Wednesday, November 28, 2007

Kelapa Sawit, Malaysia?

Perasan tak yg sy ada pasang sistem radar utk kesan pengunjung2 ke blog sy nie... tu yg bola biru mcm glob tu... itu la extreme tracking.
Pagi td sy check la tetamu2 yg berkunjung ke taratak buruk sy nie.... (Unique Visitors) ada tetamu dr Kelapa Sawit, Malaysia.... ada sesiapa tahu di mana tempat nie. Setahu sy ladang kelapa sawit byk la kat M'sia tp nama tempat tak pasti la pulak.... issshhhh betui2 UNIQUE.....

Detect invisible users on Yahoo Mesengger

semalam masa merayau2 di alam siber nie aku temui sesuatu.... ha... salah satu sistem radar kat alam siber... nak kesan member yg bersembunyi di YM... termasuk aku...

so.... berhati2 di jalan raya...........

Tuesday, November 27, 2007

Kepada Mu Kekasih

Semasa melawat Cinta Abadi terpapar bisikan kepada kekasihNYA dan perkara yang sama sedang aku fikirkan.....
KepadaMu Kekasih Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali
KepadaMu Kekasih Aku bertanya
Apakah Kau akan menerimaku kembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku ke sisi
Tanpa harga diri
Hanya padaMu Kekasih
Aku tinggalkan
Jawapan yang belum ku temukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu
KepadaMu Kekasih
Aku serahkan Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah Kau akan menerima penyerahan ini
Apakah Kau akan menerimaku
Dalam keadaan begini .........

Monday, November 26, 2007

Monday MOOD....

Dear Jentayubrabo.....


Friday, November 23, 2007

I'm not BRUTAL !

dah hampir 2 tahun aku berada di sini, dah hampir 2 tahun projek ini dijalankan tp kami masih menghadapi masalah untuk menjalankan kerja2 di tanah2 persendirian, masih ada tuan tanah yg enggan memberi IZIN LALU. Jalan penyelesaiaanya ialah menggunakan 'FORCE ENTRY'. Bukan senang dan mudah nk guna Force Entry nie walaupun semua ini ada dlm Akta Perkhidmatan. Diplomasi dulu.... FORCE ENTRY jalan terakhir....

"Menurut Akta Pengambilan Tanah 1960, kuasa mengambil mana-mana tanah secara paksa adalah terletak pada Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Dengan yang demikian, mana-mana tanah yang dikehendaki oleh Kerajaan Persekutuan untuk kegunaannya perlulah diambil oleh PBN.

Perkara 83(5) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk mendapatkan mana-mana tanah yang diperlukan oleh Kerajaan Persekutuan sama ada dengan cara perjanjian atau dengan cara paksa. Perkataan "Tujuan Persekutuan" adalah seperti yang ditakrifkan di bawah Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan."

Sekarang aku betul2 jadi "BRUTAL ENGINEER" tp cool beb...........

Thursday, November 22, 2007

Getting Low, Lower & Lowest.

isssshhh apa nk jd dunia skarang a?
makin rendah, makin rendah & makin rendah.
Tengok la sendiri kat sini : low, lowes & lowest!
Opssssss 18SX...


Wednesday, November 21, 2007

Jom Jalan2

jom p jalan2.... jgn lupa pakai tali pinggang keledar......





Ferrari 430 Scuderia...........
nak booking 1..... kat SHELL ada lagi tak?


P/S : akhirnya aku temui jawapan pd persoalan semlm,
ku temui jalan di persimpangan &
ku terima kenyataan....
aku tidak keseorangan!

Tuesday, November 20, 2007

When Maths Teacher Writes Love Letter

My Dear SweetHeart,
Yesterday, I was passing by your rectangular house in trigonometric lane. There I saw you with our cute circular face,conical nose and spherical eyes,standing in your triangular garden. Before seeing you my heart was a null set, but when a vector of magnitude (likeness) from your eyes at a deviation of theta radians made a tangent to my heart, it differentiated. My love for you is a quadratic equation with real roots, which only you can solve by making good binary relation with me. The cosine of my love for you extends to infinity.
I promise that I should not resolve you into partial functions but if I do so, you can integrate me by applying the limits from zero to infinity. You are as essential to me as an element to a set. The geometry of my life revolves around your acute personality.
My love, if you do not meet me at parabola restaurant on date 10 at sunset, when the sun is making an angle of 160 degrees, my heart would be like a solved polynomial of degree 10.
With love from your higher order derivatives of maxima and minima, of an unknown function.

Monday, November 19, 2007

SMS...



aaaa 2 3 hari nie aku diganggu sms yg tak diundang, sms dr org yg tak dikenali... geram gak. Bila aku call no tu nak jawab. Apa dia nak dari aku, aku pun tak tau.... hampes.....

Sunday, November 18, 2007

BoSaN????????

msg 1 : " K.Ina, Carol ke KL, ada show, Selasa Balik"
msg 2 : Su ada kuliah Sabtu & Ahad smpai mlm, terus blk kg"
sms : " Eny, blk kg... mak ajak p kenduri"

uwaaa aku sendirian.........

sms : " wei, klau bosan mai umah aku"
" it ok... aku nak relex & release"
sms : " tak abis lg ker relex n release kau, dah bertahun dah?

aaahhhh BOSAN itu kenyataan, harus diterima.
Walau apapun aku senang berada dlm dunia ku, berada dlm kamar sepi ku... kadangkala itu ketenangan sambil menghitung hari2 yg berlalu, mengenang sejarah silam dan sesekali tersentuh jiwa, tersentak rasa. Itu asam garam kehidupan.

dan kerana aku tak tahu nak buat apa di rumah hadirlah aku di pejabat pd hari minggu utk menyiapkan saki baki kerja yg tertangguh. Sunyi dan sepi lg di sini ........

HiDuP iNi InDaH

Saturday, November 17, 2007

Audit Hujung Minggu

aaaaa bosannya hari nie.... Keja, keja,keja la apa lagi. Org lain bercuti hujung minggu aku keja. Biasa la sini kan Site Office, terimalah kenyataan.

Minggu nie minggu yg penuh kebzan.... Syukur semua tugasan siap.

1. "Ina, pls review & check the method statement for temporary shoring & excavation work....." - the brief of approach & sequence of related works are acceptable BUT pls submit traffic management plan & settlement monitoring plan & pls provide strutting layout drawing. hihihi...

2. "Kindly prepare technical note for extension of coverage with slide show presentation" - .......... ........... .............. ..................... this extension has no time and contract duration cansequence and there will be no overall cost increase! eeemmmmmmmm

3. "Occupational Safety and Health Plan for DOSH submission " - Safety 1st! Program & safe working prosedures, emergency responce plan, hazard indentification, risk assessment ......................
Boss... can i get my rest now?

alamak... weekly progres report & monthly progress claim !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! uwa sampai petang la kat opis.....

kerja itu ibadah!



Friday, November 16, 2007

TeGuH & RuNtUh

RUNTUH...
Bangunan dua tingkat yang hampir siap dan bakal menjadi pusat pentadbiran Taman Negeri Royal Belum di tebing Tasik Banding, Gerik, Perak, ranap sama sekali dalam kejadian awal pagi semalam. – Gambar HANAFI KHAMIS. Utusan Malaysia.

Ingat tak kisah bangunan ini yang terpampang di dada akhbar 2 3 hari lepas. Aku tak mahu mengulas tentang kemusnahan tu cuma nak berkongsi sesuatu.... sebenarnya KITA BERDIRI TEGUH BUKAN ATAS 1 SEBAB DAN KITA RUNTUH BUKAN ATAS 1 SEBAB. Sama-sama lah kita fikirkan..... apa pun inilah Cabaran Kejuruteraan, Cabaran Kehidupan!

Thursday, November 15, 2007

Cuti2 Malaysia

It's time to clear your annual leaves.
Relax and be prepared for year 2008.
Traveling is one of the best way of self-improvement.
So let's go Cuti-Cuti Malaysia !

CUTI Support Team an energetic team
who you can count on Have Fun and CUTI Now!

Wednesday, November 14, 2007

Tuesday, November 13, 2007

Pesiapan Awal

Destinasi /lokasi:

Tarikh/Masa :
ssssshhhhhhhhh akan diumumkan

Persediaan :


byk lg dlm senarai

Bekalan :

oopppppsssss kasut boot aku.... kat mana entah.....
kena cari sat...

Monday, November 12, 2007

Gadis Misteri Malam Hari

Pukul 12.30p.m mimpiku terganggu dgn deringan telefon.....
"ina nk minta tolong sikit"
"ha... apanya...??? mata belum terbuka sepenuhnya....
"nak tumpangkan seseorg kat rmh ina"
"Siapa?"
"Adik student abg"
"kenapa"
"Dia dah brhenti keja kat KL nk jumpa abgnya tp abgnya dah balik Indonesia, skrangkan student tgh bercuti, budak p'puan x kan nk biarkan sndirian lepak kat stesen bus"
"aaaaaaaaaaa ok." aku kembali menyambung mimpi yg tergendala

Kebetulan bilik belakang rumah aku masih kosong, belum berpenghuni kecuali cicak, lipas & nyamuk. Hampir pkul 1.30 mereka tiba, gadis kecil itu diperkenalkn sbgai ANN. Aku x dpt melelapkn mata sehingga dinihari memikirkn kemana nk kutumpangkn dia bila kami keluar bekerja nanti sementara menunggu abgnya kembali mungkin seminggu lg.

Pkul 6.30 a.m. aku mengetuk telinga seorng kakak yg aku kenali disini. Ring, ring, ring......... Beliau mempunyai gerai mkn & aku rasa itulah tmpat yg sesuai utk aku tmptkan gadis kecil itu. Dia bersetuju membantu dan kebetulan pembantu kedainya telah berhenti, moga2 gadis kecil ini boleh membantu kerja di gerainya.

Aku menunggunya didpn gerainya sehingga pkl 9.15... aaaa kemana dia, aku kesuntukan masa, aku perlu ke pejabat dan menghadiri mesyuarat pd pukul 10.00. Uhhhh....... lantas aku mengambil keputusan utk balik ke rmh dan tingglkan gadis kecil yg baru ku kenali kurang drpd 6 jam di rmh sahaja dengan penuh kecurigaan, dengan doa, dengan tawakal.

Dengan nama tuhan aku berdoa, moga gadis kecil yg baru ku kenali ini menghargai apa yg aku lakukkan, tidak menganiyai aku dan niat ku....

berdoalah.......

Saturday, November 10, 2007

Bergembira secara MURAH dan PERCUMA

SUMBER : Berita Harian

INGIN bergembira namun wang dalam saku tidak begitu mengizinkan anda berbuat demikian? Situasi seperti ini sering membuatkan kebanyakan kita buntu dan akhirnya mengambil jalan mudah dengan tidur atau menonton televisyen saja sepanjang hari. Kebanyakan perkara, khususnya yang berbentuk hiburan kini sebahagian besarnya menuntut penggunaan wang. Usah gusar. Masih ada aktiviti yang boleh anda lakukan tanpa perlu mengeluarkan belanja besar. Lebih menarik, ia mungkin percuma. Aktiviti menggembirakan yang belanjanya minimum atau percuma saja.
  1. Bersiar-siar di kompleks beli-belah Walaupun tidak membeli apa-apa, sekurang-kurangnya anda dapat 'mencuci mata' melihat-lihat barangan yang diminati atau diidam-idamkan selama ini. Sambil bersiar-siar melihat barangan, anda juga dapat meninjau kalau-kalau ada barangan yang berkenan di hati dan boleh merancang untuk memilikinya bila sudah mempunyai dana atau pada karnival beli-belah nanti. (aku suka ini tp Kangar mana ada shopping Kompleks.. ada 1 aja)
  2. Selain aktiviti 'window shopping' ini, anda juga boleh menonton acara hiburan yang kadangkala diadakan kompleks membeli-belah untuk menghiburkan pengunjung.
  3. Bersembang dengan teman, keluarga atau saudara-mara terutamanya yang sudah lama tidak berjumpa. Waktu membosankan seperti ini, ada baiknya jika anda menghubungi keluarga atau teman dan berbual dengan mereka. Mungkin banyak cerita baru yang ingin mereka kongsi atau mahu anda luahkan kepada mereka. Selain mengeratkan lagi perhubungan, setidak-tidaknya terisi juga waktu lapang anda itu. Untuk berhubung, tidak semestinya anda perlu menggunakan talian telefon yang pastinya menelan belanja. Anda boleh menggunakan kemudahan Internet untuk chat, e-mel atau telefon menerusi Internet jika orang yang ingin dihubungi mempunyai akses serupa.
  4. Membaca di perpustakaan atau kedai buku : Terdapat banyak bahan bacaan sama ada buku atau majalah yang boleh anda belek di kedai buku atau perpustakaan. Anda boleh memilih bahan bacaan mengikut mood anda, sama ada novel, biografi, majalah santai atau jika ingin menambah pengetahuan, pilihlah bahan bacaan yang berilmiah namun tidak begitu 'sarat' dan tidak menuntut anda untuk berfikir terlalu mendalam.
  5. Bersiar-siar di taman rekreasi. Cara ini memberi anda peluang merehatkan minda dengan menikmati kehijauan semula jadi di taman rekreasi. Ajaklah beberapa teman yang boleh berbual bersama-sama sambil berjalan-jalan di situ. Nyata, ia bukan saja dapat merehatkan fikiran, pada masa yang sama juga dapat mengeluarkan peluh dan menyihatkan tubuh badan. Jika tidak pun, anda dan teman boleh duduk berborak saja di bangku menghadap ketenangan pemandangan tasik di taman rekreasi berkenaan.
  6. Mengunjungi pameran di muzium Ada muzium yang tidak mengenakan bayaran kepada pengunjung. Jika ada bayaran masuk pun, kadar bayarannya adalah rendah. Tidak semua pameran di muzium bercirikan bahan bersejarah kerana ada juga yang menganjurkan pameran berkonsep kontemporari yang menarik dan menyalurkan maklumat pada masa sama.
  7. Bersiar-siar dengan memandu kereta Dengan baki minyak dalam tangki kereta yang ada (jika hendak memandu jauh, boleh ditambah), pandulah kenderaan anda ke kawasan yang suasananya mendamaikan dengan rimbunan pepohon hijau sambil memasang alunan muzik yang menyejukkan halwa telinga. Pastikan juga kawasan yang ingin anda lalui itu bukan kawasan trafik yang sibuk. (Ini yang aku selalu buat)
  8. Nikmati pemandangan bandar dari tempat tinggi Di Kuala Lumpur misalnya, ada beberapa kawasan bukit dijadikan kawasan tumpuan warga kota yang ingin menikmati pemandangan luas Kuala Lumpur. Lebih menarik lagi jika ada datang pada waktu malam kerana panoramanya ibarat lautan lampu yang terbentang luas. Bawa juga sedikit makanan ringan yang boleh mengalas perut apabila lapar. (jd burung hantu)
  9. Tayangan filem percuma Sesetengah panggung wayang kerap menganjurkan tayangan filem luar negara secara percuma yang selalunya berlangsung kira-kira seminggu. Jangan lepaskan peluang sebegini kerana inilah masanya anda menikmati hiburan percuma menonton filem berkualiti dari luar negara. Kalau perlu mengeluarkan belanja pun, mungkin untuk makanan ringan yang ingin dinikmati dalam panggung.
  10. Tonton VCD atau DVD Jika anda ingin menonton filem namun keberatan untuk keluar rumah, beratur mendapatkan tiket, apa lagi mengeluarkan sejumlah wang bagi tujuan berkenaan, ada alternatif untuk anda. Apa kata anda tonton saja VCD atau DVD filem yang sudah lama tersimpan dalam koleksi anda? Anda boleh juga meminjamnya daripada rakan atau menonton di komputer selepas memuat turunnya dari Internet.
  11. Jamuan 'pot luck' Jemput beberapa teman ke jamuan kecil-kecilan di rumah anda. Makanannya? Anda sediakan beberapa hidangan mudah dan minta juga mereka bawa makanan yang mereka sediakan sendiri.
  12. Masak hidangan ringkas Jika tidak mahu mengajak teman ke rumah, anda boleh juga mengasah bakat memasak anda dengan menyediakan hidangan ringkas yang memerlukan bahan sedia ada dalam kabinet atau peti sejuk di dapur rumah anda. Jangan kecewa andainya masakan anda tidak menjadi. Sekurang-kurangnya anda tahu apa kelemahan anda dalam bab memasak ini. Kalau masakan itu menjadi dan lazat, anda pasti kenyang dan matlamat untuk gembira sudah tercapai bukan?
  13. Menghias rumah atau laman Tidak perlu kerja mengemas yang berat. Cukup dengan mengubah serba-sedikit susun atur perabot di ruang tamu, kamar tidur atau laman di depan rumah anda. Gubahan bunga juga suatu idea yang baik. Suasana baru kediaman anda itu pasti membangkitkan mood segar dan menggembirakan.
  14. Lokasi memori Kunjungi semula kawasan yang dapat mengingatkan anda kepada memori silam yang indah seperti kawasan rumah anda yang lama, sekolah lama atau tempat permainan ketika zaman kanak-kanak dulu. Selain dapat meninjau perubahan yang ada, setidak-tidaknya memori ini tidak luput dari ingatan anda. (uhhhhh tangkap syahdu... luka lama berdarah kembali)
  15. Gambar kreatif Jika anda mempunyai perisian menyunting gambar dalam komputer, serlahkan bakat kreatif anda ke atas koleksi foto yang sudah diimbas, sama ada merubah warna, latar belakang atau membuat sedikit nukilan kata-kata ke atasnya.
  16. Kunjungi pusat penjagaan haiwan Pencinta haiwan tentunya sukakan aktiviti ini. Kebanyakan pusat penjagaan haiwan sememangnya mengalu-alukan kedatangan anda untuk membantu mereka menguruskan dan 'melayan' haiwan peliharaan yang ada di tempat mereka. Beri makan, mandikan atau bermain dengan haiwan comel ini pastinya membuatkan anda lupa sejenak masalah yang bersarang di fikiran.
Happy Week End...............
aku keja la.... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Friday, November 9, 2007

Uhhhhhhhhhhhhhhhhhh

ingat nak sambung cuti sampai Senayan tp terpaksa dgn rela kembali bertugas sbb ada masalah problem kat site. Nasib baik aku msh di orbit yg sama,msh berpijak di bumi nyata, masih boleh dihubungi...

Memandu dr Sungai Petani utk kembali ke Kangar aku terpaksa melalui 4 'Road Block'...apasal byk sangat a? Ada banduan bolos lagi ker atau bank kena rompak. Selalu tak pun.... aku jarang ikut hway sekiranya perjln tidak terikat dgn masa... ikut jalan bwh relex.... Hari ini dlm sejarah aku adalah pemandu berhemah dan berhidmat 60, 70, 80, 90...... then singgah kat Gurun jap beli benda alah nie... my favourite...( hihihi sbb tu aku tak ikut hway). Sambil memandu sambil mengunyah...
p/s... Senayan tu Isnin... loghat apa aku tak tahu tp selalu gak disebut2 oleh mak aku

Thursday, November 8, 2007

Cuti2...

Hey Hey Hey Cuti la.....................

Jumpa hari Isnin yer................

Wednesday, November 7, 2007

Tuesday, November 6, 2007

Hati2...

Hari nie x dak mood nk buka meja untuk mesyuarat TINGKAP cuma nk paste gambar nie yg memberi seribu makna, baca pelan2 dan slow2 kemudian baca laju2 dan kuat2....

sooooo BERHATI2 di mana saja anda berada & sentiasa ingat dan sebut nama TUHAN selalu!

Monday, November 5, 2007

Open House Teratak Santai

inilah kali pertama aku menyertai aktiviti Teratak Santai... Best gak... boleh join lagi.. ada sesiapa nak sponsor tiket? Hihihi.... Harap maklum pic2 yg dipaparkan di sini dicopy & paste tanpa izin dgn rela dr blog mysis kujie



Lagi gambar2 & posing maut manusia yang menyertai Open House Teratak Santai : di sini

i miss u!

Jentayu selamat mendarat di TJD, Kangar, Perlis Indera Kayangan tepat waktu Malaysia 10.30 malam 4h November 2007. Alhamdulillah selamat semuanya... pengembaraan yg agak memenatkan dan menggembirakan.... KENAPA? hihihi...

Tengok nie..... Jentayu menang hadiah Lucky Draw... (kat mana?) pastu ada DUIT RAYA pula tu... byk u...

ada pesanan pulak tu.... NAK LAGI??????????
~KAMI BUKAN ALONG KAMI CUMA NAK TOLONG......

walau dapat duit raya banyak pun... I miss my BANTAL BUCUK la.................

Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa my office table setelah seminggu di tinggalkan.......