Semalam jgk aku mendapat anugerah ini dr my sis Kujie, thanks sis! Sebenarnya aku tak layak mendapat anugerah seperti ini. Aku jarang membuat en3 tentang anak2 & tentang keluarga ku. Penceraiaan telah menyebabkan anak2 terpisah namun aku masih cuba & berusaha menjadi seorang ibu yg terbaik. Putera sulung bersama bekas suami & yg ke2 bersama aku, namun dia dibesarkan oleh nenek di kampung. Aku jarang membicarakan tentang anak2 kerana perkara tersebut cukup menyentuh hatiku & akn membuat aku menangis.
Mengandung luar rahim suatu waktu dahulu telah menyebabkan saluran Fallopio kanan aku dibuang menerusi pembedahan. Pendarahan dalaman menyebabkan nyawa aku di hujung tanduk kerana darah telah memasuki paru2 & jantung. 820ml darah terpaksa dipam dari tubuh ku dan kesannya peratus utk memiliki zuriat lagi adalah ................
Aku nak bg anugerah ini kepada semua ibu2 yg menjadi sahabat serta rakan karib yg membantu, yg menyayangi serta yg memahami. Tanpa anda siapalah aku!
2 comments:
terharu combi baca..tapi sesungguhnye ade hikmah disebalik sume ini..sabo yaa :)
skrg ini sudah masuk musim hujan kembali...
Post a Comment