"ma, mama nak balik esok belikan hadiah ya, untuk hari guru."
Sabtu -12hb, satu lagi panggilan..."ma, ma belikan 3 hadiah ya... "
3 hadiah yang tak seberapa... aku minta dia balutkan sendiri.... sambil membalut .. sambil menyanyi dia berbisik..
3 hadiah yang tak seberapa... aku minta dia balutkan sendiri.... sambil membalut .. sambil menyanyi dia berbisik..
" ma, kalau boleh adik nak bagi hadiah kat semua cikgu adik la, adik sayang semua cikgu...."
alhamdulillah..syukur.. dia dah pandai menilai."adik... hadiah nie tak seberapa tau, kalau adik sayang cikgu adik kena selalu ingat jasa cikgu, hormat cikgu, ikut nasihat dan belajar rajin-rajin."
"ma... esok hari ibu, adik nak bagi hadiah kat mama juga..."
"kat mana adik dapat duit nak beli hadiah?'
"ala adik minta la dari Wan, balik sekolah adik ajak Wan p kedai beli hadiah untuk mama ya!"
(Ahad adalah hari persekolahan di Kedah)"mama tak minta hadiah, kalau adik sayang mama adik belajar rajin-rajin, adik jaga mama nanti"
"ok, nanti kalau adik dah jadi doktor adik beli hadiah yang best untuk mama dan adik jaga mama ya"
Sayang sekali, aku tak dapat melihat hadiah yang dijanjikan kerana aku terpaksa pulang ke Kangar menaiki bus pukul 2 petang namun aku bangga gadis kecil ku sudah pandai menghargai aku sebagai ibunya dan gurunya sebagi pendidik.
No comments:
Post a Comment