Tuesday, March 31, 2009

Manusia Semakin Kejam & Ganas

Baru dpt sms
kak Kujie kena ragut..
& luka2 jatuh moto...

Ya Allah kenapa manusia sekarang semakin kejam & ganas..
aku baru melalui saat getir tersebut awal bulan baru2 nie...
Berdoalah utk dia....

Lawak King Separa Antarabangsa

Pagi semlm ada org dtng servis air-cond, menjelang tghari semua dah blah.. makna dah siap la tu. Petangnya seseorg datang kepada ku...

“Ina, my air- cond ROSAK la, what the guy doing this morning”

“aaa… it just periodic service and maintenance”


Aku bangun & terus ke bilik dia, aku on suis & capai remote control.....


"O.K"

Dia terpinga2 & tersipu2...



Dia cuma ON suis tp tak ON remote control la.... & he is our MECHANICAL ENGINEER!

15 untuk 1 Bukit

sumber : Berita Harian

Fuyoooooooooooooooo Bkt Selambau dah pecah rekod, Cipta Rekod Baru : 15A1

Datuk S Ganesan, (BN) & S Manikumar (PKR)

serta 13 calon bebas iaitu :
R Loganathan logo (kelapa sawit) ; Tan Hock Huat (kunci) ; Radzi Md Lazim (kerusi) ; Mohd Fadzil Abdul Wahab (kepala harimau) ; Abdul Rahim Abu (jam loceng) ; L Sarala (basikal) ; A Jayagopal (payung) ; S Moganakumar (buku) ; Khamis Awang (ayam jantan) ; Husaini Yaacob (bas) ; M Vanesan (ikan) ; Anuar Abd Hamid (telefon) ; T Chandrarajan (kapal terbang).

errrkkkkk terfikirkan...... SIAPALAH DISEBALIK SEMUA INI!

Saturday, March 28, 2009

Akukah itu....

March sudah sampai penghujung (oppsss jgn lupa 2tup lampu yer)
bermakna sudah 3 tahun aku berblogging
en3 pertama AKU RINDU bertarikh 28 March 2007
hanya mendpt komen pd 16 Julai 2007 hahahaha...
apapun epy birthday BICARA SANTAI

sebenarnya aku register blog nie awal lg tp tak tahu nak publish apa2, aku cuma dok follow akak aku aje tp masa tu dia pun pakai blogspot gak, Kasawari pun ckp dia mula2 tak tahu nak tulis apa2, rasanya semua blogger mcm tu kot tp masa tu Tun Det, KJ, Rustam, Khir Toyo & semua org politik tak dak blog lagi sbb takut jd monyet . Ngeh3x... Mcm2 aku temui di alam maya ini ada yg membina ada yg meruntuhkn.. tp aku tetap utuh.. bravo jentayutiara

En_Me yg Insaf dah buat en3 ke 1000 dlm masa 2 thn.. cayalah...

terima kasih semua
tanpa anda siapalah aku!
(yg pasti aku x pernh menhentam, mengutuk, mengata, menjuih, mencebik sesiapa melalui blog kerana kita dinilai dr apa yg kita tulis. Kejujuran adalah Nikmah)

Friday, March 27, 2009

Datuk Kawin Lagi..

ehhhh ini bukan kisah politik
tp cerita org politik....

aku pelik b. ajaib dgn perkra nie
Datuk (yg dpt gelaran & pingat la bukan yg dpt cucu) klu kawin lagi
isteri pertama yg pakai gelaran Datin kan...
tp aku heran dgn Datuk nie.. kat Alor Setar
isteri ke 2 yg pakai Datin...

errrr uols nak tau sapa...
hehehe nanti la.....




Thursday, March 26, 2009

Apa ada dalam hati?


ada apa dalam beg ini? jom tgk...

Tag dr Rdhanz di Mesir
....>> akak dah jwb tag nie 25 Nov lalu tgk sini. Tag Yg Ke Berapa , aku lupa?
rasanya sama la kot... sentiasa HOT!

Tag dr Mar di UK
* Ape nama penuh anda? Ada dalam Kad Pengenalan
* Nama apa yang anda harap itu nama anda? Nama yg baik & maksud yg baik.
* Post 4 pictures latest korang yang esklusif yang xde sape tengok lagi.. errrkkkkk
* Apa kenangan paling bermakna dalam jiwa raga anda? Terlalu banyak..pat Ploh Pat Hari Pat Ploh Pat mlm cerita pun x abis.
* Apa prinsip hidup anda?"B the best among the best"
* Apa perangai anda yang paling buruk? dulu2 suka gigit kuku......
* Tulis di atas sekeping kertas n postkan juga "All the best for your life!!
* Tagkan 10 orang kenalan anda: semua penbaca en3 nie

Tag dr Ju-Dzahir dari M'sia
Go to your photos folder in your computer.Go to the 6th folder of photos. Go to the 6th picture in that folder.Put the picture on your blog and description of it. (Jgn tukar gambar tau.. Jgn tipu..) Invite six friends to join the challenge.Link them in your blog and let them know they have been challenged.

tgk yg ke 6... tarak tipu ma...
inilah yg ke 6.... sorry trpaksa diedit guna effect ink sketh kat paint.net
tome sgat smpai nampk jerawat batu, pic thn lepas kot..lupa dah


sangat cute..

so itu saja harta karun yg ada dlm beg LV aku!

pinjam sat dr makcik google.

Wednesday, March 25, 2009

Rugi tak sarapan anda hari ini ?

eh sarapan apa pagi nie??
Nasi lemak, roti canai?
tea tarik, tea o, kopi?


suratkhabar apa hari nie?


rugi tak beli surat khabar?

..... >> Aku baca online aje, tak sanggup nak memperabih duit & teramat boring & bosan bila setiap hari dihidangkan dgn perpecahan & pergolakan bangsaku, masyarakat ku kerana politik!

tapi itu isu semasa perlu diketahui..

Monday, March 23, 2009

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Aku sedang berjalan
di alam maya (tak mengintai dah......)
dari blog ke blog
membaca & mencoret pesanan
meninggalkan jejak bertapak
tanda persahabatan, tanda silatulrahim
salam kenal, salam ziarah...


...>> asyik dok melawat blog orang aje, blog sndiri bila nak update, mana en3 baru?
errrkkk jap kita minum dulu....(bfast hari nie, sebiji lg dah kena ngap oleh mulut & gigi )
inilah en3 baru...

Saturday, March 21, 2009

mengintai Dalam Kesamaran

Dalam renungan mata di jendela
ada kata tanpa suara....
(autopublish)

Thursday, March 19, 2009

coti...

keja dah siap, aku mau coti... walupun aku bukan cikgu sekolah, murid sekolah aku mau meramaikn majlis kenduri sana sini.....

so... layan la gambar nie....


hehehe......
goreng pon sodap....

(apa motif ikan pekasam nie????????? saja nk tayang air tangan mak aku)

Wednesday, March 18, 2009

Jangan Di Tiru.. Dosa tak diampun Tuhan

dan janganlah kamu berputus asa dalam menggapai kurnia Allah, sesungguhnya yang berputus asa hanyalah kaum kafir sahaja'' - maksud surah Yusof : 78

a
s I jumped off the
building...

I saw the known loving couple in 10F is hitting each other


.... janganlah kamu membunuh dirimu, kerana Allah maha menyanyangimu'' - maksud surah An Nisaa : 28

Drpd Abu Hurairah ra katanya bahawa Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa bunuh diri dgn menggunakan sebilah besi, maka besi dalam genggaman tangannya itu kelak akan dia buat utk menusuk perutnya sendiri di dalam neraka jahanam selama2nya. Barangsiapa meneguk racun utk niat membunuh diri, maka dia kembali merasakan racun itu kelak di dalam neraka jahanam selama2nya.....(ila akhirul ayah)"[HR Bukhari, Muslim, An-Nasa'i dan at-Tirmidzi]


Tuesday, March 17, 2009

Di mana aku?

Bz, Bz, Bz.....
(ada 839 task ..... SS, FS,SF, FF)


Monday, March 16, 2009

0 km lagi nak sampai...

Apa benda nie? Ha ini la mercu tanda Kangar. Pagi Isnin yg terang benderang nie aku dah TAWAF benda nie... Mencari tempat parking untk mengunjungi CIMB Jalan Penjara, Kangar, Perlis. ( Tu... di belakang tembok tu) Kangar tak ada penjara tp ada JALAN PENJARA !!!!!

Dpat tmpat parking aku pun dgn semangat masuk utk menyelesaikn tugas2 khas aku tp dukacita dimaklumkan KPPK 11 (Dokumen Pengenalan Sementara) TAK SAH, TAK LAKU DIGUNAPAKAI. Aku diminta ke Jabatan Pendaftaran buat pengesahan. aDuhhhhhh nak gerak ke tmpt lain pulak..

Bergegas pula aku ke Bangunan Persekutuan. .. teruk oooo... Tunggu punya tunggu aku diminta masuk ke bilik VIP (VIP u.... ) & dimaklumkan KPPK 11 aku TIDAK boleh disahkan kerana Kad Pengenalan aku dah siap & telah dihantar ke JPN Kuala Muda. Bermulalah episod mendung aku, semuanya tertunda, tergantung tak dpt diselesaikn. PENAT, BUANG MASA......

.... >> Kredit kpd Sikelu utk gambar tu. Pernahkah anda terjumpa batu tanda spt ini? Sebenarnya batu tanda ini selalunya ditemui di hadapan PEJABAT POS. Kenapa di hadapan pejabat pos? Sbb dulu2 zaman tok nenek kita, zaman penjajah, zaman BATU bkn KM, jarak sesuatu tempat dikira berdasarkan jarak dari PEJABAT POS ke PEJABAT POS. So klu nk tahu dimana pusat bandar sesuatu tempat carilah batu tanda ini. SELAMAT MENCARI!

Saturday, March 14, 2009

Suatu Masa, Suatu Ketika

ini cerita lama, cerita dulu2 kala... masa aku tua2 dulu...

masa sekolah menengah aku tinggal dgn keluarga angkat, almaklum la rmh aku jauh nun di pendalaman, ulu deh kata org, dah la tu musim ujan banjir lak, tak leh g sekolah, kena time exam, susah .......

Keluarga angkat aku ada 5 org anak lelaki & semuanya telah berkerja. Mak angkat & bapa angkat aku bekas pegawai kerajaan tp sangat aktif dlm politik. Rumah kami berhampiran sekolah, tugas khas aku membantu mak angkat aku buat kuih utk di hantar ke kantin sekolah.

Kesibukan dlm politik menybbkn mak & bapak angkat aku sering menghadiri mesyuarat di luar daerah. Bila mak & bapa aku tiada di rumah anak ke4 seorng anggota TLDM di Lumut akan balik ke rumah kononnya utk menjenguk aku, selalunya dia akn balik bersama beberapa org kawan2 dia. Aku sebenarnya benci dgn perangai dia yg mengata2. Minta aku sediakn makan & minum utk kawan2 dia sambil berkaroke menyalak dlm rmh. Aku hanya mendiamkn diri & berkurung dlm bilik.

Suatu hari ketika mak & bapak angkat bermesyuarat di luar daerah, dia blk rmh dgn seorng perempuan cina. Katanya perempuan itu lari dr rmh & jd mangsa perbuatan jahat bapanya. Aku cuma memerhati mereka yg sepanjang hari berdua-duaan di dlm bilik smbil bergurau senda bergelak ketawa. Pagi itu mak angkat aku telepon bertanya khabar aku ceritakn segalanya. Bila dia tahu aku mengadu pd mak dia memangggil aku sambil marah2 tp aku cuma berdiam diri dlm bilik. Aku tak berani keluar bilik takut dia apa2 kn aku. Seketika kemudian aku tak dengar apa2 & rmh tu jadi sunyi sepi.

Rupa2 dia telah keluar rumah tp mengunci aku dari luar bilik, malah pintu utama jugak di kunci dr luar. Aku menangis seharian sendirian di dalam bilik sehingga malam. Nasib aku baik mlm itu anaknya yg ke5 balik bercuti & membukakn kunci itu.

Selpas tamat peperiksaan aku aku kembali semula pd keluarga ku & hanya sesekali saja aku menjenguk mereka. Mereka ingin menjodohkn aku dgn anaknya itu tp aku menolak dgn alasan ingin menyambung pelajaran. Aku tak mendendami dia cuma aku kecewa dgn sikap dia, aku menghormati mereka seperti keluarga aku sndiri. Aku tidak lg mengunjungi rmh itu selepas kedua mak & bapak angkat ku meninggal & aku tak pernh bertanya dimana & kemana dia sekrang.

Friday, March 13, 2009

Bukan Rezeki

org kata & aku kata
"buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali"
itu yg aku pegang dr dulu & selamanya
sbbnya sekali kita buat jahat akan teggelam semua kebaikan kita selama ini;
so... jgn mulakn kejahatan, sekali kita berbuat jahat akan berulang berkali2
sbb syaitan & iblis sntiasa meracuni...

itu tazkirah Jumaat..
ha tgk gambar nie... gambar nie aku snap masa tghhari, aku balik makan kat rmh. Masa tu buah mempelam belakang rmh aku masih bergayutan lg, aku ingat ahad nie aku nak kait buat jeruk, petangnya aku balik semuanya udah lesap.. dicuri...

Lahabau punya pencuri, klu kebulur sngat pun tinggal la sebijik dua utk aku mencicah ini sapu bersih, aku dah siap beli kuah rojak MakBee nie....... aku tanya jiran sebelah dia kata tghari td buah ada lg, yer la dia punya penyidai kain sebelah dgn pokok mempelam aku nie, dia bleh nampk buah bergayutan.

klu nak sangat ambik aje berapa byk yg nk, aku tak kisah, aku kasi free tp hormati la aku sebagai tuan empunya tuan rumah tuan tanah. (Kwsn belakang rmh aku sdh ditambun utk dijadikn tapak perumhn ini mgkin ini memudahkn kerja pencuri tu, aku tak fikir pekerja kontrak nie yg curi sbb kerja2 tu dah 2 minggu terhenti )

opssss maaap terlebih sudah... Jumaat yg indah moga mendapat berkat, aku halalkn...

Thursday, March 12, 2009

Terjumpa Nikon D90


Apa yg akan anda lakukan jika terjumpa Kamera
secantik & secanggih ini?
Kembalikan kpd tuannya ? (siapa tuannya)
Jual ? (Mahal ooooo...)

Minggu lepas sahabat yg tinggal di Langkawi terjumpa kamera ini. Di dalamnya mengandungi gambar2 penyertaan pemilik dalam sukan antarabangsa juga gambar2 pemilik bersama keluarga, isteri & anaknya. Gambar yg penuh kenangan & nostalgia....


Kamera ini telah dikembalikan kpd pemiliknya di Hong Kong, salah seorng peserta Ironman Langkawi. Alamatnya diperolehi melalui gambar borang penyertaan yg terdapat di dlm kamera tersebut dengan harapan dia akan datang lagi pada tahun hadapan.

uhhhh tak sempat aku nak melaram dgn kamera canggih tu...
cuma jd tukang pos aje..

Wednesday, March 11, 2009

Kata itu Kota

aku telah berjanji dengan rdhanz
so sekarang aku tunaikan janji ku
Let go...
sebelum tu Twist dulu...

1. What were you doing five years ago?
Kerja yg sama tp di ibu pejabat, penat tp enjoy tiap2 hari keluar opis jmpa client & pihak berkuasa, site inspection, site valuation, ronda & lepak (Jgn kasi tau boss yer).

2. What were 5 things you have to do on your list today?
i. Telan 2 x 600mg EPO
ii. Telan 1 biji 10mg centrize
iii. Mandikan pokok bunga (tengok semakin segar ia selepas dimandikn)
iv. Hantar email kat org kat Negara Pasir Berdengung
v. Download journal kat Scribl (Nanti dok saja2 leh baca)

3. What are 5 snacks that you enjoy?
i. Biskut Marie
ii. Biskut Mayat Cap Pinpong
iii. Kerepek ubi pedas
iv. Rempeyek
v. Waffer Bar

4. What are 5 jobs you've had?
i. Production Control kilang elektronik
ii. Pegawas Project Brutal sebuah sykt jurutera perunding : smpai sekarang
iii. Part time blogger
iv. Tukang masak utk diri sendiri
v. Pemandu peribadi utk diri sendiri

5. Tag 5 person and who are they?
i. Combi
ii. Iza Di Bintang
iii. IdaLara
iv. MasNurin
v. Ujie

Tuesday, March 10, 2009

Let Twist Goyang Gerudi

apapun kita goyang gerudi dulu...
let Twist...


Sabtu: Goyang Gerudi dgn Twister, my feberet drink. Kat Tesco murah botol besar tu berharga RM5.79 yg kecik RM1.90 tp kat The Store dgn Pacific RM8.90.. jauh beza tu. Aku selalu beli 2 botol... yg kecik bekalan semasa memandu. Masa kat kaunter ada kakak tu tanya 'Buy 1 Free 1 ker', issshhh buy 2 pay 2 la...

Ahad : Pagi g pejbt pos hantar bekalan kat kakak aku, isinya tunggu la dia buat en3.
Petang mesyuarat PIBG, kali per1 aku g mesyuarat PIBG sekolh nie. Dok diam2 aje almaklum la kita bukan selalu g mesyuarat, kebetulan tahun nie buat hari Ahad so leh la aku meramaikan majlis. Kecoh tu biasa la.. yg rajin bersuara memang rajin teramat sangat, yg malas mcm aku nie... jd pemerhati aja la. Spt biasa wanita melebihi lelaki.... siap bwk anak2.. issshhh ini la adegan yg tak sanggup aku lihat, dtng mesyuarat bwak anak. Chekgu2 tak leh ker buat peraturan "ini mesyuarat IBUBAPA & GURU bukannya IBUBAPA, GURU & MURID2"Isnin : Sambutan Maulidul Rasul kat Masjid di Kmpng. Anak Dara aku ambik bahagian dlm persembahan nasyid, jadi ketua kumpulan. Seronok gak program mcm nie tgk persembahan anak2 kecil dgn pelbagai ragam. Matlamatnya supaya mereka dekat dgn masjid.

Resah & Gelisah

Resah

Gelisah
...............


xdak mood nk buat en3!

Sunday, March 8, 2009

Purple Lagi...

Cuti kan.... aku pun tgh cuti tp blog nie aje tak mau bercuti..

nak tayang benda alah nie....Cantik tak? Sesuai tak digayakn dgn Boya Purple tu....
Nie Baju Kurang Pahang yg aku terbeli 2 3 bulan lepas & sehingga hari nie belum pakai lagi... Walupun saiz S tp rasa mcm saiz XL aje, besar gedebok... tak apa biar nampak berisi sikit kan..
Nie gara2 anak dara aku selalu ckp " mama, chikgu adik selalu pakai baju, kasut, tudung & hand beg sama colour, mama tak nak ka pakai mcm tu?"

Aku dtng keja pakai jeans & tshirt, bila masa nak bergaya feminin, anggun mcm tu. Bayngkn lah klu aku pakai anggun ayu mcm tu masuk site... ada pekerja kontrak yg tak leh tido la mlm nanti... ngeh 3x
ini rupa paras sebenar Boya Purple tu....

aku beli sbb ada less 50% klu tak aku nak pakai kurung tu dgn kasut boot aje... ok tak?



Friday, March 6, 2009

Tertangkap Buaya

Hari tu....
sebelum xsiden tu...
sebelum kejadian tu...
aku tertangkap sepasang seekor buaya
Bukan Buaya Darat, Buaya Tembaga
tak ada gigi, tak ada ekor
tp boleh berjalan....

tgk nie.....


Boya warna purple
size 5@36


....>> mesti SisLin jealous


pssstt...>> lepas nie nk g beli Ferrari pulak... vrooommmmmm

Thursday, March 5, 2009

Rezeki datang Golek2...

Pagi semalam : ada bekalan atas meja... 2 ketul bun kacang merah ..... Rezeki...
tinggal satu aje, satu lg dah kena ngap....

Tengahahari : main kontraktor ajak g lunch. Lokasi pilihan Restren Sarang Burung Jalan Pdang Besar, ada bubur pulut itam yg manis berkrim -yummy- ehhhh kat sini ada Jus Poligami tau....

Sesampai saja udah penuh, ada pelajar kolej berhampiran buat jamuan so berangkat Restren Tok Mek pula di Kwasan Empangan Timah Tasoh... jauh tu.. lebih kurang 30km. Makanan kat sini sedap, resepi turun termurun sejak 1959...

Tgh makan mereka tanya
"how far Padang Besar from here?"
" tak jauh, 15minit"
"Jom kita pergi..."

Yehaaaaaaa..... . g Padang Besar
Mereka belikan mempelam Tong Nam utk aku.. sedap.. manis. Toce, TocePagi2 nie pula HP cap ayam berkokok
"jom bfast"
ngeh3x rezeki jgn ditolak.. org nk blanja
"ko dok sumbat apa kat poket?
" Yer la aku mana ada wallet lg"
"lor... ptg nie aku nk g Bangkok, nanti aku cari kat ko, ko nak mcm mana"

Yehaaaaaa... org mengantuk disorong tilam, alang2 nk beli cari la yg ........... hehehe... namapun perempuan kan...

Wednesday, March 4, 2009

Free To Read!

sebenarnya aku mengidam kelaparan
Tomyam Gong Steamboat Seafood Kari Ikan Gulai Itik Nasi Ayam Pulut Ayam Kerabu Pelam Kerabu Kaki Ayam Masak Lemak Cili Api Sayur Lemak Kacang Salad Buah Pizza Hot RFC
Bihun Sup Bihun Soto Charkoteaw 1 tan mee mee udang mee kari Cendol Pulut Ais Kacang Puding Kastrd Puding Karemel Abuk2 Seri Muka kuih talam Pengat Labu pengat Pisang Cucur Kodok Cucur Bawang Cucur Badak Badak Berendam........... ....... ..............

Apa menu anda hari nie?
errrkkk ada sapa nk belanja tak
poket ku kekosongan...




psssttt ....>> aku msh belum membeli dompet utk mengantikn dompet yg dikebas tu sbb aku mash belum punyai apa2 kad... termsuk mykad, kertas sekeping tu ada la. Ada sapa2 nk menghadiahkn pd ku.

Tuesday, March 3, 2009

Rindu itu datang Tanpa Diundang, Cinta itu Hadir Tanpa Titik Akhir

Hari nie nk jawab TAG pasal Cinta dari Abang Long, pas2 nk rehat jap.
Ada apa dengan CINTA?

Ketika rmhtangga ku hancur pd thn 2000, aku bertekad utk hidup sndiri, membesarkn anak sendiri, berdiri di atas kaki sndiri. Hidup perlu diteruskn walau apa jua. Menyambung semula pelajaran sambil mengukuhkn kerjaya tanpa memberi seminit pun ruang utk bersendirian mengenang nasib. Seluruh tumpuan hanya pd kerjaya & anak2, ternyata tiada apa tergugut, pelajaran anak2 tetap sempurna, tetap terbaik. (br berumur 20-an dh jd single mom). Penceraiaan bukan berakhirnya kehidupan. ianya memberi ruang utk kita menilai kehidupan, memperbaiki kesilapan, mengukuhkn kehidupan. Aku cuba membunuh CINTA dr hidup ku, membiarkn masa berlalu pergi.

8 thn jatuh & bangun sndiri, CINTA itu datang lagi, ternyata aku tak mampu membunuhnya. Rindu itu datang walaupun tanpa diundang, CINTA itu hadir tanpa titik akhir.......
dan penyatuan ini, adalah penyatuan CINTA & KASIH SAYANG terasnya adalah pengajaran, kuncinya adalah persefahaman.

oppssss terlebih sudah................ Soalan tentang WARKAH CINTA

1. Bila kali pertama menerima WARKAH CINTA ?
Menerima sekeping kad dengan bahasa cinta,indah & puitis, membuatkn aku ter'angau' membacanya. Kad tu di pos kpd ku menggunakn alamat kolej tertulis nama penuh ku. Seorg jejaka India bernama VJ mencurahkn isi hatinya dgn penuh perasaan. Kesoknnnya aku menjejak VJ, rupa2 jejaka ini adalah secret admire sahabat baik ku, bukannya aku & dia tersilap nama.

2. Dalam WARKAH CINTA ada lirik lagu atau puisi atau pantun atau syair atau sajak ?
- semua ada..

3. Dalam sampul WARKAH CINTA, ada ditabur bedak atau haruman ?
- tiada

4. Masih disimpan semua WARKAH CINTA ?
- diserahkn kembali kepada pengirim

5. Ada disertakan gambar ?
- belum lagi kot...

6. Masih disimpan WARKAH CINTA itu didalam sampul asalnya ?
- mungkin pengirim itu telah membuangnya

7. Pernah dibaca selepas itu ? atau disimpan buat kenangan dan sebagai harta ?
- Tidak

8. Tarikh WARKAH CINTA pertama yang diterima ?
- tak pasti... lopa dah

9. Adakah sesiapa yang tahu tentang WARKAH CINTA anda ? Umpamanya anak atau saudara ?
- kad itu dihantar menggunakn alamat kolej, so ramai org tahu aku menerima kad, malah kecoh 1 kolej bila mereka tahu VJ tersilap orang.

10. Pendapat ANDA. Mana lebih mendebarkan ... antara Surat @ WARKAH CINTA atau emel atau sms ?
- warkah cinta la... romantik, boleh tulis beribu2 perkataan, dibaca dngan penuh emosi.


so abang long ... penuh ikhlas & jujur tugas ini dilaksanakan.

Monday, March 2, 2009

Dugaan Datang Lagi : Mungkin Ada Hikmah

Malang nasib ku setelah mengembara dgn Geng Upin & Ipin, aku kehilangan dompet yg mengadungi wang tunai RM9++, IC, lesen, kad plastik & kad ATM. Aku tak pasti ketika mana beg aku diseluk.. bila aku nak keluarkn wang utk bayar parking baru aku sedar, semua telah tiada....
Aku syak semuanya terjd di dlm lif. Aku membawa ank2 kecil sekecil 5 tahun, ketika berasak2 dlm lif aku tertumpu utk menjaga mereka agar tidak dihimpit.

Duit gaji aku utk bayar ansuran keta semuanya telah hangus....... sebenarnya aku jarang membw cash money sebyk tu entah mcm mana hari tu aku tak sempt ke Public Bank utk buat bayaran keta & kad plastik ku. Aku bercadang selepas menonton aku akan selesaiknya.

Setelah laporan polis siap aku ke JPN utk buat kad pengenalan baru, petang semuanya selesai aku tinggalkan Sungai Petani utk kembali ke Kangar dgn linangan air mata serta sedikit sumbangan drpd syarikat.

Sedih... teramat sedih....