AKU YANG TERSEMBUNYI
bila aku berjanji akan aku tepati
kerana itu aku tidak suka berjanji
kerana aku takut terikat dengan tali
yang hanya boleh dilihat dengan mata hati
ramai yang mengenali tapi tidak memahami
tidak pernah cuba mengerti
apa yang tersirat dihatiaku
bukan pinta simpati atau
mempermainkan sekeping hati
tapi inilah hakikat azali
yang tak dapat disangkal lagi
aku berlindung dimalam hari
bersinar dimalam sunyi
supaya terang menyuluhi insan
yang hidup sendiri
aku hilang tatkala siang menjelma
setelah aku menemani purnama
bersama cahaya yang kian sirna
tatkala mentari pagi menjelma
aku teruskan perjalanan ini
didalam kehidupan yang fana
membawa bekal di kemudian hari
aku berlagu didalam gundah gulanaaku
hanya sebutir bintang
yang menghiasi dada malam
tidak kupinta orang memandang diriku
yang sentiasa suram
suatu hari kau akan mengerti
apa yang tersurat di sanubari
bukan niat meminta simpati a
tau meraih cinta yang suci
apabila kau didalam kegelapan
ingat lah aku akan menemani mu
yang sentiasa hidup dalam kesepian
agar hilang dendammu
setiap kali ku pandang semalam
pelbagai kisah yang suram yang penuh dendam.
p/s.. ada sesuatu dibalik tulisan ini
5 comments:
Dia masih bersama-sama kita..:)
salam!!!
untuk pengetahuan semua...''Aku Yang Tersembunyi''...adalah hasil tulisan Perindu...yg saya copy n paste...salah satu puisinya yang memang saya suka dan dalam simpanan saya...saya tidak pernah menulis puisi...
terima kasih atas ingatan Jentayu...
he he he.....dia ade je.... jadi burung hantu ! kan Tie...
aya silent reader rupanya... kak jie kau tolong propose radar yg canggih sikit... eehh burung hantu & jentayu sepusat sepusing tau... apap pun aku suka 'AKU YANG TERSEMBUNYI' tu... menyusuk kalbu..
dia ade....skrg ni dok rumah batu.....he he he...org2 sehantu dgn dia le boleh bertandang..kahkah..kan Tie..
Post a Comment