Saturday, June 20, 2009

MIKAIL ; TERBONGKAR RAHSIA CINTA KITA

Ingat kisah aku berkhalwat dengan Mikail dulu... errrkkk kat sini
semlm ketika aku membersihkn hutan hujan tropika di belakang rumah Mikail datang lagi, tergedik2 menggoda aku, tanpa malu2 kucing, menemaniku sepanjang operasi tersebut sampai rimas aku dibuatnya...
Rupa2 kwsn Hutan Hujan Tropika di belakang rumh ku itu menghasilkn satu sumber yang menggalakkn hormon kegedikkan dia.. aku baru tahu setelah diberitahu oleh jiran... uols tahu apa... ha pokok nie la..
pokok nie dinamakan POKOK KUCING GALAK (Acalypha Indica), klu jumpa bagi kat tucen uols... tgk perubahannya....

CERITA DULU2.... sumber : Malaysiakini

Kaji pokok Kucing Galak tambah ‘oomph’ lelaki Feb 18, 06

Sejenis pokok herba yang membuat kucing menjadi ghairah selepas menghidu atau memakannya, kini sedang dikajiselidik di Perlis untuk memberi lebih “oomph” kepada orang lelaki.Para penyelidik kini sedang mengkaji sama ada pokok Kucing Galak selamat untuk dimakan. Pokok tersebut, yang tumbuh bebas, mungkin menjadi satu alternatif kepada Tongkat Ali dan ginseng.Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim berkata, penyelidikan itu sedang dijalankan di pusat bio-teknologi mini di Sungai Batu Pahat dekat Kangar yang mendapat geran RM2 juta dari kerajaan pusat.“Penyelidikan awal menunjukkan setiap kali kucing menghidu atau memakan pokok ini, keghairahannya memuncak. Kami mahu menyelidik nilai perubatan pokok tersebut dengan tujuan untuk memperkenalkannya,” katanya dalam akhbar The Star hari ini.“Kita ingin tahu mengapa pokok itu membuat kucing ghairah,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas majlis mengangkat sumpah 15 ahli Majlis Perbandaran Kangar semalam.Shahidan berkata, penyelidikan awal menunjukkan herbal tersebut sesuai untuk mengubat mereka yang menghadap masalah mati pucuk atau kurang daya seks.Oleh itu, beliau berharap pokok tersebut boleh menjadi alternatif yang lebih baik untuk tujuan tersebut.“Pada ini, pokok itu masih diuji ke atas kucing. Kami perlu melihat reaksinya kepada manusia,” katanya, sambil menambah penyelidik dari Universiti Sains Malaysia akan turut membantu.


22 comments:

haruan tasek said...

nampaknya tongkat ali mendapat saingan kini

LotsOfLove-Pearls said...

jangan lepaskan peluang kepada mereka yang seharusnya boleh test..

maza said...

wah! Mungkinkah akan bertambahnya kes rogol dengan penemuan rahsia ini?!

huhuhu

den ingat nak cari yg ubat kurang lah pulak! huhuhu

hehehhe

Irtiyah said...

sib baik tak ada kucing betina kat situ.

ain said...

penemuan baru utk org pompuan tak de ka...???hahahahahaaa!!!!

ONE ZABA said...

tanam la banyak-banyak. buat la produk baru.

Diamilikku said...

tak yah la duk kaji2..kang terlebih galak pulak para lelaki....takde pokok kucing galak pun dah ramai yang menggalak...
tambah2 duk kat perlis kan..boleh menggalak ke seberang sana

kayteeze said...

Uwaaa........... tak sangka ada juga pokok macam ni ek!!

Eloklah Kuina cepat2 hapuskan pokok tu... kang tak pasal2 bertambah anak2 kat belakang rumah tu, ekekeke.....

Abg Din said...

ooooo....abg din baru tahu la...

~Cinta Cukulet~ said...

dasyat namanya tuh hehee

kenari said...

Kuina...pokok ni senang nk idup, tumbuh meliar je kat belakang umah sy tu. Puas dicabut buang, tak lama pastu ada la yg tumbuh semula, apa lagi selepas ujan subur menghijau.

MaMaQaYPo FaMiLy said...

hehehe... dah lama tak tengok spesies pokok ni... ingatkan dah PUPUS...

Ada lagi ek?

p/s: teringat zaman budak2 dok cabut pokok ni bayk2 bagi kucing makan... hahahahaha

Pontianak Degil said...

Saingan kacip fatimah, dah jumpe ke blom ek? hehe.

kuIna LadyInRed said...

HARUAN TASEK ...>> hutan kita byk khazanah yg mash belum diterokai

LOL ...>> akak x tersenarai

MAZA ...>> eeehhh rahsia lam byk lg yg belum terbongkar.. mungkn ada utk pengurangan tu... wakaka...

IRTIYAH ...>> hahaha... klu x lari la saya..

AIN ...>> yg ada pun x termakan nie

OZ ...>> ingat nk g racunkn aja

DIAMILIKKU ...>> betul tu tp galak kat seberang merbahaya

KAYTEEZE ...>> cpt sangt tumbuh.. ingat nk kasi racun aja

ABG DIN ...>> ini hanya sebahgian drpd khazanah alam

CC...>> org pun ada bernama GALAK.. kan

KENARI ...>> tu yg jenuh tu.. bila tanam sayur x mo tmbuh lak...

MAMAQAY ...>> kat rmh sy tumbuh meliar.. x terhapus

PONTIANAK DEGIL ...>> sedang dicari...

kuIna LadyInRed said...
This comment has been removed by the author.
echah_syed said...

amboii BD siap booking satu kontena.. :p

jom kita pekena gak beb bole galak sama-sama kuikuikui :p

Jard The Great said...

kim salam kat mikhail.. hehe..

en_me said...

ammvoiii akak ittewww.. veryy derr

BelalangDewa said...

takut lepas makan daun kucing galak, anak yang lahir semua muka macam kucing....

Tirana said...

KuIna...

Lelaki tak payah makan daun ni pun dah cukup galak..Karang makan, terlebih pulak galaknya...kita jugak yang susah...hehehe..jgn marah ye..orang lelaki..gurau2 aje..

Chekgu BaniHassim said...

yg ni boleh lawan tongkat ali tak??
huhu

kuIna LadyInRed said...

ECHAH_SYED ...>> power dah ada cyma galak aja kurang sbb tu dia bersemangat...

JARD ...>> ko salah seorng secret admiral dia kan.. hehe

EN_ME ...>> poer og galak nie..

BD ...>> dpt dpt den bayangkn... myb comel kot

TIRANA ...>> betul tp itu emang dah sifat semulajadi mereka..

CHEKGU B.H ...>> masih dlm kajian