Monday, April 14, 2008

Anggur Perlis


RAJA Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail memetik anggur sambil diperhatikan Menteri Besar Perlis, Datuk Md Isa Sabu (dua dari kanan) dan Pengarah Pertanian Perlis, Abdul Razak Shafie (kanan) dalam Lawatan Kerja Raja Perlis ke ladang anggur di Bukit Bintang dekat Sungai Batu Pahat, semalam. Anggur Perlis bakal menjadi produk pertanian utama negeri dijangka bersaing dengan mempelam Harum Manis apabila keluaran pertamanya mula dipasarkan tahun ini. Ladang anggur itu adalah hasil penyelidikan sejak 1987 dan menjadi projek perintis di Bukit Bintang yang dimulakan pada April 2006 lalu. Empat jenis anggur ditanam, iaitu White Malaga, Black Queen, Black Opal dan Loose Perlitte.
Sumber : Berita Harian

1 comment:

echah_syed said...

baguslaa dpt kita mkn anggur murah..:p

yer ker murah??