Thursday, June 4, 2009

Menteri Hanya Pandai Berkata

Ini sebahagian drpd kenyataan Menteri Besar Terangganu, Datuk Ahmad Said yg mencuit hati ku...

Ahmad juga mempersoalkan ketelusan cadangan dan kelulusan daripada juruperunding yang memeriksa struktur stadium berkenaan yang dilantik pihak kontraktor, sedangkan pemilihan itu seharusnya diputuskan JKR. "Konsultan yang buat pemeriksaan ini dilantik oleh kontraktor sendiri... macam mana konsultan itu nak buat pemeriksaan terperinci sebab dia pun dibayar oleh kontraktor. Ini tak betul. Sebab itu struktur bangunan seperti ini perlu diperiksa oleh juruperunding bebas.

"Sepatutnya JKR yang lantik, kalau mereka tidak ada kemampuan mereka kena nasihatkan kita (kerajaan negeri) untuk lantik syarikat perunding yang benar-benar layak. Sebab itu sekarang ini banyak kita tengok projek yang tak berjalan dengan sempurna kerana konsultannya 'cap ayam'," katanya.

sumber : Berita Harian

ceehhh org politik... hanya pandai berkata2 sedangkan merekalah disebaliknya!!
Ello pak menteri .. Konsep 'Design & Built' membolehkan kontraktor melantik/memilih mana2 konsultant yg berdaftar utk menberi khidmat kejuruteraan semasa pengemukaan tender lagi.

Semua Perunding Kejuruteraan di Malaysia adalah terikat dan tertakluk kepada Akta dan Perlembagaan Lembaga Jurutera Malaysia iaitu Engineer Act 1967 (Rev. 2007) , Regulation 1990 (Rev. 2003) & Code of Professional Conduct .

Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) ditubuhkan pd 23hb Ogos 1972 merupakan satu badan berkanun yang terkandung di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967 dengan tujuan mengawal kelakuan dan amalan profesional jurutera berdaftar demi melindungi keselamatan dan kepentingan awam. BEM tergolong di dalam skop tanggungjawab Kementerian Kerja Raya. oleh itu pelantikan Ahli-Ahli Lembaga dan Pendaftar dilaksanakan oleh Menteri Kerja Raya. (Bapak menteri yg luluskn konsultant'Cap Ayam' itu)