INGIN bergembira namun wang dalam saku tidak begitu mengizinkan anda berbuat demikian? Situasi seperti ini sering membuatkan kebanyakan kita buntu dan akhirnya mengambil jalan mudah dengan tidur atau menonton televisyen saja sepanjang hari. Kebanyakan perkara, khususnya yang berbentuk hiburan kini sebahagian besarnya menuntut penggunaan wang. Usah gusar. Masih ada aktiviti yang boleh anda lakukan tanpa perlu mengeluarkan belanja besar. Lebih menarik, ia mungkin percuma. Aktiviti menggembirakan yang belanjanya minimum atau percuma saja.
- Bersiar-siar di kompleks beli-belah Walaupun tidak membeli apa-apa, sekurang-kurangnya anda dapat 'mencuci mata' melihat-lihat barangan yang diminati atau diidam-idamkan selama ini. Sambil bersiar-siar melihat barangan, anda juga dapat meninjau kalau-kalau ada barangan yang berkenan di hati dan boleh merancang untuk memilikinya bila sudah mempunyai dana atau pada karnival beli-belah nanti. (aku suka ini tp Kangar mana ada shopping Kompleks.. ada 1 aja)
- Selain aktiviti 'window shopping' ini, anda juga boleh menonton acara hiburan yang kadangkala diadakan kompleks membeli-belah untuk menghiburkan pengunjung.
- Bersembang dengan teman, keluarga atau saudara-mara terutamanya yang sudah lama tidak berjumpa. Waktu membosankan seperti ini, ada baiknya jika anda menghubungi keluarga atau teman dan berbual dengan mereka. Mungkin banyak cerita baru yang ingin mereka kongsi atau mahu anda luahkan kepada mereka. Selain mengeratkan lagi perhubungan, setidak-tidaknya terisi juga waktu lapang anda itu. Untuk berhubung, tidak semestinya anda perlu menggunakan talian telefon yang pastinya menelan belanja. Anda boleh menggunakan kemudahan Internet untuk chat, e-mel atau telefon menerusi Internet jika orang yang ingin dihubungi mempunyai akses serupa.
- Membaca di perpustakaan atau kedai buku : Terdapat banyak bahan bacaan sama ada buku atau majalah yang boleh anda belek di kedai buku atau perpustakaan. Anda boleh memilih bahan bacaan mengikut mood anda, sama ada novel, biografi, majalah santai atau jika ingin menambah pengetahuan, pilihlah bahan bacaan yang berilmiah namun tidak begitu 'sarat' dan tidak menuntut anda untuk berfikir terlalu mendalam.
- Bersiar-siar di taman rekreasi. Cara ini memberi anda peluang merehatkan minda dengan menikmati kehijauan semula jadi di taman rekreasi. Ajaklah beberapa teman yang boleh berbual bersama-sama sambil berjalan-jalan di situ. Nyata, ia bukan saja dapat merehatkan fikiran, pada masa yang sama juga dapat mengeluarkan peluh dan menyihatkan tubuh badan. Jika tidak pun, anda dan teman boleh duduk berborak saja di bangku menghadap ketenangan pemandangan tasik di taman rekreasi berkenaan.
- Mengunjungi pameran di muzium Ada muzium yang tidak mengenakan bayaran kepada pengunjung. Jika ada bayaran masuk pun, kadar bayarannya adalah rendah. Tidak semua pameran di muzium bercirikan bahan bersejarah kerana ada juga yang menganjurkan pameran berkonsep kontemporari yang menarik dan menyalurkan maklumat pada masa sama.
- Bersiar-siar dengan memandu kereta Dengan baki minyak dalam tangki kereta yang ada (jika hendak memandu jauh, boleh ditambah), pandulah kenderaan anda ke kawasan yang suasananya mendamaikan dengan rimbunan pepohon hijau sambil memasang alunan muzik yang menyejukkan halwa telinga. Pastikan juga kawasan yang ingin anda lalui itu bukan kawasan trafik yang sibuk. (Ini yang aku selalu buat)
- Nikmati pemandangan bandar dari tempat tinggi Di Kuala Lumpur misalnya, ada beberapa kawasan bukit dijadikan kawasan tumpuan warga kota yang ingin menikmati pemandangan luas Kuala Lumpur. Lebih menarik lagi jika ada datang pada waktu malam kerana panoramanya ibarat lautan lampu yang terbentang luas. Bawa juga sedikit makanan ringan yang boleh mengalas perut apabila lapar. (jd burung hantu)
- Tayangan filem percuma Sesetengah panggung wayang kerap menganjurkan tayangan filem luar negara secara percuma yang selalunya berlangsung kira-kira seminggu. Jangan lepaskan peluang sebegini kerana inilah masanya anda menikmati hiburan percuma menonton filem berkualiti dari luar negara. Kalau perlu mengeluarkan belanja pun, mungkin untuk makanan ringan yang ingin dinikmati dalam panggung.
- Tonton VCD atau DVD Jika anda ingin menonton filem namun keberatan untuk keluar rumah, beratur mendapatkan tiket, apa lagi mengeluarkan sejumlah wang bagi tujuan berkenaan, ada alternatif untuk anda. Apa kata anda tonton saja VCD atau DVD filem yang sudah lama tersimpan dalam koleksi anda? Anda boleh juga meminjamnya daripada rakan atau menonton di komputer selepas memuat turunnya dari Internet.
- Jamuan 'pot luck' Jemput beberapa teman ke jamuan kecil-kecilan di rumah anda. Makanannya? Anda sediakan beberapa hidangan mudah dan minta juga mereka bawa makanan yang mereka sediakan sendiri.
- Masak hidangan ringkas Jika tidak mahu mengajak teman ke rumah, anda boleh juga mengasah bakat memasak anda dengan menyediakan hidangan ringkas yang memerlukan bahan sedia ada dalam kabinet atau peti sejuk di dapur rumah anda. Jangan kecewa andainya masakan anda tidak menjadi. Sekurang-kurangnya anda tahu apa kelemahan anda dalam bab memasak ini. Kalau masakan itu menjadi dan lazat, anda pasti kenyang dan matlamat untuk gembira sudah tercapai bukan?
- Menghias rumah atau laman Tidak perlu kerja mengemas yang berat. Cukup dengan mengubah serba-sedikit susun atur perabot di ruang tamu, kamar tidur atau laman di depan rumah anda. Gubahan bunga juga suatu idea yang baik. Suasana baru kediaman anda itu pasti membangkitkan mood segar dan menggembirakan.
- Lokasi memori Kunjungi semula kawasan yang dapat mengingatkan anda kepada memori silam yang indah seperti kawasan rumah anda yang lama, sekolah lama atau tempat permainan ketika zaman kanak-kanak dulu. Selain dapat meninjau perubahan yang ada, setidak-tidaknya memori ini tidak luput dari ingatan anda. (uhhhhh tangkap syahdu... luka lama berdarah kembali)
- Gambar kreatif Jika anda mempunyai perisian menyunting gambar dalam komputer, serlahkan bakat kreatif anda ke atas koleksi foto yang sudah diimbas, sama ada merubah warna, latar belakang atau membuat sedikit nukilan kata-kata ke atasnya.
- Kunjungi pusat penjagaan haiwan Pencinta haiwan tentunya sukakan aktiviti ini. Kebanyakan pusat penjagaan haiwan sememangnya mengalu-alukan kedatangan anda untuk membantu mereka menguruskan dan 'melayan' haiwan peliharaan yang ada di tempat mereka. Beri makan, mandikan atau bermain dengan haiwan comel ini pastinya membuatkan anda lupa sejenak masalah yang bersarang di fikiran.
Happy Week End...............
aku keja la.... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa
No comments:
Post a Comment