Monday, September 24, 2007

Rehat seketika







- jentayu masih di sini, di orbit & planet yang sama.... cuma nak berehat seketika ...... penat.......

(penantian suatu seksaan.........)

Sunday, September 23, 2007

kau ku rindu

aku kembali menatap dan membaca coretan-coretan serta bicara terdahulu lalu kenangan itu datang lagi...... betapa aku merinduinya, betapa aku menyayanginya. Aku cuba berpaling cinta, aku cuba mendustai cinta, namun yang pasti aku tak mampu menipu diri, hanya dia dalam hati ku, hanya dia yang ku rindui..... tuhan temukakan aku dengannya dan aku harap tuhan akan sentiasa merestui cinta kami, membina kembali kehidupan atas luka cinta lama.

Bersaksikan tuhan di tengah laut sulu, kita ucapkan kalimah agung itu yang menjadikan kita terikat dan mengikat....
dan tuhan... jika benar jodohku dengannya, dekatkanlah kami dan jauhkan kami dari maksiat.

dan setiap kali dalam doa ku, ku sebut nama mu !



p/s..... ku tunggu kepulangan mu lebaran ini~jentayubrabo.hehehe

Saturday, September 22, 2007

Esok untuk siapa?


aku tahu dan aku pasti
esok akan datang
hari ini akan menghilang
namun
esok bukan milik ku
esok bukan untuk ku
kerana
esok hanyalah bayang-bayang
cinta semalam
tangisan luka kehidupan!




Friday, September 21, 2007

Ronda-Ronda Kangar



Menarik tak rumah contoh nie?
pemandangan yang biasa... siam mali!
tak payah pakai astro... astro kena bayar bil
lewat sikit kena potong....
hujan tak dapat signal...

ini hanyalah sebahagian daripada taman-taman perumahan di Kangar