Meneliti keputusan pilihanraya Permatang Pauh membuat aku terfikir sesuatu, masih ada undi rosak di zaman IT nie, zaman moden serba maju ini. Kenapa ya? Masih adakah masyarakat kita yg buta huruf , tak pernah pegang pensil, tak tahu menulis atau membaca? Adakah kempen pilihanraya atau kempen mengundi tidak berkesan. SPR jalankan kempen agar rakyat keluar mengundi manakala parti yg bertanding berkempen utk memangkah undi. Adakah kempen yg dijalankan tidak mencapai matlamat?
Mungkin bilangan undi rosak ini terlalu sedikit tp yg SATU itulah kadangkala menjadi penentu. Mengapa kita memandang sinis terhadap undi rosak ini. Adakah ini disengajakan atau kekurangan ilmu?
6 comments:
kadang-kadang ada org sengaja je rosakkan undi....satu bentuk protes barangkali (mcm budak2 memberontak gitu le hehe)
masih ada undi rosak? Pelik gak kan...
milo ais ...>> tak kot, depa tak pernah memangkah.
adry ...>> satu undi kadangkala menjadi penentu!
Mungkin undi dirosakkan kot... lebih releven.
hehehe....
tak affected sgt kut 707 berbanding majoriti yg dimenangi dsai...
maybe dorg saje2 buang mase undi...drpd pangkah salah 3, baik pangkah sume, letih q...
superb guru...>> 1 undi kadangkala menjd penentu, tak caya tgk undi bg kwsn Sanglang Perlis... majorita tk sampai 3 angka.
Post a Comment