Monday, May 21, 2007

Gunung Keriang

Kecewa tidak dapat mendaki Bukit Wai aku mengubah haluan ke Gunung Keriang. Dari Kuala Perlis aku menyusuri sepanjang pantai ke Sungai Baru dan terus ke Simpang Empat, jalan utama Kangar-Alor Setar.


(sawah padi di kaki gunung & gambar anak buah dan wani berlatarbelakang gunung keriang)
Gunung Keriang terletak lebih kurang 38 Km dari Kangar. Sebuah gunung batu kapur yang dikelilingi sawah padi. Hanya 12km dari bandar Alor Setar. Berhampiran kaki gunung ini terdapat Muzium Padi salah satu destinasi pelancungan yang menarik di Kedah dan sebuah pusat Akuatik yang menjadi medan sukan air semasa SUKMA tahun lepas.

Di kaki Gunung Keriang terdapat ramai peniaga menjual batu-batu kristal dan batu idup (eemmm) kepercayaan orang cina katanya ada feng shui. (Nasihat aku kepada sesiapa yang membeli batu idup nie jangan siram dengan air paip sebab mengandungi klorin gunakan air mineral). Tapi bukan itu yang aku cari. Aku mencari trek atau laluan ke puncak. Ha... terdapat laluan khas atau tangga yang dibina sehingga ke puncak. Kata peniaga di kaki gunung tu, tangga tu melebihi seribu anak tangga dan terdapat beberapa pondok persinggahan disepanjang laluan itu. WOW..... kerana sudah lewat petang aku membatalkan dulu program ini. Aku akan datang lagi!!!!!

No comments: