Saturday, March 14, 2009

Suatu Masa, Suatu Ketika

ini cerita lama, cerita dulu2 kala... masa aku tua2 dulu...

masa sekolah menengah aku tinggal dgn keluarga angkat, almaklum la rmh aku jauh nun di pendalaman, ulu deh kata org, dah la tu musim ujan banjir lak, tak leh g sekolah, kena time exam, susah .......

Keluarga angkat aku ada 5 org anak lelaki & semuanya telah berkerja. Mak angkat & bapa angkat aku bekas pegawai kerajaan tp sangat aktif dlm politik. Rumah kami berhampiran sekolah, tugas khas aku membantu mak angkat aku buat kuih utk di hantar ke kantin sekolah.

Kesibukan dlm politik menybbkn mak & bapak angkat aku sering menghadiri mesyuarat di luar daerah. Bila mak & bapa aku tiada di rumah anak ke4 seorng anggota TLDM di Lumut akan balik ke rumah kononnya utk menjenguk aku, selalunya dia akn balik bersama beberapa org kawan2 dia. Aku sebenarnya benci dgn perangai dia yg mengata2. Minta aku sediakn makan & minum utk kawan2 dia sambil berkaroke menyalak dlm rmh. Aku hanya mendiamkn diri & berkurung dlm bilik.

Suatu hari ketika mak & bapak angkat bermesyuarat di luar daerah, dia blk rmh dgn seorng perempuan cina. Katanya perempuan itu lari dr rmh & jd mangsa perbuatan jahat bapanya. Aku cuma memerhati mereka yg sepanjang hari berdua-duaan di dlm bilik smbil bergurau senda bergelak ketawa. Pagi itu mak angkat aku telepon bertanya khabar aku ceritakn segalanya. Bila dia tahu aku mengadu pd mak dia memangggil aku sambil marah2 tp aku cuma berdiam diri dlm bilik. Aku tak berani keluar bilik takut dia apa2 kn aku. Seketika kemudian aku tak dengar apa2 & rmh tu jadi sunyi sepi.

Rupa2 dia telah keluar rumah tp mengunci aku dari luar bilik, malah pintu utama jugak di kunci dr luar. Aku menangis seharian sendirian di dalam bilik sehingga malam. Nasib aku baik mlm itu anaknya yg ke5 balik bercuti & membukakn kunci itu.

Selpas tamat peperiksaan aku aku kembali semula pd keluarga ku & hanya sesekali saja aku menjenguk mereka. Mereka ingin menjodohkn aku dgn anaknya itu tp aku menolak dgn alasan ingin menyambung pelajaran. Aku tak mendendami dia cuma aku kecewa dgn sikap dia, aku menghormati mereka seperti keluarga aku sndiri. Aku tidak lg mengunjungi rmh itu selepas kedua mak & bapak angkat ku meninggal & aku tak pernh bertanya dimana & kemana dia sekrang.

10 comments:

~Cinta Cukulet~ said...

huhu..nasib baik bukan jodoh akak dgn dia..kalau tak asyik kena kunci je

Yunus Badawi said...

Inilah kalau emak bapak sentiasa sibuk. Anak2 terbiar.

attyfir said...

nasib ko tak kawen ngn anak diaorg.dan nasib anak2 diaorg takde buat perkara tak elok pd ko..ate anaknya ramai lelaki..

ain said...

nasib baik x kawin kan. Tapiii, klu kawin rasa2nya dia blh berubh tak??
sorry ye..soalan maut gitu!

SRISUFI said...

Kasihan anak2 itu. Semacam drama TV, entah2 lebih teruk yg berlaku di alam nyata kan akak.

Neeza Shahril said...

kalau lah neeza kena kurung, nangis la jawabnya..
napelah diorang tu jadi cam tu yek..
kiranya tu dah lama lah jugak kan..
dah ada parents yang teramatlah busy ya..

UnGu VioLet said...

salam kak.. ada tag untuk akak.. nnt dtg yer kat teratak mar... slm syg..

Tie said...

Pengalaman yang perit, kan....

Mujurlah kuina selamat...

chekgu Bani Hassim said...

haah, mcm drama je kak...
ape2pun, past is past...
semoga semuanya lebih baik lepas nih..

Rumah Kuning said...

nasib baik dia hanya menguncikan bilik dan pintu rumah.
Dan nasib baik tak jadi kawin dgn dia.
Nasib baik juga dia hanya keluarga angkat.
Apa pun, Alhamdulillah semuanya selamat.