Monday, March 31, 2008

Pedoman Hidup

“Jikalau raga diciptakan untuk menyongsong kematian, maka kematian di ujung pedang di jalan Allah jauh lebih baik dan mulia ketimbang mati di atas ranjang." (Al-Husain bin Ali bin Abi Thalib as)”

Hidup bagaikan roda pedati,kadang diatas,kadang dibawah
Suka cita,duka nestapa,silih berganti menghampiri
Insan manusia didunia fana ini,
Maka ucapkan Alhamdulillah jika suka menyapamu
Dan ucapkan innalillahi wa innalillahi roji’uun..Jika duka menyapamu………
Barang siapa diuji lalu bersabar,
Diberi lalu bersyukur
Di zalimi lalu memaafkan
Dan berbuat zalim lalu beristighfar
Maka bagi mereka keselamatan
Dan merekalah orang-orang yang memperoleh Hidayah…………


syukuri nikmat tuhan...

Sunday, March 30, 2008

Melawat Kawasan...

Semlm aku kepenatan melawat kawasan.... ahak ahak.... bukan melawat la... mencari kawasan. Aku cuma nak tolong membr sekampung yg berkurus kat IPP. Tempat yg dicari SK Tambun Tulang. Ehhh itu kawasan bekas MB tau. Pernah dengar tp tak tahu di mana, member sebelah mengomel..
"2 thn di Kangar tak pernah sampai lagi ker"
" tak ada urusan nak p buat apa"
"Dun worry , kita tak akan sesat la... Perlis nie kecik aja"

Petua pertama : " Dari Simpang 4 Tok Kassim terus aja,sebelah kanan"
Petua kedua : "Keluar dr IPK ikut kanan arah Jejawi kat Simpang 3 belok ke kanan "
Bunyinya mcm dekat aje tp bila memcari aduh..... asyik tgk signboard aje. Mula2 ikut petua kedua.... 20 minit memandu sambil mata meliar kiri kanan baru jumpa. Lepas tu ikut petua pertama pulak....... Uhuk uhuk.............

Balik rumah kepenatan, lenguh kaki tangan, berat kepala otak.... Perlis memang la kecik tp panas.. suhu semalam 37.6 C... tak caya, datang la, rasai kehangatannya!

Friday, March 28, 2008

8 pax

semlm dpt panggilan dr anak dara aku
"ma, tepon nie ma registr atas nama sapa"
"nama mama la.. apasal?"
"klu nama mama adk X dpt bonus birthday la"

uhhhh terkejut aku... kat mana dia dpt tau bonus hr jadi apa benda nie....
"mana Xleh regstr atas nama adik, adik X ckp umur lg"
"oooo X ckp umur Xleh regstr tp boleh pkai HP leh yer"

terkedu aku seketika...............

anak dara aku... kadang2 buat aku tergaman & terkedu. Minggu lepas masa aku blk kg dia tunjkkn keputusn ujiannya yg cemerlang . Mulut kecilnya mengomel....
"cikgu X bg adik msk kelas tuisyen di sekolah"
"apasal?"
"cikgu kata adk dah pandai dah" nadanya lemah & sedih
" tak apa nanti mama hantr adk tuisyen kat luar, cikgu pilih pelajar yg corot saja spya boleh bg tunpuam pd kawan2 adk yg lemah"

aaaa...... dia sepatutnya dimaklumkn knpa tidak terpilih supaya semangat tak luntur. Wlapun km tdk tinggl brsama aku sntiasa memberi tumpuan pd pelajaran nya. Aku akn semak semua buku2 latihan setiap kali blk kg, telepon adalah alat perbungn kami, tmpat dia brtynya bila hadapi kesukaran utk siapkn kerja sekolahnya. Dunia semakin canggih ...... Jarak pula bukn pemisah!

Wednesday, March 26, 2008

AWARD LAGI....!!!!

Tghari td aku melawat rmh die nie, tak ketuk pin2 pun, saja dtng sebagai silent guest tiba2 ternampak award yg tercatat nama ku.... terus melompat2 & mula mencatat nama kat Buku Tamu, bukannya apa sekurang2 mama tak payah sewa lori kontena atau beratur panjang kat pejbat pos utk buat pos laju hantr award 2........ hihihi... anyway tenkiu mama... muahhhhh....

semlm gak dpt award dr hubby... thanks dear.....

To The One I Love

"How happy you have made my life, What joy you've brought my way, Your gift for making clouds roll by, And lighting up each day, How
blessed I am to see your face, The happiness you show, You are dearest one to me, The one that I love so"

p/s.... indahnya hidup bila dikasihi, disayangi, dicintai & dihargai.....

Bunga berkembang di dalam hati.... tak mungkin lagi aku menghindari...

MINTA BANTUAN !

Minta bantuan sahabat2, cendiakawan IT, sifu bloggger sekelian.....

'LATEST CONTENT' kat mybloglog aku dah se1/2 abad x hapdet, apasal erk? Dah cuba kat setting tp dia minta 'primary feed URL (RSS) ... kat mana nk cari makanan 2 a? Cuba gak minta bantuan kat 'HELP' tp......

'original feed instead' 2 nak dapat kat mana? almaklum la... aku buta IT nie tak tahu pasai HTML nie. (How 2 meet lion???????????)

Tolong erk!

Tuesday, March 25, 2008

belajarlah mengenali diri!

aku sebenarnya sedang belajar, belajar mengenali diri, belajar menghargai diri. Kadang2 aku terlupa diri, terlupa dimana berdiri. Aku cuma penumpang... menumpang di alam fana, menumpang sebuah cinta mengembara ke sebuah pulau indah. Tuhan tunjukkan aku jalan.....

Monday, March 24, 2008

ssssshhhhhhhhhh

U: N.Y.

sebenarnya aku tak tahu nak buat en3 mengenai apa... semua serba tak kena.

Saturday, March 22, 2008

'SHOUT BOX'

Tinggalkan jejak, komen, ulasan, cadangan serta salam perkenalan anda di sini !
(maaf 'shout box' dihentikan buat seketika)

semoga silatulrahim terus berpanjangan.
________________________________________________
Kembali semula... maaf kalau menyusahkan kengkawan & tetamu sekalian, ada sbb sy remove shoutmix tu seketika

Wednesday, March 19, 2008

Penyapu utk di curi...

spt pelayaran kita di alam siber ini... kita akan mendapat pahala & ilmu jika laluan kita betul, dapat dosa kalau menyimpang dr landasan... alam siber alam tanpa batasan, tanpa sempadan hanya diri kita mampu mengawalnya.



p/s... sahabat ku Ayu msh lg trauma, masih lg bersedih, semlm dia pengsan di tanah perkuburan, kami bergilir2 menjaga dia, kami tak akan biarkn dia sendirian spt janji km pada dia, dia msh ada kami sahabat yg akan sentiasa menemani hidupnya!

Tuesday, March 18, 2008

sakit hati, jiwa lara

terlalu byk yg perlu aku hadapi 2 3 hari nie... semuanya kisah sedih....

semlm blog aku dikunjungi oleh seseorng dr Sg Petani yg dtng menggunakn IP 124.13.222.188. Dia telah meninggalkn komen yg menyentuh hati & perasaan ku, komen keperibadian namun gagal menggugat kebahagian & kesetiaan ku. Maaf ya kawan2 sy terpaksa menapis setiap komen skarang, sy jg trpaksa remove shoutbox. Sila tinggalkn link anda atau komen anda kerana komen2 tersebut sy link dgn mailbox sy. Terima kasih saudari Wana@Zyma semoga tuhan terus merestui anda & semoga tuhan membuka hati anda utk menerima hakikat jodoh pertemuan di tangan tuhan.

artikel ini sy copy dr blog mysis & sy tujukan khas buat saudari wana@zyma, semoga ziarah anda kali ini diberkati :

Janganlah sakit hati melihat orang lain bahagia kerana dia bahagia bukan atas derita kita - itu namanya hati yang berpenyakit lebih bahaya dari jangkitan HIV. Hati itu dapat hidup dan mati, boleh sakit juga sihat.

Antara penyakit hati :
  • Irihati -Sifat yang tidak senang akan rezeki dan nikmat yang didapat oleh orang lain dan berusaha untuk menyainginya. Dalam ajaran agama iri dalam hal berbuat kebajikan dibolehkan.

  • Dengki - Dengki adalah sikap tidak senang melihat orang lain bahagia dan berusaha untuk menghilangkan nikmat tersebut.

  • Hasut / Provokasi - Selalu berusaha mempengaruhi orang lain agar kemarahan orang tersebut meluap dengan tujuan agar dapat memecah belah persatuan dan tali persaudaraan agar timbul permusuhan dan kebencian antara sesama.

  • Fitnah - Fitnah adalah suatu kegiatan yang menimbulkan permusuhan tanpa bukti yang kuat.

  • Buruk sangka - Sifat yang curiga atau menyangka orang lain berbuat buruk tanpa disertai bukti yang jelas.

  • Khianat - Sikap tidak bertanggungjawab atau mungkir atas amanah atau kepercayaan yang telah diserahkan kepadanya.
Cemburu, irihati dan dengki adalah musuh hidup manusia dan akan meracuni hati. Irihati akan muncul setiap saat kerana kita cenderung untuk membandingkan diri kita dengan orang lain. Setiap orang sebenarnya memiliki hidupnya sendiri. Setiap orang memiliki proses dan jalannya masing², jadi tidak adil bila saling membandingkan diri.

Perkara kedua yg sy hadapi semlm ialah berita tentang Lia yg terlantar di hospital kerana pembedahan mengandung luar rahim. Sy masih terbyang keseronokn Lia bila memaparkn berita yg beliau telah mengandung (saat indah) setelah bertahun2 menunggu. Buat Lia bersabarlah menempuh dugaan ini.

Perkara ke tiga : Pg td aku dikejutkn dgn kematian teman lelaki sahabat ku, pkul 12 semlm teman lelakinya menghantar dia ke rmh kami, rasanya waktu itu mereka baru lepas bergaduh @ berselisih faham. Kemalangan itu hanya selepas 10 minit dia keluar dr rumah ku, dlm perjlnan pulang ke rmhnya. 'Die on the sport' kerana melanggar pokok, mungkin memandu laju dgn tekanan perasaan. Aku mengenali teman lelaki w/pun tidak begitu rapat. Sahabat ini selalu menumpang di rmh ku selepas keluar dgn teman lelakinya. Dia msh di rmh ku, masih trauma & masih kebingungan. Tak sampai hati aku nak tingglkn dia pg tadi. Aku terpaksa kerana hr ini aku terlibat dlm audit ISO2000. Alfatehah buat Syed & buat Ayu terimalah hakikat ini & bersabarlah.

Monday, March 17, 2008

tak tahu nak kemana2 hari cuti semlm, bersendirian di rmh membuatkn aku angkat kaki pergi mendaki.... (bertugas di negeri yg berjiran tp berlainan pemerintahan so cuti hari minggu pun tak sama lah... uhuk uhuk) Bila agaknya Kedah & Perlis nak samakan cuti hari minggu yer?

Pertama... aku suka matahari pagi... cantik & berseri....

matahari di kaki bukit

matahari dari puncak bukit

pemandangan dari puncak di pagi yg diingin

sesuatu yg menarik ku temui di puncak

ada satu lg ygmenarik aku temui di sana......... tunggu...............

Sunday, March 16, 2008

Pesta Muzika MAKUM

Malam sabtu temankan dia ke Dewan Kapitol Unimap, pertandingan akhir Pesta Muzika Majlis Kebudayaan Universiti2 Malaysia. 13 pasukan bertanding hanya 5 pasukan ke peringkat akhir termasuk pasukan universitinya.

pasukan UUM
team UTEM

tuan rumah UNIMAP

Pukul 11 aku dah blah... sakit bontot & lenguh kaki..... hihihi. Pic tak berapa clear sbb aku bukan jurukamera professional. Duduk kat belakang, terlindung pulak tu....

Saturday, March 15, 2008

Semangat Pemimpin Perlis

Politik di Perlis bergolak kencang, gelora ini telah bergegar sana sini situ . Rakyat berbicara tentang MB antara MB yg diperkenankan oleh PM dan MB yang dilantik oleh Raja. Bahangnya telah dirasa sebelum PRU lagi. Kini retak menanti belah.

Rasionalnya... betulkah pemimpin itu benar2 nak memimpin atau nak jaga poket & kroni atau ........ kalau tak tak kan boleh mengeluarkan fatwa sendiri. Tepuk dada tanya iman!


P/S .. jentayu mengintai disebalik Bukit Lagi sambil menyanyi lagu WARISAN!
Anak kecil main api, Terbakar hatinya yang sepi, Air mata darah bercampur keringat, Bumi dipijak milik orang.Nenek moyang kaya raya, Tergadai seluruh harta benda, Akibat sengketa sesamalah kita, Cinta lenyap di arus zaman.Indahnya bumi kita ini, Warisan berkurun lamanya, Hasil mengalir ke tangan yang lain, Peribumi merintih sendiri. Kita rumpun bangsa Melayu, Menganut agama yang suci, Semangat bangsa berlandaskan Islam,Teras capai kemerdekaan. Masa depan sungguh kelam, Kan lenyap peristiwa semalam, Tertutuplah hati terkunci mati, Maruah peribadi dah hilang.Kini kita cuma tinggal kuasa, Yang akan menentukan bangsa, Bersatulah hati, bersama berbakti,Pulih kembali harga diri. Kita sudah tiada masa, Bangunlah dengan gagah perkasa, Janganlah terlalai teruskan usaha, Melayu kan gagah di nusantara.

Wednesday, March 12, 2008

siapa MB Perlis

masih ternanti2 dan
tertanya2
siapa MB Perlis ....
jawapanya ada pada mereka
& .........
tunggu & lihat saja lah !!!!!!

p/s rasanya bukan aku saja yg tertanya2 tp seluruh rakyat M'sia

Tuesday, March 11, 2008

jom skodeng burung

Fraser's Hill International Bird Race 2008

For 24 hours, from Saturday, 21 June 2008 to Sunday, 22 June 2008 - SPOT, IDENTIFY and RECORD as many species of birds (and NOT the number of birds) and win yourself fabulous recognition and prizes!!Sign-up in teams of 3 for a weekend of fun-filled birdwatching (spotting…and identifying…and recording). Registration opens at 9.00am in the morning on Saturday, 21 June 2008, where you can sign the official form and collect your log-book. Confirm your participation with the organiser, Fraser’s Hill Development Corporation (FHDC) either by phone at +609 5171 623/5171 624 or just e-mail to: pkbf@tm.net.my

utk makluman : Puncak Inn serta bunglow2 milik FHDC ditutup sementara waktu utk kerja2 pengubahsuaian. Hotel bersebelahan ialah Shahzan Inn DLL.

Monday, March 10, 2008

PRU 12 (2)

PRU12 telah tamat
keputusan muktamat
terimalah hakikat
kalah menang itu adat

jangan dok tercengat
meh gerakkan tulang 4 kerat
sepanduk & poster turunkan cepat
hujan lebat nanti jadi lepat

......... hihihi... jgn lupa KITAR SEMULA!
Coklat utk Kaca
Biru utk kertas
Jingga utk plastik & aluminium


Tahniah utk MB baru Kedah : Azizan Abdul Razak moga Kedah terus maju & makmur.
Kedah bukan kerajaan PAS, tetapi kerajaan rakyat.PAS hanya memikul amanah rakyat!

Friday, March 7, 2008

PRU 12

Esok hari ngundi yer? issshhh nak pangkah sapa yer? Aku dah semak daftar pengundi .. ADA... memang la aku pengundi berdaftar. Parlimen 16, Dun 016/30 tp aku sendiri tak tau siapa calon kwsan aku tu... hihihi.

Kempen "Balik ngundi" issshh kalau hr tu tak ngundi pun aku balik sbb time aku balik kg. Tp aku nak demam nie, mata aku berpinar2 ada merah biru, hijau, kelabu, coklat.......

Thursday, March 6, 2008

Mendaki Gua Sami/Gua Cenderawasih


Ptg semlm aku pergi mendaki Gua Sami atau lebih dikenali Gua Cenderawasih. Sampai di kaki bukit aku dapati byk kenderaan di kiri kanan jalan. Sah ini tentu ada program yg sedang berlangsung.... turun aje aku ditegur oleh peniaga buah kat situ " Lama tak nampak, p mana" sebenarnya hampir sebulan aku tak mendaki bukit tu.. byk sangat aturcara peribadi yg menghalang pendakian.

Di kaki bukit aku nampak MB Perlis (MB??????) sedang berucap penuh semangat... oooo kempen pilihanraya la nie... Hebat Dtk Sri.. berkempen kat kaki bukit lepas tu cabar penyokongnya mendaki. Segan gak aku nak melewati pentas tersebut, dgn selamba sambil contro macho aku mencelah2 di antara manusia di situ & terus menapak mendaki. Semasa mendaki aku ditegur oleh beberapa org yg kerap mendaki bukit tu... " lama tak nampak" " makin slim la" hihihi.... kembang @#@%*. Pendakian ku agak terganggu kerana terlalu ramai pendaki baru yg pertama kali mendaki malah mereka mendaki melalui laluan turun. Apapun mereka tetap mencuba malah ada yg bertanya jauh lg ker puncak. "Dekat aje , 2 kaki lagi" Bg semangat tu...

Lepas mendaki seseorg menegur ku.. "tak pergi ambik makanan & minuman ker?" aku jwab "tak apa lah, saya datang nak exersice bukan nak makan".....
p/s... aku jumpa seorng sahabat lama yg hampir tak ku kenali kena dah bulat.......
______________________________________________________________
MINTA BANTUAN !
Kenapa mail box aku jd mcm nie... kosong.... baru2 nie "compose", xleh sent email skarang inbox pulak !

Wednesday, March 5, 2008

Award + Persahabatan

huhuhu dpt award lg.. dr Negeri di Bwh Bayu, menyeberangai Laut Cina Selatan ... Thanks Combi, semoga persahabatan ini terus terjalin mesra. Frenz 4 ever! Sesungguhnya alam siber nie menemukan aku dengan ramai kawan & sahabat. Alhamdulillah.
Semlm jgk smpat ke pejabat pos utk menghantr CD Bello2 kpd sahabat di Japan. Aza... sabarlah ya... otw....

Tuesday, March 4, 2008

Public Bank

Semlm ke Public Bank... uhhhhhhh no 1178, bermakna ada 56 pelanggan lg & hanya 2 kaunter beroperasi, hampir beku aku dlm bank tu. Sebelum tu aku terpaksa 3 4 kali tawaf keliling bandar Kangar mencari tmpat letak kereta. Bagi anda yg biasa di Kangar tentu maklum kesukaran mendapat tempat letak kereta di bandar ini.

lepas tu br terfikir betapa mudahnya enternet banking..... hihihi
__________________________________________________
mmbr rmh pernah bercerita prnh seorg tua dtng ke bank utk keluarkan semua wang simpanannya, cash. Gelabah & pening mereka sbb byk u... ratus2 ribu. Org tua bertongkat bw diri pun x larat mcm mana nk byk wang begitu byk. Bila offer buat cek atau bank deraf x nak. Last2 bila wang tunai diserahkn pd dia, dia nak bank-in semula... katanya : "Pakcik cuma nak tengok duit pakcik aja ...... " poyoooooooo.....
Sebenarnya dia tidak percaya pd angka, pd tulisan.....

Monday, March 3, 2008

Dugaan Kehidupan

Ujian apa yang datang
sehingga bahtera ku hampir karam
di landa badai dosa semalam

Dugaan apa yang mengundang
sehingga aku lemas di tengah gelombang
fitrah kemanusiaan!

Tuhan tunjukkan aku jalan
berikan aku kekuatan...


aku hanya insan kerdil yg mencari diri di dlm hati, mencari hati di dlm diri,
semakin jauh aku menyelami, semakin ku sedari aku hamba yg lemah.