Wednesday, May 13, 2009

Lidah Paling Mahal


Pelicia perlu merasa sehingga 5,000 jenis kopi bagi tujuan pengkelasan.

LANGKAH mengambil insurans sememangnya satu keperluan sebagai jaminan apabila berlakunya kecelakaan dalam sekelip mata. Tidak hairanlah jika ada yang sanggup mengambil lebih daripada satu polisi insurans bagi memaksimumkan pampasan.
Namun, tahukah anda mengenai tindakan segelintir insan yang sanggup melaburkan sejumlah wang besar semata-mata untuk mengambil insurans bukan bagi nyawa atau harta benda sebaliknya bagi bahagian tertentu tubuh?

Inilah yang dilakukan rangkaian restoran Costa Coffee di London yang sanggup memperuntukkan sehingga £10 juta (RM50 juta) untuk melindungi lidah pekerja yang bertugas sebagai ‘pakar rasa kopi’.

Individu yang dimaksudkan ialah Gennaro Pellicia. Tindakan majikannya bukanlah mencari populariti atau mencipta sejarah, sebaliknya menjadi cara penting bagi memastikan lidah pemuda itu sentiasa dalam keadaan baik untuk membolehkan ia mampu membezakan ratusan jenis kopi yang dijual.

Pelliccia bertanggungjawab di atas rasa 108 juta cawan kopi Costa Coffee yang dijual di Britain setiap tahun.
Polisinya dengan firma insurans Lloyd’s of London menjadikan lidahnya dua kali lebih berharga dari senyuman bintang Ugly Betty, America Ferrera dan satu persepuluh satu peratus daripada keseluruhan tubuh pemain bola sepak terkenal, David Beckham.
Pelliccia, 34, yang perlu merasa beratus-ratus biji kopi kisar di rangkaian restoran itu di Lambeth, selatan London, juga perlu melakukan pengorbanan berikutan tuntutan kerja uniknya itu. Ini termasuk menjauhi makanan terlalu panas kerana berisiko melecurkan lidahnya.
Beliau juga dilarang menikmati kari dalam masa dua hari sebelum musim merasa kerana dibimbangi rempah ratus itu boleh menjejaskan sensitivitinya.

Dengan 5,000 jenis kopi perlu dirasa dan dikelaskan oleh Pelliccia setiap tahun, pegawai atasan Costa memutuskan lidah pemuda itu berbaloi untuk setiap sen yang dikeluarkan.

“Pengalaman selama 18 tahun membolehkan saya membezakan antara beribu perisa. Lidah juga membolehkan saya membezakan sebarang kecacatan, yang membenarkan saya melindungi dan menjamin campuran Mocha Italia unik Costa,” kata Pellicia.

Walaupun mempunyai sepasukan ‘tukang rasa’ yang bekerja untuknya, Pelliccia, secara peribadi merasa setiap kumpulan biji kopi mentah yang melalui pemanggang di restoran itu.

Costa juga yakin lidah milik Pelliccia yang bertanggungjawab di atas rekod kejayaan dalam ujian merasa jenama baru-baru ini. Pengarah Urusan Costa Coffee, John Derkach, berkata Pelliccia adalah ‘elemen penting’ dalam perniagaan syarikat itu.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
meh sini aku nak suruh dia rasa budu & tempoyak lak...
setahu aku lidah pancaindera paling tajam & berbisa

Hakikatnya, Pelliccia bukan berseorangan dalam situasi yang bagi kebanyakan orang lain tidak masuk akal, tetapi sekadar menambah senarai panjang golongan selebriti dan bukan selebriti yang berlumba-lumba mengambil insurans bagi melindungi aset tubuh masing-masing.
Beliau masih kalah dibandingkan dengan jumlah insurans keseluruhan tubuh Beckham, yang dilaporkan £40 juta (RM200 juta), dipercayai polisi insurans paling tinggi bagi set bahagian tubuh walaupun cuma kakinya yang banyak membantu bekas kapten England itu mengumpul kekayaan.

Lebih melucukan ialah tindakan penari bogel lelaki Britain, Frankie Jakeman, yang mengambil polisi bernilai £1.2 juta (RM6 juta) untuk kemaluannya pada tahun 1987.

Di kalangan selebriti Barat, mempertaruhkan sejumlah wang besar untuk melindungi bahagian tertentu tubuh mereka bukan lagi asing apatah lagi bahagian itu menjadi sumber pendapatan mereka yang mencecah puluhan, ratusan atau ribuan juta dolar.

Penyanyi dan pelakon berketurunan Latin, Jennifer Lopez, baru-baru ini dilaporkan mengambil polisi sehingga AS$1 bilion (RM3.6 bilion) untuk payu dara, kaki, belakang, rambut dan berat badannya. Walaupun ia disangkal oleh bintang ‘Maid in Manhattan’ itu, ia sekali gus menjadi bukti betapa selebriti sanggup berhabisan melindungi aset mereka walaupun bagi kebanyakan orang, ia mungkin kerja gila.

Nyata JLo itu bukan berseorangan dalam mengambil insurans untuk melindungi asetnya walaupun mungkin tidak mencecah berbilion dolar kerana menyertainya ialah senarai panjang selebriti dan tokoh lain yang bertindak luar jangkaan demi melindungi kepentingan masing-masing.

Nama besar lain dalam dunia selebriti Barat yang tidak teragak-agak melabur sejumlah wang untuk pulangan lebih lumayan jika kecelakaan menimpa ialah pemain gitar kumpulan Rolling Stones, Keith Richards yang mengambil insurans bernilai £1.5 juta (RM7.6 juta) untuk tangannya manakala penyanyi Dolly Parton melabur £350,000 (RM1.7 juta) iaitu lebih £8,000 (RM40,000) setiap inci payu daranya.

Tindakan mereka mungkin kelihatan tidak masuk akal kerana tiada guna menentang hukum alam yang jelas membuktikan muda pasti bertemu tua, tegang akan mengendur dan gagah beransur lemah. Namun apabila bertuhankan wang dan kemewahan, apa saja akan dilakukan demi memastikan kehilangan mereka dari pentas kemasyhuran tidak menjejaskan gaya hidup yang dijalani selama ini.

sumber : Berita Harian

27 comments:

ain said...

haii..macam2 kan!

joegrimjow said...

mahalnyee

lloyds mmg bank yg nak bangkrupt
abes la insuran diee

joegrimjow said...

tp skrg da smkin pulih
mgkin slamat

sonata anak kancil said...

bimbang mulut ni tak beli insuran! sebab mulut badan binasa!!! he he he

SiS-lin said...

eee x sanggup le kita ek...nsb lak lidah dia x hitam cam kopi ek...hehehe

TokNabe said...

Kereta pun sanggup kita amikkan insuran... utk tubuh badan sdiri apa salahnya kan?

iza~de~bintang said...

kalau duk malaysia tentu dia lagi pening sebeb kopi kat sini campur macam2 , cik timah lah, pak ali lah hehee

echah_syed said...

kopi secawan susu lebih gula kurang ekk..! :D

naz ilyn said...

salam...
cite pasal lidah yang diinsurankan tu pernah juga keluar kat majalah tiga...
kata oranglah bukan sy kata... orang yang pandai mengambil kesempatan adalah orang yang paling cepat kaya... emmm betul ker...??

wan muhamad zaidi said...

sy bule bezakan tiga jenis budu.. yg paling sedap budu cap ketereh.. uh uh uhuh.. =)

ONE ZABA said...

kita pulak boleh la insurankan jari ni ha. kalau tak da jari payah la nak update n3 baru.

syah shah said...

hmm... saya nak insurankan tanganlah... tangan carik makan dan carik gaduh nih... Heheheheheh :D :D

nurdaniella said...

salam kuIna, huhu.. macam2 kan.. tapi, bagus kalau dapat majikan macam tu.. tau nak menghargai pekerjanya.. agak2 boss kita nak tak insurankan jari jemari kita yang buat kerja ni???

Ungku Nor said...

suh dia rasa sekali kerdas..petai..jering..peria..hehehe

ku tak sempurna said...

huuuiiiihhh...
kayanya manusia ni kan... drpd organ deria pun, boleh dpt berjuta2..

.
.
.
.
.
.
.
.

jom gi insuranskan lidah..
apekehei nya..


hikkksss

atty's said...

lidah palin mahai ar.kalo aku di suruh rasa itu kopi semua..mau kebas lidah den..

Mak Su said...

wow! expert bab lidah. terrornyer.

Purpleheart said...

Macam-macam ye insurans ni boleh kaver..

HappyIrfa said...

duit terlebih.smpi dah tak tahu nak wat apa

Abang Long said...

Bagaimana dengan pekerja industri minyak wangi. Terpaksa mencium ketiak pengguna ?

~Cinta Cukulet~ said...

hadoi..mcm-mcm mausia nih...ank ambik insurans utk blog bleh haha

Neeza Shahril said...

hahah!!! macam tu pun ada yek..
kalau dia makan belacan sekali, mesti dia nak berenti kerja kat situ sebab sedap sangat belacan hehe..

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Sis..
Mak aiiiiii...
ini baru betol2 melindungi diri..

kayanyer mereka..

maswani said...

mahai btoi insuran dia kan.. pekena budu lg la sensitif lidah dia..hehe..

SRISUFI said...

salam kakak..


lidah oh lidah...kerana kayanya lidah ramai pemiliknya terbelit...

iNsaN BiaSa said...

kerana lidah juga,bdn binasa..huhuu

kuIna LadyInRed said...

AIN ...>> Astro pun ada

JOEGRIMJOW ...>> mungkin....

SONATA A.K ...>> sbb mulut badan binasa

SISLIN ...>> yer la, apsal tak itam pun yer

TOKNABE ...>> insuran nyawa tu biasa dah tp insuran utk 1 pancaindera nie saja lain gak.. yg len tak dak harga kot

IZA ...>> kopi ko pun ada

ECHAH-SYED ...>> 3in1 mana leh tambah apa dah

NAZ ILYN ...>> betul2... lloyd tu dah kaya dah tu

WAN ...>> budu pun ada jenis gak ker?

OZ ...>> sy nk insrankn blog nie la...

SYAH SHAH ...>> issshhh tangan ko ada emas tak?

NURDANIEL ...>> bos sy insurankn nyawa sy aja sbb tu sy tak pernh lupa bernafas..

UNGKUNUR ...>> tu lg power.. mesti dia hari hari mau

KTS ...>> bek ko insurankn blog nanti kena gigit ngan google ha...

ATTY'S ...>> kita tgk papan iklan udah la... lawa lak tu

MAKSU ...>> issshhh mcm mana rupa lidah dia yer.. berbeza tak a?

PURPLE ...>> nak kaya cepat

HAPPYIRFA ...>> bg kat sy pun ok gak... lompat smpai bumbung

ABGLONG ...>> betui tu... agaknya idung mereka kot yg diinsurankn

CINTACUKELET ...>> bagus, bagus

NEEZA ...>> jom kita hantar belacan, budu kat dia

LOL ...>> dia x kaya tp sykt dia yg kaya

MASWANI ...>> hahaha...

SRISUFI ...>> sykt insuran tu pun nak cari pengaruh gak tu

INSAN BIASA ...>> betui, betui, betui...