Thursday, January 31, 2008

Aku ???????????????

Aku tak tahu mcm mana nk memulakan hari ini, bingung dgn diri sendiri, kecewa dgn hati... aaaa salahkah aku...
aku hanya insan kerdil... sesat dalam perjalananan ingin kembali ke pangkal jalan namun jejaknya telah tiada... siapakah yg sudi menemankan.. memberi sinaran, memberi ruang, menghulur bekalan....

Wednesday, January 30, 2008

Miss Call

Malam kemarin aku terima panggilan dr dia di seberang. Perkara pertama ku tanya "Bila nak Balik?.... aaaa waras kah aku, sedangkan aku sebenarnya tahu jadual kepulangannya. Sebenarnya aku kesepian.. aku kesunyian bila dia tiada disisi. Setiap malam aku tidak sabar menunggu matahari terbit agar hari baru bermula.

Aku tak tahu kenapa aku terlalu merinduinya, terlalu mengharap kepulangaan secepat mungkin sedangkan aku sebenarnya sudah biasa ditinggalkan seketika. Terlibat dalam IMT-GT UNINET (Indonesia, Malaysia, Thailand Growth Triangle University Network) di bwh ADB sering membawa dia menjelajah di antara 2 negara ini. Terlalu banyak yang ingin ku luahkan, terlalu terlalu banyak dugaan yang terpaksa kutempuhi sendirian ketika ketiadaannya, aku ingin menangis, menangis sepuasnya dalam pelukan dia.... dalam dakapan cintanya. uhuk uhuk...



ujian yg datang, menguji kesetiaan ku, menguji kesabaranku!

Tuesday, January 29, 2008

Black Beauties




Canggih kan....
Keta aku???
ini aja....



Monday, January 28, 2008

Musim Luruh

eeemmm semlm balik kampung kejap... w/pun hampir dibatalkan kerana keta buat hal. Keta br tak sampai lg. Keta cik abg nie pun dah uzur tp boleh la guna lg utk berulang alik cr rezeki.

Cuaca sekarang panas, kering nasib baik aku melalui jalan pendalaman yang agak teduh & tenang. Aku suka memandu melalui ini walaupun agak sunyi tp siang hari aja ... malam sorry.... berleter semalamam la mak aku kalau tahu aku memandu ikut jalan itu malam hari.

Keadaan ini menandakan tak lama lagi kampung aku akan mengalami musin luruh. Musim luruh?????? tak percaya ker????

Ini pic musim luruh kat kg aku tahun lepas..... (dipetik dr album kujie)

Saturday, January 26, 2008

Pemandu Sepi

Malam kemarin pukul 1 pagi aku bergerak dr rumah untuk menghantar cik abg ke universiti. Bergerak dr rumah melalui lebuhraya Kuala Perlis - Changloon waktu itu memang sunyi & sepi tetapi tak la terasa sangat sebab berdua. Sepanjang jalan banyak amanat ditinggalkan. Aku cuma menganggunk sesekali mencelah. Bagi ku ini bukan kali pertama aku akan ditinggalkan seketika. Aku perlu memahami kerjaya dia seperti mana dia memahami kerjaya ku...

Pukul 3 pagi semua sudah berkumpul, aku cuma memerhati telatah student2 yg akan turut serta dlm program tersebut. Sebahagian drpd mereka mengenali aku, menyapa dan menegur ku sementara menunggu bus. Pukul 3.30 pagi bus sampai dan bermula proses mensusun beg dan barang2. Aku cuma mermerhati sambil menghantar dia memilih tempat duduk. Tak tahu mcm mana perasaan ku ketika itu. sedih...... Selepas semuanya selesai aku meminta diri untuk pulang. Mereka akan bertolak ke LTA Bayan Lepas pukul 4 nanti. aaaa aku tak sanggup ....

Memandu sendirian di lebuhraya yang sunyi sepi memang menyeramkan. Bagi anda yg pernah melalui lebuhraya tersebut tentu tahu. Pukul 3.45 pagi apa yg ada.... Aku memandu sambil berdoa.. doakan aku sampai di rumah dgn selamat dan pemergian dia dengan selamat. Sepanjang pemanduan aku hanya bertembung dengan 2 buah kereta dr arah bertentangan itupun kereta peronda polis. Aku melihat meter... melebihi 110. uhhhhh... Di pertengahan jalan aku ternampak sebuah kereta satria biru merangkak perlahan di lorong kiri... mungkin pasangan sedang @#@%.... ah pedulikan mereka.....

Pukul 4.00 pagi aku sudah sampai di rumah. Semasa sedang membuka pintu telefon berbunyi... "dah sampai dah, "laju yer" "hway tu kosong, sunyi sepi, seram tekan minyak ajelah" ini bukan kali pertama dia menegur aku memandu laju... eeemmmmm

dan rindu itu datang.............. mampukah aku menghadapinya sehingga bulan depan
aku harap masa akan berlalu dgn pantas

Susur keluar ke Kangar (di Perlis semua persimpangan bertingkat di cat & di lukis dgn warna/lukisan yg menarik.)

Friday, January 25, 2008

Mandi Bunga & 'Flower Bach Remedies'

2 3 hari lepas sy terbaca kisah kakak sy kujie nak mandi bunga so sy terfikir tentang amalan masyarakat kita yang populur ini. Sekarang mandi bunga dah dipermodenankan di tawarkan di Spa, Sauna dan salun2 kecantikan disertai dengan pakej urut mengurut, solek menyolek. Bayar aja....

Sebenarnya mandi bunga berasal daripada kepercayaan lama dan masyur yang dipegang oleh orang Melayu. Mandi bunga dilakukan untuk mewangikan dan menyegarkannya badan tetapi kebiasaannya amalan ini dilakukkan dengan tujuan tertentu seperti menghilangkan sial dan sebagainya.

Mandi bunga memang merupakan ritual orang Melayu yang mempunyai unsur-unsur yang sudah tersinkretis antara kepercayaan Dinamisme, Hindu-Buddha dan ‘Popular Islam’.

Dinamisme ialah kepercayaan adanya ‘tenaga tak berperibadi’ dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda hidup, perkataan yang diucap atau ditulis, dalam tanda-tanda yang dirakamkan dan sebagainya (O.K Rahmant S.H,1983:8). Dalam bidang antropologi, tenaga ini juga biasa disebut sebagai ‘mana’ dengan meminjam istilah rumpun suku Polynesia. Ia dikenali sebagai ‘sahala’ oleh orang Batak dan ‘kesakten’(kesaktian) oleh orang Jawa. Untuk orang Melayu, ‘mana’ dikenali sebagai ‘semangat’ (rujuk konsep ‘lemah semangat’ dan ‘kus semangat’). (Asal Usul Mandi Bunga Oleh Hazman Ibn Hassan Al-Arawi)
Di barat amalan ini dikenali sebagai 'Flower Bach Remedial'. Diasaskan oleh Dr. Edward Bach di England pada tahun 1930 an. Beliau seorang Pathlogist & bacteriologist doktor. Beliau berpendapat rawatan ubat-ubatan tidak menyembuhkan penyakit sepenuhnya. Beliau mempelajari hemeopathy & memperkenalkan hemepathic remedices dan seterusnya memperkembangkan 'Bach Flower Remedies' sebagai terapi utk emosi & fizikal.

Apa pun cara dan amalan konsepnya adalah sama dan bunga adalah bahan utama. Perbetulkan kalau saya tersilap tp sy suka melihat perkembangan bunga sebagi bahan terapi.

Wednesday, January 23, 2008

Jom MengURUT!

Lenguh kaki tangan urat saraf... jom mengurut... DIY

Kaki penting sebagai tapak kita, kalau tak dak kaki mcm mana nak berdiri & berjalan yer! Di kaki terdpt urat saraf yg mengawal bhgian dalam badan kita (abdomen). So kalau rasa sakit2 bahagian2 tertentu picit2lah area yg sesuai.

seperti tubuh kita kan.... bermula dr hidung organ menyedut nafas sehingga ke organ membuang sisa kumbahan.....
Selamat mencuba !

Tuesday, January 22, 2008

Aku KAYA....

semlm aku KAYA, aku KAYA...... aku ada beratus ribu duit tunai.. ratus ribu, juta.... uhhhhh .... tak percaya? Tgk la sendiri....

apa yg seronok sangat??????????? lusa aku bakal ditinggalkan seketika uwa.........

Monday, January 21, 2008

Keta Baru

hey... byk ari x buat en3 yer... maap bz sikit, masalah keja, peribadi, keluarga mcm2 lah... tp yg pasti tak dak mood nak tulis cerita... uhuk uhuk...

dah 3 4 hari aku jln kaki dtng keja, nasib baik tmpat keja dekat aje kalau tak turun la 4 5 kilo berat badan aku. Minggu lepas keta meragam, mati enjin kat terapik lite uhhh nasib baik tak dak keta kat belakang kalau tak bertambah sengsara la aku. Sebelum nie pun dah 3 4 kali meragam... satu2 tak kena. Keta tua.....

Bila cik abg tu dtng menjemput perkara pertama dia ckp "trade in" aja. Dah byk kali dia minta jual tp aku pertahankn jugak, sayang la, sentimental value la, tak nak tambah utang la tp bila dok meragam berkali2 naik hangin gak aku... mau tak kos repair dah boleh bayar down payment SAGA BML.
dah tak mau membantah dah.......

tunggu aje keta baru aku tp yg pasti bukan ferrari ,bukan Saga & bukan 4wd : sementara tu aku exersice la setiap pagi & petang.

Thursday, January 17, 2008

Masalah baru....

Baru nak menghela nafas tiba2 dikejutkan dengan runtuhan tembok di tapak bina... nasib baik tak ada pekerja kat situ, kalau tak muka aku terpampang di dada akhbar..... uhhh jangan famous pasal bencana biar famous pasal perkara yg baik....
Tengok la sndiri apa masalah aku skarang....



p/s ..... cabaran kejuruteraan... juga cabaran kehidupan

atas meja ada nota dr boss : "Pls review method of construction & ..................................."

Wednesday, January 16, 2008

Kenapa Ferrari berwarna Merah

Ehhhh soalan semalam belum terjwb.... Kenapa Ferrari berwarna MERAH? Abang Tam kata nak 'show off'... betui gak beli mahal2 kena show la kan....

Nak tahu kita kena kembali ke masa lampau, masa awal perkembangan sukan permotoran dulu dimana setiap negara yang bertanding mempunyai warna tema yg tersendiri. HIJAU untuk England, BIRU untuk Perancis & MERAH untuk Italy.
Tp ada jugak kan ferrari yg berwarna hitam dan kuning yer!

p/s... jentayu suka merah sbb warna tu garang, terang, tampak megah... hihihi

virus menyerang lagi .....

Semalam balik keja aku ke UUM untuk menjemput myNazri sempat juga menonton teater BULAN yang dipersembahkan oleh student2 kat situ. Menarik jugak persembahan mereka, betul la kata orng bakat dan kretiviti satu anugerah, tak semua orng memilikinya, perlu diasah, perlu digilap agar bersinar dan dipergunakannya secara kreatif. Aku jarang mengikuti aktiviti student2 kat c2, kadang2 aku pergi menjemput tunggu aja dlm keta sambil zzzzzzz.....

Sempat jugak bertemu sahabat lama... pok pok pek sampai kat kafeteria... order nasi goreng kampung dapat la Nasi Goreng Kampung SEJUK.... hampes...


Sementara menunggu hubby tamat latihan lepak kat kerusi batu tepi dewan tu, online kejap... sempat la tayang destop aku yang seksi tu... Pukul 12 dia tamat latihan, dalam kereta aku dah mula achem, ahchem, achem..... sampai pagi nie.... virus tu datang lagi.... terdengar suara dia mengomel "dlm dewan tak nak, bising... berembun kat luar tu kan dapat penyakit"...

Tuesday, January 15, 2008

Destop aku


Meh kemas rumah.... semak ker rumah aku.... hihihi tak pasti gak... kalau boleh semua aku nak letak kat ruang tamu, senang nak capai nak ambik tak payah jalan jauh...
ehhh sama ker? sama tapi tak serupa..... yang pasti aku suka cahaya matahari..... cahaya nya seksi dicelah dedaunan.... hihihi...

Ferrari Enzo

aaahhh bz sangat 2 3 hari nie.. tak berkesempatan hapdet blog. Dlm kebz mcm nie keta pulak meragam... kena hantar klinik, skarang dtng keja jalan kaki , nasib baik umah dekat... maka berexersice la aku setiap pagi .......

dalam ketensionan itu jom tgk koleksi keta Ferrari Jentayu....





eeehhh kenapa Ferrari berwarna MERAH a? sapa nk jwb angkat tgan yer!

Saturday, January 12, 2008

Kempen Pilihanraya : Salah Guna Kuasa?

sedang aku bersiap nak dtng kerja terdengar decik2 sistem audio sdng di testing, 2,3 testing, 1,2 testing... mungkin ada program sdng berlangsung.

Selepas politik Perlis digegarkan dgn kenyataan berbisa Datuk Seri Radzi sebidang tanah di simpang masuk rmhku di jadikan Bilik Gerakan kempen pilihanraya Datuk Seri Shahidan Kassim dan jika anda datang Kangar sekarang anda akan setemui bermcm sepanduk dan banner di semua simpang, mcm2 tertulis yg kononnya sokongan kpd MB. Untung besar kedai buat banner tu...

Bila aku memendu keluar baru ternampak beratus buah motosikal di tepi jalan yg ditunggangi oleh anak2 muda, para belia belasan tahun mungkin kategori mat rempit. Khabrnya mereka akan berarak tanda sokongan. Mereka memakai t-shirt hitam berlengan oren tertulis Pemuda UMNO Kangar dan dibelakang tertulis Kempen Pilihanraya ...... Sedih aku mengenangkan taktik sebegini, seorng pemimpin yg terdidik, terpelajar, berilmu mengunakan belia2 sebagai medan kempen pilihanraya, sedangkn sebahagian drpd mereka bkn boleh mengundi pun.

Sehingga en3 ini dipost perarakan tersebut masih bermula, malas aku nk tgk bagaimana anak2 muda melayu diperbodohkan oleh pemimpin sndiri. Inilah yg dikatakan Salahguna Kuasa, kepimpinan melalui teladan?
P/S... jentayu cuma ambik tahu apa berlaku disekeliling....

Friday, January 11, 2008

sayang???


" Apa la kau org nie, dah kawin pun mcm bujang, sorang di sana sorang disini, masing2 bw diri..."

Sabar la .... Baru nak mula belayar.. byk yg perlu dirancang, byk yg perlu dipinda, perlu bersabar, perlu maufakat. Tinggal negeri yang bersempadan tp dia cuti Jumaat aku cuti Ahad... berjumpa hujung minggu mcm org sedang bercinta pula!

"17 hingga 20hb abg ke USIM, Nilai pastu abg balik 3 hari, 24 sampai 1hb abg ke Medan, ada program Jelajah Budaya ........"

Betul ker Sayang isteri tinggal- tinggalkan?

Tuesday, January 8, 2008

Cabaran Kuala Berang/Kenyir



Lupakan Story Of My Life itu Sejarah Semalam..... jalan mesti ke depan!

Sedang asyik 'main judi' kat laptop tiba2 telepon cap ayam aku berbunyi... " Ina, cuti raya cina kita ke Kuala Berang nak?" "masuk utan lagi yer" "yes... ada Defender baru.. tengah memandu kat jalan raya nie.. dah beli taya baru utk masuk utan tp belum tukar lagi" cis tawaran yg mencabar keimanan ku...

aku memang meminati aktiviti 4wd nie, mengembara ke tengah hutan melalui lorong dan denai becak, merentasi sungai batu ada kalanya kenderaan tersadung akar, terbenam di dalam lumpur, memcabar dan semua cabaran itu dilalui secara berpasukan. Kali terakhir aku mengikuti aktiviti ini pada pertengahan tahun lalu iaitu Cabaran Lembah Banum di Grik. Ramai berkata ini kerja gila.... ahhhh hanya jauhari mengenal manikam!

Aku belum memberi jawapan lagi.... rasanya aku perlu tinggalkan aktiviti kegemaran ku ini kerana .................. namun aku masih menyimpan impian dan cita2 untuk memiliki Land Rover 4wd sendiri.. myb sbgai kenderaan pergi dusun, tak pun pergi menoreh.... huhu..




p/s jgn beri ruang utk kesepian mencengkam....

Monday, January 7, 2008

Story Of My Life ~ Sambung Belajar

Kekosongan dan kesepian hidup membuatkan aku terfikir untuk melakukan sesuatu bagi mengisi waktu yang ada. Entah mengapa tiba2 aku terfikir untuk Sambung Belajar... mungkin salah satu cara untuk membuatkan aku sentiasa sibuk dan dapat melupakan segala penderitaan.

Cabaran datang lagi... sehari sebelum pendaftaran puteri ku dimasukkan ke hospital sedangkan pendaftaran dan taklimat pertama adalah wajib bagi setiap pelajar baru. Tuhan ujian apa yang mendatang lagi. Waktu ini hanya kekuatan dan keazaman aja yg ada dalam diri. Tujuh hari tujuh malam aku tidur di hospital di atas kerusi malas. Siapa yang tahu derita hidup kami.....

Menjalani hidup sebagai pelajar luar kampus menjadikan aku sentiasa sibuk, kuliah setiap hari minggu, assigment, course work, nota serta kerja pejabat menjadikan setiap saat, setiap waktu terlalu berharga dan semuanya menambah bebanan yang ada. Syukur, ibu membantu anak memahami. Aku tak punya masa untuk meratapi sejarah luka, aku tak punya waktu untuk menangis, aku perlu berdiri teguh mengadap masa depan, melangkah dengan gagah.

Alhamdulillah, 2 tahun masa berlalu dengan cepat, semuanya ku isi dengan sempurna dan aku berbangga aku tidak mempersiakan usia. Mungkin nasibku lebih baik dari ibu2 tunggal yang lain, ketika ditinggalkan aku punya kerjaya aku punya keluarga, hidup aku tidak sebatang kara. Bayangkan nasib mereka yang tidak punya apa2.......

Saturday, January 5, 2008

Story Of My Life ~Turun Naik Mahkamah

Hampir setahun hidup bersendirian mengumpul kekuatan dan sedikit wang aku mula melangkah ke mahkamah. Menuntut hak dan keadilan. Tiba-tiba sang suami muncul menyatakan keputusan sedangkan selama ini dia menghilang. Hati ini sudah terluka, jiwa ini sudah menderita, maaf tiada makna.
Baru memasuki peringkat awal perbicaraan terpaksa ditangguhkan kerana peguam ku cuti bersalin, hampir 3 bulan. Pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa ku hadapi realitinya lebih banyak ditangguhkan daripada dibicarakan.Pernah suatu hari aku kembali dari berkursus di Kuala Lumpur tiba selepas subuh, mandi dan bersiap di Plaza Toll tetapi setiba di mahkamah aku dimaklumkan perbicaraan ditangguhkan. Hancur luluh hati ku waktu itu. Pernah juga suatu hari seorang yg telah berjanji utk menjadi saksi di mahkamah muncul ketika aku menghidupkan enjin kereta dan menyatakan tidak dapat membantu. Tuhan saja yg tahu perasaan ku ketika itu.

Sekali lagi perbicaraan ditanguhkan apabila memasuki peringkat akhir kerana hakim ditukar. Hampir setahun tertangguh apabila hakim baru tiba beliau memohon utk memulakan semula perbicaraan diperingkat awal, peringkat sebutan kes... aku kecewa. Peguam pula mengira yuran nya semula dengan sedikit diskaun. Kerana terlalu kecewa aku menutup kes, menarik kemula tuntutan.

Tahun ke 4, aku mengfail semula tuntutan ku di mahkamah rendah daerah ku. Aku menulis surat terbuka kepada Jabatan Mufti, Jabatan Agama dan mahkamah menyatakan kekecewaaan ku terhadap lafaz taklik. mungkin aku biadap kerana mempertikaikan ayat "...... 6 bulan ditinggal tanpa nafkah zahir dan batin dan mengadu ia kepada ku maka tertalaklah ia..... " Kes aku bukan 6 bulan tapi 5 tahun. Terlalu banyak dugaan yang aku tempuhi dalam waktu itu, ramai yang ingin membantu sambil mengambil kesempatan. Yuran peguam tak payah la aku nyatakan kerana aku terpaksa mengadaikan semua barang kemas ku untuk ini, hanya kereta kecil itu aja yang tinggal itupun kerana aku memerlukanya untuk mencari rezeki.

Setelah 5 tahun berjuang akhirnya aku mendapat hak aku. Aku tahu itu adalah perkara halal yang dibenci tuhan namun inilah fitrah kehidupan.

Friday, January 4, 2008

Story Of My Life ~ Berdikari

Perkara pertama yg perlu di buat bila berpisah ialah BERDIKARI. Berdiri di atas kaki sendiri dimana segalanya dilakukan sendiri dengan kekuatan diri, semangat dan tabah hati. Kekuatan ada dalam diri sendiri tak perlu di cari. Aku sendiri tak pasti dari mana kekuatan itu datang namun yg aku tahu aku kena kuat, aku perlu kuat dan kekuatan itu sajalah yg akan membela nasib ku. Syukur aku punya kerjaya sendiri walaupun gajinya tak seberapa.

Aku terpaksa berulang alik kerja dengan menaiki 3 bus, keluar rumah dengan bulan balik rumah dengan bulan. Siang dan malam tiada beza, namun aku tabah demi sesuap nasi. Dengan sedikit simpanan yg ada aku memiliki sebuah kenderaan sendiri, lesen memandu yg 10 tahun hanya diperbaharui setiap tahun dikeluarkan kembali. Aku kembali ke sekolah memandu walaupun telah memiliki lesen memandu. Hanya semangat mengatasi segalanya.

Menghadapi masyarakat amat menyedihkan. Masyarakat dan orang dikekeliling memandang keji, sinis dan hanya ingin tahu tanpa mempeduli. Seperti bangkai di tepi jalan.. mencari dr mana datang bau busuk itu, bila ditemui lalu pergi. Aku tak pernah peduli, bagi aku bangkai itu akan hilang baunya suatu hari, akan hilang rupanya bila masa berlalu pergi. Bagi ku hidup hanya sekali perlu dihargai, dugaaan akan datang berkali-kali, kena tempuhi. Alhamdulillah keluarga dan saudara sentiasa di sisi.

Thursday, January 3, 2008

2008

aa... dah beberapa hari tak hapdet... maap menyepi seketika. Byk cerita nk dikhabarkan, nk dikongsi pd tahun baru nie... sabar nya nanti jentayu story sikit2... apa pun tahun 2008 insyaAllah akan memberikan kebahagian pd jentayu, sinarnya telah meresapi sanubari . Jentayu rasa dah tiba masanya jentayu membongkar satu persatu kisah kehidupan jentayu yg penuh duka selama menjadi ibu tunggal, 5 tahun digantung tak bertali, 3 tahun berulang alik kerja sejauh 180km setiap hari & 2 tahun menjadi pelajar luar kampus.... dan kehidupan ini menjadikan Jentayu kuat,tabah serta berani. Jentayu berjuang sendirian untuk meneruskan hidup, membesarkn seorng puteri tanpa 1 sen belanja serta kasih sayang drpd seorg bapa sehingga kini.....
Sanggupkah anda bergelar ibu tunggal ketika usia belum mencapai 30an? Sanggup kah anda berkejar ke sana sini, turun naik mahkamah hanya untuk meleraikan satu ikatan dan jika anda pembaca blog ini adalah seorng lelaki, seorang bapa sanggupkah anda menbiarkan zuriat anda hanyut sendirian.... tepuk dada tanya iman!
maap en3 sy sbelum ini byk yg berpura2, dusta, menipu diri , menyembunyi diri, semuanya hanya sekadar utk menghiburkan hati, menceriakan diri......