Sekeping kad yang penuh bermakna, yang menyatakan isi hatinya walaupun tersimpan lama. Bertarikh 13 May hanya dapat diberikan padaku pada9 Jun. Seperti coretan ku yang terdahulu aku tak sempat menunggu hadiah itu kerana terpaksa kembali ke tempat kerja. Masih tersimpan kemas seperti mana dia menyimpan kad harijadinya tahun lepas.
Sempena ulangtahun kelahirannya aku belikan dia sebuah basikal. Mak kata aku terlalu manjakan dia. Dia cuma ada aku dan aku cuma ada dia..... buah hati bonda!
No comments:
Post a Comment