Tuesday, December 16, 2008

Tali Pinggang Belakang Lenggang!

aku call proton utk pemasangan PERCUMA tali pinggang belakang, dia minta no plat & no chasis.... dia kata keta aku dah dilengkapi tali pinggng belakang.. aku ckp la memang ada tp 2 aje, keta saya 5 penmpang.. yg 1 lg nak pakai tali pinggang apa? Dia jwb tidk termasuk dlm pakej. Cehhhhhh

aku semak forum kat JKJR ceritanya mcm nie..

"Sekiranya bilangan penumpang melebihi dari bilangan tali pinggang tempat duduk belakang, pemandu kenderaan tersebut bertanggungjawab untuk memastikan kesemua tali pinggang keledar tempat duduk belakang yang ada digunakan sepenuhnya. Sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pemandu kenderaan tersebut."

Utk kenderaan 5 penumpang dilengkapi hanya 4 tali pinggang keledar, gunakan semua yg ada bila membawa 5 orang. Penumpang ke 5 terpaksa menumpang tanpa menggunakan tali pinggang keselamatan. Tiada tindakan undang-undang dalam kes sebegini.


so.. apa rasionalnya undang2 nie ???

yeah betul undang undang tali pinggang keledar belakang hanyalah salah satu langkah utk mengurangkan kecederaan/kematian akibat kemalangan jalan raya tp klu dh nak buat undang2 biarlh pelaksanaanya menyeluruh baru berkesan.

21 comments:

Yunus Badawi said...

Nasib kete saya didaftarkan sblm 1995. Jadi tak tertakluk kpd undang2 ni hehehe.

MasNurin said...

hehehe pasang tali pinggang belakang memang sungguh menyusahkan.

Mak Su said...

errr, utk bikin pening?

iEn said...

skit2 kene saman, skit2 kene saman.. grr grr

Sayang_Liedz said...

hmmm apa la faedahnya...kalau nak wat undang2 wat la btul2.

Chekgu BaniHassim said...

pendek kate, kurang rasional pemakaian tali pinggang blkg dlm konteks msia.
nk kuatkuasakan yg 2 kat depan pun tak terlarat...

kalau anak ramai??
lagila pnjg citenye..

hauyoung said...

maknanya walaupun undang2 ini telah dilaksanakan, kereta yang mempunyai 4 tali keledar masih boleh membawa 6 orang? ke 4 tali utk 4 penumpang sahaja?

Neeza Shahril said...

ni namanya undang2 politik.. nampak macam buat undang2 tapi sekadar melepas batuk ditangga..
baik tak payah ada rules macam tu.
ada ke kena kongsi. kalau yang duduk tu size besar, mana muat tali pinggang tu.. teruk betul la diorang ni..

Jard The Great said...

erkk... aku tak suka undang2 ini.. huhuhu..

kuIna Jentayutiara said...

YB ...>> terlepas

MasNurin ...>> hahaha.. 1 lg malas yer!

Maksu ...>> beui, betui, betui...

iEn ...>> cr duit poket sama kot

sayang_Liedz ...>> tak menyeluruh

chekgu B.H ...>> yg pakai MPV lg haru

hauyoung ...>> tu la masalahnya, yg x pakai tali tu mesti org yg kebal kot..

neeza ...>> betui undang2 politik.

jard the great ...>> aku lg x suka... ngeh3x

sakurasa 2 said...

Salam kuina lama sakura xbertandang kemari..

Dakjaat™ said...

bukan undang2 politik .. peraturan/undang2 seperti ini diwujudkan bagi menggelakkan jumlah kematian yang semakin meningkat di negara kita. Tak perasan ke jumlah yang mampos disebabkan kemalangan pada tahun ni semakin meningkat? Tak sedar takpe, ini cuma info .. Tengok dalam berita last week, ada berita yang menggatakan suruh ape ni .. errr.. buat anak banyak2.. lebih kurang laa.. (kalau silap tolong perbetulkan).. so mende tu actually ada related dengan hal yang di ketengahkan oleh entri ni.. ;p seriusly .. kalau fikirkan secara mendalam laa..

Kematian meningkat adalah masalah negara berikutan dengan kekurangan penduduk di malaysia..

penyelesaiannya? Galakkan utk penambahan keluarga secara perlahan bagi mengekalkan populasi negara..

Kot2 nanti ada elaun utk setiap wanita yang mengandung .. macam kat singapore.. ada kan? kalau tak bagi elaun pun mungkin gov akan bagi masuk wad atau bersalin secara percuma...

tapi hal2 percuma ni takut hasil kerja teruk ...

berbalik kepada isu tali pinggang ni .. basicly ni utk kebaikkan semua .. tapi yang tak relevannya ialah mengenakan saman pada penumpang belakang yang tidak memakai seat belt .. but what to do? kita pun 50 50 nak bantah ...

jadi ... terima saja apa yang dilaksanakn oleh mereka .. =)

naz ilyn said...

Salam...

terfikir juga anak kat belakang jer ada empat... tali pinggang cuma ada dua... camner tu.

kata orang kalau nak mnyelesaikan masalah jangan lain masalah yang timbul...

p/s: abis tu dua anak tu kira macam ada takder jer lah...#$%$#@ pening.

BurungBelatuk said...

tu namanya undang2 yang xtelus...undang2 yang saja dibentuk bg menampakkan kerajaan menjalankan tggjwb mereka...kalu berlaku kemalangan n kecederaan n kmatian,depa nak tanggung ke?sure jwpn yg depa bagi hampeh tuk diketahui...

farah amoi said...

kalau benda free...lagu ni la...

eihh...kalau tali pingang dah loose
leh ker depa baiki...pree...?

iza~de~bintang said...

Dok tengah bayangkan kereta rakyat marhain macam kancil kena pasang tali pinggang kat belakang.adeh...

Pujangga Asmara said...

nasib baik saya tak ada kereta...hahaha..

kuIna Jentayutiara said...

sakura2 ...>> trima kasih singgah

dakjaat ...>> quality @ quantity yg kita nak?

naz_ilyn ...>> berdoa ajelah

burung belatuk ...>> undang2 tu ok tp biarlah menyeluruh

farah amoi ...>> tiada dlm pakej

iza de bindang ...>> semak perut la....

P.A ...>> nek beskal lg bagus tiada pncemarn

blur said...

yunus badawi
tak phm la daftar sebelum 1995????

kuIna Jentayutiara said...

blur ...>> keta yg didaftrkn sebelum 1995 dikecualikn drpd undang2 ini kerana tidk mepunyai point/klip utk pemsangan tali pinggang.

Rose Harissa (NORA) said...

rasionalnya undang2 ini dikuatkuasakan sebab mereka nak tambah dana negara secara mudah, jadi jalan pintasnya... saman rakyat la!

sekalipun nak kurangkan kadar kemalangan, patutnya diberi tumpuan lebih kat sesiapa yang suka pandu laju sbb yang inilah yang selalu menyebabkan kemalangan yang biasanya berpunca dari terbabas bila gagal memotong atau gagal kawal kenderaan.

RM300 belanja dapur sebulan wooo... kalau tiap-tiap bulan kena saman? atau mungkin tiap2 hari sbb ditahan oleh polis yang berlainan? harus pindah duduk hutan jawabnya!


sekadar meluahkan rasa tak puas hati...