Thursday, July 31, 2008

Jacking Best Practice

hari nie nk cerita pasal keja. En3 bergambar, berwarna warni... hehehe

Salah satu method yg digunakn kat site aku adalah 'Jacking'. Kerja nie mcm kerja TENGGILING, mengorek, mengerudi di dlm tanah. Utk kerja nie 2 lubang (pit) dibina. Pengerudian akan dijalankan diantara 2 pit ini .

ini adalah kerja-kerja jacking paip yg kecik menggunakan 'clay pipe size 225mm'


Ini jacking bagi paip yg besar menggunakan RCJP 'Reinforcement Concrete Jacking Pipe'. Sizenya dr 450mm hingga ke 2100mm.


Ini adalah mata gerudi yg digunakan, mata gerudi ini berbeza mengikut jenis tanah. Tekanan digunakan utk menolak mesin ini ke receiving pit& tanah yg digerudi disalur keluar sebagai 'slurry'. (mcm bubur lambuk). Kadang kala mesin nie rosak dipertengahan jalan, tak smpat smpai ke 'receiving pit', oleh itu 'rescue pit' terpksa dibina bg mengeluarkn mesin utk repair... 'rescue pit' nie leceh... mungkin dok tgh2 jalan. huhuhu!
Teknologi nie lebih kurang mcm pembinaan 'Smart Tunnel' tp ST tu besar...



so... insterestd 2 b civil engineer... byk kusus kejuruteraan ditawarkan oleh universiti tempatan, peluang keja pun byk... berusaha yer adik2...

Tuesday, July 29, 2008

BlogCatalog

minggu lepas aku register Blogcatalog, 1 of blogger network community, unfortunately i received this notice :


uwaaaaa............. aku dah jd blogger lebih awal dr Tun M, lebih dulu dr Ali Rustam, terlebih sudah dr KhirToyo, dah ada 311 posts kat Bicara Santai, 30 posts kat Sentuhan Rohani, 18 post kat Nyanyian Hati.

alamak terlebih sudah!

Tag By Combi

Combi telah dipaksa oleh kakak aku Kujie, then dia paksa aku DLL pula.. Dgn ikhlas & rela hati aku jalankan tugas tersebut. Inilah My Lovely Family...


sapa2 yg rajin buat la tag nie...


(hr nie 2 en3.. pasal blogcatalog tu la...)

Monday, July 28, 2008

Motorsikal Patung (2)

ingat tak en3 Motorsikal Patung terdahulu. Semlm kreativiti itu telah membunuh. 2 nyawa telah melayang kerana terlalu kreatif. Ini kah bangsa kita, masyarakat kita, pemuda harapan bangsa . Sedih, terharu..

Takziah buat keluarga Mohd Borhan Baharuddin & Mohd Rizuan Awang Omar.

Friday, July 25, 2008

rest ...


i need rest
so tired .... !!



.... >> dunia berputar disekeliling ku tetapi tidak untuk ku...


aku dpt adiah
terlalu bernilai terlalu berharga
menyentuh hati mengusik jiwa
tak kan ku lupa sampai bila2...

Thursday, July 24, 2008

Makin Rendah Harga Diri Kita?


"seorng engineer aku memberitahu kawasan perumahannya mengalami gangguan bekalan air kerana pam di tangki utama dicuri "

aaaaa semakin tinggi harga barangan
semakin rendah harga diri.. !!!





kes kecurian harta awam semakin berluasa... dimana salahnya kita!




?
?
?

Wednesday, July 23, 2008

Kenali Diriku... Inilah Aku...

1. Bulan Kelahiran : JULAI

* Sangat suka didamping. * Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. * Agak pendiam kecuali dirangsang. * Ada harga dan maruah diri. * Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. * Mudah dipujuk dan bercakap lurus. * Sangat menjaga hati orang lain. * Sangat peramah. * Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. * Berjiwa sentimental. * Jarang berdendam. * Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. * Tidak suka benda remeh-temeh. * Membimbing cara fizikal dan mental. * Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. * Layanan yang serupa terhadap semua orang. * Tinggi daya simpati. * Pemerhatian yang tajam. * Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. * Mudah dan rajin belajar. * Suka muhasabah diri. * Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. * Suka mendiamkan diri. * Suka duduk di rumah. * Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. * Tidak agresif kecuali terpaksa. * Lemah dari segi kesihatan perut. * Mudah gemuk kalau tak kawal diet. * Minta disayangi. * Mudah terluka hati tapi lambat pulih. * Terlalu mengambil berat. * Rajin dalam membuat kerja.

ada yg betul, ada yang samar2 ada yang gelap sangat2.... hanya jauhari mengenal manikan!


2. Aku, Bantal & Tidur : Tidur tanpa Bantal

* memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego. (simpang malaikat 44)

__________________________________________________________aku nak bg adiah kat semua pengunjung blog nie...
ambek la sorang satu....




Tuesday, July 22, 2008

My Birthday...


terimakasih tuhan kerana masih
memberi aku kesempatan untuk
berdiri dan menyedut nafas ini
lagi....

Monday, July 21, 2008

Dugaan Kehidupan...

(Persiaran Jubli Emas Kangar)


Bila dipersimpangan, kita keliru memilih arah & haluan. Berhentilah seketika atau sementara waktu.

Pilihlah jalan yang dirasakan wajar. Mungkin kita tidak pasti apa di hadapan namun kita harus bersedia dengan segala kemungkinan. Berdoa pada tuhan moga dirahmati dan diberkati. Kita insan biasa, tiada yang sempurna hanya padanya kita berserah dan memohon rahmat dan hidayah.

ingat lah... dalam kehidupan, kita tak akan kemana2 kalau kekal pada suatu tempat, hidup adalah pembelajaran, kita harus melangkah kehadapan, cabaran dan dugaan pasti akan datang, sabarlah, itu ujian tuhan!



(semlm ikut hubby ke Univrsiti, ada majlis deklamsi puisi... begitu brsemangat mereka buat prsembhn tp aku terlena... butaseni betul aku!)

Saturday, July 19, 2008

Mari Merempit


vroommmmmmmmmmm




Life is not what it seems like!
epy wekend!

Thursday, July 17, 2008

Motorsikal Patung

ini adalah 3 buah motorsikal patung yg dirampas oleh polis traffic Kangar dlm 1 operasi. Unik & kreatif kan pengubahsuaian motor nie... sayangnya kretiviti ini hanya layak di pamerkn di balai polis!
i'm back!

maap ya kalau aku msh tak brkesemptn melwat blog kalian... nanti aku terjah yer!

Wednesday, July 16, 2008

Sumbangan RM67Billion


Petronas sumbang RM67 bilion kepada kerajaan

KUALA LUMPUR 15 Julai - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) menyumbangkan sebanyak RM67.6 bilion termasuk dividen khas sebanyak RM6 bilion kepada Kerajaan Persekutuan pada tahun ini.
berita selanjutnya ...

kemana yer sumbangan tu akan disalurkan!

Monday, July 14, 2008

Aku semakin lemah

aku bngun pg nie, kepala perpusing2, mata berpinar2, badan terasa sangat lemah namun aku gagahi jugak mandi & bersiap . Hr nie ada mesyurat penting, semua big2 boss & client akn turun. Aku perlu hadir. Semlman aku tidk menyentuh apa2 hidangan, terasa lapar namun setiap kali aku menjamah makanan semua terasa pahit & payau & santapn ku terhenti begitu saja.

Apapn aku akn cuba dgn kudrat yg ada, andainya blog ini terhenti dihapdet brmakna aku sudah tiada daya! Doakn utk aku ya!

khabarnya kontrak disini akn disambng lg ini bermakna aku akan mash disini utk setahun lg. Syukur. Papa tentu gembira kerana km tidk akn berjauhan.



.....>> aku rindukn papa, rindu serindu rindunya!

Saturday, July 12, 2008

Majlis Tilawah Al-Quran (akhir)

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke 51 telah berakhir.... Tahniah utk pasukan dr Perak yg menjadi Johan Keseluruhan (Qari & Qariah : En. Shahsul Ariffin & Sharifah Khasif Fadzilah). Sewaktu aku smpai keadaan susah sesak, dewan sudah penuh. Kasihan ada makcik2 yg datang dr Kepala Batas, Pulau Pinang terpaksa berdiri bersama-sama aku. Apa pun aku tabik kat makcik2 ini, dah 2 kali hadir w/pun terpaksa berdiri hanya utk memberi sokongan & menghayati Al-Quran.


Aku balik awal utk mengelak kesesakan ketika keluar, aku cm mendengar ucapn2 di radio & menyambung semula di kaca TV... hehehe....

persembahan nasyid kmpulan Utama UUM

Kumpulan Nasyid dr Kolej Universiti Isaniah (KUIN), seorng pserta kmpulan ini adalah Juara Akademi Al-Quran Anjran TV9 iaitu Fakrol Radzi.

Pasukan nasyid dr Sg. Petani (Nama kumplan aku lupa)


(akhir tdk semestinya tiada lg.... aku tahu apa yg akan datang lg..............)

Friday, July 11, 2008

Daily Blogger

huhuhu.. pg2 combi dtng ketuk pin2 ajak p rmh dia... ingat kot nak ajak b'fast ker, buat jamuan ker apa ker, rupa2 nk bagi anugerah nie.... toce, toce....

so award ini aku nak sampaikn kepada yg tersenarai moga terus rajin menghapdet blog...

syam ...>> udah pakai domain sendiri u, kelas gitu...
ezad ...>> sdng mencari damai dihati
AlongArman ...>> kontrak keja disambung lagi... leh la selalu blogging lg
yonna ...>> anak dara nie.. asyik jenjalan aje
GreatTeacherBaniHashim ...>> cikgu blues
Alissara ...>> Amoi Bidayuh yg tgh tnggu pinangan
sultan ...>> hatinya selalu suka
kamezain ...>> tgh semangat brblogging sbb rmh dicat baru
kelat ...>> hilang mana tah 2 3 hari nie
kamato ...>> pakar roti canai Jerman (?)
kailan ...>> spaya dpt tambah koleksi botol
mamaranggie ...>> tgh bz 2
adry ...>> w/pun br kehilangan ibu trsyng pd 8/7/08 tetap tenang..

sebenarnya aku nk bg kat semua blogger tp lenguh dah tangan menaip..

Lawan Orang Ke 3

aku terjmpa artikel nie, menarik untuk di kongsi bersama. Rupa2nya terdapat peruntukan undang2 untuk melawan orng ke 3 yang menghantui, menggangu rumahtangga seseorng iaitu Akta Kesalahan Jenayah Syariah Seksyen 36, 37 & 38.

Org ke 3 yg dimaksudkn ialah lelaki atau perempuan yang menggugat perkahwinan dan rumahtangga anda dan pasangan anda yg tiada pertalian perkahwinan. Berdasarkan Akta ini sesiapa saja yg menjd penhalang hubungan bahagia anda dan pasangan and boleh didakwa dan dibicara.

Caranya dengan mengemukakan aduan ke Unit Penguatkuasa & Pendakwaan Mahkamah Syariah beserta bukti2 spt gambar, bil telepon, sms atau apa saja. Aduan akan diselidiki & jika berkaitan pertududhan & pendakwaan akan dilakukan.

so.... kepada mereka yg berhasrat menggugat kebahagian org lain berhati2lah ya...!!!


terima kasih :
SuzanaGhazali
MW Bil 1284

Thursday, July 10, 2008

Souvenier

semlm dpt beg nie... patut la pun dok tanya bila nak balik HQ, "kau dh merajuk dah ke........"


mari tgk isi kandungun...
huhuhu terharu dgn ingatan uols....
tq kengkawan.... erkkkk ada lg tak?

Wednesday, July 9, 2008

Tengok tu.........


tengok 2 .................
c kakak & c adik sdang merayap di alam siber
huhuhu...

Esok adalah harapan


Berdiri....
pandanglah ke hadapan, lihatlah dunia yang luas terbentang, masa depan yang gemilang dan esok yang penuh harapan.

binalah impian, binalah keyakinan, tetapkan azam... melangkahlah dengan keimanan, ketakwaan.

masa silam adalah kenangan, rentetan warna dan ragam kehidupan, mungkin sukar untuk dilupakan namun perjalanan hidup kita menuju ke hadapan, bukan ke belakang, yang lepas jadikan teladan, jadikan sempadan.

Hidup adalah pembelajaran!




pssstttt.... setiap org ada masa silam, manis, pahit, masam, tawar, hitam, putih, kelabu kita perlu tinggalkan utk menuju ke hadapan.

Tuesday, July 8, 2008

Blog Muzik


Aku ada buat blog baru untuk myHubby (hehehe dia pun nk jd blogger gak), blog ini akn berkisar kpd seni muzik & xtvt seni dia, so kalau ada sapa2 nk belajar teori muzik, main muzik apa saja alat muzik terutama saxophone boleh la....

dia nk abadikn pengalamn lebih 20 thn bermain muzik & mengajar muzik dlm blog tu, nanti aku bg link blog tu yer..... sabar .....

Realiti nya : aku yg butaseni nie pun kena jadi guru muzik gak.... ahak, ahak!

Berakhir bab pertama


Sebnrnya aku nk ikut serta ke majlis tersebut tp hubby call bg tau, org terlalu ramai, kemungkinan aku sukar mendapt tmpt letak kereta atau mugkin terpaksa berada diluar dewan. Dia & pelajar2 telah berada di dewan itu sejak awal pagi. Aku akur & hanya menonton di TV aje. Aku sms dia
" tak best la tgk kat TV, tak feel, tak meriah"

Seleps perasmian tu hubby call aku
"mcm mana?"
"tahniah, apapun bab pertama dah berakhir"


ya, mereka akn meneruskn latihan utk persembahan berikutnya, persembahan selingan dan persembahan utk majlis penutup. 6 jam sehari, kadang kala lebih dan sehingga lewat malam. Aku memang tidk terlibat tp aku menunggu kepulangan dia.


Monday, July 7, 2008

Raptai Penuh Majlis Tilawah Al-Quran Ke 51

Ini en3 bergambar, semlm aku ke Raptai Penuh Majlis Tilawah Al-Quran ke 51 di Dewan Wawasan Jitra, Kedah. Dah beberapa hari pelajar2 berkampng di dewan tersebut. Jangan lupa siaran langsung malam nie di RTM1.

ini pasukan pemuzik
persembahan pantomin
kumpulan nasyid
anak2 dara yg gedik comel

teruna macho
ruang pameran di luar dewan

pemilik blog & hubby
v7

Sunday, July 6, 2008

Bfast di Sintok Lunch Di Pdng Besar Dinner di Kangar

Pg semlm aku, myhubby dan tetamu kami dr Melaka ke Padang Besar utk berjumpa seseorng disana, tak sempat ronda2 sbb hubby perlu balik cepat. Lepas makan tghari kita balik ikut h/way melalui ladang tebu yg luas menghijau. Sampai kat Unv. terus hantar tetamu check in kat University Inn dan terus bergegas ke Dewan Wawasan Jitra untuk rehearsl majlis Tilawah.
v7
Aku sememangnya telah dikenali oleh pelajar2 dia, staff2 yg lain malah bis boss dia pn telah mengenali aku , sambil menunggu majlis berlangsung aku pok pek pok pek dgn pelajr2nya, byk cerita, sesekali hubby menjeling... hehehe. Aku memang sdah rapat & mesra dgn pelajr2nya sbb itu aku tak jemu menemani hubby kemana saja serta ikut serta dlm semua programnya.
v7
Pkul 7 baru semuanya selesai... PENAT... taklah aku bahagia menemani dia kemana saja. Seblum balik semua peserta diberikn pakaian utk majlis tersebut, cantik... p'puan akan memakai baju kurung biru & lelaki baju melayu siap dgn sampin songket biru... esk aku paprkn gambar kesegakan dan kecantikan mereka.
v7

Smpai di rmh hubby ckp "hu hebat yer kita... bfast kat Sintok, lunch kat Padang Besar, Dinner kat Kangar"
v7

Hr nie akan berlangsung raptai penuh majlis tersebut... tunggu pic & cerita terbaru.



psssttt en3 nie tak ada pic... cuma icon gedik2 santai aje!
huhuhu... aku cuma seorng 'TUKANG CUCI' , tp aku bangga bila hubby tak pernah malu mengaku aku isterinya di hadapan kengkawan & pelajar dia...