Wednesday, October 15, 2008

Hantu di Perkuburan

apa nak jadi... dunia hari nie, Malaysia hari Ini. Manusia semakin berani, dah tak ada harga diri juga tak takut mati.... kawasan perkuburan sudah tidak dihormati. Aduhhhh sakitnya hati....
kisah nya disini :

Plat nama batu nisan dicuri

KLUANG 14 Okt. - Umat Islam yang menziarahi tanah perkuburan Islam Kampung Melayu di sini sempena Aidilfitri baru-baru ini terkejut apabila mendapati plat nama saudara- mara mereka yang meninggal dunia hilang daripada batu- batu nisan perkuburan itu.

Ia hilang kerana dipercayai dicuri ekoran kebanyakan plat nama berkenaan diperbuat daripada tembaga atau logam berwarna merah.

Pihak yang tidak bertanggungjawab dipercayai mencurinya untuk dijual kerana harga tembaga di pasaran ketika ini lebih mahal berbanding besi.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan perkuburan yang menempatkan lebih 6,000 buah kubur itu mendapati kebanyakan batu nisan yang plak nama dibuat daripada logam berwarna merah telah hilang.

Selain kecurian plat nama, sejak beberapa bulan lalu, batu nisan yang diperbuat daripada granit turut menjadi sasaran pencuri di tanah perkuburan berdekatan iaitu Tanah Perkuburan Islam Jalan Haji Manan di sini.

Kejadian mencuri batu nisan granit yang sepasang berharga lebih RM4,000 itu semakin menjadi-jadi berlaku di tanah perkuburan tersebut.

Selain batu nisan granit, kebanyakan tanah perkuburan di situ menggunakan nisan jenis batu kapur yang bernilai RM380 sepasang, nisan terazo (RM580), nisan kayu (RM900) dan nisan marmar (melebihi RM2,000).

Sementara itu, seorang pengunjung tanah perkuburan itu, Ahmad Said, 40, berkata, dia terkejut apabila melihat ada beberapa kubur di situ tidak mempunyai nama.

Pada mulanya, dia menyangka plat nama tersebut sengaja dicabut oleh waris bagi memudahkan kerja mengecat batu nisan sempena Aidilfitri.

Bagaimanapun, kemusykilan timbul apabila melihat beberapa deretan batu nisan tiada plat nama dan yang tinggal hanya kesan gam pelekat.

"Waris yang datang hanya setahun sekali pasti tidak dapat mencari kubur saudara kerana tiada penanda nama kalau mereka tidak ingat nombor lot kubur," katanya.

Penjaga tanah perkuburan di situ, Razak Janis berkata, kegiatan mencuri plat tembaga di tanah perkuburan Kampung Melayu mula dikesan sejak awal tahun dan kehilangan batu nisan granit hanya berlaku sejak beberapa bulan lalu.

Kata Razak, pihaknya sentiasa melakukan rondaan di kedua- dua kawasan perkuburan namun hingga kini tidak ada tangkapan yang berjaya dibuat.

"Setiap hari saya berada di sini dari pukul 7 pagi hingga 4 petang dan tidak pula terserempak dengan individu yang mencurigakan.

"Entahlah mungkin mereka (pencuri) melakukan kerja tersebut pada waktu malam," katanya.

Menurutnya, pencuri hanya mencuri batu nisan di bahagian kaki untuk dijual kerana ia kosong.

Justeru itu, dia menasihatkan waris agar menulis nama di kedua-dua nisan bagi mengelak nisan tersebut menjadi sasaran pencuri.

.........>>>>>>>> hello polis sy nak lapurkan plat nama dikubur saya di curi..
:dizzy:

10 comments:

Rashid said...

Beristigfar saya mendengarnya.. Jujur ini pertama kali saya dapat berita curi plat nama & batu nesan granit.

ni tentu kerja mat leleh tu..

muadzlife said...

tergamak betul org sekarang kan....

itu lha sebbnya..islam x pernah menggalakkan kita mencantikkan kubur/pusara kita kann...hiaslah peribadi dan cantikkan amalan...gitew...

IBU KUMBANG said...

kalau nak curik pun, curik la bende lain

kuIna Jentayutiara said...

cikgu rashid ...>>
muadzlife ...>>
ibu kumbang ...>>
sy cukup sedih bila kwsn kubur sudah tdk dihormati..

Mummy Cool said...

mummy rasa si pencuri ni semua dah hilang akal lah ...

azam said...

pulak dah curi benda tuh apa la nak jadi

kuIna Jentayutiara said...

mumm cool ... betuiiii tu..

Irtiyah said...

buat malu orang kampung betul la. Ada orang kata, skru penghadang tepi jalan pun selalu jadi mangsa. Kalau ada kereta terbabas, penghadang tu tak berfungsi.

kuIna Jentayutiara said...

betul irtiyah... harp2 kereta pencuri tu yg terbabas.

biskutrajin said...

sume pon nk dicurik..slmat kenalan...