uma passada pelo meu blog, é sobre
camisetas personalizadas, mostra passo a passo como criar uma camiseta personalizada bem maneira. Até mais.
June 27, 2007 12:33 PM .

Oleh kerana lidah saya telah tergeliat dan tidak faham serta untuk menjawab soalan seorang teman blogger sunan_jati makna komen tersebut saya dengan senang hati membuat firasat sendiri. Semalam saya termimpi2 lagi .....

Makna komen tersebut ialah... blog anda cantik, blog anda comel seperti anda, semoga adik manis (Até mais) akan sentiasa comel, cantik dan lawa (hihihi) ada 2 perkataan blog kat situ..... tp yg pastinya mungkin dia nak ajak saya pergi dating kot..... ahak ahak...

Sekian harap maklum.



Tuesday, June 26, 2007

TaNpA CeRiTa

Minggu nie minggu tanpa cerita... rasanya minggu nie tak nak buat entry.... eehhhh betul ker???? rasanya nak mengembara di alam siber nie, nak melawat kawan2, sahabat handai, jiran2 juga kenalan baru. Sempat juga melawat sikumbang yang kelabu mata nak pilih ferrari, momstermom dgn karenah anak2nya (issshhh kalau la dia benar monster apa akan jadi yer?, m iqbal naspa dgn pensil kayu nya yg tak pernah tumpul, shueqry dgn motivasinya yg kadang2 membuat aku pedih hati, ana al fath dgn jihadnya, muha yg otak besar fikir bisnes... (moga cepat kaya... hihihi) ha... tansrihjzul alahai tak sempat la nak nak practice tarian gelek, stop dulu a.... ehhh abenor mana kau ha? Benarlah alam siber nie dunia tanpa sempadan... macam2 ada!



Dalam sibuk2 nie sempat jugak balik kg disamping menjenguk anak dara dan org tua jenguk jugak pokok rambutan yang buahnya sedang bertukar warna, hijau, kuning, merah... macam traffic light pulak. Sempat jugak panjat sepohon. eeehhh tak percaya, masa kecik dulu akulah juara, tanya kakak aku kujie. Tahu tak betapa nikmatnya makan atas pokok sambil memetik dan bersandar di atas dahan... nak tahu cubalah...



Kat site pula physical activiti slow sangat, dok tunggu auger machine sampai utk start kerja jacking 750mm dan 900mm RCJP (reinforcement concrete pipe jacking) kemudian nak settle claim dari contractor, cantas mana yg patut, baru 1.5j tak sampai target lagi 2.5j sebulan. Uwa.... mcm nie 4 tahun la aku dok kat sini. Juga nak kena kemaskini apa yg patut untuk ISO audit.


Satu lagi tugasan minggu nie mencari jawapan kpd soalan seorg teman yg blur2 sikit, ada ker dia tanya kenapa perempuan kena pakai panties.... katanya kalau bra ok la utk support 2 gunung tu, tp kalau panties utk apa, melainkan waktu bulan mengambang ada gak support? Nak jawab apa ha.. cuma aku terbayang kalau bahagian tu tak disupport kat pantai2 sure kita jumpa byk dugong yer... isshhh bayangkan.


Uhhhhhhh oppppss dulu lah ya.... lagi satu kesibukan minggu nie adalah utk bercuti di tanah tinggi.... tempat sejuk.

Saturday, June 23, 2007

OMBAK....

Bertanya ombak kepada pantai
sakitkah engkau kala aku menghempas badai di dada mu
sakitkah engkau kala aku melabuhkan kerikil tajam di bibirmu
sakitkah engkau kala aku melepaskan keluhan hiba di muaramu
lalu ku tinggalkan kau pergi........
Berkata pantai kepada ombak
aku menanti mu dalam setiap derap waktu
aku memuja mu dalam setiap mimpi ngeri ku
aku mendambakan mu dalam setiap hela nafas ku
aku merindui mu dalam setiap langkah kakiku
berbumbungkan langit biru
walau kadangkala
guruh dan kilat menampar pipiku
hujan membasahi setiap rongga kalbuku
matahari membakar kedinginan pagi ku
bayu menggulung kekusukan rambutku
aku tahu dan aku pasti
kau akan kembali
kerana
kembaramu kembara waktu
dermaga mu hanya aku.

pZ~ selagi cinta di hati selagi itu kau ku nanti

Friday, June 22, 2007

RaHSia

Rahsia yang menjadi rahsia
biarlah rahsia
di dalam hati, di dalam jiwa,
di dalam minda !
Rahsi yang menjadi rahsia
biarlah rahsia
di antara kita!!
Rahsia yang menjadi rahsia
biarlah rahsia
selamanya!!!
~mimpi adalah rahsia kita!

Thursday, June 21, 2007

BOSAN

Nothing in my life... SUNYI, SEPI, BOSAN, BORING. Kadang2 terfikir aku perlu berubah, melupakan kisah lama, membuang kenangan lalu dan membina hidup baru. Mampukah aku? Kenangan itu selalu mengusik hati, menggangu minda, bermain dimata, bernanah dihati. Berupayakah aku, beranikah aku? Setiap hari aku tunggu esok dgn harapan tetapi setiap kali esok datang ku biarkan pergi tanpa pesan. Aku tak mampu atau aku tak yakin pada diri sendiri untuk mengubah atau berubah. Perlukah aku mencari kebahagian diri, atau biarkan ia datang sendiri, dgn ikhlas dan tulus suci. Tuhan tunjukkan aku jalan... kebahagian dan ketenangan!

- Kadang2 tuhan hilangkan matahari, kita marah dan tertanya2 rupa2 tuhan nak berikan kita pelangi yg indah!




Wednesday, June 20, 2007

BUNGA DITENGAH KUMBANG


Sejak kebelakangan nie aku tak berapa sihat, mungkin perubahan cuaca. Walauapapun aku masih terus bekerja dan bekerja kerana itu amanah, itu tanggungjawab.
Site aku pulak makin banyak masalah, kalau masalah teknikal, masalah kejuruteraan sedang la nak settle tapi ini masalah kemanusiaan bilamana ego menguasai diri, kerja dan peribadi dicampuraduk... huruhara jadinya. Aku paling benci manusia yang ego dan bongkak, yang selalu lupa diri...... . 'Tuhan jauhi diriku dari sifat2 sebegini!'
Aku bukan baru dalam bidang ini, dah bertahun dah tetapi aku masih ingin belajar dan akan terus belajar.Aku ingin kutip ilmu dari setiap orang yang berada disekeliling ku, aku ingin mengenal setiap lapisan manusia disekeliling ku sebab itu kadang2 aku merendah, kadang2 aku meninggi. Aku dah biasa menjadi BUNGA DI TENGAH KUMBANG.... ini bidang pembinaan, kerjasama kumpulan adalah penting menyiapkan projek, bidang yang mencabar dan mendewasakan aku . Ini lah kehidupan dimana kita perlu saling berkerjasama, saling menghormati . Semakin banyak aku belajar aku rasa diri ini semakin kerdil.. ohhhh tuhan berkatilah hambamu ini.....

Monday, June 18, 2007

The beauty

The beauty of the day lies on the decision you take, your willingness to forgive those who offend you, your desire to tolerate one another, give peace a chance... and your ability to hold back your anger even when it is imperative to burst out. Friends...those that seek peace, will find peace, those that seek wealth will find it but those that seek Love will find everything... choose right.

Friday, June 15, 2007

MeNaNti HaRi EsoK, EsOk UtK SiaPa!


Ku tak ingin tinggalkan hari ini tanpa kenangan
kerana hari ini terlalu berharga dan
ku telah lalui semalam dengan ketabahan
ku tunggu esok dengan harapan.



Thursday, June 14, 2007

just pencils.... amazing




JUST PENCILS.... AND WE JUST USED THEM TO WRITE WITH..










Monday, June 11, 2007

i need u!

i need shoulder to cry........

Isi hati

Sekeping kad yang penuh bermakna, yang menyatakan isi hatinya walaupun tersimpan lama. Bertarikh 13 May hanya dapat diberikan padaku pada9 Jun. Seperti coretan ku yang terdahulu aku tak sempat menunggu hadiah itu kerana terpaksa kembali ke tempat kerja. Masih tersimpan kemas seperti mana dia menyimpan kad harijadinya tahun lepas.
Sempena ulangtahun kelahirannya aku belikan dia sebuah basikal. Mak kata aku terlalu manjakan dia. Dia cuma ada aku dan aku cuma ada dia..... buah hati bonda!

Tuesday, June 5, 2007

CINTA, KASIH & HATI (Sebelum & Selepas)

CINTA :
(sebelum kahwin)
C = cubit kiri, kanan rasa.
I = impian indah ibarat syurga.
N = nikah impian utama.
T = taat setia membawa bahagia.
A = awal dan akhir bersama-sama
(selepas kahwin)
C = cuka yang dituang pada luka.
I = iblis yang merosak minda.
N = nafsu semata-mata.
T = tuba yang dibalas semula.
A = api dalam neraka.

KASIH :
(sebelum kahwin)
K = kongsi semua suka duka.
A = abang adik, ayang anja.
S = sumpah janji di bibir sentiasa.
I = istana bahagia dah dicipta.
H = hatiku hatimu jua.
(selepas kahwin)
K = kaki tangan naik kat kepala.
A = abuk pun tara , nak makan apa??
S = simpati langsung tak ada.
I = ironi membakar jiwa.
H = hidup mati sama je.

SAYANG :
(sebelum kahwin)
S = sikit-sikit SORRY, sikit-sikit SORRY, mengada!
A = asal free mesti nak jumpa.
Y = you lap me, I lap you!
A = apa saja sanggup diduga.
N = nak itu, nak ini... mesti dapat.
G = gula-gula, coklat, teddy bear hadiah utama.
(selepas kahwin)
S = salah sikit kiamat dunia.
A = air tak sedap, basahlah mata.
Y = yang betul dia je.
A = ada takde, bagi anak reti la.
N = nak dilawan, digelar derhaka.
G = gaduh sampai lebam.

HATI :
(sebelum kahwin)
H = hanya dikau yang daku cinta.
A = air paip pun manis macam gula.
T = tak jumpa sehari boleh jadi gila.
I = igauan indah tak terkira.
(selepas kahwin)
H = hantu jembalang lagi sempurna.
A = air mata jadi teman setia.
T = tempat mengadu dah tak ada.
I = ikut hati mati, ikut rasa binasa... nak buat macam mana?

tetapi yg seharusnya ialah...
C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I-Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bkn praktikal seblm nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sbg pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insyaallah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung-tinggi
I-Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan Isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti dijaga
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggung-jawab dipikul bersama
I-Isteri tak makan hati, suamipun tak cari ganti

Monday, June 4, 2007

Buah Tangan

Seorang sahabat yang baru balik dari percutian di Cameran Highlands memberi ku beberapa biji buah epal segar dari sana... emmm mudah aja... basuh.. gigit... kunyah ... telan.... sambil mengadap tv....

Buah strawberry pula... masak coklat masakan.... curah diatasnya.... emmmm yammy....


Inilah yang dikatakan buah tangan!!!!!!

Sayur pun ada jugak tapi tak tahu bila nak dimasak........... hihihi......