Friday, July 17, 2009

Tambang Naik .... Hujan Turun


KUALA LUMPUR: Kadar tambang lapan pengangkutan awam meningkat antara 2 sen hingga RM6.33 di Semenanjung, manakala di Sabah (2 sen hingga RM31.70) dan Sarawak (1.2 sen hingga RM2), berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Kenaikan itu diluluskan Kabinet pada 17 Jun lalu berikutan peningkatan kos operasi perkhidmatan berkenaan. Kali terakhir kadar tambang bas ekspres, bas henti-henti, teksi dan kereta sewa dinaikkan pada Mei 2005, manakala bas sekolah pada April 2006.

bila aku teliti garis panduan dan langkah penambahbaikkan aku teruja untuk mempersoalkan beberapa perkara, yang peliknya perkara nie sebenarnya hanyalah perkara asas yang dah ada sekian lama...
  • Pemandu ke2 ... >> itu bukan dah ada sekian lama dah cuma penguatkuasaannya aja yang tiada.
  • Bus express tanpa hawa dingin ...>> ello bapak menteri keta lembu pun ada econ dah skarang tau!
  • Program latihan & etika ...>> nampak sangat pemandu kita tak beretika sampai kena ada prgram khas.
  • Data pemandu & rekod ... >> bila ada eksiden baru tahu pemandu ada rekod.. apa kelas punya rekod bila terhantuk baru mengadah!
  • Gaji minima pemandu ...>> rasanya tak tak ada pemandu dapat gaji hari kecuali pemandu lori.. betul tak abg din?
  • Pengikat kelajuan ....>>> bukankah sistem kotak hitam dah lama diperkenalkan?
selepas nie apa lagi... naik naik naik.... hujan aja yg turun...
(tgh menghitung tambang dari Jb ke Kangar.... fuhhhhh klu dah puluh2 tu ikan sekilo pun boleh beli dah nie.... )

21 comments:

biru said...

yang naik adalah naik angin, naik marah heheheh

=P

Anonymous said...

Mujurlah anak2 Tie gi sekolah jalan kaki je... basikal ada tapi mereka malas guna sebab kena heret bila sampai sekolah, hu hu...

ONE ZABA said...

penguatkuasaan kita ni spesis tak serik-serik dan jenis pahat.

Tijah said...

kalu la msia ni tak panas...dah lama sy pegi pasar nek beskal jer...huhuhu

Jard The Great said...

ahaha.. naik angin.. lawak ar first komen..

julietchun said...

tambang naik tapi tahap perkhidmatan dok tang tu gak.

MrsMama said...

Rasa nak pindah kuar dari mesia.Dok sini asyik nak naik angin jer.

IMANSHAH said...

Mas..pindah ramai2 jom..tapi Malaysia negara terbaik..

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

ELOK LAH KALAU NAIK SEKALI GANDA TAMBANG BAS TU, KITA KENA KESIAN KAT TAUKE BESAR PENGUSAHA BAS YANG TAK DAPAT TAMBAH LEBIH KEKAYAAN.

BIARKAN MEREKA MAKAN SEAFOOD, KITA RELA MAKAN SIPUT.

SEBAGAI HAMBA RAKYAT YANG HINA, TAAT DAN SETIA, KITA PERLU BERKORBAN APA SAHAJA DEMI MENYENANGKAN MEREKA.

JANGAN NAIK ANGIN. JANGAN NAIK MINYAK. ITU DERHAKA NAMA NYA..

ain said...

inilah malaysia!!

Dearie Pearls said...

"selepas nie apa lagi... naik naik naik.... hujan aja yg turun..."

kreatif ar.
hehe..

tambang naik, kasilah rakyat banyak duit.
Jangan sumer naik tapi rakyat kesempitan hidup..

Dee said...

maleh dh nk komen..sib baik tmbg monorail x naik lg..kalo x..aku bakar monorail tu..cewah..emo lak..hehehe..

Bro Framestone said...

pe lagi yg naik... sume naik malas la....

out of topic--> ok kak...dah add kat Ym n email

Diamilikku said...

lepas nih harus ada report barang2 naik harga..walaupun takde kaitan dengan kenaikan tambang kannnnn

attyfir said...

ni nak naik hangin nie..

Yunus Badawi said...

Aku nak jadi tauke bas lah pulak. If you can't beat them join them.

Abg Din said...

pening la semuanya naik...ni yg buat abgdin kerja tak henti-henti...

Syah Shah said...

tambang naik, rege barang naik, semua naik... tapi gaji tak naik-naik... alahai...

echah_syed said...

ape hal ko pulak yg NAIK darah..!!!

cool.. satgi gula dlm darah pun NAIK..kekeke :p

TokNabe said...

Silap KuIna..... hujan pun jarang2 baru turun.

Anonymous said...

pi mai pi mai tang tu jugak owhh..emm..!!!