Tuesday, April 15, 2008

Rumah Budi Badan Kebajikan Anak2 Yatim

Ini en3 aku yg terpanjang serta berwarna-warni walau apa pun... BACALAH DGN MATA HATI KERANA DI SITU HADIRNYA RASA SIMPATI SERTA KEINSAFAN DIRI!

Sabtu lepas aku dikejutkn dr mimpi seawal 5 pagi.Pkul 6 dah berada kat UUM, kononnya nak bergerak seawal 6.30 pagi tp hakikatnya pkul 7.30 baru bergerak. Sabar aja lah.....
Ha inilah DESTINASI kami

Sebenarnya aku join pelajar2 Kelab Seni Lukis UUM utk PROGRAM MELUKIS/WEWARNA SERTA LUKISAN MURAL. Kedatangan kami disambut mesra oleh Penyelia Rumah Budi iaitu ibu Arfah sambil diberi penerangan. Rumah budi ini menempat seramai 53 orang anak2 yatim miskin dr seluruh negeri kedah terdiri drpd 22 putera & 33 org puteri berumur antara 9 - 17 tahun, seramai 6 org anak yatim pula sedang melanjutkn pelajaran di luar spt di IPTA/IPTS, politeknik & pusat latihan kemahiran.

Ini adalah Rumah Budi yg asal merupakan kediaman bekas Pegawai Daerah Yan, sekarang bangunan itu telah dirobohkn & telah diganti dgn 2 blok asrama (putera & puteri), 1 blok dewan termasuk pejabat serta 1 blok pusat kegiatan pelajar & perpustakaan yg dikenali sebagai Anjung Budi.






sebahagian drpd anak2 yatim yg menyertai pertandingan melukis & mewarna

Peserta program sedang membuat persiapan utk lukisan mural


tekun menjalankn tugas

sebahagian drpd lukisan yg dihasilkn

seorg peserta sedang membacakn buku cerita kpd anak2

Selepas makan tghari anak2 yatim ini dibawa berkelah ke Reakrasi Titi Hayun yg terletak di kaki Gunung Jerai. Utk menjaga keselamatan anak2 setiap peserta program diamanahkan seorng @ 2 org anak yatim.


Tangga Kenari juga dikenali sebagai TANGGA SERIBU kerana mempunyai seribu anak tangga. (aku akan dtng lg utk mendakinya) hehehe..

Jejaka Macho & Putera Puteri harapan


Penasihat kelab sedang memerhati anak2 & pelajar2nya !

Program berakhir dgn acara penyampaian hadiah & sumbangan derma serta persembahan drpd anak2 yatim yg menyentuh hati & jiwa, malah ada peserta program menangis teresak2. Suasana sedih & pilu mengakhiri program, sebak & sayu meninggalkn rumah tersebut. Bayangknlah nasib anda bila anda ditmpt mereka...............

RUMAH BUDI INI MEMERLUKAN SUMBANGAN ANDA (04-4655208), ANAK2 DI SINI INGINKAN KASIH SAYANG ANDA, BANTULAH MEREKA!

2 comments:

Fizza said...

alamak titi hayun..dekat ngat ngan rumah...singgah ler bila lalu..hehe

kuIna said...

rmh kat tepi sg tu ker... cantik u rmh batu sungai...