Tuesday, September 30, 2008
Monday, September 29, 2008
en3 pra -raya
Esok raya ker?????????? aku masih bekerja la... tak byk sangat keja cuma nk gerakkn 'Rescue Team' yg akan stand by 24 jam selama cuti raya.

keluar dr rmh td kat simpng jln dah ada org jual daging..... syahdu ooooo... yer la org jual daging tepi jalan fresh termasuk kepala mcm tu bukan selalu, masa nk posa & masa nak raya aja ada. kat market ada la tiap2 hari tp situasi nya lain.
gaji lum masuk lagi la
aku nak settle ansuran keta & utang kad plastik dulu, al maklum la kg aku kat tmpt jin bertendang & berdendang tu mana ada bank nie, bakinya yg akan menentukan kemeriahan raya aku.. BONUS... memang la dah dpt pertengahan posa tu dh p tebus barang kat pajak gadai... nak lip lap lip lap raya nie, pastu p tunjuk2 kuih kat expo raya, tunjuk2 pn kena hulur jugak tau, ingat free ker. Pastu gatai kaki la p ronda2 supermarket.. kan ada sale 50%, 70% ,(100% x dak la pulak, kalau x tido kat situ aku) terpedaya lak pulak issshhhh inilah yg dikatakan manusia nie. Pastu p services G2 aku tu mana tau terlebih raya sampai kat Kulai.. beep, beepppp...

apa pun selamat hari raya ya... berhati2 dijalan raya. Jalanraya bukn tempat berlumba cuma laluan kereta (bukan keretapi). Pesanan khidmat masyarakat ini utk semua termasuk diriku sendiri. 1 lg nk pesan jimat2 la yer... nk tunggu ujung bulan pulak lambat ooooo...
kalau rindu ketuk ruangan komen yer sbb Kotak jerit akan dihentikn seketika.
(wlapn leh bertenet kat mana saja tp aku rasa raya setahun sekali nie perlu dinikmati brsama keluarga & adik beradik sebaiknya)

Thursday, September 25, 2008
E card

semlm p UUM ingat nak jumpa sorang awek ganu nak pesan kopok losong/lekor, masa sampai 2 dh nampak bus berderetan2 & manusia (student la no.... staff tak cuti lg yer) berduyun2, bila call aje awek tu ckp, " dlm bus dah akak, nak gerak dah nie!" alahai....
mesej yg nk disampaikan : aku tak suka pesan mulut tanpa hulur!
Monday, September 22, 2008
andainya ini ramadhan terakhir ku....
andai nya ini Ramadhan terakhir ku
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andainya ini Ramadhan terakhir ku
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andainya ini Ramadhan terakhir ku
tentu aku tak akan melupakan mereka yang tersayang
menyediakan batin dan zahir mempersiap diri...
rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan lorong-lorong ridha Ar-RahmanDuhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir ku
Inilah Ramadhan paling berarti... paling berseri...
menerangi kegelapan hati ku menyeru ke jalan ridha
serta kasih sayang Mu Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan ku
andai ini Ramadhan terakhir ku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH KU LAKUKAN.
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andainya ini Ramadhan terakhir ku
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andainya ini Ramadhan terakhir ku
tentu aku tak akan melupakan mereka yang tersayang
menyediakan batin dan zahir mempersiap diri...
rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan lorong-lorong ridha Ar-RahmanDuhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir ku
Inilah Ramadhan paling berarti... paling berseri...
menerangi kegelapan hati ku menyeru ke jalan ridha
serta kasih sayang Mu Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan ku
andai ini Ramadhan terakhir ku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH KU LAKUKAN.
(en3 kitar semula, moga tetap bermakna....)
Duit Raya..

aku dpt duit raya dr orng Kangar Bapa kepada si Atirah: sikelu ... toce, toce... (nk yg ori leh?) oleh kerana aku tak ada duit raya nak bagi so aku bagi sampul raya udah lah yer... pilih la yg mana berkenan, isinya taruh sendiri...

Saturday, September 20, 2008
Tragedi Biskut Mazola
cikgu bujang Bani Hassim tu buat en3 bersilat dgn mak dia buat biskut mazola... ehhh betui ker dia asst. mak dia... ko org caya ker.. entah2 dia tukang rasa aje....... hehehe...
Cerita tentang Biskut Mazola nie., aku teringat tragedi masa tua2 dula la... kita org buat kuih ramai2 termasuk la kakak aku tu... sukatan pakai cawan aje, tak main timbang gram@kilo, cawan pulak yg putih jernih.. so bila minyak mazola tu dituang dlm cawan yg jernih nampk kekuningan mcm air tea sabah, tea bunga ... dgn selamba rock aku mengambil cawan tersebut & men........
"minyak!"
tragedi itu jd kenangan sehingga kini...

Friday, September 19, 2008
Ilmu di dalam buku tidak luntur walaupun kulitnya kabur...
Semlm ronda2 Pekan Kangar... singgah 2 buah kedai buku.. ala... kangar tak ada POPOLUR tak ada MPH yg ada kedai kecik2 aje... buku yg dicari tiada so blk ke pejabat... hampa, kecewa....
aku beli buku nie.... walaupun agak ketinggalan & aku nak adiahkn kpd seseorng
tiba2 terlintas nak ke kedai buku online.... byk kedai buku online tp tempoh pesanan lama sangat... silap haribulan lepas raya baru boleh baca... then aku ke MPHONLINE.... menarik.... mcm2 buku ada... mcm dok kat kedai buku lak... tempoh penghantaran 3-5 hari aja, pembelian lebih drpd RM150 penghantaran percuma
aku beli buku nie.... walaupun agak ketinggalan & aku nak adiahkn kpd seseorng
eeemmm tak sabar tunggu En. Posmen ketuk pin2....
Thursday, September 18, 2008
Thursday, September 11, 2008
Wednesday, September 10, 2008
Tetamu Misteri
buat tetamu tu, IP anda aku dah detect ... sama setiap kali anda datang. Niat & tujuan anda aku pun tak tahu la kan tp apapun aku sambut aje lah, selamat datang, siapa nama, dr mana eehh tahu dr Sg. Petani & kalau muslim assalamualaikum, selamat berpuasa!
kesimpulannya... jgn meneka dlm kesamaran tp kalau sudah terang lalu bersuluh... pakai aje lampu suluh...
Tuesday, September 9, 2008
Minyak O Minyak...
Semlm aku g stesen minyak naik keta, yer la tak kan nek ketapi kot,
aku matikn enjin then p kaunter buat bayaran lepas tu aku kembali ke keta, start keta & terus jalan....
Tak sampai 1/2 kilometer lampu minyak tu menyala... baru aku perasan aku belum isi minyak...
hehe.. terpaksa la aku patah balik ke stesen minyak tu. Dengan muka poyo & selamba 3 kupang aku bg tau cashier tu... " ha... yg byar RM20 td yer?" " yer, yer, yer"

Tak sampai 1/2 kilometer lampu minyak tu menyala... baru aku perasan aku belum isi minyak...


apa dah jd?????????? dah nyanyuk ke aku, aku sendiri pn x tahu... HEHEHE



Monday, September 8, 2008
TraceMy IP
Nampak tak KUIH KAYU BURUK yg aku pamerkn kat area bwh blog nie, ha itulah RADAR yg aku gunakn utk mengesan pengunjung blog nie, melalui TRACING nie aku boleh kesan pengunjung blog termasuk IPnya. It FREE tp setahun aje.... hehehe. Nk cuba download aja kat sini : TraceMy IP.com. Dulu aku guna ExtremeTreaker tp udah di2tup utk rakyah Mesia. Fungsinya lebih kurang aja.
(pssstttt.... aku tak tahu sapa yg petik bunga ros aku tu, so aku gantikn dgn ribu2 ros merah yg lain lak, yg penting ros merah & aku suka!)
Saturday, September 6, 2008
Rezeki Ramadhan
Thursday, September 4, 2008
kehilangan mu aku tak menentu
kebelakangan kesihatan ku tak menentu
jiwa bercelaru, hati berkecamuk
resah, gelisah, gundah
sering kali aku tak memahami diri ku
cemburu dengan apa saja disekeliling ku
keliru....
aku kehilangan sesuatu
yang kusayangi, yang kuingini,
yang ku dambakan, yang ku impikan
menjadi penyeri kebahagian
menjadi ikatan kasih sayang perkhawinan
takdir mengatasi segalanya, aku pasrah
aku tak mampu menghalangnya
mungkin bukan rezeki ku,
dan aku hanya mampu terpaku
merenung hari-hari berlalu!

.......>> maaf klau aku jarang hapdet blog ini, tunggulah saat & ketika bila aku kembali tersenyum ria!
jiwa bercelaru, hati berkecamuk
resah, gelisah, gundah
sering kali aku tak memahami diri ku
cemburu dengan apa saja disekeliling ku
keliru....
aku kehilangan sesuatu
yang kusayangi, yang kuingini,
yang ku dambakan, yang ku impikan
menjadi penyeri kebahagian
menjadi ikatan kasih sayang perkhawinan
takdir mengatasi segalanya, aku pasrah
aku tak mampu menghalangnya
mungkin bukan rezeki ku,
dan aku hanya mampu terpaku
merenung hari-hari berlalu!

.......>> maaf klau aku jarang hapdet blog ini, tunggulah saat & ketika bila aku kembali tersenyum ria!
Aku Bukan Yg Terbaik
Aku bawa balik kotak2 ini utk kemas barang2 lama aku terutama buku2,
tiba2 ternampak makhluk tuhan nie...
maaf lah aku bukannya penjaga yg baik... so aku offer sesiapa yg sudi menjadi ibu angkat kpd makhluk tuhan nie email aku yer!
Monday, September 1, 2008
Semalam yg Suram Esok Yg Kelam
.jpg)
.jpg)
aku sebenarnya ingin menikmati keindahan ini di PANTAI
tapi hasrat tak KESAMPAIAN
namun aku bersyukur pada mu TUHAN
berkesempatan menikmatinya bersama PUTERA KU
dalam senja yg indah dan SURAM
dalam redup malam yg KELAM
rupa2nya mentari terus tenggelam dr HIDUPKU
bersama titik hitam KEHIDUPAN
meninggalkn aku meraba dalam KEGELAPAN
mencari jalan PULANG
mencari semula SINAR kebahagian.
ampun kn aku AYAH
ampun kn aku IBU
kiranya ini balasan mu terhadap DOSA KU!
Subscribe to:
Posts (Atom)