Wednesday, June 20, 2007

BUNGA DITENGAH KUMBANG


Sejak kebelakangan nie aku tak berapa sihat, mungkin perubahan cuaca. Walauapapun aku masih terus bekerja dan bekerja kerana itu amanah, itu tanggungjawab.
Site aku pulak makin banyak masalah, kalau masalah teknikal, masalah kejuruteraan sedang la nak settle tapi ini masalah kemanusiaan bilamana ego menguasai diri, kerja dan peribadi dicampuraduk... huruhara jadinya. Aku paling benci manusia yang ego dan bongkak, yang selalu lupa diri...... . 'Tuhan jauhi diriku dari sifat2 sebegini!'
Aku bukan baru dalam bidang ini, dah bertahun dah tetapi aku masih ingin belajar dan akan terus belajar.Aku ingin kutip ilmu dari setiap orang yang berada disekeliling ku, aku ingin mengenal setiap lapisan manusia disekeliling ku sebab itu kadang2 aku merendah, kadang2 aku meninggi. Aku dah biasa menjadi BUNGA DI TENGAH KUMBANG.... ini bidang pembinaan, kerjasama kumpulan adalah penting menyiapkan projek, bidang yang mencabar dan mendewasakan aku . Ini lah kehidupan dimana kita perlu saling berkerjasama, saling menghormati . Semakin banyak aku belajar aku rasa diri ini semakin kerdil.. ohhhh tuhan berkatilah hambamu ini.....

No comments: