Thursday, August 30, 2007

Pengumuman

Harap maklum.....
blog ini tidak akan dihapdet
beberapa hari kerana penulisnya
akan pergi membawa diri.................

Usah ditanya kemana aku
akan pergi membawa diri

memerdekakan diri............



Merdeka

MERDEKA
Bukan setakad untuk diingati
tetapi untuk dinikmati, dihargai

kemerdekaan
bukan sekadar jeritan semangat
tetapi hati,jiwa dan minda yang merdeka

Selamat Hari Kebangsaan
50 tahun yang gemilang!

Wednesday, August 29, 2007

LoVe




ada pada tiap insan..... jangan menafikan...

Tuesday, August 28, 2007

Daftar pemilih


SUDAH KAH ANDA MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH....
YANG CUKUP SYARAT AJE... YG TAK CUKUP SYARAT SABAQ2 SAT.... TAK LAMA LAGI BOLEH LA TU....

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENDAFTARAN PEMILIH ?
Pendaftaran Pemilih sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang, membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih. Di samping itu ia membolehkan Pemilih Berdaftar yang sudah bertukar alamat mendaftar di alamat baru. Pemilih juga digalakkan untuk menyemak nama mereka dalam Daftar Pemilih yang sudah disahkan.

KENAPA ANDA PERLU MENDAFTAR ?
Untuk mendapat hak anda mengundi dalam pilihan raya serta menggunakan hak anda sebagai seorang warganegara.

SIAPA YANG LAYAK MENJADI PEMILIH ?
Warganegara Malaysia;Sudah mencapai umur 21 tahun;Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; danTidak hilang kelayakan.
(tak cukup umur dok diam2)

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR ?
Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran;Bawa bersama Kad Pengenalan anda; Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang; danSimpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda.

DI MANA BOLEH MENDAFTAR ?
Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ATAU Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri ATAU Semua Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara; Unit bergerak Suruhanjaya;DAN Tempat-tempat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai Pusat Pendaftaran.
TEMPOH URUSAN PENDAFTARAN PEMILIH
Anda boleh mendaftar pada waktu pejabat di sepanjang tahun.

MAKLUMAT PENTING SEMASA MENGISI BORANG PENDAFTARAN (BORANG A)
1) Nama pemohon mestilah diisi seperti yang tercatat di dalam Kad Pengenalan. Sila gunakan HURUF BESAR.
2) Sila berikan maklumat lengkap mengenai Kad Pengenalan anda:
2.1) Nombor K/P baru anda (12 angka) 2.2) Nombor K/P lama anda (8 angka)
3) Jika pemohon tidak mempunyai nombor K/P lama, sila isi "TIADA" di dalam ruang yang disediakan.
4) Alamat pemohon mestilah di tempat penginapan di mana dia boleh dihubungi dengan surat (sila nyatakan nombor poskod).
5) Sila nyatakan dalam borang sama ada pendaftaran baru atau pendaftaran tukar alamat.
6) Sila pastikan anda menerima satu salinan borang pendaftaran sebagai bukti anda sudah mendaftar.
BAGAIMANA HENDAK MENYEMAK STATUS PENDAFTARAN ANDA ?
Seseorang pemilih berdaftar boleh menyemak status pendaftaran melalui cara-cara berikut:1) telefon Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya atau Pejabat Pilihan Raya Negeri dan berikan nama dan nombor K/P anda; 2) melalui internet di http://www.spr.gov.my/;
Melalui semakan itu, pemilih akan memperoleh maklumat-maklumat berikut:Nama: nombor K/P (baru dan lama; jika ada);Bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri, daerah mengundi dan lokaliti.
SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SECARA 'ON-LINE':
http://daftarj.spr.gov.my/

Undi itu rahsia.... jgn menafikanya....... hahaha......ehh aku dah daftar ke belum a?????????????????

Wednesday, August 22, 2007

PeSoNa

pagi2 lepas subuh sambil golek2 nak tunggu matahari naik sempat gak hantar sms brutal kat member umah yg masih membuta......

astro bill : i hav cancel visa paymnt,
next month pay by cash.
Pls make pymnt b4 6th of the month.
(eeemmmm brutal sangat ker a?)

pas tu intai2 bro'sr PERSONA tu.... emmm terpesona pulak.....



Boss gaji bila nak naik erk?
Bonus tahun nie berapa kilo a?

Tuesday, August 21, 2007

New ...



I just buy new laptop ACER ASPIRE 5583 wxmi dgn Intel Core Duo Processor last week, hahaha 2 3 bulan gak kumpul duit... ingat boleh la pok pek pok pek after opis hours last2 tersadai kat dalam beg, sesekali buka utk play media or dengar lagu aja.... sbb nya kat umah aku tak dak tenet.

Aku ingat nak p TM register line phone & streamyx tp terfikir gak... aku kat sini cuma 1 tahun aja lagi... masa cepat berlalu tau.. bukannya apa rumah bujang aku tu susah sikit... nak kutip sewa bilik pun liat... yg bulan lepas ada yg masih terhutang, pening aku, aku bukan jenis nak meminta2, masing2 dah besar dah pandai atur cara hidup...

Lg 1 aku dok usha digital camera lak nak gantikan kamera yg dah jadi aquarium gara2 perkelahan berdarah.

Cerita pasal cara hidup zaman sekarang nie, aku teringat 1 pepatah 'biar papa asal bergaya'. Kau org ingat betui ker COGANKATA tu. Rasanya zaman sekarang ramai mcm tu, aku punya tea lady.... selalu mengadu tak cukup duit, nak beli itu ini sampai kadang2 aku rasa kesian jugak tp yg aku dok nampak handphone berjenama dan selalu tukar2....Baju dan kasut bukan main lagi. Aku nie pakai HP selagi dok boleh call & sms cukup la... yg penting kredit tak fulus....

inilah bicara santai hari nie... sekian terima kasih...

Monday, August 20, 2007

7 kalimah suci

Sabda Rasulullah :
Barang siapa yang hafal dan
mengamalkan 7 kalimah suci ini
akan dimuliakan oleh Allah
dan malaikat dan akan diampuni
dosa-dosanya walau sebanyak
buih di lautan.



Friday, August 17, 2007

diet?



Diet ker?
entah tiba2 aku rasa nak paste gambar nie.... hihihi... sejak datang perlis nie saiz dah berubah , bukan sekilo berkilo.. planning ada berbakul-bakul tp implemen hampeh....
ehhhh tu menu b'fast u.. lunch, dinner tak tengok lagi.
so sempena kemerdekaan yg ke 50.... aku nak maintain angka tu....

Thursday, August 16, 2007

ciplak tanpa kebenaran dr : onealienz

Saturday, August 11, 2007

Thursday, August 9, 2007

Suara Hati

x dak modd nak buat en3 hr nie, saja nak copy & paste komen PEACE WORLD terhadap SuRat RiNdu ke LauT SuLu. Rindu sangat kat papa, sedih sangat bila perhubungan terputus, apa khabar agaknya papa di tengah lautan. Mungkin ini ujian, kena tempuh dgn sabar. Pa selalu pesan jgn menangis, selalu ingatkan tuhan sbb tangisan ma buatkan pa sebak, buat pa x boleh bagi tumpuan, memang la langit itu luas tak bertepi tp bila fly pa perlu fokus sepenuhnya, margin error tersangat sedikit less than one digit ....... tp apakan daya pa air mata selalu jadi teman setia. Maafkan ma pa.....

opportunity said...
tika kita berbicara tentang camar
apakah kabarnya?
mampukah ia terbang bebas seperti dulu,,,,,,
tika kita berbicara tentang awan
mampukah ia ceria tersenyum seperti dulu,,,,,,
tika kita berbicara tentang ombak
mampukah ia berbahasa selembut dulu,,,,,,
camar sekarang terbang membawa nasib,,,,,
awan sekarang mengejar kita membawa dendam,,,,
ombak sekarang datang dengan sumpahan alam,,,,,
- PEACE WORLD

Wednesday, August 8, 2007

PeSan PaPa

pesan papa,
kalau rindu
kirimkan doa untuknya
kerana
tugasnya di udara
perlukan komitmen jiwa & minda
Jangan biarkan emosi mengusai jiwa
kelak bencana melanda

pesan papa lagi
bila berjuahan
kejujuran & kesetiaan adalah tunjangnya
akarnya iman & takwa
kesabaran adalah baja
kehormatan di jaga, susila di puja
kelak
kasih & cinta tumbuh melata
segar dibuai mesra
diredhai yang esa

kadangkala
aku lemah dalam onak cinta
aku lemas dalam pelukan dunia
bila kerinduan melanda
air mata teman bicara
sendu menutupi tawa
tangisan mengikat mesra.
(pa... bila rindu ke sebut nama mu
terasa kau di sisi !~ jentayubrabo : kasihannnnn)


Tuesday, August 7, 2007

SuRat RiNDu ke LauT SuLu (2)

setiap hari ku mengira waktu
setiap langkah ku sebut nama mu
ku ingin kau tahu
setiap detik yang berlalu
terlalu sepi tanpa mu.....

surat rindu ke laut sulu
ku ingin kau tahu
gelora di hati ku
merindui mu!




Friday, August 3, 2007

Thursday, August 2, 2007

bicara santai

cek nak habaq sat, sebenarnya cek x dak mood nak buat en3 lagipun cek x berapa sihat... demam nie. (demam rindu) x tau la bila nak kebah.... kalau kat kg bila cek demam mak akan jelum dgn ayaq daun durian belanda.. ehh kau org tau ker durian
belanda tu mcm mana, buahnya berduri gak tp lembut, isinya putih gebu...

cek nak tulis gak beberapa patah perkataan supaya blog nie tak ditumbuhi lalang dan sawang, cian gak kawan2 cek yg mai melawat tak ada en3 baru.

Pagi td lepas menyoroq cek download email, ada sorang sahabat hantaq email
pasai Frenship Week.. issshhh frendship ada week2 ker? Bg cek frendship x dak
week2nya.. dok ada selalu x pernah haus..... tp cek suka tengok gambaq yg disertakan.. gambaq itik tonggek tonggek... hahaha teringat masa cek kechik2
dulu selalu mandi d sg dan berenang bersama itik jiran cek. Dulu sg ayaq jernih
dan sejuk tp la nie sg ayaq mcm ayaq acaq, bau hanyiq. Jgn kata itik nak berenang
ikan nak idup pun x leh, ulaq ayaq pun tak tau ada lagi tak. Agaknya ini yg cuba di war- warkan oleh blogger baru cek peaceworld dgn isu pencemaran alam.

cek minta maap la kalau ada org yg tergeliat lidah & x faham, 13may leh tolong kot, saja cek nak bagi ampa exersice sikit... nie 1 lg exersice 'ulaq ayaq atas pagaq, jatuh dlm ayaq acaq' sebut 4, 5X...... hihihi selamat berexercise lidah...
p/ssss cek sebenaqnya rindukan ..............
saja cek merapu kat sini, ini blog cek... cek leh wat apa aja, tulis apa aja...

Wednesday, August 1, 2007