Hampir setahun hidup bersendirian mengumpul kekuatan dan sedikit wang aku mula melangkah ke mahkamah. Menuntut hak dan keadilan. Tiba-tiba sang suami muncul menyatakan keputusan sedangkan selama ini dia menghilang. Hati ini sudah terluka, jiwa ini sudah menderita, maaf tiada makna.
Baru memasuki peringkat awal perbicaraan terpaksa ditangguhkan kerana peguam ku cuti bersalin, hampir 3 bulan. Pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa ku hadapi realitinya lebih banyak ditangguhkan daripada dibicarakan.Pernah suatu hari aku kembali dari berkursus di Kuala Lumpur tiba selepas subuh, mandi dan bersiap di Plaza Toll tetapi setiba di mahkamah aku dimaklumkan perbicaraan ditangguhkan. Hancur luluh hati ku waktu itu. Pernah juga suatu hari seorang yg telah berjanji utk menjadi saksi di mahkamah muncul ketika aku menghidupkan enjin kereta dan menyatakan tidak dapat membantu. Tuhan saja yg tahu perasaan ku ketika itu.
Sekali lagi perbicaraan ditanguhkan apabila memasuki peringkat akhir kerana hakim ditukar. Hampir setahun tertangguh apabila hakim baru tiba beliau memohon utk memulakan semula perbicaraan diperingkat awal, peringkat sebutan kes... aku kecewa. Peguam pula mengira yuran nya semula dengan sedikit diskaun. Kerana terlalu kecewa aku menutup kes, menarik kemula tuntutan.
Tahun ke 4, aku mengfail semula tuntutan ku di mahkamah rendah daerah ku. Aku menulis surat terbuka kepada Jabatan Mufti, Jabatan Agama dan mahkamah menyatakan kekecewaaan ku terhadap lafaz taklik. mungkin aku biadap kerana mempertikaikan ayat "...... 6 bulan ditinggal tanpa nafkah zahir dan batin dan mengadu ia kepada ku maka tertalaklah ia..... " Kes aku bukan 6 bulan tapi 5 tahun. Terlalu banyak dugaan yang aku tempuhi dalam waktu itu, ramai yang ingin membantu sambil mengambil kesempatan. Yuran peguam tak payah la aku nyatakan kerana aku terpaksa mengadaikan semua barang kemas ku untuk ini, hanya kereta kecil itu aja yang tinggal itupun kerana aku memerlukanya untuk mencari rezeki.
Setelah 5 tahun berjuang akhirnya aku mendapat hak aku. Aku tahu itu adalah perkara halal yang dibenci tuhan namun inilah fitrah kehidupan.
5 comments:
It's not dreams
that cast illusions
the touch is real
tears flow
go..feel free..ponder
reach out
high above the hills
the trees and plains yonder
for every ending
is just another beginning
bersabarlah...
dugaan x pernah hilang dr hidup kita..bersabarlah...mama ade di sini tuk berkongsi cerita...
Umat Yang Menerima Dugaan, Allah Akan Lebih Sayang Umat Yang Menghadapi Dugaan-NYa
salam & terima kasih kpd doa anda... life is goes on... anyhow
Post a Comment