Monday, November 12, 2007

Gadis Misteri Malam Hari

Pukul 12.30p.m mimpiku terganggu dgn deringan telefon.....
"ina nk minta tolong sikit"
"ha... apanya...??? mata belum terbuka sepenuhnya....
"nak tumpangkan seseorg kat rmh ina"
"Siapa?"
"Adik student abg"
"kenapa"
"Dia dah brhenti keja kat KL nk jumpa abgnya tp abgnya dah balik Indonesia, skrangkan student tgh bercuti, budak p'puan x kan nk biarkan sndirian lepak kat stesen bus"
"aaaaaaaaaaa ok." aku kembali menyambung mimpi yg tergendala

Kebetulan bilik belakang rumah aku masih kosong, belum berpenghuni kecuali cicak, lipas & nyamuk. Hampir pkul 1.30 mereka tiba, gadis kecil itu diperkenalkn sbgai ANN. Aku x dpt melelapkn mata sehingga dinihari memikirkn kemana nk kutumpangkn dia bila kami keluar bekerja nanti sementara menunggu abgnya kembali mungkin seminggu lg.

Pkul 6.30 a.m. aku mengetuk telinga seorng kakak yg aku kenali disini. Ring, ring, ring......... Beliau mempunyai gerai mkn & aku rasa itulah tmpat yg sesuai utk aku tmptkan gadis kecil itu. Dia bersetuju membantu dan kebetulan pembantu kedainya telah berhenti, moga2 gadis kecil ini boleh membantu kerja di gerainya.

Aku menunggunya didpn gerainya sehingga pkl 9.15... aaaa kemana dia, aku kesuntukan masa, aku perlu ke pejabat dan menghadiri mesyuarat pd pukul 10.00. Uhhhh....... lantas aku mengambil keputusan utk balik ke rmh dan tingglkan gadis kecil yg baru ku kenali kurang drpd 6 jam di rmh sahaja dengan penuh kecurigaan, dengan doa, dengan tawakal.

Dengan nama tuhan aku berdoa, moga gadis kecil yg baru ku kenali ini menghargai apa yg aku lakukkan, tidak menganiyai aku dan niat ku....

berdoalah.......

No comments: