Tuesday, July 1, 2008

Nafas Terakhir Dia Dipangkuan Ku

entah mengapa sjk 2 3 hr nie aku betul2 rindukn dia... aku teringat dia.

adik ku dilahirkn cacat... , itu takdir tuhan, kami menerima dgn tabah. Membesar sbgai OKU memerlukan pengorbanan & ketabahan seluruh isi keluarga. Seluruh hidupnya perlu diurus, perlu dibantu, emak byk berkorban utk dia. Dia tak mengerti apa2, dia tak minta dilahirkn sebegitu rupa.

22 tahun hidup dia, segala makan, minum, pakai dan buang semua perlu dibantu, perlu diurus. Dia tak mampu bercakap atau berkata2, dunianya hanya di atas katil, merengkok dan sesekali dia mengensut2 perlahan2 turun itupun ketika dia hendak kebilik air. Kami meletakkn katil tmpt baring dia bersebelahan bilik air. Hanya itu yg mampu dilakukannya, syukur walaupun dia tdk mampu membersihkn diri sndiri sekurng-kurangnya dia mampu mengensot2 ke bilik air, dia hanya mampu berdiri apabila berpaut pd kolah & dia akan berada dibilik air selagi tdk dibersihkn. Papa membina bilik khas utk dia menggunakn wang bantuan Jabatan Kebajikn Masyrakat yg diterimanya setiap bulan tp, kipas siling telah dipasang cuma air belum disambungkn.

Hari terakhir dia... adalah hari pertunangan adik ke3 aku. Dia cuma demam selsema. Entah mengapa aku tak sampai hati nak ikut serta. Bapa menyewa sebuah kereta, driver tu berkata kat aku "dah ada kereta sendiri nak disewakn lg kenapa" aku cuma ckap aku tak sampai hati nk tingglkn adik aku yg sedang demam, biarlh mak, ayah & jiran2 saja yg pergi uruskn.
Tengahri tu ketika aku sibuk mengemas rumah dia turun dr katilnya & terlentang di atas lantai simen, aku mengangkat dia semula ke atas katil & kembali menyambung semula kerja2. Bila aku nampak dia turun semula aku cuba mengangkat dia lagi, tp waktu tu aku dapati seluruh badannya pucat & kesejukan, tangan & kakinya sudah lembik, nafasnya berada dikerongkong, aku cuma mampu memangku dia & itulah nafas terakhir dia dipangkuan ku.....

Aku tak mampu berkata2, aku memanggil adik p'puan ku & meminta dia memberitahu jiran dan aku menghubungi adik beradik yg lain, siapa yg ada... hanya seorng tua, yg lain ikut serta dlm rombongan meminang adik aku. Aku ke masjid memberitahu iman, syukur mereka br lepas sembahyang zohor. Jiran2 semua berkumpul membantu dimana perlu, aku serahkn semuanya pd iman serta jiran tetangga. Pak iman meminta keputusn ku utk pengkebumian & lokasi.

Emak, ayah & adik beradik sampai setelah kubur siap digali & dia hampir siap dikafankn....
Sesungguhnya Tuhan sayangkn dia......

6 comments:

Tie said...

Salam ziarah. Sayu rasanya bila Tie baca kisah kuina. Tak tahu nak kata apa. Semoga dia aman di sana...

Kujie said...

tarikh itu 14hb February

Ezad said...

takziah
tuhan ada perancanganNya. Dia lebih tau

MindHeartBodySoul said...

Salam Jentayu...

Sya sayu... rasa 'sesuatu' yg menyentuh kalbu bila baca entry ini.


Saya ada adik lelaki down syndrome lahir tahun 1985.Cakap tak boleh. Tak faham apa yg diperkatakan org. Banyak keupayaan yang dia kurang.

Dalam peristiwa Cik Jentayu...
Allah lebih sayangkan dia.
Wujudnya dia sebagai dugaan & kenangan untuk dikongsi segala macam ragam peristiwa.


Sesungguhnya kita ini belum tentu seorang ahli syurga.
Tapi golongan seperti ini sudah dijamin syurga bagi mereka. Terlalu istimewa.

Moga Cik Jentayu tabah & tenang.
Masanya sudah dijanjikan.

Hi5 said...

Alfatihah.Tahziah...Allah maha
berkuasa menentukannya.hanya titisan
airmata tanda kasih dan sayangnya kita.semuga rohnya dirahmati ALLAH Amin.

Jentayutiara said...

salam semua..
Tie, Sis Kujie, Ezad, mindhearbodysoul & hi5 ....>> tuhan sayangkn, mgkin kehidupn dialam itu lebh baik bg dia. Alfatehah.