seperti yang dijanjikan semalam, hari nie jentayu nak cerita pasal Cabaran Mendaki Gua Cenderawasih... Gua ini terletak di Bukit Lagi... ingat tak tempat jentayu mendaki setiap petang... di sini lah... kisah dakian nie dah jentayu paparkan dalam en3 bulan May dulu...
sebenarnya jentayu tak ambik bahagian pun... saja p jengok2 peserta yg nk mendaki tu... pandang kiri pandang kanan semua org tak kenali... tengok2 kat belakang rupa2 kebanyakan org yg selalu mendaki gua tu cuma jadi pemerhati... termasuk jentayu.. hahaha... selamba aja jentayu ckp... jentayu dok mendaki bukit nie setiap hari dah... bagi la peluang org lain pulak... pendakian jentayu adalah sebagai aktiviti riadah aje....
Perlis Anjur Cabaran Cenderawasih Daki Dan Turun Bukit Lagi
KANGAR, 7 Sept (Bernama) -- Kerajaan Perlis dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Perlis akan menganjurkan Cabaran Cenderawasih iaitu pertandingan mendaki dan menuruni Bukit Lagi menggunakan 1,100 anak tangga pada Ahad ini.Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim berkata peserta yang berupaya melakukan 50 pusingan pendakian dan menuruni bukit dalam tempoh 18 jam layak disenaraikan dalam Malaysia Book of Records serta memenangi hadiah wang tunai yang keseluruhannya berjumlah RM40,000.Katanya pertandingan itu turut terbuka kepada peserta luar Perlis dan luar negara.Penyertaan adalah percuma dan maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Jabatan Belia dan Sukan Perlis, Jalan Hospital, Kangar dengan menghubungi 04-9793505.Bagaimanapun beliau tidak menyatakan jumlah hadiah yang bakal diterima oleh pemenang utama.Program itu diadakan sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50.Sebelum ini, seorang ibu tunggal, Norliza Ishak, 29, mencatat rekod sebagai penduduk Perlis pertama yang melakukan 50 pusingan pendakian dan menuruni bukit itu dalam tempoh 22 jam tiga minit.Bukit Lagi yang terletak di kawasan Utan Aji terkenal dengan keindahan Gua Cenderawasih yang terletak di penghujung bukit setinggi lebih 100 meter itu.-- BERNAMA
nilah Bukit Lagi atau dikenali sebagai Gua Cenderawasih atau Gua Sami
1,100 anak tangga bukannya mcm ank tangga ke Batu Cave tp melalui pokok2, akar kayu dan hutan2... ada anak tangga kecuramannya 45 drjah.
Laluan untuk ke trek mendaki... nun di hujung nak tengok gambar yg cantik2 boleh tengok kat : http://omedia.fotopages.com/
sebahagian drpd pemandangan dr atas... opppsss ini belum sampai puncak lagi. Bumbung biru tu Dewan Wawasan 2020
Pemandangan dari puncak... tapi bila di puncak kita tak boleh nampak bandar Kangar, nampak kuala perlis dan kalau cuaca baik boleh teropong Pulau Langkawi
p/s... sebenarnya jentayu tak bawa HP atau kamera bila mendaki...
5 comments:
waaa....rajin pegi mendaki :)
kawe kalo mendaki guna keta pacuan 4 roda...hehe :D
eh 13may... kau nak join tak? mai la ikut...
Kumb@ng... sbb tugas tu.. kalau tak hampes....
tp kan... 4 ur info aku teringin nak join Petronas 4X adventure team ekpedisi
Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....
== Mohon Maaf Lahir dan Bathin ==
MARHABAN YAA RAMADHAN
SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA
SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA
DENGAN OPTIMAL,
AAMIN.
Post a Comment