Thursday, April 16, 2009

Penyakit Senyap Membawa Kecacatan

HASIL penemuan penyelidikan bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Otago, New Zealand menunjukkan kebanyakan wanita di Malaysia mendapat kurang daripada 50 peratus jumlah kalsium yang disarankan untuk kesihatan tulang.

Pengambilan kalsium yang rendah merupakan antara faktor risiko utama yang menyumbang kepada berlakunya penyakit osteoporosis yang bermaksud ‘tulang poros’ sejenis penyakit yang ‘senyap’ dan serius. Osteoporosis tidak boleh disembuhkan tetapi ia dapat dicegah.

Segelas susu berkalsium tinggi mengandungi 500 miligram (mg) kalsium dan dua gelas susu tersebut cukup untuk membekalkan jumlah kalsium yang disarankan setiap hari.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan pengambilan kalsium di kalangan kebanyakan masyarakat di negara Asia ialah hanya 30 peratus dan Malaysia mencatatkan jumlah paling rendah,iaitu 303 hingga 450 mg sehari. FAKTA : KKM & KPDN HEP

Semangat u... nak jaga tulang... tengok nie.. perisa Cukelet lagi....
Dah sebulan dah beli... belum dibuka lagi.... hehehe...
Yang ini lagi senang & mudah.. kotak kecik aja...
Dah seminggu dok dlm peti ais.... belum rasa lagi...

mcm mana nak mulakan.... aku tak minum susu, sejak kecik lagi kecuali susu cap junjung gantung tu...BUKAN SALAH IBU MENGANDUNG kan....

17 comments:

julietchun said...

ingatkan mak aku je payah minum susu,kekeke

Neeza Shahril said...

dulu neeza tak minum fresh milk..
tapi sejak minum rasa sedap pulak heheh..

mungkin untuk mulakan, kuina try 1 sudu dulu.. esok 3 sudu.. lama2 segelas.. Insyaallah..

Jard The Great said...

aku ari2 kena minum susu.. huhuhu.. takut membongkok..

Ma_sUyinFiqah said...

sedap ker? Jom YM. Nak berkongsi sesuatu..sharing is caring kan?

Mohd Hafifi said...

suka minum susu nespray..hehe

ONE ZABA said...

susu bagus untuk kesihatan. tapi, aku pulak kalau minum susu atau apa sahaja minuman yg bercampur susu akan berlakulah cirit birit. oleh itu , tak yah la minum susu.

Iliana said...

suka susu omega sodappp

atty's said...

kty minum susu masa baby je le kot..
skrg kalo kasi..mau muntak luek..tak reti..takleh nak masuk..kalo bau pun nak muntah dah

~Cinta Cukulet~ said...

mak saya minum la susu ni..saya tak minum la..tak suka susu..suka coklat je hehe..tapi kawan saya kata yg perisa coklat tu sedap

ikiqzalia said...

zana dulu masa gandung n susu badan kt ank memang minum susu tepung. tapi bagus sesgt tuk kuina. nnti kita tua x lah bongkok kn.

syah shah said...

saya pun beli yang coklat punye... dah berbulan tak habis-habis... hahahahahah :P :P

nak beli yang kotak punya malas, mahal...

saya tak suka minum susu tepung... hik hik hik hik :P :P

LiLohOnEy said...

simpan wtpe kak..

minum aa..

minum susu anda jd chat dan kuwat!!!

hehe :p

ain said...

alamak..akak tak boleh masuk le susu2 mcm ni, x sesuai ngan tekak. kdg2 heran tengok anak2 minum susu fresh beriya2.

p/s...ganti susu ngan ikan bilis je.

kayteeze said...

Eh...susu perisa cokelat tu sedap tau... cubalah minum. Kalau tak nak, meh antar sini...

ijechan said...

ada ramai gak kawan tak minum benda berasaskan susu n soya. pelik. rugi je tak minum susu. kak kuina, dah abis dah anlene tu? ke masih x sentuh lg? ehe

kuIna Jentayutiara said...

JULIETCHUN ...>> kekeke.. nak tulang kuat tp x minum susus.. issshhhh

NEEZA ...>> akan diusahakan..

JARD T.G ...>> bagusnya ko

MAS ...>> mual la... mcm mana nak telan..

ONEZABA ...>> ada mudarat gak no...

ILIANA ...>> omega 3 bntk pill ok la.. tp susu.. x leh

ATTY'S ...>> kita serupa

CINTACUKELET ...>> nak rasa mai la...

IKIQZALIA ...>> dh senja br nak mula.. tu yg liat tu...

SYAH SHAH ...>> hahaha kita geng...

LILOHONEY ...>> tu yg masalah problem tu... yg berkhsiat nie susuah pula nk makan yg tak berkhasiat senag lak telan..

AIN ...>> betul tu.. budak2 minum selamba aje...

KAYTEEZE ...>> nak kena cuba gak tp tak tau la bila lak..

IJECHAN ...>> baunya saja dah meloyakan tanbh meminumnya... aduihhhhh

Lina said...

hahahha..dulu kecik2 minum susu cap gantung gak, pastu suka sgt ratah susu tepung adik, sekarang tak boleh lgsg minum susu kosong, kena der perisa br ok, tu pun mual2 rasanya....huhuhuhuhu