Dalam kepenatan baru balik dr Cameran Highland aku sempat meramaikan majlis jual beli di Padang Besar. Ehhhh ini kali ke 3 aku ke sana walaupun dah 1 tahun 2 bulan 2 hari aku di Perlis.... apa tak nya mula2 dapat call "nak ikut tak, nak ikut kami p ambik" semangat la sbb org nak datang jemput. Fikir sejenak nak gak melaram jadi permaisuri tapi kesian gak kat member rumah sorang nie amoi kadazan dusun, so memandulah aku kesana sambil bercerita, sambil berceloteh.... akhirnya sampai.
Uhhhh ramainya orang, nak parking pun seksa, 2 3 kali pusing2 sampai pening, aku tanya member kau ada plan ker nak shopping apa2... dia kata tak ada... .ok kita jalan2 cuci mata dan tengok yang mana berkenan. Dalam tak ada plan tu aku dah habis RM150.00 nasib baik kad utang tak diterima di situ kalau tak gores sakan aku.
Memang org ramai betul, entah dari mana datangnya, jgn kata org p'puan saja suka shopping, org lelaki pun sama tau..
Masa balik sempat gak singgah kat hentian rehat empangan Timah Tasoh. Cantik tempat tu tp sayang terbiar. Tak sempat nak menikmati keindahan tasek tu kami dikejutkan dgn suara garang seseorang dgn balingan helmet. Rupa2 mereka anak muda sedang bergaduh kerana seorg p'puan... .cepat2 kami blah.. tak mahu terlibat lg pun risau jugak takut pergaduhan tu melarat.
Banyak lagi tempat aku nak melawat kat Perlis nie... InsyaAllah mungkin di lain kesempatan.
No comments:
Post a Comment