Wednesday, December 24, 2008

Tanah O Tanah

2 3 minggu lepas kerja2 di tapak agak perlahan & ada yg terpaksa dihentikan seketika. Masalahnya ialah bantahan pemilik tanah apabila kerja-kerja melalui tanah mereka. Aku memang tak suka kerja-kerja melalui private land nie byk songel, byk kerenah nk kena layan. Lebih sanggup tukar design.

Kes pertama yg terpaksa di hadapi ialah seorng makcik yg enggan membenarkan kerja-kerja melalui kawasan hadapan rmh nya dgn alasan tanah itu milik dia. Jadi dengan selamba rock aku ckp......

"betul rumah makcik atas tanah makcik tapi pagar nie atas rezab jalan, tanah kerajaan bukan tanah makcik"

kes kedua yg terpaksa dihadapi di suatu kawasan taman perumahan, pemiliknya enggan membenarkan kerja-kerja melalui kawasan rumahnya dengan alasan tanah itu milik dia. So dgn selamba kita tanya dia ...

" jika betul tanah nie milik pakcik, kenapa pakcik tak bina rumah sampai kat atas jalan nie?"

BRUTAL ker aku???????? aku hanya menjalankan tugas..........................

(bekerja dgn org awam perlu byk toleransi tp ada kalanya mencabar kestabilan emosi & minda) no more

16 comments:

Teman2 Sekalian said...

kena banyak sabo kan yang... adoi laaa

Neeza Shahril said...

kwang kwang kwang... memang nampak brutal! hehee..
tapi, dah tugas. Nak buat camana.. at least orang tak robohkan rumah dia dah cukup baik kan..

Abang Long said...

Yang penting, jalankan tugas dengan amanah.

Bak kata orang Melaka. HATI MAU BAIK BE ...

Tirana said...

Kerja yang melibatkan individu lain memang mencabar kerana mereka tidak seperti kita...

Lina said...

sy kagum ngan akak ni...boleh ceburi bidang mencabar camni..mmg dugaan kalo keje jlnkan projek.mcm2dugaan nak kena hadapi, kena tegas dan kena betul2 tahan telingakan? keje mcm ni kena "brutal"kan diri. kdg2 takde cabaran dlm keje tu yg buatkan kita rasa excited...

naz ilyn said...

Salam...

memang betul2 mencabar... apa lagi kalau berurusan dengan makcik2 yang dah berusia emas ni... maklumlah dia dah duduk kat tanah tu bertahun2(kes ceroboh takde geran)malah berpuluh2 tahun...

p/s: berlaku ditampat saya...

Tie said...

Hi hi..

Memang susah bila kerja dgn ni. Sebab tu kak tie suka kerja kat lab dulu. Tak payah nak cakap banyak. hihi...

MrsMama said...

hehehe tak bruttal. Mungkin orang dengar macam kasar tapi kita cuma buat kerja kita. Mas pun selalu macam tu gak. Kalu keje macam kita pastu asyik kesiankan orang makin naik lemak lah orang tu.Kita gak yang susah.

kuIna said...

mummy ...>> hehehe

neeza ...>>sy brutal engineer yg baik hati

abngLong ...>> hati mau baik dlm apa jua keadaan

Tirana ...>> kena byk bersabar bila brdepan dgn public sbb pd mereka semua tak kena, semua tak betul..

Lina ...>> keja pun ibadah ada law, ada etika

Mak Su said...

payah jugak tu... nak kena jaga hati depa, kekadang depa tu cakap banyak, tapi pengetahuan tak seberapa, yang dia tahu tanah dia, tanah dia... sesekali bangkang ler, tapi slow slow ler,ek. maklumlah, owang tuwa kaedahnya, nanti tekejut padam plaks, oops!

Anonymous said...

Hak org kena dihormati, lagipun dah byk kes penduduk kawasan berdekatan dengan constuction jadi mangsa keadaan. Mmg adat org akan bias selagi tak put to someone else's shoe.

iza~de~bintang said...

Susah jugak kalau asyik kena jaga hati orang jer, alamat tak siaplaer projek tu. Brutal pada tempatnya bleh diterima kot..hehee.

Chik chuMeLL said...

mmg brutal awk ni..tp tu la,da keje kite kan..so,keje ttp keje..nk wat cmne...emm...

chekgu Bani Hassim said...

saye stuju dgn pendapat2 di atas...

harapnye tak menjejaskan tuan punye tnh udah le...

Ezad said...

ha ah betul..

kami pun pernah kena serang dek org kampung sebab buat pronjek atas tanah dia org..

kuIna said...

maksu ...>> dgn org tua kena ckp berlapik bertapis tp susah gak nk faham.

hidemichimomotoni ...>> setiap pembinaan ada perancangan, ada kelulusan

iza bintang ...>> hehehe

insan biasa ..>> keja tetap keja

chegu B.H ...>> toleransi penting dlm apa jua keadaan

ezad ...>> pdam muka ko.. lenkali minta kebenaran dulu hehehe..