Malam kemarin pukul 1 pagi aku bergerak dr rumah untuk menghantar cik abg ke universiti. Bergerak dr rumah melalui lebuhraya Kuala Perlis - Changloon waktu itu memang sunyi & sepi tetapi tak la terasa sangat sebab berdua. Sepanjang jalan banyak amanat ditinggalkan. Aku cuma menganggunk sesekali mencelah. Bagi ku ini bukan kali pertama aku akan ditinggalkan seketika. Aku perlu memahami kerjaya dia seperti mana dia memahami kerjaya ku...
Pukul 3 pagi semua sudah berkumpul, aku cuma memerhati telatah student2 yg akan turut serta dlm program tersebut. Sebahagian drpd mereka mengenali aku, menyapa dan menegur ku sementara menunggu bus. Pukul 3.30 pagi bus sampai dan bermula proses mensusun beg dan barang2. Aku cuma mermerhati sambil menghantar dia memilih tempat duduk. Tak tahu mcm mana perasaan ku ketika itu. sedih...... Selepas semuanya selesai aku meminta diri untuk pulang. Mereka akan bertolak ke LTA Bayan Lepas pukul 4 nanti. aaaa aku tak sanggup ....
Memandu sendirian di lebuhraya yang sunyi sepi memang menyeramkan. Bagi anda yg pernah melalui lebuhraya tersebut tentu tahu. Pukul 3.45 pagi apa yg ada.... Aku memandu sambil berdoa.. doakan aku sampai di rumah dgn selamat dan pemergian dia dengan selamat. Sepanjang pemanduan aku hanya bertembung dengan 2 buah kereta dr arah bertentangan itupun kereta peronda polis. Aku melihat meter... melebihi 110. uhhhhh... Di pertengahan jalan aku ternampak sebuah kereta satria biru merangkak perlahan di lorong kiri... mungkin pasangan sedang @#@%.... ah pedulikan mereka.....
Pukul 4.00 pagi aku sudah sampai di rumah. Semasa sedang membuka pintu telefon berbunyi... "dah sampai dah, "laju yer" "hway tu kosong, sunyi sepi, seram tekan minyak ajelah" ini bukan kali pertama dia menegur aku memandu laju... eeemmmmm
dan rindu itu datang.............. mampukah aku menghadapinya sehingga bulan depan
aku harap masa akan berlalu dgn pantas
Susur keluar ke Kangar (di Perlis semua persimpangan bertingkat di cat & di lukis dgn warna/lukisan yg menarik.)
4 comments:
Berani ye Ina drive dalam keheningan pagi sendirian. Tawakal ajelah kan. Alhamdulillah selamat semuanya. Cantik cat di dinding persimpangan bertingkat tu... Menceriakan suasana...
tawakal aja mama.... lukisan di persimpangan pmndngan biasa di sini. Bangunan2 jugak brwarna-warni. Nanti ada masa sy paparkn.
kerinduan itu melahirkan pencinta yg setia...
perlis? aghhhh teringat kelazatan pulut ayam kat padang besaq.... :)
Post a Comment