Monday, December 3, 2007

Empangan Pedu

hey i'm back.... jentayu tak kemana... masih di orbit yg sama... hihihi (siaran ulangan). Maaf la menyepi seketika... bukannya apa tempat penginapan jentayu tu tak dak tenet.... hutan rimba ada la.....

Percuatian kali ini ke Empangan Pedu... lebih kurang 100km dr Alor Setar. Perjalanan ke sana melalui jalan yg berliku, berbukit & berlopak (under construction) tp dikelilingi oleh hutan rimba yg teduh & nyaman. Udara dan persekitaran yg menyegarkan. Empangan seluas 984km dibina utk tujuan pengairan kws pertanian MUDA iaitu utk penanaman padi. Operasi & penyelengraan di kendalikan oleh MADA. (ini kali ke3 jentayu kesini sbb tmpat ini istemewa)

Tempat penginapan jentayu ialah Muda Resort, (maaf tak tinggal dlm khemah w/pun kws perkhemahan disediakan) terletak lebih kurang 2 km drpd empangan. Terdapt byk juga kemudahan tp yg pastinya di sini tenang, aman & damai. Resort dikelilingi pokok2 buah2an... mcm berada dlm dusun. Terdapat ladang ternak rusa berhampiran resort dan sebuah jetty nelayan. Kalau sesiapa nk makan ikan air tawar byk dan murah disini. Terdapat juga kilang memproses ikan utk dijadikan Ikan pekasam dan dijual oleh penduduk tempatan

Yang menarik ialah berada di puncak dam setinggi 220m... gerunnya bila melihat kebwh, melihat tembakan air yg boleh menghancurkan apa saja. Deruan air ini boleh didengar sejauh 1km. Air memercik sejauh 100m... Hebatnya anugerah alam dan teknologi manusia.... opppssss maaf ini kawasan larangan di kawal oleh tentera, org awam tidak dibenarkan masuk.... jentayu special sikit...

Hakikatnya.......... jentayu suka hutan, suka menikmati anugerah tuhan...

No comments: