Monday, April 13, 2009

Tenggelamnya Kapal Yamato

Kapal seberat 65.200 ton metrik, berukuran 263 x 39 x 11m, mempunyai meriam 16 & 7¾ inci, turret 20-25 inci, 6 pesawat udara mini dan kelajuan 27 knot / 50 km/jam merupakan armada terhebat ketika Perang Dunia Ke 2. Dibina pd tahun 1937 dlm operasi rahsia di pelabuhan Kure. Kapal yang hebat tetapi pendek hayat, hanya dapat beroperasi selama 4 tahun.

Selepas musnahnya Pearl Harbor pd 7 Dec 1941 dan musnahnya Prince Of Wales di Laut China Selatan secara kamikazi Jepun semakin digeruni. Angkatan Dai- Nippon memiliki semangat Banzai iaitu harga diri yang tinggi dan sanggup mati secara terhormat demi raja dan negara mereka. Oleh itu AS menggunakan taktik mengumpan pesawat tempur keluar dari armada Yamato dan mebedilnya. Ketika Yamato kehilangan pesawat tempurnya AS melancarkan operasi Ten-Go pada 6 April 1945 di Okinawa. Serangan dilancarkan secara bertubi-tubi dr kapal USS Hornet dan USS Bennington dengan taktik serangan sudut 90o menggunakan torpedo ke buritan dan dek kapal iaitu kawasan pertahanan yang paling lemah. Serangan satu sisi ini telah menyebabkn Yamato kebocoran dan dibanjiri air. Kapal Yamato miring ke satu arah dan tenggelam pada 7 April 1945. Hanya 280 daripada 2778 anak kapal dapat diselamatkan.

Tenggelamnya kapal Yamato bermakna lumpuhlah armada laut jepun dan seterusnya membawa kepada serangan ke atas Hiroshima pada 6 August 1945 dan Nagasaki pada 9 Ogos 1945.

Sejarah adalah Realiti bukan Fantasi; Taktik adalah teknik!

Kenapa aku cerita semua ini... setelah lebih 60 tahun tenggelam di Lautan Pacific Yamato kini ditemui dan akan diangkat semula ... Bunga Kekwa berwarna emas selebar 1 meter masih gah terpahat diburitannya.

Nanti kita story pasal USS Nimitz lak yer...

22 comments:

kayteeze said...

Oh, ya ke ??
Ingat saja2 nak jadi cikgu sejarah pagi ni...he he..

~Cinta Cukulet~ said...

mesti kapal tu berhantu haha

ONE ZABA said...

yang tinggal cuma ajinomoto... tanpanya kurang enak masakan.
tapi, adanya pulak, boleh menjejaskan kesiahatan.

moralnya... pakailah selipar jepun kalau masuk tandas.

ain said...

info yg bagus..sekurang2nya akak belajar sejarah pg ni.tq

rahimin idris said...

tapi sejarah hari ni di tulis oleh pemenang kan?

siti_m said...

minat sejarah ke kulna?
tima kasih kongsi info nie...

CuTeMiUt78 said...

eemmmm... begitu ya..

Dee said...

bagusnyer cikgu sejarah ni..tmbh pengetahuan am sy..tq..

Ma_sUyinFiqah said...

agak2 ada harta karun tak...eh, tak sanggup nak masuk dalam kapal tu tentu berhantu.

kuIna Jentayutiara said...

TIE ...>> mengimbau sejarh

CINTA CUKELET ...>> ikan duyung pun ada

ONAZABA ...>> ajinomoto x suka tp aji dam suka la..

AIN ...>> sekadar berkongsi

RAHIMIN ...>> dan pemenang adalah hero

SITI_m ...>> sejarah adalah realiti

CUTEMIUT ...>> berkongsi

DEE ...>> hari nie tukar jawatan lak..

MAS ...>> mesti ada, pastu jual kira kilo

Adry said...

uiks... ada filemnya ker kak?? history for today... hehehe


Adry @ http://www.adrysabry.com

en_me said...

diburitannyerrr.. ammvoiii baser klasik tewww

Jard The Great said...

waa.. sunnguh luarbiasa kisah nih.. eheh..

i like! fact of history learnt.. thanks!

zue said...

salam kulna.. subject history memang saya suka.

thank for info..yamato

kuIna Jentayutiara said...

ADRY ...>> ada filem tu tp akak x prnh tgk lg, rasanya kisah percintaan anak2 kapalnya. Better tgk discovery... fakta yg nyata.

EN_ME ...>> buritan kapal...

JARD ...>> belajar dr sejarah

ZUE ...>> sharing is caring

julietchun said...

kerajaan jepun ke yg nak buat naik tu? berapa kos agaknyer ye.

Pujangga Asmara said...

Fuiyooo Kak.. Belajar Sejarah Dengan Akak Nih.. Hehehe.. Sokong Abang One Zaba.. Kui3..

kuIna Jentayutiara said...

JULIETCHUN...>> sekalipun diangkat tdk akan mengubah sejarah . setakad jual kira kilo ok gak.. kosnya mahal tak setimpl. Mgkin cuma bhgian tertentu aje kot..

P.A ...>> sejarah adalh realiti. Ajinomoto tak baik utk kesihatan.. ingat!

Marzalina said...

hmm..kisah dan sejarah yg menarik..boleh jadikan panduan semasa stpm nanti hahahah

Neeza Shahril said...

ramai la pakar acheologist akan bergerak kesana.. mencari penemuan2 baru... :)

DrSam said...

saya memang minat sejarah, dari sekolah lagi. Terutama kalau sejarah perang ni.

Terimakasih berkongsi maklumat.

™سريسوفي said...

Salam kakak,

saya memang peminat sejarah.

terima kasih entri ini.