Pagi2 nie aku dpt tugas2 khas... menghantar member sepejabat utk ujian kemasukan KPLI (Kursus Perguruan Lepas Ijazah), khabarnya ujian ini dijalankan serentak seluruh Malaysia. Moga berjaya ya... 2 3 hari lepas aku ke Instititut Perguruan Perlis mengambl barang2 sahabat sekmpng yg akn mula bercuti dan menjalani latihan paktikal. Setelah berkahwin & mempunyai seorg anak berusia 3 tahun, bekerja dimerata tmpat br beliau berpeluang mengikuti KPLI. Alhamdulillah.
Semlm ms menjenguk blog kakak aku kujie, terbaca rungutan dan keluhan Yonna terhadap peluangnya mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian. Memang aku akui, kebelangan nie terdengar byk keluhan drpd para graduan sukar mendapat pekerjaan. Setiap tahun beribu2 graduan di lahirkan oleh universiti tempatan tetapi adakah kekosongan jawatan mencukupi?
Beberapa tahun lepas ada seorng graduan menghubungi pejabatku, beliau memohon bantuan syarikat membenarkn dia bekerja tanpa gaji. Katanya setiap kali interview kerja, mereka bertanyakn pengalaman kerja, sedangkn dia baru tamat belajar, selagi tidak diberi kerja bagaiman dapat pengalaman. Pihak syarikat memberi beliau peluang tersebut dan hanya dibayar elaun dlm tempoh tertentu , akhirnya beliau diserap sebagai pekerja tetap kerana kesungguhannya.
Beberapa org jurutera di pejabat juga bermula dr bawah, mereka tidak kisah beri jawatan di tapak bina walaupun berkelulusan tinggi asalkn mereka diberi peluang menimba pengalaman. Mungkin itu rezeki seseorng tp 'dimana ada kemahuan disitu ada jalan'.
Buat adik yg br tamat belajar ketahuilah "Sijil Kelulusan diperlukan utk memohon pekerjaan tetapi utk menjalankn pekerjaan pengalaman amat diperlukn" BERUSAHALAH!
1 comment:
ye betul tu. kebanyakannya mahu pengalaman kerja.
bermula la dari bawah. walaupun gaji tak seberapa. ianya adalah lebih baik dari tak bekerja atau bekerja tanpa dibayar.
Post a Comment