Saturday, May 30, 2009

BerHALIMUNAN seketika



BERHALIMUNAN SEKETIKA !

Friday, May 29, 2009

Suatu Malam Di Pasar Malam

Apa yg menarik di PASAR MALAM?
pembeli yg ramai serta penjual yg menjual mcm2...

mlm kemarin aku g pasar malam kat Stadium Kangar, niat di hati nak cari makan serta intai2 tudung. Fuhhhhhh... mcm2 ada dr yg batu berkilo2 hingga lah tudung isteri penyanyi tersohor skrang... paten lak berjenis2... ada yg leh pusing2, leh tarik renda.. kilat berkilau, manik berlabuci... uhhhhh sangat cantik menarik.. tertarik... harga lak berbelas2 & berpuluh2...

debum... terxciden langgar org la pulak...
pilih punya pilih yg nie gak aku berkenan... murah RM5.00 sahaja....

tetap cantik & anggun dipakai kan!
(abaikan model tua yg dah senja tu....)

Thursday, May 28, 2009

NOKIA tu apa?

Ap yg anda tahu mengenai NOKIA? HP Nokia? Sy tertarik utk buat en3 nie bila tgk Budak Terbang terbang ke Findland semlm.

NOKIA adalah sebuah bandar di Selatan Findland yg bergantung pada hasil hutan ( Wikipedia). NOKIA CORP asalnya syarikat yg menjalankan perusahaan membuat kertas pulpa oleh Fredrik Idestam tahun 1865 dan merupakan pengeluar kertas terkemuka di Eropah. Bantahan terhadap penebangan hutan, isu2 alam sekitar serta ramalan terhadap kemelesatan industri kertas menyebabkan mereka beralih arah kepada industri telekomunikasi celular. Tahun 1967 Finish Cable Works Ltd (sebuah syrikat pengeluar kebael telefon & telegraf) telah bergabung dengan Rubber Work Ltd lalu membentuk NOKIA CORPORATION seterusnya menubuhkan seksyen elektronik.

Selama 15 tahun Nokia membangunkan R&D nya dgn percubaaan membeli Syarikat Telekomunikasi Jerman, SEL tetapi gagal. Tetapi pd awal 1981, Nokia berhasil melancarkan produk bernama Nordic Mobile Telephony (NMT) yg merupakan jaringan selular multinasional pertama di dunia dan mendapat sambutan yang luar biasa di seluruh dunia.

Pada awal 1990-an Nokia memutuskan untuk memfokuskan pada telefon selular dan jaringan telefon. Hasilnya, telefon GSM pertama kali di dunia muncul di Finland pd tahun 1991. Pasaran telefon seluluar berkembang dengan cepat pada pertengahan 1990-an dan Nokia menjadi pengeluar nombor satu dunia dan sehingga kini meliputi lebih drpd 130 negara.

Sekarang siapa tak kenal NOKIA...

selidik sejarah NOKIA disini !

wlau apapun NOKIA masih gagal di Asia Timur... kenapa?


Hadiah Dr Dubai

Yeha.... seronok, seronok...
sila jgn jealous...



hadiah nie dr Yatie...
terima kasih Yatie yg sekarang sedang bercoti di tanahair & akan menyambut ulangtahun kelahirannya 31 May ini.... HAPPT BIRTHDAY YATIE!

Wednesday, May 27, 2009

Sungai Tupah Yg Tertumpah

ketika berbual dgn seorng sahabat... dia bertanya
"kau x nak blk SP lg ker, " "errrrrrrkkk nanti la: tua2 nanti balik la kot"

aku lebih berminat tinggal di pinggir bandar yg aman, damai & tenang. Mungkinkah Merbuk menjadi pilihan ku sbb bapa ku mempunyai sebidang tanah pusaka di Kg Sungai Tupah, berhampiran Sungai Tupah Recreation Park , salah satu sungai rekreasi yg fofulur di Kedah jgk fofulur dgn adegan panas student suatu ketika dulu. (Terkejut bapa aku klu aku nk blk dok tanah tumpah darahnya ini; bapa ckp dulu sg nie byk ikan tmpat dia berkubang & menjala, memukat ikan tp skrang ikan pun takut nak berenang... takut xciden dgn manusia kot)

apa kata klu aku buat rumah kat situ & buat 1 view point utk skodeng adegan2 khas di sungai tu!

hahaha...... gelak jahat


sedikit info Sungai Tupah

Terletak di hutan Simpan Gunung Jerai kira-kira 14 km dari Pekan Bedong atau 54 km dari Alor Setar. Taman rekreasi ini boleh dihubungi melalui jalan raya dari Pekan Bedong. Jenis hutan yang terdapat di kawasan ini ialah hutan hipterokarpa Pamah dengan ketinggian 100 hingga 200 meter dari aras laut.

Terdapat beberapa ciri istimewa iaitu Sungai Tupah yang mengalir dari puncak Gunung Jerai sepanjang 2 km sesuai untuk aktiviti bermandi manda, berkelah, beristirehat dan aktiviti berkeluarga. Pelbagai flora dan fauna dari hutan Dipterokarpa Pamah boleh ditemui di kawasan ini serta batu kelikir berbentuk bulat dijumpai di dalam sungai dengan banyaknya. Dalam perjalanan menuju ke hutan lipur ini, pengunjung akan menikmati keindahan dusun buah-buahan dan kebun sayur-sayuran, selain itu, terdapat denai hutan sepanjang 10 km menuju ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang.


Tuesday, May 26, 2009

Sila Sediakan Secawan ANTIOKSIDA

Semlm kembara ku terhenti....
kerana ini....
sangat sedih ooooo..

hari ini aku akan datang menjenguk kalian lagi
sila sediakan secawan kopi

ANTIOKSIDA!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Salah satu hasil kajian yang dijalankan sejak lima tahun lalu mendedahkan pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang melindungi seseorang daripada penuaan yang menjadi satu lagi nilai tambah kelebihan kopi.

Faktor tersebut didorong oleh beberapa perkara terutamanya kandungan kafein di dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian ini. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi, contohnya mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg.

Menurut penyelidik nutrisi, Michael Leitzmann, hasil kajian mendapati kumpulan responden yang mengambil minuman kopi secara teratur dalam tempoh kajian selama lima tahun mendapati kurang 80 peratus risiko daripada mereka diserang parkinson.

Selain itu, hasil kajian gabungan dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan menjadi antioksida mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.

Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan, antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ¡®tentera¡¯ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas.

Manusia terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang disedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik. Antioksida membantu mengurangkan kemungkinan serangan kanser, jantung dan strok, katanya. Atas manfaat itu, Dr. Vinson mencadangkan kepada orang ramai agar menikmati secawan kopi sehari.

Secawan sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung, katanya yang turut mengakui terdapat kajian yang menyatakan kopi baik untuk kesuburan lelaki, selain menggalakkan sperma berenang lebih aktif.

Namun, katanya, dalam beberapa penelitian, kopi tidak digalakkan diambil oleh kalangan wanita mengandung dalam kuantiti yang besar.
  • Hospital Christchurch, New Zealand, menyatakan wanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap melahirkan bayi yang sukar bernafas ketika dilahirkan.
  • Manakala, kajian dari Institut Karolinska, Sweden, menyatakan wanita yang mengambil 100 mg kafein sehari mudah berisiko mengalami keguguran, kata Vinson
KITA MINUM DULU!

Monday, May 25, 2009

Sajak Sahabat

Rahimin kata sapa tak baca sajak dia kat Mingguan Malaysia semalam; malas kawan...

so aku tempek sajak itu kat sini...
bila terbaca & ternampak nama nie rasa mcm kenai
tp lupa- lupa ingat... last2 hari nie tertempek kat blog dia... sah...

mingguan Malaysia : 24/05/2009

...>> kita kawan ya...

Saturday, May 23, 2009

Mak Demam Anak Sempot

dulu aku pernah cerita pasal TENGGILING yg sedang beroperasi di tapak projek dlm edisi Jacking Best Practice sekarang aku nak sambung cerita tu lg.. sila jangan boring sbb aku tak tahu nak buat en3 pasal apa dah..
ini adalah satu2 jacking machine yg ada di Malaysia & sekarang sedang beroperasi di sini tp minggu lepas ibu tenggiling nie demam, mata gerudinya patah dan beberapa masalah teknikal lain. Mesin ini sepatutnya mengerudi sebanyak 9m sehari tetapi sekarang terpaksa direhatkn utk dibaikpulih. Kerja-kerja masih berbaki sebanyak 350m dan perlu disiapkan penghujung bulan Jun ini. Meh buat simple matematik 350m dibahagi 9m jumlahnya 38.8 hari... ; agak mustahil kerja ini dpat disiapkn mengikut jadual kan.
ini adalah mata tenggiling yg sedang demam, 'Diamond Rock Cutter Head' size 1050mm diguna utk menggerudi kwsan batu.
Ini adalah kerja2 memecah batu menggunakan Pneumatic Hacker & Drill di Jacking Pit . Ada jgk kaedah lain yg boleh diguna utk memecah batu spt Control Rock Blasting & Chemical Blasting ttp kaedah ini tdk sesuai di sini kerana berhampiran tmpat awam dan kandungan air dlm tanah yg tinggi.

Ini pulak anak2 tenggiling yg masih beroperasi bg size yg lebih kecik tp selalu sempuk2 bila terkena batu.

Projek msh berbaki 6 bulan lg tp aku telah ada sebuah buku setebal 250 mukasurat yg hampir penuh dgn 'Lesson To Learn' utk dibawa balik............

nggggrrrrrrkkk ngantuk nak balik tido.. Biarkan Tenggiling Menggerudi!

Friday, May 22, 2009

Juara Juara Johan


Kris menang
walaupun Adam menyengat...

hehehe American Idol la!

Thursday, May 21, 2009

Akta 333 & Mykad.. apa isinya?

Semlm ketika memandu blk ke Kangar ada sekatan jalanraya kat Highway Changloon. Sebagai pemandu berhemah kena la bagi kerjasama... itu tertakluk di dlm Akta 333 Perkara 55 ; Kewajipan memberhentikn kenderaan apabila diminta. Yg tertulis kat Akta nie adalah pegawai yg berpakaian seragam - sila ambik perhatian yer! klu ditahan oleh yg x berpakaian seragam anda boleh blahhhhhhhhh tp pakaian seragam kat kedai bundle pn byk kan.
dia minta lesen memandu aku... kasi la MYkad aku
"cik, lesen memandu dlm nie ker?" ehhhhh dia panggil aku cik... sila jgn jeles!
Akta 333 Perkara 58 ; adalah menjadi kewajipan pemandu mengemukakan lesen memandu ketika diminta. So kena bagi kerjasama... klu x jd kesalahan..
"cik boleh ketepi dulu, kita nk buat semakan" bila aku ke tepi semua org memerhatikn aku, seolah2 aku telah buat salah & menunggu masa utk sign autograf... aku buat selamba aje.. duduk diam2 dlm keta sambil memerhati mereka kat cermin.

hampir 10 minit aku tunggu utk mereka membuat semakan Mykad aku... geram tu ada la tp coooooooool. Susah sgt ker nak buat semakn tu? Aku x pasti besar mana MyKad reader tu tp yg aku tahu klu nak tgk isi kandungan Mykad kita tu slot aja kat asto decoder ... keluar la isi kandungan Mykad kita. Balik rumh nanti cuba yer...

Sesuatu yg menarik apabila aku meneliti Akta 333 Akta Pengangkutan Jalan 1957 nie ialah Perkara 52 ; Kewajipan Berhenti Jika Berlaku Kemalangan. Tgk la apa yg terkandung dlm akta tu..
errrrkkkk CkLah bagus x investigation nie! A+++?


Wednesday, May 20, 2009

Jagung Manis 4 RM2.00

aku beli jagung manis...

4 RM2.00 murah ??????

tpi x leh makan lagi

kena tunggu 3 bulan

sbb aku beli yg ini ... bukan yg itu...
cehhhh bungkusan punya la besar tp ada 4 biji aje...


Tuesday, May 19, 2009

Sila Jgn Gadai Nyawa Anda Sbb Tak Laku Di Pajak Gadai

BAHAYA!
ini pun BAHAYA
(oppssss ini bukan site aku yer!)
Ini lagi BAHAYA

errrkkkkkkkk

Monday, May 18, 2009

apa ada pada nama?

coti... tp kat opis nie... maknanya keja....
hari nie seorng sahabat di alam maya nie akan menamatkan zaman bujangnya
blogger perlis tp tak pernh berjumpa, mgkin sbb berlainan jantina (segan)
tahniah Azam & Izan... nama yg cantik & sepadan
ingat nk g jugak berkenal rupa tp tak berteman.. 'my dear ' bz dgn MASUM

sebut pasal nama nie aku teringat kisah bos aku
nama dia panjang 15 huruf 3 perkataan
pastu klu ditambah IR & HAJI lg la panjang
tu belum lg Prof Madya Dr. Ir. Hj ........... (nasib baik dia bkn org akademik)
masaalahnya bila nak isi borang apa2 selalu tak cukup ruang
sbb tu anak2nya diberikn nama yg ringkas 5 huruf aja
& nama timangan yg tak boleh disingkat-singkatkan.

apa pentingnya nama?
klu tak ada nama nak panggil apa
hey, ho, hey....
tak sopan kan..

so anak2 kita
pilihlah nama yg sesuai & mempunyai maksud yg baik!

Saturday, May 16, 2009

Keputraan Raja Perlis ke 66

Hari Keputraan Raja Perlis akan diganti pd hari Isnin... Yehaaa... walaupun aku x ada dlm senarai penerima darjah@pingat aku tetap menyambutnya sbb hari coti.

DAULAT TUANKU!

Thursday, May 14, 2009

Berblogging Face To Face

tengok aku dah tempek cam aku kat atas nie... marilah menjenguk dan berblogging sambil menatap wajah ku yg tulus mulus penuh jerawat batu ini...... maaf kalu ada hantu melintas... mcm mana nak tempek... ikut cara nie... (en3 kitar semula....)
  • Mula g web site nie... biasa a kena la register dulu
  • lepas register verification code akan dihantar ke alamat email
  • buka email & linkkkn code tu...
  • pastu download webcam plus kat sini atau situ
  • pastu g kat page promotion pilih la mana2 icon yg berkenan
  • copy HTML code kat bawah tu& tempek la kat blog korang...
bagi membolehkan blogger lain menatap wajah anda yg tulus mulus itu.. webcamplus perlu dihidupkan..

sekian terima kasih.
errrrr SELAMAT HARI GURU cikgu!

Esok Milik Kita?

Pernahkah kita terfikir
apa akan jadi pada kita
hari ini, esok, lusa...




apapun terjadi dunia adalah milik kita!

Wednesday, May 13, 2009

Lidah Paling Mahal


Pelicia perlu merasa sehingga 5,000 jenis kopi bagi tujuan pengkelasan.

LANGKAH mengambil insurans sememangnya satu keperluan sebagai jaminan apabila berlakunya kecelakaan dalam sekelip mata. Tidak hairanlah jika ada yang sanggup mengambil lebih daripada satu polisi insurans bagi memaksimumkan pampasan.
Namun, tahukah anda mengenai tindakan segelintir insan yang sanggup melaburkan sejumlah wang besar semata-mata untuk mengambil insurans bukan bagi nyawa atau harta benda sebaliknya bagi bahagian tertentu tubuh?

Inilah yang dilakukan rangkaian restoran Costa Coffee di London yang sanggup memperuntukkan sehingga £10 juta (RM50 juta) untuk melindungi lidah pekerja yang bertugas sebagai ‘pakar rasa kopi’.

Individu yang dimaksudkan ialah Gennaro Pellicia. Tindakan majikannya bukanlah mencari populariti atau mencipta sejarah, sebaliknya menjadi cara penting bagi memastikan lidah pemuda itu sentiasa dalam keadaan baik untuk membolehkan ia mampu membezakan ratusan jenis kopi yang dijual.

Pelliccia bertanggungjawab di atas rasa 108 juta cawan kopi Costa Coffee yang dijual di Britain setiap tahun.
Polisinya dengan firma insurans Lloyd’s of London menjadikan lidahnya dua kali lebih berharga dari senyuman bintang Ugly Betty, America Ferrera dan satu persepuluh satu peratus daripada keseluruhan tubuh pemain bola sepak terkenal, David Beckham.
Pelliccia, 34, yang perlu merasa beratus-ratus biji kopi kisar di rangkaian restoran itu di Lambeth, selatan London, juga perlu melakukan pengorbanan berikutan tuntutan kerja uniknya itu. Ini termasuk menjauhi makanan terlalu panas kerana berisiko melecurkan lidahnya.
Beliau juga dilarang menikmati kari dalam masa dua hari sebelum musim merasa kerana dibimbangi rempah ratus itu boleh menjejaskan sensitivitinya.

Dengan 5,000 jenis kopi perlu dirasa dan dikelaskan oleh Pelliccia setiap tahun, pegawai atasan Costa memutuskan lidah pemuda itu berbaloi untuk setiap sen yang dikeluarkan.

“Pengalaman selama 18 tahun membolehkan saya membezakan antara beribu perisa. Lidah juga membolehkan saya membezakan sebarang kecacatan, yang membenarkan saya melindungi dan menjamin campuran Mocha Italia unik Costa,” kata Pellicia.

Walaupun mempunyai sepasukan ‘tukang rasa’ yang bekerja untuknya, Pelliccia, secara peribadi merasa setiap kumpulan biji kopi mentah yang melalui pemanggang di restoran itu.

Costa juga yakin lidah milik Pelliccia yang bertanggungjawab di atas rekod kejayaan dalam ujian merasa jenama baru-baru ini. Pengarah Urusan Costa Coffee, John Derkach, berkata Pelliccia adalah ‘elemen penting’ dalam perniagaan syarikat itu.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
meh sini aku nak suruh dia rasa budu & tempoyak lak...
setahu aku lidah pancaindera paling tajam & berbisa

Hakikatnya, Pelliccia bukan berseorangan dalam situasi yang bagi kebanyakan orang lain tidak masuk akal, tetapi sekadar menambah senarai panjang golongan selebriti dan bukan selebriti yang berlumba-lumba mengambil insurans bagi melindungi aset tubuh masing-masing.
Beliau masih kalah dibandingkan dengan jumlah insurans keseluruhan tubuh Beckham, yang dilaporkan £40 juta (RM200 juta), dipercayai polisi insurans paling tinggi bagi set bahagian tubuh walaupun cuma kakinya yang banyak membantu bekas kapten England itu mengumpul kekayaan.

Lebih melucukan ialah tindakan penari bogel lelaki Britain, Frankie Jakeman, yang mengambil polisi bernilai £1.2 juta (RM6 juta) untuk kemaluannya pada tahun 1987.

Di kalangan selebriti Barat, mempertaruhkan sejumlah wang besar untuk melindungi bahagian tertentu tubuh mereka bukan lagi asing apatah lagi bahagian itu menjadi sumber pendapatan mereka yang mencecah puluhan, ratusan atau ribuan juta dolar.

Penyanyi dan pelakon berketurunan Latin, Jennifer Lopez, baru-baru ini dilaporkan mengambil polisi sehingga AS$1 bilion (RM3.6 bilion) untuk payu dara, kaki, belakang, rambut dan berat badannya. Walaupun ia disangkal oleh bintang ‘Maid in Manhattan’ itu, ia sekali gus menjadi bukti betapa selebriti sanggup berhabisan melindungi aset mereka walaupun bagi kebanyakan orang, ia mungkin kerja gila.

Nyata JLo itu bukan berseorangan dalam mengambil insurans untuk melindungi asetnya walaupun mungkin tidak mencecah berbilion dolar kerana menyertainya ialah senarai panjang selebriti dan tokoh lain yang bertindak luar jangkaan demi melindungi kepentingan masing-masing.

Nama besar lain dalam dunia selebriti Barat yang tidak teragak-agak melabur sejumlah wang untuk pulangan lebih lumayan jika kecelakaan menimpa ialah pemain gitar kumpulan Rolling Stones, Keith Richards yang mengambil insurans bernilai £1.5 juta (RM7.6 juta) untuk tangannya manakala penyanyi Dolly Parton melabur £350,000 (RM1.7 juta) iaitu lebih £8,000 (RM40,000) setiap inci payu daranya.

Tindakan mereka mungkin kelihatan tidak masuk akal kerana tiada guna menentang hukum alam yang jelas membuktikan muda pasti bertemu tua, tegang akan mengendur dan gagah beransur lemah. Namun apabila bertuhankan wang dan kemewahan, apa saja akan dilakukan demi memastikan kehilangan mereka dari pentas kemasyhuran tidak menjejaskan gaya hidup yang dijalani selama ini.

sumber : Berita Harian

Hello Apa Khabar.

sorry yer.. belum hapdet lagi
baru masuk opis.. setelah 4 hari bercoti...
manyak bz
tak dak idea nak wat en3 lagi...
tak g mana2 la cuma x sihat aje

errrrr... apa khabar semua?
jangan lupa senyum...

apa kata hari ini kena belajar sejarah...
mengenang sejarah
sejarah yg tak mungkin berubah.

Monday, May 11, 2009

Nak Adiah Tak?


aktiviti aku sekarang...
snap guna mata kristal & malas nak edit
keBZan membalut adiah.

cikgu2 di alam maya nie yg nak adiah sila angkat tangan
dan jawapan soklan nie dulu...
(mana aci murid2 aja yg asyik kena jwb soklan)

Bilakah Hari Guru?

Ya betul..... sila beri alamat email anda utk pengiriman hadiah.

Terima Kasih.

Sunday, May 10, 2009

Hari ini Bukan Warisan Nenek Moyang tp Pinjaman Anak Cucu

Sabtu kemarin ingat nak p merasmikn Pesta Mempelam Harum Manis kat Ladang Bukit Bintang tu, tp anak dara telepon demam katanya. Rancangannya minggu depan baru nak balik..... tp hati nie dok dup dap dup dap.. makan tak lena, tidur tak kenyang, gundah, gelisah bila dengar khabar mcm tu... last pkul 10.30 aku start keta terus balik... nie la hati seorng ibu..
Terima kasih pada semua yang men'wish'kan aku
'SELAMAT HARI IBU'
award dr nekPP ... errrk apsal ibu2, mak2 tak leh dipisahkn dr pinggan mangkuk?award dr Naz Ilynn, suka2... sbb merah...

pastu nak tempek award dr Pujangga Asmara nie , toce, toce... tp ada syarat lak tu...

The Rules :
1-Copy Award Diatas Untuk Diletakkan Di Blog Anda..

* Sudah Settle..

2-Nyatakan 5 Fakta Menarik Tentang Si Pemberi Award Ini.. Devoted Lily
* Bujang yg suka drive
* Anak Teruna suka merapu
* Lelaki yang suka tido
* Ensem tak merokok
* Dah keja suka makan

3-Setiap Blogger Mestilah Menyatakan 10 Fakta Atau Hobi Diri Sendiri Sebelum Memilih Penerima Award Seterusnya.
* ada kat profile tu.... g tengok

4-Anda Perlu Memilih 10 Penerima Award Seterusnya Dan Describe Tentang Mereka..
* Semua Orang Amek Larh Senang.. Hehehe..

............. lupa nak publish semlm....

Friday, May 8, 2009

Kenapa Macam tu?

Aku sakit gigi... sakit, sakit, sakit
Gigi aku sakit... sakit, sakit, sakit...


ketika mak aku asyik menggosok giginya yang putih melepak,
cantik & tersusun rapi itu
anak dara aku bertanya

"ma, apasal adik tak leh gosok gigi macam tu"

mcm mana mak aku gosok gigi sampai anak dara aku teruja yer...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

3 Jejaka Mengoda & 6 Anak Dara Jelita

Adam Lamber, 26 , Los Angeles.Kris Allen , 23, Conway

Danny Gokey, 28, Wilwakee

siapa mereka ... tentulah top 3 American Idol
aku suka Kris.... senyuman dia mengoda. Persembahan dia power.. semlm dia nyanyi sambil main gitar, rock yg malatop.

===================================================================
Semlm anak2 dara dr Kolej Muamalat UUM datang bertandang, 6 org dlm sebuah kereta, tergelak aku, nasib baik kecik2 aje, mereka dlm xpedisi merayap & meronda selepas peperiksaan malah cuti semester telah bermula masing2 akan pulang ke kampung halaman. Pok pek pok pek sehingga dinihari last2 semua terlena di depan tb.

Rumah ku sentiasa dikunjungi tetamu malah rumah aku jgk akan jadi gudang/store menyimpan & menumpang barang2 mereka sementara menunggu semester seterusnya. Tak pa nanti aku hantar inbois. ngeh 3x

Wednesday, May 6, 2009

Pengaruh Siti atau Siti Terpengaruh

Fazemy pemilik Hidup Ini Indah cerita pasai Pengaruh Siti...
sebenarnya aku pun tak pasti siapa yg ikut siapa....
siapa yg tiru siapa
ayam dulu ker, telur dulu....

tengok nie...


Bila nak tumbuh?

Ketika aku memandu melalui sebuah kuari batu di Bukit Perak, Pendang, Kedah, anak dara aku pernah bertanya...

"ma, kalau abis gunung nie nanti bila pula dia nak tumbuh"

pic dr google

Teknologi & kemajuan memusnahkan alam,
tapi pembangunan dan perubahan diperlukan!
aku adalah diantara pembinanya yang kadangkala terpaksa memilih
antara alam & kehidupan.

Tuesday, May 5, 2009

Pesta Mempelam Harum Manis 2009

Pesta Mempelam Harum Manis Perlis akan diadakan pada
9hb - 10hb Mei 2009 ini bertempat di Ladang Bukit Bintang, Sungai Batu Pahat, Perlis.
marilah meramaikan majlis.... ngeh3x
pinjam pic dr blog Siti

ada gerai yg menjual pulut mempelam kat situ... nyum,nyum...
layan la pic nie yg dicilok dr blog babybatrieyia,
ada yg terliur ker! sorry......
nak tahu pasal mempelam nie godek2 la blog mereka :
Catatan Siti Sana Sini
A place Where I Call Home : Babybatriesyla

Menghitung Hari

apasal aku menghitung hari a...
tengok nie....
ini kalender kuda..ini kalender bagi bulan May
Bukan sabun mandi May
yg bertanda tu biru tu maknanya COTI... COTI BERDERET...

9hb : Sabtu Hari Wesak
10hb : Ahad Hari Minggu

Minggu depan lak

16hb : Hari Sabtu
17hb : Ahad : Hari Minggu & Hari Keputraaan Raja Perlis
18hb : Cuti gantian

cuti, coti, cuti, coti, cuti, coti,cuti,coti,cuti,coti,cuti,coti


kemarin yahoo mail manyak sengal... tensen aku dibuatnya..
banyak harta karun aku kat mailbox tu
banyak xtvt & program aku tergendala kerana xleh download email...


Monday, May 4, 2009

Indahnya Hari Yang Berlalu

i'm back dr pulau yg indah, tenang & mendamaikan tu...
almaklum la time org keja kita bercoti memang tenang pun...
yg ada hanya penghuni pulau tu..
semlm otw blk Kangar sempat g dating lg
dgn IZA pemilik Bintang Comel tu..
yeha... hari bertemu blogger dtng lg..
errrkkkk serasi bersama..
sbb kami memang comel!
jangan jeles..


aya.......
manyak keleja la...
kat mukabumi atas tanah memang la tak ada keja tp
keja jacking gerudi dlm perut bumi berjln tak coti
kesian mesin tu ... mesti dia penat

ngeliat 44 kali pun tak dak mood lg nie..
.

Saturday, May 2, 2009

Sapa kata Air Laut Masim

LAUK ikan masim memang la masim, tapi LAUT tak semestinya masim

Tak percaya!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Di Utara Australia atau di sepanjang Great Barieer Reef terdapat LAUT yang mempunyai air tawar. Ini dikenali sebagai 'WONKEY HOLE'. Ketika berjalan di persisiran pantai anda akan terasa seperti terpijak pasir jerlus atau mendapan pasir, terdapat olakan air di situ, ini bermakna anda berada di atas wonkey hole, air itu adalah air tawar.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Laut Merah dan Teluk Parsi mempunyai jumlah kemasinan yang paling tinggi kira-kira 40 o/oo, Lautan Atlantik Utara juga mempunyai tahap kemasinan yang agak tinggi kira-kira 37.9 o/oo. Antara bahagian yang paling masin di Atlantik Utara adlaah lautan Sargasso yang terletak di Pulau Canary.

Kemasinan paling rendah hanya terdapat di lautan Antartik dan Artik. Lautan Baltik pula mempunyai tahap kemasinan kira-kira 5 hingga 15 o/oo. Manakala tahap kemasinan Laut Hitam pula adalah lebih kurang 20 o/oo. Tahap kemasinan perairan Miami, Florida akan berubah daripada 34.8 o/oo pada bulan Oktober dan meningkat ke 36.4 o/oo pada bulan Mei dan Jun. (Sumber : googlegroup)