Friday, May 18, 2007

17 May 2007

Semalam cuti umum di negeri Perlis sempena ulangtahun keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail yang ke 64. Daulat Tuanku!


Di Perak pula, Kuala Kangsar Bandar Diraja berlangsung majlis perkahwinan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan Zara Salim... meriah...

Aku........... emmmmmm pukul 7.30 pagi aku sudah menyapu embun di puncak Dakian Kasih Bukit Lagi. Inilah aktiviti ku ketika cuti di Perlis. Tenang, damai, indah, udara yang segar di puncak dan pemandangan waktu pagi mengasyikkan. Dari puncak boleh nampak seluruh bandar Kangar. Aku suka tengok matahari waktu pagi... berkilau di sebalik kabus...

Tengahhari aku buat tahi mata... berapa kilo aku tak tahu... petang aku mendaki lagi.... tengok matahari terbenam pulak...

Aktiviti macam nie memenatkan tapi menyihatkan... tak percaya... jom ikut aku..




No comments: