Friday, January 4, 2008

Story Of My Life ~ Berdikari

Perkara pertama yg perlu di buat bila berpisah ialah BERDIKARI. Berdiri di atas kaki sendiri dimana segalanya dilakukan sendiri dengan kekuatan diri, semangat dan tabah hati. Kekuatan ada dalam diri sendiri tak perlu di cari. Aku sendiri tak pasti dari mana kekuatan itu datang namun yg aku tahu aku kena kuat, aku perlu kuat dan kekuatan itu sajalah yg akan membela nasib ku. Syukur aku punya kerjaya sendiri walaupun gajinya tak seberapa.

Aku terpaksa berulang alik kerja dengan menaiki 3 bus, keluar rumah dengan bulan balik rumah dengan bulan. Siang dan malam tiada beza, namun aku tabah demi sesuap nasi. Dengan sedikit simpanan yg ada aku memiliki sebuah kenderaan sendiri, lesen memandu yg 10 tahun hanya diperbaharui setiap tahun dikeluarkan kembali. Aku kembali ke sekolah memandu walaupun telah memiliki lesen memandu. Hanya semangat mengatasi segalanya.

Menghadapi masyarakat amat menyedihkan. Masyarakat dan orang dikekeliling memandang keji, sinis dan hanya ingin tahu tanpa mempeduli. Seperti bangkai di tepi jalan.. mencari dr mana datang bau busuk itu, bila ditemui lalu pergi. Aku tak pernah peduli, bagi aku bangkai itu akan hilang baunya suatu hari, akan hilang rupanya bila masa berlalu pergi. Bagi ku hidup hanya sekali perlu dihargai, dugaaan akan datang berkali-kali, kena tempuhi. Alhamdulillah keluarga dan saudara sentiasa di sisi.

3 comments:

mama ranggie said...

hgn disesali takdir...

onak dan ranjau hanya sebagai rencah hidup...

mama sedih dgn ape yg berlaku padamu...

jika memerlukan seorang sahabat,email mama k!

mama juga seorang perempuan...

mama amat faham perasaan dan hati wanita...

teruskan kehidupan demi puterimu itu...

CresceNet said...

Gostei muito desse post e seu blog é muito interessante, vou passar por aqui sempre =) Depois dá uma passada lá no meu site, que é sobre o CresceNet, espero que goste. O endereço dele é http://www.provedorcrescenet.com . Um abraço.

f.i.f.t.h said...

kak...

wpun berat 2 bahu yg mnanggung tidak sama dgn berat sepasang mata yg memandang..

tapi saya paham penderitaan itu kerana diluar sana rame yg senasib ngn akak..

walaupun rencah yg berlainan tapi cara tue tetap sama..:)