Friday, January 25, 2008

Mandi Bunga & 'Flower Bach Remedies'

2 3 hari lepas sy terbaca kisah kakak sy kujie nak mandi bunga so sy terfikir tentang amalan masyarakat kita yang populur ini. Sekarang mandi bunga dah dipermodenankan di tawarkan di Spa, Sauna dan salun2 kecantikan disertai dengan pakej urut mengurut, solek menyolek. Bayar aja....

Sebenarnya mandi bunga berasal daripada kepercayaan lama dan masyur yang dipegang oleh orang Melayu. Mandi bunga dilakukan untuk mewangikan dan menyegarkannya badan tetapi kebiasaannya amalan ini dilakukkan dengan tujuan tertentu seperti menghilangkan sial dan sebagainya.

Mandi bunga memang merupakan ritual orang Melayu yang mempunyai unsur-unsur yang sudah tersinkretis antara kepercayaan Dinamisme, Hindu-Buddha dan ‘Popular Islam’.

Dinamisme ialah kepercayaan adanya ‘tenaga tak berperibadi’ dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda-benda hidup, perkataan yang diucap atau ditulis, dalam tanda-tanda yang dirakamkan dan sebagainya (O.K Rahmant S.H,1983:8). Dalam bidang antropologi, tenaga ini juga biasa disebut sebagai ‘mana’ dengan meminjam istilah rumpun suku Polynesia. Ia dikenali sebagai ‘sahala’ oleh orang Batak dan ‘kesakten’(kesaktian) oleh orang Jawa. Untuk orang Melayu, ‘mana’ dikenali sebagai ‘semangat’ (rujuk konsep ‘lemah semangat’ dan ‘kus semangat’). (Asal Usul Mandi Bunga Oleh Hazman Ibn Hassan Al-Arawi)
Di barat amalan ini dikenali sebagai 'Flower Bach Remedial'. Diasaskan oleh Dr. Edward Bach di England pada tahun 1930 an. Beliau seorang Pathlogist & bacteriologist doktor. Beliau berpendapat rawatan ubat-ubatan tidak menyembuhkan penyakit sepenuhnya. Beliau mempelajari hemeopathy & memperkenalkan hemepathic remedices dan seterusnya memperkembangkan 'Bach Flower Remedies' sebagai terapi utk emosi & fizikal.

Apa pun cara dan amalan konsepnya adalah sama dan bunga adalah bahan utama. Perbetulkan kalau saya tersilap tp sy suka melihat perkembangan bunga sebagi bahan terapi.

1 comment:

mama ranggie said...

amalan ni ade x lg dipraktik kan sekarang?