Tuesday, March 18, 2008

sakit hati, jiwa lara

terlalu byk yg perlu aku hadapi 2 3 hari nie... semuanya kisah sedih....

semlm blog aku dikunjungi oleh seseorng dr Sg Petani yg dtng menggunakn IP 124.13.222.188. Dia telah meninggalkn komen yg menyentuh hati & perasaan ku, komen keperibadian namun gagal menggugat kebahagian & kesetiaan ku. Maaf ya kawan2 sy terpaksa menapis setiap komen skarang, sy jg trpaksa remove shoutbox. Sila tinggalkn link anda atau komen anda kerana komen2 tersebut sy link dgn mailbox sy. Terima kasih saudari Wana@Zyma semoga tuhan terus merestui anda & semoga tuhan membuka hati anda utk menerima hakikat jodoh pertemuan di tangan tuhan.

artikel ini sy copy dr blog mysis & sy tujukan khas buat saudari wana@zyma, semoga ziarah anda kali ini diberkati :

Janganlah sakit hati melihat orang lain bahagia kerana dia bahagia bukan atas derita kita - itu namanya hati yang berpenyakit lebih bahaya dari jangkitan HIV. Hati itu dapat hidup dan mati, boleh sakit juga sihat.

Antara penyakit hati :
  • Irihati -Sifat yang tidak senang akan rezeki dan nikmat yang didapat oleh orang lain dan berusaha untuk menyainginya. Dalam ajaran agama iri dalam hal berbuat kebajikan dibolehkan.

  • Dengki - Dengki adalah sikap tidak senang melihat orang lain bahagia dan berusaha untuk menghilangkan nikmat tersebut.

  • Hasut / Provokasi - Selalu berusaha mempengaruhi orang lain agar kemarahan orang tersebut meluap dengan tujuan agar dapat memecah belah persatuan dan tali persaudaraan agar timbul permusuhan dan kebencian antara sesama.

  • Fitnah - Fitnah adalah suatu kegiatan yang menimbulkan permusuhan tanpa bukti yang kuat.

  • Buruk sangka - Sifat yang curiga atau menyangka orang lain berbuat buruk tanpa disertai bukti yang jelas.

  • Khianat - Sikap tidak bertanggungjawab atau mungkir atas amanah atau kepercayaan yang telah diserahkan kepadanya.
Cemburu, irihati dan dengki adalah musuh hidup manusia dan akan meracuni hati. Irihati akan muncul setiap saat kerana kita cenderung untuk membandingkan diri kita dengan orang lain. Setiap orang sebenarnya memiliki hidupnya sendiri. Setiap orang memiliki proses dan jalannya masing², jadi tidak adil bila saling membandingkan diri.

Perkara kedua yg sy hadapi semlm ialah berita tentang Lia yg terlantar di hospital kerana pembedahan mengandung luar rahim. Sy masih terbyang keseronokn Lia bila memaparkn berita yg beliau telah mengandung (saat indah) setelah bertahun2 menunggu. Buat Lia bersabarlah menempuh dugaan ini.

Perkara ke tiga : Pg td aku dikejutkn dgn kematian teman lelaki sahabat ku, pkul 12 semlm teman lelakinya menghantar dia ke rmh kami, rasanya waktu itu mereka baru lepas bergaduh @ berselisih faham. Kemalangan itu hanya selepas 10 minit dia keluar dr rumah ku, dlm perjlnan pulang ke rmhnya. 'Die on the sport' kerana melanggar pokok, mungkin memandu laju dgn tekanan perasaan. Aku mengenali teman lelaki w/pun tidak begitu rapat. Sahabat ini selalu menumpang di rmh ku selepas keluar dgn teman lelakinya. Dia msh di rmh ku, masih trauma & masih kebingungan. Tak sampai hati aku nak tingglkn dia pg tadi. Aku terpaksa kerana hr ini aku terlibat dlm audit ISO2000. Alfatehah buat Syed & buat Ayu terimalah hakikat ini & bersabarlah.

4 comments:

Jie said...

semoga semua org mendapat pengajaran...saudari wana@zyma juga.

Hidup kita singkat...kalau kita berdoaa pada Allah, kita ada masa 24jam untuk memohon ampun dan maaf tetapi sekiranya kita menyakiti manusia yang lain....adalah kita berpelung kali ke 2 atau di lain kali untuk memohon maaf?

Innalilahi Wa Innailaihi rajioon ...al fatihah.

berita terbaru ttg Lia, dia dah sedar...aku mgkn esok kalau abg p Serdang nak melawat..tp tak leh janji la pula...anak2 dah sekolah ni.

mama ranggie said...

sape lah tu...

takziah buat ayu...sabar lah..sesungguhnya tuhan amat menyanyangi temannya itu...

dan buat lia,takziah jua...

TedungS said...

manusia kalau tk hasad dengki, bukan manusia namanya tu

alin said...

sgt xphm dgn org yg ade prasaan dengki n iri ati....

yg pasti nye org mcm tu die kurang kaseh syg sbnr nye.... :)

byk2 la bersabar dgn segala dugaan yg dtg...sumenye bkn utk mematahkan semangat tp utk mengingatkan kite spy sentiasa menikmati dan berhati2 dlm melangkah ats bumi tuhan ni.....


salam kenal dr alin.... :p