sakitkah engkau kala aku menghempas badai di dada mu
sakitkah engkau kala aku melabuhkan kerikil tajam di bibirmu
sakitkah engkau kala aku melepaskan keluhan hiba di muaramu
lalu ku tinggalkan kau pergi........
Berkata pantai kepada ombak
aku menanti mu dalam setiap derap waktu
aku memuja mu dalam setiap mimpi ngeri ku
aku mendambakan mu dalam setiap hela nafas ku
aku merindui mu dalam setiap langkah kakiku
berbumbungkan langit biru
walau kadangkala
guruh dan kilat menampar pipiku
hujan membasahi setiap rongga kalbuku
matahari membakar kedinginan pagi ku
bayu menggulung kekusukan rambutku
aku tahu dan aku pasti
kau akan kembali
kerana
kembaramu kembara waktu
dermaga mu hanya aku.
pZ~ selagi cinta di hati selagi itu kau ku nanti
2 comments:
Lamakah sudah dinanti
Cinta yg menambat hati
Adakah masa yg terisi
Penuh dgn janji yg pasti
p/s - saya amat suka dgn lagu jentayu.... nice lyrics..
wah mmg best sgt...!
Post a Comment