Wednesday, May 30, 2007

Makna di sebalik awalan nama

A - Menggambarkan seseorang itu bijak (it me!!!!!)
B - Berpengaruh ke atas diri orang lain dan mengutamakan material
C - Mudah terikut-ikut tapi jujur dalam persahabatan
D - Kamu seorang yang gugup
E - Kamu sebenarnya seorang yang suka cari pasal dengan orang lain
F - Kamu pandai berdikari dan tidak suka bergantung pada orang lain
G - Seorang yang rajin dan bekerja keras untuk hidup
H - Mengutamakan keceria dan kagembiraan dalam hidup
I - Setiasa perlukan perhatian orang lain
J - Tak sukar untuk berurusan dengan orang yang sempoi
K- Kamu ni jenis yang lembut hati dan tak suka simpan dendam
L - Sering menarik perhatian orang yang berlainan jantina
M - Agak kaku tetapi mampu menjadi ketua yang baik
N - Sanggup menghadapi apa juga rintangan dalam mengejar impian dan cita-cita
O - Suka menyendiri
Q - tak suka dedahkan diri kepada orang lain dan lebih suka hidup misteri
R - Kamu seorang yang kuat bekerja
S - berpendirian kukuh dan bersemagat
T - Romantis orangnya
U - Seorang yang pendiam dan agak sukar berkomunikasi dengan kamu
V - Kadangkala sikapnya sering disalah anggap
W - Agak lambat bertindak tapi tetap akan lakukannya
X - Sabar teliti dan tekun
Y - Pintar dan mampu pengaruhi orang lain
Z - Sukar untuk dinilai perlakuan mereka

Monday, May 28, 2007

Waist Trimmmmmmmmer

Gemuk dan buncit masalah utama perempuan. Tanya kepada semua perempuan kat dunia nie semua tak nak. Perut adalah tempat utama berkumpulnya lemak dan toksid. Untuk mengawalnya rajin-rajin lah mengamalkan senaman bahagian perut (baring & bangun) dan makan banyak sayuran, buah2an serta fiber. Aku walaupun kerap berjogging dan mendaki terasa jugak sebab aku jarang jaga makan... main belasah aja.

Minggu lepas bila aku balik kampung anak gadis ku tegur " kenapa mama pakai benda nie?" "mama tak mau perut mama buncit" " ooooo.... perut Mak Nyang buncit sebab tak pakai benda nie lah ya?" issshhhh berdegup jantung ku... Mak Nyang yang dimaksudkan adalah jiran sebelah rumah yang sedang mengandung 6 bulan......



Wednesday, May 23, 2007

Successful Formula

A small truth to make our Life 100% successful..........

If
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z =
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26
Then H+A+R+D+W+O+R+K = 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
K+N+O+W+L+E+D+G+E = 11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%
L+O+V+E=12+15+22+5=54%
L+U+C+K = 12+21+3+11 = 47% (None of them makes 100%) ...............................
Then what makes 100% Is it Money? ..... No!!!!! Leadership? ...... NO!!!! Every problem has a solution, only if we perhaps change our "ATTITUDE".

It is OUR ATTITUDE towards Life and Work that makes OUR Life 100% Successful.. A+T+T+I+T+U+D+E = 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100 Just 4 u

Monday, May 21, 2007

Gunung Keriang

Kecewa tidak dapat mendaki Bukit Wai aku mengubah haluan ke Gunung Keriang. Dari Kuala Perlis aku menyusuri sepanjang pantai ke Sungai Baru dan terus ke Simpang Empat, jalan utama Kangar-Alor Setar.


(sawah padi di kaki gunung & gambar anak buah dan wani berlatarbelakang gunung keriang)
Gunung Keriang terletak lebih kurang 38 Km dari Kangar. Sebuah gunung batu kapur yang dikelilingi sawah padi. Hanya 12km dari bandar Alor Setar. Berhampiran kaki gunung ini terdapat Muzium Padi salah satu destinasi pelancungan yang menarik di Kedah dan sebuah pusat Akuatik yang menjadi medan sukan air semasa SUKMA tahun lepas.

Di kaki Gunung Keriang terdapat ramai peniaga menjual batu-batu kristal dan batu idup (eemmm) kepercayaan orang cina katanya ada feng shui. (Nasihat aku kepada sesiapa yang membeli batu idup nie jangan siram dengan air paip sebab mengandungi klorin gunakan air mineral). Tapi bukan itu yang aku cari. Aku mencari trek atau laluan ke puncak. Ha... terdapat laluan khas atau tangga yang dibina sehingga ke puncak. Kata peniaga di kaki gunung tu, tangga tu melebihi seribu anak tangga dan terdapat beberapa pondok persinggahan disepanjang laluan itu. WOW..... kerana sudah lewat petang aku membatalkan dulu program ini. Aku akan datang lagi!!!!!

Jom Mendaki .... Bukit Wai

Ahad cuti... 10.00 pagi..sedang berehat setelah penat menyapu embun di puncak Bukit Lagi Hp aku berbunyi... "ina pkul 3.30 ke Bukit Wai di Kuala Perlis, nak ikut jom"... menarik , aku belum pernah sampai lagi kata orang agak mencabar.



Kuala Perlis terkenal dengan jeti ke Pulau Langkawi , perkampungan nelayan dan Laksa Kuala Perlis. Sedap sehingga menjilat sudu... (maaf kalau ada yang mengidam). Terdapat sebuah bukit batu kapur di sana yang dikenali Bukit Kubu. Untuk ke puncak kita hanya perlu mendaki tangga yang dibina khas. Tak la tinggi sangat. Maaf terlupa nak menghitung tangga tu. Tapi aku lebih berminat untuk mendaki Bukit Wai.

Pukul 4 kami dah sampai di kaki Bukit Wai. Hutan....Bukit ini tak la tinggi sangat, diselaputi hutan dan semak samun, di kaki bukit terdapat kawasan perkuburan cina dan dusun buah-buahan... tidak ada trek khas untuk ke puncak sebab itu kami memerlukan jurupandu yang biasa mendaki. maaf tiada gambar nak dipaparkan sebab aku tak bawa kemera.

malangnya jurupandu yang dijanjikan tidak dapat datang... uuwaaaaa... Tak apa aku akan datang lagi!!!!!!!

Friday, May 18, 2007

17 May 2007

Semalam cuti umum di negeri Perlis sempena ulangtahun keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail yang ke 64. Daulat Tuanku!


Di Perak pula, Kuala Kangsar Bandar Diraja berlangsung majlis perkahwinan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan Zara Salim... meriah...

Aku........... emmmmmm pukul 7.30 pagi aku sudah menyapu embun di puncak Dakian Kasih Bukit Lagi. Inilah aktiviti ku ketika cuti di Perlis. Tenang, damai, indah, udara yang segar di puncak dan pemandangan waktu pagi mengasyikkan. Dari puncak boleh nampak seluruh bandar Kangar. Aku suka tengok matahari waktu pagi... berkilau di sebalik kabus...

Tengahhari aku buat tahi mata... berapa kilo aku tak tahu... petang aku mendaki lagi.... tengok matahari terbenam pulak...

Aktiviti macam nie memenatkan tapi menyihatkan... tak percaya... jom ikut aku..




Wednesday, May 16, 2007

Hari IBU, Hari GURU

Jumaat - 11hb ku terima panggilan dari my girl...
"ma, mama nak balik esok belikan hadiah ya, untuk hari guru."
Sabtu -12hb, satu lagi panggilan...
"ma, ma belikan 3 hadiah ya... "
3 hadiah yang tak seberapa... aku minta dia balutkan sendiri.... sambil membalut .. sambil menyanyi dia berbisik..
" ma, kalau boleh adik nak bagi hadiah kat semua cikgu adik la, adik sayang semua cikgu...."
alhamdulillah..syukur.. dia dah pandai menilai.
"adik... hadiah nie tak seberapa tau, kalau adik sayang cikgu adik kena selalu ingat jasa cikgu, hormat cikgu, ikut nasihat dan belajar rajin-rajin."
"ma... esok hari ibu, adik nak bagi hadiah kat mama juga..."
"kat mana adik dapat duit nak beli hadiah?'
"ala adik minta la dari Wan, balik sekolah adik ajak Wan p kedai beli hadiah untuk mama ya!"
(Ahad adalah hari persekolahan di Kedah)
"mama tak minta hadiah, kalau adik sayang mama adik belajar rajin-rajin, adik jaga mama nanti"
"ok, nanti kalau adik dah jadi doktor adik beli hadiah yang best untuk mama dan adik jaga mama ya"
Sayang sekali, aku tak dapat melihat hadiah yang dijanjikan kerana aku terpaksa pulang ke Kangar menaiki bus pukul 2 petang namun aku bangga gadis kecil ku sudah pandai menghargai aku sebagai ibunya dan gurunya sebagi pendidik.

Friday, May 11, 2007

iNiLaH aKu Ku

Aku tak pandai menulis

tapi aku pandai 'Copy & Paste'

bunyinya sama

bezanya hanya pada nama!

Aku tak pandai mengira

tapi aku pandai kira-kira

kira wang kira harta

dan main mata!

Aku tak pandai menyanyi

tapi aku pandai menghalusi

memahami setiap bait kata

mendodoi dalam irama mesra!

Aku tak pandai memuji

tapi aku tahu menghargai

setiap titik peluh jatuh kebumi

itulah bekal nasi kami!

Wednesday, May 9, 2007

LiFe..


Life is not a party we are hoping for......
but since we are here.....
we might as well dance...

Tuesday, May 8, 2007

You are SPECIAL!


Happiness keeps You Sweet,
Trials keep You Strong,
Sorrows keep You Human,
Failures keeps You Humble,
Success keeps You Glowing,
But Only God keeps You Going!
You are so special!


Monday, May 7, 2007

Dari kamar ini...

Cuti hari minggu kadang2 membosankan..... dari kamar ini ku memandang keluar.... ini yang ku nampak.....


sesuatu yang indah dari balconi rumah ku... home sweat home!!!!

Friday, May 4, 2007

Saman


Aku kena saman semalam gara-gara kelaparan tengah malam, itupun hanya 20m dari rumah. Masa kena tahan polis tu minta IC dan lesen memandu serta suruh aku tekan brek.... buat biasa aja.... pastu dia tanya aku tahu apa kesalahan, aku cakap tak.... selamba aja...

"lampu brek ke3 kak long tak menyala"
"saya tak tahu encik"
"macam mana awak bawa kereta awak tak tahu?"
"saya bawa kereta pandang depan encik bukan tengok belakang!"

Dengan selamba dan bergaya aku sign autograf...

"terima kasih encik"
"kenapa?"
"sebab bagi tahu saya lampu brek tu tak menyala
kalau tak ada orang bagi tahu sampai bila-bila pun saya tak tahu!"


Thursday, May 3, 2007

Cara Ikat Tali Kasut

Menarik untuk dikongsi bersama....